Friday, December 17, 2010

Sekarang ni ramai perempuan muda minat dengan lelaki tua kan !!

Assalammualaikum !

Tadi masa lepas baca newspaper aku terbaca yang Hulk Hogan tah apa jadah tah nama dia kahwin dengan  perempuan umur 25 tahun. Nowadays, bagi aku semua benda tuh dah normal kot. Dekat Malaysia ni pon berlambak orang yang pangkat atuk-atuk aku kahwin dengan budak-budak yang sebaya dengan aku. Lainlah dulu kot, kalau family dapat tahu yang anak perempuan diorang nak kahwin dengan lelaki tua, mahunya diorang tentang habis-habisan. Silap-silap boleh dikurungnya perempuan tuh tak bagi keluar-keluar tak pun kalau nak lebih tragik perempuan tuh kawin lari dengan atuk tua tuh. Alahai kesiannya. Boleh?

du_08.1

Ha ginilah rupenya Hulk Hogan tuh ! Tak salah aku dulu dia ni orang yang main wrestling-wrestling tuh. Aku doa-doa jangan lah bila dia dah kahwin ni, dia bantai wrestling bini dia ni. Bagi aku tak salah kot perempuan kahwin lelaki tu macam ni sebab dah jodoh kan, takkan kita nak halang pulak kan. Maybe some of people kat luar tuh macam pandang sinis orang-orang macam ni. Yelah bila keluar dating rupanya macam ibarat kau keluar dating dengan ayah kau sendiri. Jap jap aku tengah bayangkan. Takda salah pon lah. As long as kau tak buat benda tak senonoh yang boleh buat orang muntah dengan adegan-adegan 18 SX ko tuh. Handsome apa Hulk Hogan ni ! Even aku rasa macam nak muntah hijau cakap Hulk Hogan ni handsome tapi dia beruntung kot dapat perempuan muda. Nanti bolehlah bini dia ni mengulit-ngulit sambil main misai putih dia tuh ! Ko ado !!!

ne_03.1

Dulu heboh kot bila Siti Nurhaliza nak kahwin dengan orang tua. Time tuh punya lah Siti Nurhaliza ni dok cover-cover panggil Datuk K. Siap buat and nyanyi lagu Biarlah Rahsia tuh lagi tak tahan. Bila dapat tahu yang Siti memang betul-betul nak kahwin dengan Datuk K, masing-masing pakat-pakat dok meroyan lebih-lebih lagi lelaki yang sekian lama memendam perasaan dekat Siti ni. Pastuh ada pulak cerita yang konon-kononnya Siti ni frust dengan Dr. Fazley yang nyanyi lagu Asmara ini tuh ! Sebab tuh Siti kahwin dengan Datuk K. Entahlah memang terlampau banyak rumours yang timbul masa Siti ni nak kahwin.

Bagi aku beruntung kot Datuk K dapat kahwin dengan Siti ni. Yelah mana taknya, susah kot nak dapat isteri yang fofuler macam Siti ni. Maybe berkat ramai sangat yang dok fitnah and kutuk Siti masa dia nak kahwin dengan Datuk K, sekarang ni diorang hidup aman dan damai. Oklah tuh kot. Setiap kali birthday Siti mesti Datuk K bagi hadiah ribu raban. Sapa nak bagi ye tak !

Bung-Mokhtar-dan-Zizie-Ezette-abpbh-09

Ha yang part si Zizie dengan Bung Mokhtar ni lah aku rasa paling meletop aku rasa. Heboh kot sana sini cerita pasal dua orang ni. Aku lagilah suke nak menyebok nak tahu semua benda pasal dorang ni sebab aku memang minat gila dengan Zizie Ezzete ni. Takda masa lah aku nak minat kat Bung Mokhtar ni. Kang mampus aku kena kejar dengan Zizie ni kang.

Kadang-kadang aku terfikir gak. Apa yang buatkan perempuan muda minat sangat-sangat nak kahwin dengan orang tua ni. Mostly aku tengok perempuan yang muda ni mesti kahwin dengan lelaki tua yang kaya. Macam jiran sebelah rumah aku, dia muda setahun dari aku then jadi bini nombor dua dekat lelaki tua yang boleh tahan kaya lah jugak. Nak katakan handsome takdalah sangat, memang tak handsome pun  lah aku cakap !

