Monday, February 7, 2011

Ragam-ragam yang aku nampak bila naik bas express dan bas berhenti-henti ! Selamat memulakan sesi persekolahan, pekerjaan and perkuliahan korang !

Assalammualaikum !

Wah ! Gile heaven aku hari tau. Tidur  dari tengah hari and now baru bangun. Kan orang tua-tua kata tak elok tidur petang-petang kan, nanti boleh jadi gile. Hah ! Hambek kau. Sekarang kepala aku pening nak mampos dah. So sebab nak hilangkan pening kepala aku ni, aku kena update belog. Ekk boleh ehh macam tuh ? Sori lah ehh kalau korang baca entry aku yang satu ni macam pening-pening sikit sebab otak aku pun memang dah lalok dah ni.

Ok semalam memang nak katakan jauh perjalanan yang aku lalui tau. Sebab apa aku bagitahu macam ni ? Sebab semalam aku naik bas untuk balik Melaka. And bayangkanlah nak pergi Melaka dari Seremban pun dah ambil masa tiga jam. Ni semua jammed punya pasal lah. Kenapa ehh hari Ahad jugak yang orang nak balik. Kenapa tak balik before Ahad je. Memang semua dah dok pakat nak berkonvoi balik hari Ahad ehh ?

Bas di Cairo

Aku nak tanya ni ? Korang pernah naik bas tak ? Mesti pernahkan. Siapa yang tak pernah tuh mehh sini aku lempang laju-laju. Tipulah kan tak pernah naik bas langsung kan sepanjang umur kita ni kan. Aku ni since dari aku sekolah rendah lagi aku dah pandai naik bas. Yelah dulu manalah rajin mak and ayah aku nak hantar kalau pergi shopping mall dengan kawan-kawan. So disebab kan nak pergi berjoli sakan punya pasal, aku sanggup naik turun bas tau.

Disebabkan dah bertahun tahun dah biasa naik bas, dah macam-macam ragam yang aku jumpa tau ! Ok mehh sini aku list down kan antara ragam-ragam yang pernah aku nampak :-

Spesies yang memang dari zaman dia lahir suka sangat nak memekak !

Hah ! Yang spesies ni aku tak taulah apa masalah dia tau. Suka sangat memekak dalam bas. Contoh macam ni lah :

Si Matpet bin Matpot yang duduk di seat paling belakang bas menegur Sicopet bin Sicopot yang duduk dekat seat paling depan bas.

Matpet : Wei lepas dah tengok wayang kita karaoke dangdut pulak ehh !

Sicopet : Ok aku on je. Bab dangdut memang aku suka pun. Boleh dok gelek-gelek macam Mas Idayu.

Matpet : Lepas dangsut kita makan nasi claypot or nasi dalam kuali tuh nak ?

Sicopet : Wah ! Aku nak makan nasi dalam kuali lah. Sodap pun sodap !

Matpet : Wei apahal semua orang dok pandang-pandang kita ni ?

Sicopet : Biasalah tak dapat nak berdangdut, nak makan nasi claypot dengan nasi dalam kuali. Jeles lah tuh !

What the fat ! Hoi kau tau tak yang kau buat bas ni macam lah bas ni pendek macam bas mini tuh hah ! Aku tahulah memasing dah excited nak berdangdut tapi janganlah berborak macam dalam bas ni kau dua orang je yang ada. Tension tau tak ! Aku nak tidur pun tak boleh.

Spesies yang cakap dengan handphone kuat-kuat !

Ya Allah yang ni memang aku lagi tak tahan lah ! Aku bagi contoh macam ni ok !

(boleh pandang-pandang, jangan segan-segan, duduk renggang-renggang, hai bertambah sayang-bunyi ringtone Sicopet )

Handphone Sicopet berbunyi and Sicopet pun angkat :-

Sicopet : Yelah kejap lagi aku sampai. Jalan tengah jammed ni.

