Saturday, December 25, 2010

Betul lah cakap orang, zaman sekolah lagi best dari zaman remaja sekarang !

Assalammualaikum !

Serius memang serius. Tahap kemalasan aku nak hupdate blog ni memang dah tahap gaban dah malasnya. Tak taulah semenjak dua menjak tiga menjak ni aku memang malas sangat-sangat tambah pulak dengan final projek aku untuk sem ni yang memang susah nak mampus dowh ! Nak menangis aku rasa buat benda alah yang susah bebeno ni. Barulah aku tau kenapa orang yang dah final sem dok gebang dekat fb yang final projek dorang susah. At that time aku dok komen-komen. Ala rileks lah bro ! Baru final projek. Kerek seyh aku masa tuh. Now aku pulak nak gebang ! Final projek memang susah ! Nak tau apa final projek aku ? Tak payah lah aku rasa ! Kang macam-macam aku dok gebang korang meluat pulak kan..huhu.

Dalindareen5541

Bila aku tension aku akan ajak kawan aku Wani makan dekat kantin poli. Makin tembam lah jawabnya. Kawan-kawan rumah aku sibuk workout dekat rumah, aku sibuk workout dekat kantin makan banyak-banyak. Serius aku memang tak sedia lagi nak diet. Huh ! Boleh statement berani macam tuh aku bagi ? Boleh ? Nampak tak pipi aku yang selambak tuh ! Tuh memang petanda badan aku makin berkilo-kilo naik dah ! Sedih ? Tak pun sebab boipren aku still sayang dekat aku..hahaha !

Memang bila dah masuk poli ni aku rasa macam rindu sangat-sangat dekat zaman sekolah aku dulu. Masa sem satu dulu syiookk lah dapat masuk poli. Yelah tak payah pakai baju sekolah lagi kan. Kelas pun bukan setiap masa ada. Time nak pergi beronggeng dengan kawan-kawan pun sentiasa ada. Cakap je lah dekat Melaka ni mana je yang aku tak pernah pergi. Semua tempat yang hot-hot and top-top gitu aku dah pernah jejak.

Dulu sebelum masuk poli, aku berazam tak nak ada boipren langsung sebab dulu aku dah kena main dengan jantan gile mana tah ! Then masuk-masuk je aku kat poli, terus ada mamat ngurat aku then lepas dah pujuk-pujuk aku suruh terima dia maka lembutlah hati aku ni. So azam hanya tinggal azam. Tuh semua cerita 3 tahun dulu. Now boipren aku still orang yang sama semenjak aku sem satu dulu.

Nak tau tak kenapa aku cakap zaman sekolah dulu lagi best dari zaman aku dekat poli yang muda remaja ni ? Semuanya sebab aku terpaksa jadi matang even aku memang tak nak pun jadi matang or dengan bahasa sanskritnya matured lah. Ala-ala orang putih gitu. Meh sini aku bagi tengok gambar-gambar aku time aku lap hingus pakai kain tudung…hahaha !

DSC00704

Tembam kan aku ! Aku rasa sekarang lagi besar kot pipi selambak aku ni. Jangan main-main dulu tau, aku jadi pengawas tau. Pengawas yang top tuh. Top sebab suka bawak hp kat asrama, dalam kelas bawak walkman, suka cover budak-budak yang bawak hp setiap kali spotcheck. Siap letak dalam loker aku lagi tak tahan sebab sekolah aku dulu tiap kali spotcheck memang cikgu tak kan check loker pengawas lah. Baguskan aku. Tah apa yang cikgu pandang dekat aku tah. Dah naik muak aku pakai baju pengawas tau. Kadang-kadang tuh setiap kali pergi lawatan aku mesti pakai baju putih. Tiba-tiba pulak rasa malu pakai baju pengawas. Pulak dahh !

