Monday, March 9, 2015

Sorang-sorang classmate kahwin.

 Assalammualaikum.

Bila dah menginjak umur 25 tahun ni, memang setiap minggu masa cuti tu terisi dengan pergi kenduri kahwin kawan-kawan kelas. Yelah kan, time ni lah ramai-ramai nak buat mini reunion kononnya. Nanti dah masuk 30 tahun nanti, confirm dah tak banyak pergi kenduri kahwin kawan-kawan kelas sebab bebudak kelas aku semuanya ada potensi untuk kahwin cepat je. Yelah bila jumpa je masing-masing merenyam dok cerita pasal kahwin tema apa lah, nak bagi goodies apa lah. Sebab tu aku cakap umur 30 tahun nanti tak ada dah jemputan kawan-kawan kelas, masing-masing menggatal nak kahwin kan termasuk lah aku. Muahahahaha.

So hari Sabtu lepas, aku dengan geng-geng rapat masa zaman diploma dekat politeknik dulu sepakat lah dalam wassap group nak pergi jemputan kahwin member kelas. Lagipun kawan aku yang nak kahwin ni pun memang dekat je rumahnya dengan rumah aku. So aku on je lah. Hehehehe. Keluar rumah pukul 11 pagi macam tu lah, tapi still sampai kenduri pukul 1 tengah hari sebab jemput kawan-kawan kelas dekat Terminal one. Tak apalah bukan selalu pun pusing-pusing Seremban kan. Member-member punya hal. Gua tak kisah. Ehh tetibe.

Sampai je rumah pengantin terus je pergi dekat meja makan pengantin. Yelah nak bagitahulah kan yang kita ni semua datang. Dah peluk cium pengantin bagai, terus je pergi buffet line. Sekarang ni fokus nak melantak pulak. Lapar woii lapar. Rosak diet aku hari tu. Muahahaha.



Inilah pengantin yang disebut-sebut. Aku memang tak ada ye dalam gambar, cuma ada dua orang budak gile ni je, si Wani dan si Tiqah dalam gambar. Pasangan pengantin ni dulunya dua-dua budak poli and jatuh cinta pun dekat poli. Now, alhamdulillah pengantin perempuan Didiey and pengantin lelaki Aan bersatu jua. Cewahhh. Aku ? Tiqah ? Wani ? Relax dulu, nanti-nanti kitorang kahwin lah. Lepaskan orang lain dulu. Aku dengan Didiey ni kira rapat jugaklah sebab kitorang dari sekolah yang sama, tempat praktikal pun nak sama jugak.




Dua orang budak gile yang sentiasa dengar apa-apa je luahan perasaan aku. So disebabkan nak sangat pergi wedding Didiey, aku paksa jugak si Wani dan Tiqah ni join aku sekali. Wani tak lama lagi akan jadi milik orang, yang Tiqah baju pink tu masih single. Kalau ada sesiapa nak try Tiqah, boleh pm aku dekat Facebook. Aku nak tapis dulu. Muahaha over tak.




Tangkap gambar dengan skandal kesayangan harus tidak dilepaskan. Aku memang rapat dengan Pojie ni dulu masa dekat poli. Overnight dekat bandar Melaka, pergi mengular time kelas, Pojie ni lah yang jadi partner aku. Sebab dia yang kena drive. Now Pojie dah ada kedai makan sendiri dah. Bangga sangat dengan Pojie ni. Pojie sila belanja aku dekat kedai ko nanti ok ! Aku dah puji ko nie.





Pojie and Kak rien. Dah ada anak dah Kak rien. Tak silap aku, tahun 2013 kot kitorang ramai-ramai pergi wedding kak Rien. Sekarang ni tup tup dah bawak anak dah. Huhuhu. Kiranya Didiey ni classmate keempat lah dalam kelas yang dah kahwin. Who's next? Huhuhu.




Anyonyo Tiqah, bajet-bajet sweet lah tuh kan pegang anak Kak Rien. Sedap je baby tu landing kat kau kan Tiqah. Hahahaha




Kak Rien, Areen and Wawa. Dulu masa kat poli kan selalu je confius lecturer panggil nama siapa ni, nama aku ke Kak Rien. Last-last dua-dua senyap then lecturer dah tersedar yang kitorang konpius barulah dia panggil nama penuh. Hehehehe. Taik lalat dekat dagu pun sama je position nya cuma Kak Rien ni kurus selim melim. Tu je perbezaan nya ok ! Jangan compare kan aku yang gendut tu. Muahahaha.





Pojie, Apez and Tiqah.

Penceria suasana and joyah dekat emja makan. Sampai orang meja sebelah pun jeling-jeling dekat kitorang. 




OOTD katanya, first time pakai jubah wei. Berkali-kali lah aku tanya emak aku, mak nampak gemuk tak, nampak gemuk tak. Emak aku pun naik bosan nak jawab soalan aku. Lepas tu pesan awal-awal dekat aku, sopan-sopan sikit sebab awak tu dah pakai jubah. Tapi tau je lah aku ni kan. Memang tak boleh lah kan. Still jugak gelak bukak mulut lebar-lebar and kuat-kuat.


To Didiey and Aan:

Selamat pengantin baru ye. 
Semoga kekal sampai akhir hayat dikelilingi orang-orang yang tersayang dan dirahmati Allah selalu.
Amin.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...