Sicopet : Apa dia? Aku tak dengar lah. Line tak clear ! Hoi kuat lagi lah. Kau pekak ke !! Hello..hello !! Aikk dah putus dah. Dasar handphone kau yang murah. Layaklah dengan muka kau !

Wei aku tahulah kau punya handphone mahalkan. Tapi der ! Orang lain pun ada handphone jugak tapi orang lain cakap sopan santun je. Takdalah nak cakap kuat-kuat macam lu mat ! Lagi satu bab ringtone tuh ! Kau tak boleh nak kuat lagi sampai level 10 ke ? Boleh orang luar bas dengar sekali ! Cett.

Spesis minah and mamat indon, bangladesh, nepal and seangkatan dengannya yang memang ramai nak mampos !

Aku tak tahulah kenapakan. Setiap kali nak balik Seremban mesti penuh bas yang aku naik dengan orang indon, bangladesh and nepal ! Nak balik Melaka pun mesti ada jugaklah. Paling kuat pun, setengah dari seat bas mesti dia orang yang conquer . Kalau naik bas berhenti-henti pulak mesti kita yang orang Malaysia ni kena rebut-rebut dengan golongan-golong oversea ni.

Macam semalam masa nak balik Merlimau, Melaka macam-macam orang oversea yang aku jumpa. Contohnya vokalis Wali Band, Ariel Peterporn, Agnes Monica, Shah Rukh Khan dengan Kajol. Kau jangan main-main ok ! Aku yang duduk dekat Malaysia ni pun boleh senang lenang dapat jumpa diorang tau. Jangan jeles. Motif !

Spesis budak-budak yang baru nak up yang pasang MP3 kuat-kuat.

Yang lagi satu spesies ni lagilah aku tak paham tau ! Dah lah memekak satu hal, lepas tuh nak pasang lagu kuat-kuat dari handphone dia. Macam-macam lah lagu yang tak berfaedah aku dengar. Dari lagu shuffle, jiwang 60-an, sampailah lagu tradisional and etnik kreatif aku dengar. Siap member-member budak yang pasang lagu kuat-kuat ni dok requets lepas ni nak lagu apa. Dahlah dalam bas tuh memang dah tentu asang radio. Tambah lagi dengan lagu kau yang kuat nak mampos tuh, memang pening lah kepala aku duduk dalam bas.

Spesis yang tak reti nak bertimbang rasa.

Benda ni aku ingat dalam drama je. Yelah contoh masa tuh bas penuh kan , then kau dapat tempat duduk and sebelah kau ada perempuan yang tengah sarat mengandung. Tak pun makcik yang dah tua. Kau yang memang ‘bertimbangrasa’ lah sangat ni boleh selamba dek je duduk dekat seat tuh. Siap boleh dok call awek and dengar lagu lagi tuh.

Hei orang yang ‘betimbang rasa’ ! Kau tak kesian ke dekat makcik tuh. Dia memang dah menggigil-gigil satu badan jalan pakai tongkat, boleh kau tengok je dia berdiri ! Siap borak dengan orang sebelah sambil gelak-gelak lagi tak tahan. Aduiishh !

Entahlah aku rasa banyak lagi ragam yang aku nampak masa naik bas semalam. Tapi disebabkan kepala aku ni dah berat nak mampos. So aku tak dapat nak berfikir dengan waras dah. Oklah next time aku continue lagi ehh ! Mana tahu ada pulak episod Ragam dalam bas untuk episod dua pulak. Siapa tahu kan !

Oklah bebboii !

3 comments:

fiDooo said...

yang cakap kuat guna handphone tu paling panas, hahahah

Azreen Zunairah said...

fidoo:hahaha...paling panas ehh?haah memang pon..geram nak mampos !

damha said...

menaiki bas adalah satu kaedah yg jimat n menyeronokan...mcm2 ragam yg boleh kita lihat n perhatikan...kadang2 menyakitkan hati...kadang2 mencuitkan hati...kadang2 disitu juga kita dpt kenalan baru yg x terduga..he3333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...