Saturday, February 5, 2011

Perkara yang selalu aku nampak and lalui semasa aku berkaraoke jamban. Aku memang minat dengan karaoke jamban !

Assalammualaikum !

Aishhh ! Malam semalam dah melayan lagu jiwang dekat laptop. Sekarang cerita pasal karaoke jamban pulak kan. Aku ni memang dah terjebak dengan simptom-simptom perempuan gila dah ni. Dah memang parah dah pun. And now aku rasa nak pergi karaoke jamban tuh pulak. Tak nak karaoke bilik, mahal sangat bagi aku yang tak berkemampuan ni. Cehh !

Siapa tahu karaoke jamban ni apa? Cepat angkat laptop dengan sebelah tangan ! Bagi perempuan yang muda remaja macam aku ni maybe dah familiar dah dengan words ‘karaoke jamban’. Tak tahulah kan kalau dengar aku sebut karaoke jamban ni terus dalam mind kau dah set macam dalam gambar ni.

jamban

Gile kalau jamban yang ni ! Yang ni memang dah melampau. Aku tahu lah kita semua ni memang sangat-sangat berpengalaman dalam bidang nyanyian and kalau setiap kali nak melalak lagu-lagu yang tengah hot dekat radio terus kau meluru pergi bilik air. Mandi lama-lama sikit sambil gosok-gosok badan. Then masa tuh jugak kau ambil gayung or ubat gigi whatsoever, jadikan sebagai mikrofon. Ye ! Aku tahu semua tuh sebab aku pun selalu jugak bila dekat rumah Seremban, nak feeling-feeling macam artis sikit terus masuk dalam bilik air and mandi lama-lama. So macam tension sikitlah orang yang menunggu turn nak mandi tuh.

Oklah dekat sini, benda yang aku maksudkan as karaoke jamban ialah satu bilik yang memang kecil amat yang ada satu tv kecil, mikrofon dua biji and tempat tekan-tekan yang ada huruf-huruf tuh. Alah macam tak biasa pulak kan apa dia karaoke jamban kan. Hah ! Tempat ni lah yang aku maksudkan.

2

See see dah nampak kan. Sama kan dengan apa yang korang imagine. Dalam gambar atas ni, cantik elok je karaoke jamban ni kan. Maybe baru siap kot karaoke jamban ni. Tuh yang cantik semacam je. Selalulah yang aku nampak kan, karaoke jamban ni mesti dinding dia yang berwarna-warni tuh macam dah kepam-kepam sikit. Yang mikrofon pulak mesti stok stok yang dah boleh baling dekat laut . Yelah dengan wayar yang kadang-kadang berbelit-belit, lepas tuh bila kita dah start nak nyanyi je mesti mikrofon tuh kejap ada keluar suara, kejap tak. Huh ! Memang tension tapi karaoke jamban ni lah yang paling murah kau tau. Satu lagu just satu hengget je tau.

Selalulah kan bila pergi karaoke jamban ni, macam-macam lah orang yang aku boleh nampak, benda yang terpaksa buat. memang macam-macam lah. Ok mehh sini aku list down kan ehh:

Ramai budak sekolah yang baru nak up !

Yang ni memang selalu sangat lah aku nampak. Pergilah mana-mana karaoke jamban pun, memang kau tak dapat nak mengelak dari jumpa dangan budak-budak sekolah yang baru nak up ni. Pernah satu hari tuh aku dengan bff aku yang lain decide nak masuk karaoke jamban sebab karaoke bilik dah full. Tuh pun masa tuh aku memang terpaksa kot tapi nak buat macam mana kan. Nak lepaskan gian berkaraoke punya pasal, sanggup aku meredah karaoke jamban yang sempit tuh.

So depan aku and bff yang lain ada sekumpulan budak sekolah yang baru nak up ni and majority adalah budak lelaki. Aku memang buat tak tahu je. Yelah budak-budak je lagi pun. Buat apa nak cover ayu bagai.

Then dah syiokk syiok aku nak masuk dekat karaoke jamban tuh, ada budak-budak ni cakap:

“Wei awek lah wei ! Ramai tuh. Kau nak yang mana satu?”

Masa dengar dialog tuh aku and bff lain buat tak tahu lagi yelah maybe diorang nampak budak sekolah yang baru nak up yang berjantina perempuan kan ! Tapi entah macam mana bila aku dengan bff aku yang lain pandang budak-budak sekolah ni, diorang boleh buat muka gatal kat kita orang. What the fat ! Akak-akak ni kau nak mengurat ok. Tak nampak ke masing-masing dah macam bini orang ? Haiyo terus aku dngan bff aku tak jadi nak karaoke jamban tuh.  Tapi ada rasa bangga sikitlah sebab budak-budak sekolah mengurat…hahaha !

