Friday, December 31, 2010

Sesi menghabiskan duit bersama bff =) and Review cerita The Tourist by Angeline Jolie & Johny Depp

Assalammualaikum !

Lamanya tak update blog okey ! Sebabnya satu je, and the reason why is MALAS. Saja nak CAPSLOCK word malas tu sebab memang mood nak update blog makin menghilang. Tak takut ke orang lari and dah tak baca blog you lagi? Tak takut pun sebab blog ni hanya saja-saja ditulis and tak paksa pun orang lain untuk baca blog yang tak semenggah ni. Kalau nak baca dipersilakan, kalau tak nak baca nevermind =) tak paksa pun.

Bila dah final semester ni, memang setiap minggu adalah hari-hari yang amat membosankan. Yelah bayangkan lah setiap minggu just ada kelas dari hari Isnin until Rabu saja. Gile boring nak mampus ok ! Minggu ni lagi malang sebab kelas hari Rabu cancel.So bertapa lah kau kat dalam rumah sewa yang serba kekurangan ini. Boring tau tak boring. So bila dah boring aku ajaklah bff aku sapa lagi kalau bukan Alwani Baharin pergi tengok cerita baru perempuan seksi berbibir tebal tak lain tak bukan Angeline Jolie. Aku memang dah jatuh cinta lah dengan semua cerita Angeline Jolie semenjak tengok movie Salt tuh.

So bila dah sampai dekat Mahkota Parade tuh aku ajak Wani beli tiket and then beli Mcflurry Oreo untuk sarapan kitorang. Lapar memang lapar tapi disebabkan movie yang start pukul 12, aku dengan Wani sanggup tahan lapar sebab dah excited sangat nak tengok Angeline Jolie berlakon.

Dalindareen5658

Kitorang pergi Mahkota Parade by bus jek sebab malas lah nak habiskan duit pergi sewa kereta bagai. Lagioun sebenarnya aku dah lama tak naik bas dekat Melaka ni yang mostly bila naik mesti macam nak terbelah dua. Bergegar sini bergegar sana. Memang tension lah, tapi bila dah lama tak naik rasa rindu pulak. Sila abaikan pipi aku yang semakin membulat sebab aku makan memang tak hengat dunia langsung. Main telan semua makanan janji perut kau kenyang. Oklah malas nak merepek lagi. Meh sini aku review pasal cerita The Tourist ni !

images

Memang seksi nak mampuslah Angeline Jolie dalam cerita ni lagi-lagi tang bibir dia yang memang tebal tuh. Johny Depp pun not bad lah sebab dia cuba jadi pelakon yang se-macho mungkin.

The Tourist

Angeline Jolie yang diberi nama Elise ni adalah merupakan girlfriend kepada Alexander Pearce yang tersangat-sangatlah jahat and dikehendaki oleh polis di 14 buah negara. Disebabkan Alexander amatlah dikehendaki oleh polis, pasangan ini jarang berjumpa dan hanya sekeping kad comel yang menghubungkan mereka supaya semua maklumat tak jatuh ke tangan polis. Didalam kad comel tersebut, Alexander menyuruh Elise pergi ke Venice dan mencari lelaki yang sama ketinggian dengan Alexander supaya pihak polis mempercayai bahawa lelaki tersebut adalah Alexander.

the_tourist_118

Didalam perjalanan ke Venice, Elise telah berjumpa dengan Frank yang dilakonkan oleh Johny Depp yang merupakan seorang guru matematik dan seorang pelancong dari Amerika. Disebabkan Frank menepati ciri-ciri seperti Alexander, Elise merapati Frank dan berpura-pura mesra supaya dapat mengaburi mata pihak polis.

Bukan pihak polis sahaja yang terpedaya malahan samseng yang juga sedang mencari Alexander turut terpedaya. Mereka mengkehendaki Alexander kerana Alexander telah mencuri sejumlah wang yang bernilai berbilion dollar dari mereka.

The-Tourist_Johnny-Depp-Angelina-Jolie-dance_trailer1.bmp1

Kecantikkan Elise telah membuatkan Frank jatuh cinta kepada Elise dan sedia untuk membuat apa sahaja demi menyelamatkan Elise dari samseng yang mencari Alexander.

