Monday, January 3, 2011

Sesi menghabiskan duit bersama orang tersayang pulak =) and review cerita Gulliver’s Travel.

Assalammualaikum !

Wah ! Tiba-tiba pulak kan aku semangat nak review movies-movies yang tengah hot sekarang ni kan. Aku bukan apa, cuti yang sangat lama buat tangan aku ni rajin je nak hupdate blog. Kalau entry yang sebelum ni aku cerita pasal aku keluar dengan bff aku dengan review movie The Tourist kan. Sapa yang tak ingat boleh baca dekat *SiNi* .

Now aku nak cerita pasal movie Gulliver’s Travel yang memang best nak mampos lah. Time ni pulak aku dating dengan boipren sepanjang zaman aku, lagilah syiokk ! Tujuan utama keluar ni pun sebab boipren aku nak cari baju-baju yang boleh pakai time dating nanti. Eh salah ! Time keluar dengan member-member dia nanti..hehe ! Ok sebelum tuh aku nak warning dulu yang entry kali ni memang tersangat banyaklah gambar-gambar aku. So bersiap sedialah untuk muntah hijau ye !

So bila dah keluar dekat Melaka ni, mana lagi tempat dating kan kalau bukan Mahkota Parade or Dataran Pahlawan. So lepas dah park motor and simpan helmet bagai, boipren aku decide pergi beli tiket wayang dulu. Sampai-sampai je orang memang dah beratur panjang dah. So aku dengan cepatnya terus decide nak tengok movie lakonan Jack Black and movie start pukul dua. Sementara nak tunggu boipren aku decide nak buat apa sementara nak tunggu pukul dua ni, aku suruh boipren aku snap-snap gambar aku dulu..hehe !

Dalindareen5682

That day aku pakai baju kembang yang membuatkan aku nampak macam mengandung, shawl yang sama aku pakai masa aku kuar ngan bff aku wani, dengan wedges yang membuatkan boipren aku cakap aku nampak macam wanita berkerjaya. Gilo apo ehh ! Then boipren aku perasan lah dia nampak lagi muda dari aku padahal kau tuh lagi tua dari aku tau. Then kitorang pergi kat food court je sebab dari hari tuh aku mengidam nak makan ayam penyet dekat food court tuh. Boipren aku ajak makan benda yang mahal-mahal then bila aku nak makan kat food court je. Boleh pulak dia macam tak percaya then siap tanya berkali-kali tuh betul ke..betul ke..betul ke. Wei betul lah !

Dalindareen5684

On the way nak pergi food court and dengan rasa bangga nya boipren aku cakap aku macam kakak dia. Yunk ! Sibling you bukan semua lelaki ke ? Gile ehh ! Nak katakan masa ni kaki aku asyik macam terjelepok je lah. Yelah dengan boipren aku yang asyik nak jalan laju then aku pulak macam baru nak belajar berjalan. Sengal betol !

Dalindareen5693

Ni boipren aku yang punya. Aku tengok yong tau fu ni biasa je tapi dia boleh ambik semua benda yang ada dekat situ macam tak pernah langsung makan yong tau fu ni. Nak dekat belas-belas jugaklah habis sebab makan benda ni je. Masa ni aku belum nak beli makanan lagi sebab kedai ayam penyet tak ready lagi. Boleh pulak kedai tuh suruh aku tunggu 10 minit. Takpelah, demi mu ayam penyet. Aku tak kisah pun. Lainlah kalau kedai tuh terus tak bagi aku beli dekat kedai tuh. Memang aku penyek-penyek kan semua orang yang ada dekat kedai tuh.

Dalindareen5694

Tarrraaaa !!! Dah dapat dah ayam penyet aku ni. Kenapa eh aku tengok macam biasa je padahal bila aku tengok ayam penyet ni dekat blog orang lain nampak best je. Takpelah asalkan aku dapat rasa macam mana ayam penyet ni. Rasanya not bad lah. Rasa macam makan nasi putih lepas tuh makan dengan ayam goreng yang mak kau masak then tambah pulak dengan tauhu and tempe yang kau goreng. Boleh macam tuh ? Hahahaha. Yang sedapkan nasi ayam penyet ni aku rasa belacan dia lah. Tapi seriously aku rasa biasa je ! Huh tak puas hati punya pasal terus aku tak habis makan then bagi dekat boipren aku ni !

Dalindareen5701

Husshh..hushhh ! Disebabkan lapar lagi agaknya boipren aku ni, tengoklah tangan dia yang laju sangat makan nasi tuh . Sekejap je habis tau. Aku rasa dah boleh dah cipta rekod siapa yang makan paling laju. Boleh ?

Dalindareen5695

This time memang tak beli air sebab awal-awal kitorang dah beli air. Orang sibuk-sibuk nak minum Cool blog kan tapi aku relaks je minum air Pearl Fever ni. Alah lebih kurang je rasa dia. Nama je yang lain-lain. Tapi seriusly pearl dia memang banyak nak mampus. Aku rasa mau dekat setengah cawan amoi tuh letak pearl. Gile banyak tak banyak. Sebab tuh lah kot dia letak nama Pearl fever..hahaha.

Dalindareen5696

Hah ! Korang tengoklah gila tak gila mamat ni. Sebab dah muak sangat dengan pearl yang memang banyak nak mampus, boleh boipren aku ni main-main bila makan pearl ni. Geli lah hai ! Dah macam machaa yang makan sireh dah aku tengok. Hitam jek gigi kau yunk ! Hahahaha.