DSC04065

See..see masa ni aku pergi join lawatan pergi Poli JB. Kan aku dah cakap setiap kali lawatan aku pakai baju putih. Name tag aku je lah yang ada tulis pengawas. Klik kalau nak tengok dengan jelas ok. Dulu bila dekat asrama or dalam kelas aku lah kiranya yang jadi ketua. Kira kalau port-port nak lepak memang dekat katil aku je lah. Dah naik bengkok besi katil aku yang kat bahagian bawah tilam tuh. Yelah ramai sangat landing. Setiap kali ada hot story memang katil aku lah jadi port nak bercerita, nak mengumpat, nak mencaci orang. Lagi satu dalam loker aku memang penuh dengan makanan yang aku bawak balik dari rumah. So memang loker aku ni jadi tumpuan lah sebab sambil mengumpat boleh mengunyah. Mengunyah nya makanan aku. Hah pandai ler masing-masing. Bila makanan aku habis aku pergi kat loker sorang-sorang yang tibai makanan aku. Jahat ke tak jahat aku. Kira fair lah kan..huhu.

Macam bila dekat poli ni dah tak ada istilah sapa yang jadi ketua geng dalam group kau. Kira semua boleh jadi ketua. Fair and square lah katakan. Nak mengumpat pun kena fikir tempat jugak. Tak boleh main ngumpat je nanti adalah mastermind yang melaga-laga kan orang. Then nanti menyindir-nyindir orang tuh. Cakap depan-depan tak nak kan. Memang tuh lah kan agaknya perangai budak-budak yang dah matured. Serius aku memang rindu time sekolah dulu sebab kita dengan sesuka hati nya boleh ngumpat orang secara depan-depan tanpa menyakitkan hati pihak yang lain. Kiranya bila dah habis ngumpat tuh, dah 0-0 lah. Tak ada lagi nak gaduh-gaduh.

DSC04142

Asal dulu bibir aku macam terjuih je eh ? Atau memang begitu sejak azali ? huhu. Dulu dekat asrama teknik aku tudung mesti nak tutup dada lah. Bila dah naik form 5, dah up sikit lah kan. Yelah dah senior, terus selempang. Terjojol sana sini lepas tuh bila warden nak check heboh pergi mintak dekat junior-junior pin tudung bagai. Tak pun kalau nak lagi extreme siap berlari tuh semata-mata tak nak warden nampak tudung kau tuh.

Bila dah dekat poli ni, kau nak buat fesyen tudung macam mana pun suka hati kau lah. Memang tak ada sapa yang nak marah. Just maybe orang akan mengumpat kau sebab cara kau pakai tudung over, mekap over. Memang hidup dekat poli ni tak boleh lari dari pandangan sinis orang yang suka mengutuk cara berpakaian orang lain padahal diri sendiri belum tentu betul ke tidak pakai baju tuh ! Serius aku memang rindu time sekolah dulu sebab apa-apa yang aku pakai tak pernah dipertikaikan oleh kawan-kawan rapat aku. Kau pakai buruk macam mana pun lah kawan-kawan kau still boleh kawan dengan kau and gelak ketawa dengan kau.

DSC00719

Dulu time dekat sekolah boleh dikatakan aku memang rajin lah sangat-sangat nak baca buku kimia,fizik dengan biology yang memang tebal-tebal nak mampos ! Aku pun tak tau mana datangnya semangat aku boleh nak mengadap buku tuh semua setiap waktu siang dan malam. Kiranya kalau ujian bulanan tuh memang adalah nama aku tersenarai dekat nama budak-budak yang dapat highest mark. Tambah-tambah lagi dengan kawan aku yang sebelah meja aku ni pun pandai jugak. Memang aku beat dengan dia lah setiap bulan. Last-last bila time SPM result masing-masing ala kadar je. Oklah tuh kan dari ada yang fail.

Bila dekat poli serius aku rasa malas gila nak belajar. Asyik nak enjoy je aku fikir. Kiranya bila time nak exam je lah aku dok pulun baca semua last-last minute. Tau-tau je lah kan bila dah last-last minute ni tak semua yang masuk dalam kepala otak kan, so nak tak nak masa ni lah kau menyesal sebab tak study awal-awal. Bila aku dah dekat-dekat final sem ni lah aku baru belajar balik sungguh-sungguh.

Aku rasa tuh je lah kot. Aku pun dah tak ada idea nak tulis apa lagi. Huhu..oklah bebboiii…

2 comments:

asyllamohdghazalli said...

induk! xde gmbr ako pon..tacing la [sambil hentak2 kaki] :P

saya yg dipanggil aReeN said...

cyla: arrgghh ngada2 lah ko...kira orait apa aku citer apasal skolah..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...