Wednesday, December 10, 2014

Berjimba di Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Assalammualaikum !

Sebenarnya dah lama dah entry ni terperam dalam dashboard aku ni. Entah kenapa malas je rasa nak publish. Maybe sebab aku asyik terfikir kalau aku publish cerita ni dalam blog, mesti emak aku tak nak baca. Jangan tak tahu tau, mak aku ni pembaca setia blog aku ni. Saja leteww kan nak stalk blog iteww kan. Yelah mana tak nya, dengar perkataan ular je, emak aku dah seriau lain macam, apatah lagi nak tengok, nak menatap, nak pegang, nak cium bagai ular tu. Tapi kan...ahhh tak kira aku nak publish jugak. Huahuahua.

Actually, kitorang pergi ni lepas kenduri dekat Terachi, Kuala Pilah. Time tu jam baru je menunjukkan pukul 2 petang. Rasa macam pelik jugak, kitorang satu family habis makan awal dekat kenduri tu. Selalunya dekat pukul tiga barulah terhegeh-hegeh masing-masing nak balik. Tuan rumah pun dah jeling-jeling je kat kitorang. Hahaha. So disebabkan awal lagi, adik aku pun ajak lah beli makanan dekat Ulu Bendul. Tak reti-reti kenyang lagi kot adik aku ni. Masuk-masuk je Ulu Bendul, emak aku cakap, ehhh tak silap emak dekat dalam ni ada taman ular, jom kita pergi tengok nak ? Aku dengan adik aku, bila dengar je ular-ular ni teruslah setuju je kan. 



Muka happy je bila dapat tengok ular, adik aku yang kecik ni memang excited sangat-sangat dengan segala benda yang berkaitan ular ni. Tuh yang beria-ia ajak aku pergi sini. Ok aku nak bagitau eh, jalan nak pergi taman ular ni kena mendaki bukit tau. Kereta kena park dekat luar, then korang kena menapak mendaki bukit kalau nak masuk taman ular ni. Haaa elok sangat lah tuh kan, dah lah aku dengan emak aku pakai baju kurung, memang gigih betul lah mendaki pakai kain. Huahuahua


Yeahhh akhirnya dah selamat pun mendaki. Memang berpeluh-peluh lah nak naik atas tu. Sesiapa yang rasa nak exercise tu, mamang sesuai sangat lah kan mendaki kan. Aku ni, dah lah perut kenyang makan lauk kenduri, memang azab lah nak naik atas tu. Tapi jangan risau ye uollss, tak jauh and tinggi mana pun, saja je nak heboh. Huahuahuahua. Nampak tu, nampak tu, kitorang nak skodeng ular sawa batik.


Haaa nampak tak ! Macam ngeri je bila tengok gambar ni balik tau, tiba-tiba je bulu tengkuk meremang. Geli wei ! Entah apa kenalah kan ular ni kemain aktif, rajin pulak nak panjat-panjat kan.


Tadi pandangan dari belakang, sekarang ni pandangan dari depan pulak. Aku ni buat-buat lah berani kan, pergi masukkan jari dekat lubang-lubang kecil tu sebab nak usik badan ular tu. Lepas tu buat muka bangga sebab dapat usik ular. Huahuahua kecoh sangat kan !


Angah dengan haiwan peliharaan dia. Angah ni berani sikit compare dengan aku and adik yang kecik. Yelah mana taknya, kadang-kadang tu kan, cicak kan nakal, so dia selalu snagat terjatuh dalam sinki. Selalunya jatuh time aku rajin basuh pinggan lah kan. Time tak rajin tak ada pun jatuh. Yang si angah ni relax je pergi pegang cicak ni and campak dekat luar. Kalau aku lah kan, dah meliuk lentok dah badan aku sebab geli. Eiiii ! Yang ular ni pun relax je dia genggam. Beraninya lah oii.


Dalam sangkar ni je, ada tiga ekor ular sawa batik berkongsi bilik. Bagus sangat kan. Sharing is caring. Huahuahua. Aku tengok pun rasa seram semacam je. 


Muka puas sebab dapat pegang ular walaupun sikit. Huahuahua. Adik aku ni mula-mula je berani lepas tu bila suruh tangkap gambar dengan ular sawa,nak lari-lari pulak. Nyampah. 


Haaa ni lah dia emak yang memula je acah-acah berani ajak pergi taman ular. Last-last duduk je dekat hujung dunia, jauh pulak tuh dari kitorang adik-beradik. Aishhh emak ni, Macam mana kalau kitorang kena telan dengan ular sawa ni semua haaa ?


Baby phyton yang omey omey ! Ni baru baby dah besar macam ni tau, kalau dewasa macam aku ni haa, tak tahulah besar mana dah. Masa ni lah aku acah-acah berani pegang ular sawa ni, bila dah sentuh je, rasa sejuk-sejuk. Nampak berkilat kan, tapi rasa sejuk je tau. Lepas tu, first time tau nampak ular berak, comel je taik dia dia. Ehh kau dah kenapa nak cakap taik comel kan. Gile ehhh !


Selain taman ular, ada jugak jambatan gantung dekat sebelah taman ular ni. Bila rasa macam dah boring tengok ular, boleh lah lalu dekat jambatan gantung ni. