Tuesday, March 10, 2015

Omaigod !! Banyaknya Nuffnang bagi CPUV. Alhamdulillah rezeki bulan March.

Assalammualaikum.

Hai kita bersua lagi ye kawan-kawan. Jangan kata aku ngulor ye. Tak buat kerja lepas tu pergi update blog pulak. Mana ada tau. Biasalah kan mata ni bila penat tengok kertas yang melambak-lambak atas meja. Dok scroll-scroll lah apa yang ada dekat email semua and last sekali check Nuffnang pulak. Saja nak segarkan biji mata tengok duit-duit hasil titik peluh memerah otak taip macam-macam. Tak payah nak perah otak sangat lah kan. Padahal kerja aku dekat blog ni tak habis-habis merepek, kejap-kejap tu meraban lah pulak. Sesiapa yang dah lama follow blog aku memang tahu, kalau aku nak start sesuatu cerita tu memang mukadimah panjang sangat. Contohnya macam sekarang lah.

So bila dah bukak Nuffnang, saja-saja lah kan nak tengok CPUV yang Nuffnang bagi. Berkali-kali aku kelip-kelip kan mata, gosok-gosok mata. Wauu biar betul Nuffnang ni. Banyak gila CPUV dalam blog aku ni. 




Alhamdulillah, bukan senang tau nak percayakan Advertiser untuk letak iklan dalam blog kita. Memang susah sangat. Aku ni dari tahun 2008 dah bersama dengan Nuffnang pun rasa susah sangat-sangat nak dapatkan CPUV tau.

Memang ramai blogger yang cakap, kalau nak dapatkan CPUV yang banyak, update lah entry baru selalu. Ye memang, itu aku tak nafikan. Tapi kalau setiap masa kau dok update tapi dalam entry tu semuanya merepek-repek, tak boleh jugak nak buat Advertiser percaya dengan kebolehan blog kau. Sekarang ni kalau boleh memang aku nak letak entry-entry baru setiap hari tapi tu lah, penatlah, mengantuklah, malas nak bukak PC lah. Macam-macam hal. Saja je nak jadikan alasan sedangkan kita semua tahu kalau nak cari rezeki ni mana boleh bagi banyak alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Khennn. Poyo sangat ayat kan.

So lepas ni aku akan berusaha update cerita-cerita baru lagi. Yelah nak kumpul duit kahwin kan, kenalah gigih mencari rezeki. Ingan senang ke, merepek-repek dekat blog tapi orang bagi kita duit. Kan kan. 

Oklah bye !



Alhamdulillah rezeki hari Selasa. Saya salah seorang yang terpilih dalam Giveaway blog Kak Mialiana.

Assalammualaikum.

Before this saja lah try test luck sendiri cuba Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare anjuran blogger famous kak Mialiana. Yelah Kak Mia cakap sesiapa yang nak kulit cerah, gebu dan gebas boleh lah try giveaway ni kan. Aku ni memang pantang kalau orang offer nak jadi putih gebu ni, memang aku serah diri je lah nak join kan. Saja nak tahu diri ni ada luck tak kalau join-join giveaway bagai. Sebab aku ni dari dulu kot, cabutan bertuah ke, apa-apa lah mesti tak bertuah langsung. Entah apa masalahnya entah. Huhuhu.

Tadi saja godek-godek blog kak Mialiana, and what happen is yeayyyy aku dapat, aku bertuah aku bertuah aku bertuah. Haaa over tak nak ulang banyak kali diri ni bertuah sangat. Muahahaha peduli apa aku. Excited ni wei !



Haaa nampak tak URL blog aku tu. Yeayyy saya menang !

Alhamdulillah nanti saya pakai, saya bagi testimoni yang best-best ye kak Mia. 
Thanks sangat-sangat tau sebab pilih saya.

Oklah bye !



Monday, March 9, 2015

Sorang-sorang classmate kahwin.

 Assalammualaikum.

Bila dah menginjak umur 25 tahun ni, memang setiap minggu masa cuti tu terisi dengan pergi kenduri kahwin kawan-kawan kelas. Yelah kan, time ni lah ramai-ramai nak buat mini reunion kononnya. Nanti dah masuk 30 tahun nanti, confirm dah tak banyak pergi kenduri kahwin kawan-kawan kelas sebab bebudak kelas aku semuanya ada potensi untuk kahwin cepat je. Yelah bila jumpa je masing-masing merenyam dok cerita pasal kahwin tema apa lah, nak bagi goodies apa lah. Sebab tu aku cakap umur 30 tahun nanti tak ada dah jemputan kawan-kawan kelas, masing-masing menggatal nak kahwin kan termasuk lah aku. Muahahahaha.

So hari Sabtu lepas, aku dengan geng-geng rapat masa zaman diploma dekat politeknik dulu sepakat lah dalam wassap group nak pergi jemputan kahwin member kelas. Lagipun kawan aku yang nak kahwin ni pun memang dekat je rumahnya dengan rumah aku. So aku on je lah. Hehehehe. Keluar rumah pukul 11 pagi macam tu lah, tapi still sampai kenduri pukul 1 tengah hari sebab jemput kawan-kawan kelas dekat Terminal one. Tak apalah bukan selalu pun pusing-pusing Seremban kan. Member-member punya hal. Gua tak kisah. Ehh tetibe.

Sampai je rumah pengantin terus je pergi dekat meja makan pengantin. Yelah nak bagitahulah kan yang kita ni semua datang. Dah peluk cium pengantin bagai, terus je pergi buffet line. Sekarang ni fokus nak melantak pulak. Lapar woii lapar. Rosak diet aku hari tu. Muahahaha.



Inilah pengantin yang disebut-sebut. Aku memang tak ada ye dalam gambar, cuma ada dua orang budak gile ni je, si Wani dan si Tiqah dalam gambar. Pasangan pengantin ni dulunya dua-dua budak poli and jatuh cinta pun dekat poli. Now, alhamdulillah pengantin perempuan Didiey and pengantin lelaki Aan bersatu jua. Cewahhh. Aku ? Tiqah ? Wani ? Relax dulu, nanti-nanti kitorang kahwin lah. Lepaskan orang lain dulu. Aku dengan Didiey ni kira rapat jugaklah sebab kitorang dari sekolah yang sama, tempat praktikal pun nak sama jugak.




Dua orang budak gile yang sentiasa dengar apa-apa je luahan perasaan aku. So disebabkan nak sangat pergi wedding Didiey, aku paksa jugak si Wani dan Tiqah ni join aku sekali. Wani tak lama lagi akan jadi milik orang, yang Tiqah baju pink tu masih single. Kalau ada sesiapa nak try Tiqah, boleh pm aku dekat Facebook. Aku nak tapis dulu. Muahaha over tak.




Tangkap gambar dengan skandal kesayangan harus tidak dilepaskan. Aku memang rapat dengan Pojie ni dulu masa dekat poli. Overnight dekat bandar Melaka, pergi mengular time kelas, Pojie ni lah yang jadi partner aku. Sebab dia yang kena drive. Now Pojie dah ada kedai makan sendiri dah. Bangga sangat dengan Pojie ni. Pojie sila belanja aku dekat kedai ko nanti ok ! Aku dah puji ko nie.





Pojie and Kak rien. Dah ada anak dah Kak rien. Tak silap aku, tahun 2013 kot kitorang ramai-ramai pergi wedding kak Rien. Sekarang ni tup tup dah bawak anak dah. Huhuhu. Kiranya Didiey ni classmate keempat lah dalam kelas yang dah kahwin. Who's next? Huhuhu.