Minah Indon yang gelek tak ingat dunia and mamat indon yang budget hot !

Hah ! Yang benda ni memang aku selalu nampak lah. Kau tau je lah kan, karaoke jamban tuh kecil je. So bila dah pasang lagu bergema lah kan. Yang minah indon ni boleh pulak dia pasang lagu dangdut, lepas tuh nak bergelek-gelek bagai. Haiyo0 dah lah karaoke jamban mostly orang luar boleh nampak apa yang orang dalam buat. Tapi minah indon ni boleh dok gelek-gelek.

Yang pasal mamat indon bajet hot ni pulak, aku kadang-kadang geli hati tengok diorang ni. Dress up dah ala ala Ariel Peterpan dah, dengan rambut yang ala-ala Ahmad Dhani, tapi diorang boleh pulak dok bantai tengok awek-awek Melayu yang nyanyi dalam karaoke jamban tuh. Benda ni pernah sekali terjadi dekat aku, masa tuh tengah syok-syok nyanyi sekali bila toleh belakang, ada sekumpulan mamat indon tengah usha-usha ! Memang spoil kan mood aku nak nyanyi lah time tuh.

P2129017

Keluar masuk beli token and apek jual token yang tak reti nak senyum !

Hah yang ni memang aku pun selalu buat lah. Mula-mula plan nak nyanyi 5 lagu je dengan boipren tapi sebab dah syiokk sangat karaoke, aku plan nak beli token lagi. So selalunya aku lah yang pergi beli token tapi pakai duit boipren aku lah. Saja-saja nak keluar nak hirup udara segar ! Kononnya. Then sampai-sampai dekat tempat token tuh, apek yang jual token tuh boleh rampas je duit sepuluh hengget aku and  bagi terus sepuluh token.  Hei ! Aku tak cakap pun berapa token yang aku nak kan apek. Apasal kau rampas duit aku ? Dahlah muka taknak senyum langsung. Taulah kau tension kan apek tapi apasal buat muka macam tuh ! Cuba senyum sikit.

Aku yang nak tak nak ni nyanyi lah sepuluh lagu lagi. Serius ! Memang dah serak-serak lah suara aku and boipren aku. So far aku lebih prefer karaoke bilik sebab bilik dia lagi luas and kau nak nyanyi berapa banyak lagu pun boleh. Lepas tuh dia bayar ikut berapa jam kita nyanyi so takdelah kau nak keluar masuk pergi beli token kan !

Oklah aku dah penat melalut ni. Bebboii !!

12 comments:

saya_arief said...

lame da xkarok..
hoho..

tenangsudey said...

memang release habis ah kalau karok.. hahaa


Mari lihat dan baca Sedihnya Isu Membawa Pulang Pelajar Malaysia di Mesir dipolitikkan

Azreen Zunairah said...

saya arief : jom jom kita karok..huhuhu

Azreen Zunairah said...

tenangsudey : haah mmg tenang kan..mcm nama awaklah..huhu

h A n Y S said...

hanys suka jugak pi karok ni, murah..kan2?
and pernah jugak kena yg no.1 tu, tp bkn budak skola, tp budak u, haih..budak u pon prangai cam tu..haha
n yg tang indo gelek tu, hanys tak pernah jumpa, yg hanys pernah jumpa, bapok gelek! perghhh~ dgn suara n mekap tebal n dressing habis! rasa nak gelak guling2 kat stu jugak! hahaah

btw, anda ditag,weee..

http://contestshanysapek.blogspot.com/2011/02/contest-pantai-by-mrk.html

Azreen Zunairah said...

hanys :
hahaha bapok lagi x bleh bla ehh...huhuhu..tapi tuhlah kan..kadang2 best..kadang2 x best pon..huhu

alinac lover said...

yong x pernah karoke kt situ hehhee

Azreen Zunairah said...

alinac lover: try lah yong...besh tau...huhuhu

zubir othman said...

layan lah..hehehhee

Salam new blogger

nice blog...hehehe

jom singgah blog saya

http://zubir5588.blogspot.com
\segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq

sicomot-comel said...

huhuhu..

tak penah lagi berkarok..hohoho

IFA Athirah said...

fuyo!bdk skolah pn nk ngorat.msti muke u awet muda!hehe http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

Azreen Zunairah said...

zubir :thanks ehh..saya hanyalah newbie yang baru berkecimpung dengan dunia belog..huhu

sicomot-comel:marilah kita berkarok..huhuhu

ifa athirah: hahahaha...awet muda lah sangat kan huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...