Kadang-kadang aku confuse kenapalah perempuan muda minat sangat dengan lelaki tua ni. Kalau tengok dari sudut negatif memang tersangat banyak lah yang aku boleh senaraikan. Antaranya ialah :-

  • Kau memang dah set mind kau dari kecik nak cari lelaki yang kaya. So bila dah dapat lelaki yang kaya even tua pon ko sanggup terima. As long as, kau dapat harta juta-juta then bila dia mati bolehlah kau korek semua harta yang dia ada. Yelah orang dah tua kan sebab tuh umur tak panjang.
  • Sebab kau nak tunjuk dekat orang yang kau dapat kahwin dengan orang lelaki tua yang kaya. Ha penuh aku mentioned pasal lelaki tu ni ! So bila dah dapat lelaki-tua-yang-kaya bolehlah kau melaram naik kereta mercedes ke, bmw ke bila nak balik kampung nanti.
  • Kau memang dah gatal and merenyam nak dekat lelaki tua or laki orang. So bila dah dapat lelaki yang nak dekat ko tambah pulak lelaki tuh berduit, so sebat je lah kan daripada tak ada orang nak kat kau kan.
  • Kena paksa dengan family sebab family orang kaya so kena kahwin dengan orang kaya gak. Tak pun family terhutang budi dengan orang kaya tuh. Wahh ! Dah macam drama Antara dua darjat pulak kan tak pun cerita Asmara..huhu.

Ha kalau diikutkan memang banyak yang aku nak senaraikan tapi aku takut mulut aku makin lama makin tak dapat dibendung ke-celupar-an itu. Tapi kita boleh jugak tengok dari sudut positif and antaranya ialah:-

  • Memang dah ketentuan tuhan yang jodoh dengan lelaki tua kan so nak buat macam mana kan. Kena terima dengan seadanya.
  • Memang jatuh cinta and minat dengan lelaki tua sebab dorang lagi berpengalaman dengan hidup ni. So ada harta atau tak ada harta tak penting. As long as, lelaki tua tuh boleh bimbing si bini.
  • Memang diaturkan oleh family. So sebagai anak yang mithali kenalah ikut semua cakap family.

Macam aku lah kan, aku memang tak sukalah. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Takkan lah kau nak nangis sambil hentak-hentak kaki kan sebab tak nak kahwin dengan lelaki yang sebaya dengan ayah kau kan. Wahh ! Aku rasa aku ni dah macam doktor tah hape kejadahnya tah nak tulis entry macam ni kan. Tapi aku just nak share pendapat aku je lah tentang apa yang aku rasa. Macam banyak plak aku membebel kan. Sebelum tuh aku nak tempek dulu gambar aku dengan boipren tua aku.

Dalindareen4470

Hehehe aku pun bercinta dengan orang tua jugak. Just tua dia setahun lah dari aku. Kira tua lah jugak kan. jangan nak salah anggap ok dengan gambar ni. Gambar ni masa dolu-dolu. Zaman jahiliyah aku. Sekarang dah ayu dah pakai tudung. Gambar nie masa ada event dekat poli aku. Aku kena jadi dayang. Memang macam hampeh lah sebab aku tak suka kot ! And for the first time satu politeknik tengok aku tak pakai tudung. Malu memang malu tapi nak buat macam mana kan. oklah penat dah aku melalut. Bebboiiii !!!

6 comments:

Mr.NS said...

tua i2 menawan............

Ummi Izzah said...

tua2 pun byk diut tu...
tu pasal depa suka..!

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns:memang menawan tau..lagi2 kalau byk duit..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

Ummi Izzah: tuh arr pasal..sebab byk duitlah ramai pompuan cantik yang terpikat !

Anonymous said...

ak knl dia tnpa amik thu umur..mser tu kitorg accident skali..tup2 fall kt si dia..dia comel..bdn kecik tp tough..mtg
.tup2 br thu umur dia 10thn tua dr ak...tp ak cube gak deny feeling ni..anggp abg..tp still xbleh...ak mmg suke dowh kt dia..huhu

Ajiez- IT said...

DUIT BUKAN SEGALA - GALANYA , TAPI SEGALA - GALANYA MEMERLUKAN DUIT...masing2 xtaw mase depan..klaw dengan org tua dah nmpk dah duit tu...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...