Anyonyo Tiqah, bajet-bajet sweet lah tuh kan pegang anak Kak Rien. Sedap je baby tu landing kat kau kan Tiqah. Hahahaha




Kak Rien, Areen and Wawa. Dulu masa kat poli kan selalu je confius lecturer panggil nama siapa ni, nama aku ke Kak Rien. Last-last dua-dua senyap then lecturer dah tersedar yang kitorang konpius barulah dia panggil nama penuh. Hehehehe. Taik lalat dekat dagu pun sama je position nya cuma Kak Rien ni kurus selim melim. Tu je perbezaan nya ok ! Jangan compare kan aku yang gendut tu. Muahahaha.





Pojie, Apez and Tiqah.

Penceria suasana and joyah dekat emja makan. Sampai orang meja sebelah pun jeling-jeling dekat kitorang. 




OOTD katanya, first time pakai jubah wei. Berkali-kali lah aku tanya emak aku, mak nampak gemuk tak, nampak gemuk tak. Emak aku pun naik bosan nak jawab soalan aku. Lepas tu pesan awal-awal dekat aku, sopan-sopan sikit sebab awak tu dah pakai jubah. Tapi tau je lah aku ni kan. Memang tak boleh lah kan. Still jugak gelak bukak mulut lebar-lebar and kuat-kuat.


To Didiey and Aan:

Selamat pengantin baru ye. 
Semoga kekal sampai akhir hayat dikelilingi orang-orang yang tersayang dan dirahmati Allah selalu.
Amin.




Thursday, March 5, 2015

Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab

Assalammualaikum.

Saja nak meluangkan masa nak join giveaway dari Mommyhood ni. Dah 4 tahun dah kahwin. Bestnyaa ! Kita ni pun tak kahwin lagi tau. Huhuhuhu. Jeles sebenarnya tu kan. So jom ramai-ramai join wedding annivesary giveaway yang Mommyhood ni buat. Jom jom !

Hadiah-hadiah pun best sangat-sangat tau.
Antaranya ialah :



Hadiah Utama: Naelofar Hijab Dusty Pink
( Cantiknyaaaa )






Hadiah saguhati pun ada tau !! Kain cotton yang sejuk and boleh buat pakai raya nanti Mommyhood cakap. Huhuhuhu


Kepada mommyhood:

Happy anniversary ye ! 
Semoga semakin bahagia disamping orang yang tersayang dan dimurahkan rezeki selalu. 
Amin amin aminnnnn !
So kalau ada sesiapa nak join Giveaway ni, boleh klik dekat gambar Mommyhood dengan husband dia yang gojes kat atas ni ok !

Aku nak tag kawan-kawan blog yang gojes macam :-



Oklah bye !

Wednesday, March 4, 2015

Red Velvet Cream Cheese Frosting & Rainbow Cake Butter cream Frosting. Alhamdulillah.

Assalammualaikum !

Dah berzaman dah pun gambar ni. Tak silap aku dalam minggu lepas punya gambar kot. Baru sekarang ada rasa rajin sikit nak masukkan dalam blog. Apa-apa pun yang aku boleh cakap, alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah beri. Walaupun aku penat, yelah balik je kerja terus membakar kek then sampailah ke pagi esok, pergi kerja balik macam biasa, aku still rasa puas hati. 

Aku suka bila nampak muka orang tu happy je bila dapat kek yang cantik-cantik dan comel-comel. Lagi suka kalau orang yang tempah tu suka dengan hasil yang kita buat. Best feeling ever wei  ! Jatuh cinta pun tak ada rasa macam ni tau. Huhuhu 

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Syukur dekat Allah yang bagi semua rezeki ni. So gambar-gambar dekat bawah ni lah hasil berhempas pulas dari malam sampai ke pagi. Hehehehe.




Red velvet + Cream cheese frosting








Red velvet + cream cheese frosting






Rainbow cakes + butter cream frosting

So kalau ada sesiapa yang nak order, boleh PM je aku dekat facebook ok. Jangan segan-segan jangan malu-malu. Tapi diingatkan awal-awal, priority tempahan kek ni hanya untuk orang Seremban sahaja ye. Kalau jauh-jauh tu susah sikitlah. So sorryyyy ok ! Hehehehe


Oklah bye !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...