Phewwww ! Penatnya aku nak taip dalam ayat yang skema macam dekat atas ni. Bukan apa rasa tak biasa sebab dah terbiasa merepek and buat ayat pelik-pelik. So sekarang ni siapa sebenarnya Alexander Pearce ? Apa jadi dekat Frank dengan Elise ? Nak tau jawapan dia korang kenalah tengok. Mana syiokk kalau semua aku nak ceritakan. Dah tak surprise lah jawabnya kan. Over all bagi aku not bad lah cerita ni but aku rasa sedikit kecewa sebab tak banyak action yang Angeline Jolie ni buat macam cerita Salt. Lagi satu yang tak menariknya hero dia yang Johny Depp ni tak handsome lah. So kurang menarik minat aku. Kenapa dia tak ambik Orlando Bloom ke, Robert Pattinson ke. Semangat sikit aku nak tengok kan. Aku bagi ranking 3 lah from out of 5.

Dalindareen5662

Lepas dah puas melahap popcorn dengan Chipster dalam wayang tadi. Wani ajak aku makan kek dekat Secret Recipe. Dia ambik Chocolate Indulgence  favourite dia tuh then aku pulak ambik Pecan Butterscotch. Tambah pulak dengan Ice lemon Tea. Mula-mula macam nak ambik ice blended or whatsoever tapi macam takut mual pulak. Yelah dah makan kek lepas tuh nak minum air susu pulak. Maunya termuntah aku nanti.

Dalindareen5663

Masa mula-mula makan kek ni memang rasa syiokk je lah sebab dah lama tak makan kan. So bila dah dapat kek ni, oh heaven nya rasa ! Comelkan kawan aku ni punya baju. Aku suka tengok baju dia yang ni sebab ropol-ropol dia yang dekat tangan tuh macam baju zaman dulu-dulu. Macam dalam cerita Pirates of Caribbean. Auwww comel jek tau.

Dalindareen5665

Aku tak payah cakaplah. Memang rasa macam nak melahap je dua-dua kek yang ada dekat atas meja tuh. At last aku dengan Wani dah tak boleh nak terima sebab perut masing-masing dah full sangat-sangat. Kek masing-masing tak habis so kitorang pergilah bayar dalam keadaan paksa rela sebab kek tak habis separuh so bayar pun kenalah separuh…hahaha. Boleh ke macam tuh ?

Then lepas dah penat cari kasut,handbag dengan shawl yang warna-warni, kitorang pun geraklah balik. And masa ni lah rasa lapar yang amat. So dekat Melaka Central ni lah aku excited cari kedai makan yang mostly dipenuhi oleh makhluk-makhluk asing.

Dalindareen5669

Mula-mula rancang nak makan Mcd alih-alih aku pulak macam takda mood nak makan Mcd. Sebab rasa muak pulak asyik makan Mcd. So kitorang decide nak makan nasi ayam jek. Boleh pulak masa tengah makan nasi ayam ni, aku boleh teringin nak makan Mcd pulak. Haiyo0 kau ni. Selera macam-macam tau.

So sampai rumah around pukul 7 macam tuh. Memang penat yang amat lah. Tambah pulak pening sebab naik bas yang nak terbelah dua ni. Aku kadang-kadang pelik dengan budak-budak sekolah yang baru nak up ni. Memang trend budak-budak ni eh bukak lagu dekat handphone kuat-kuat even bas dah pasang radio. Lepas tuh cakap nak kuat-kuat macam bas tuh family kau yang punya. Bukak lagu kalau best takpe. Ni dahlah speaker handphone stok-stok bunyi macam dah pecah lepas tuh bukak pulak lagu jiwang-jiwang. Haiyo0 budak-budak zaman sekarang ni. Memang dah maju betol.

Oklah rasa macam lapar pulak. Aku nak pergi masak lah. Azam baru sempena nak masuk tahun baru ni. Azam aku nak rajin-rajin masak untuk aku, kawan-kawan aku and family aku. Hurmm rasa sedih pulak sebab hari ni hari Jumaat terakhir untuk tahun 2010. Semoga tahun 2011 nanti hidup aku lebih ceria dan ceria. Tak mau ada nanges-nanges lagi. Oklah bebboiii !

4 comments:

liyanaziz said...

wah, bestnya dapat tengok wayang.. since cuti ni memang kering so x g la tgk wayang.. tup tup esok dah nak naik semester baru.. huish!

saya yg dipanggil aReeN said...

liyanaziz:alolo kesiannya..x pelah..nanti bila masuk sem baru..pegilah ygk wayang kan..huhu

Mr.NS said...

cita la bg abz..mlz nk p tgk la..hahah

saya yg dipanggil aReeN said...

abg ery:alah malas lah nak cite..hahaha..tengok sendiri lah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...