Dalindareen5712

Dah kenyang apalagi berfoto-gedik lah aku jawabnya. Sementara nak tunggu pukul dua kan. Baik buat benda yang lagi berfaedah kan. Kan..kan betul tak apa yang aku cakap. Masa ni kalau korang perasanlah, perut aku memang dah tahap gaban dah buncitnya. Nasib baik lah baju kembang aku ni boleh cover kan. So ke-ketara-an kebuncitan perut aku boleh lah di cover kan. Baru nampak slim. Wah gitu kan kau nyah !

Dalindareen5708

Oh boipren saya memang baik hati sebab sanggup bawak handbag saya padahal aku tau tuh dia punyalah terpaksa nak mampos kendong handbag aku ke hulu ke hilir..hahaha. Nasib kau lah yunk !

Ok masa ni pun dah nak start movie so this is the time aku nak review movie yang aku tengok dengan boipren aku, tak lain dan tak bukan Gulliver’s Travel. Kihkih.

Gullivers-Travels-Movie-2010-Banner

Cerita lakonan Jack Black ni mengisahkan tentang seorang pekerja yang bernama Gulliver di sebuah pejabat yang memang tersangatlah besar sebagai penghantar mel or dengan kata lain yang lagi senang, setiap kali ada surat untuk pekerja dalam ofis tuh, memang si Gulliver ni lah yang bagi.

Gulliver ni memang seorang yang self esteem dia low lah sesangat. Then dia ada minat seorang girl yang nama dia Darcy dalam ofis yang sama jugak. Then disebabkan nak pikat Darcy punya pasal. Gulliver’s ni selalulah datang ofis Darcy then disebabkan self esteem yang low, dia jadi kelam kabut bila bersama dengan Darcy. Then sebab kelam kabut tuh jugak, Gulliver’s terambil borang permohonan penulisan pelancongan. Darcy yang dengan perasaan terkejut ni terus suruh Gulliver’s bagi apa-apa penulisan yang pernah Gulliver’s buat supaya dapat memantap kan lagi permohonan dia.

So seperti cara-cara yang paling bijak budak-budak IPT pernah buat, Gulliver’s meng-copy and paste artikel-artikel pelancongan yang sedia ada dekat internet. So disebabkan penulisan yang menarik, Darcy terus terima Gulliver untuk bekerja dan terus dapat tugasan : Pergi ke Segitiga Bermuda dan pastikan kenyataan seorang penduduk itu betul atau tidak.

So nak tak nak Gulliver terpaksa pergi then dia terserempak dengan puting beliung masa dekat laut then terus tercampak dekat sebuah pulau yang mana semua orang yang ada dekat situ semuanya kenit-kenit and comel-comel. So masa tuhlah Gulliver kena tangkap and macam-macam benda lagi yang terjadi.

gulivers12

Oklah macam-macam lagi aku nak cerita sebenranya tapi macam tak syiokk pulak kan. Korang kena tengok sendirilah. Baru best. Masa ni pulak aku tengok 3D, so memang lagi best lah effect dia.

Then bila dah habis movie, aku ajak pulak boipren aku pergi tengok-tengok selipar yang memang comel nak mampus. Yang boipren aku pulak ajak makan kek dekat Secret Recipe. Haiyo0 tak kenyang-kenyang agaknya boipren aku ni kan. So aku decide teman aku tengok selipar yang comel-comel dulu then baru pergi makan kek.

Dalindareen5719

Tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semua memang comel-comel. Last-last satu pun aku tak beli sebab rasa macam membazir pulak. Yelah dekat rumah dah banyak kot selipar. Membazir tuh kan amalan syaito0nn !

Dalindareen5738

Hehehe. Kek-kek yang memang paling sedap dekat dunia. Tapi kek  Chocolate Banana yang aku pilih macam kureng sikitlah. rasa macam kek pisang. Lah ! Apa daa. Memang lah rasa kek pisang. Dah kata ada pisang memanglah rasa kek pisang. Ice Lemon Tea aku jugak yang jadi penyelamat tekak aku yang loya ni.

Dalindareen5743

Boipren aku ni memang tak reti kenyang agak nya. Dia pegi pulak bedal beef steak yang rasa dia pun boleh lah tahan sedapnya. Tapi sebabkan aku dah loya sangat, so aku pandang sebelah mata je lah steak tuh.

Lepas bayar, masing-masing yang muka kenyang, loya and full nak mampos terus tak tahu nak pergi mana. Then we decide nak pergi tepi laut yang memang best dekat dengan Eye on Malaysia yang dulu ada dekat Melaka tuh. So that time lah masa aku dengan boipren aku ber foto- gedik bagai. So korang layan dululah gambar-gambar yang ada dekat bawah ni.

Dalindareen5759

Dalindareen5783

Dalindareen5795

Dalindareen5779

Dalindareen5792

Ok then lepas tuh kitorang pun balik sebab penat sangat kan. Rasa macam best pulak sebab perut aku boleh disorok dengan jayanya. Motif !! Tiba-tiba kan..hahaha ! Oklah aku dah ngantuk dah ni. Esok nak pergi sekolah. Eh salah. Esok nak pergi kelas pukul 8. Untuk adik-adik aku yang nak sekolah esok, hahaha hohoho padan muka kena pergi sekolah. Kak yong dah tak sekolah dah. Jahatnya aku. Oklah bebboiii !

2 comments:

bact said...

brapa banyak org dalam pnggung td??lu kira x??gua nk pegi tgk jugak la..
hahhaa



boifren lu da iras jack black la..ini gua serius..

saya yg dipanggil aReeN said...

bact:byklah...citer klaka kan..mesti arr full..alah nape iras jack black..gua nak iras orlando bloom..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...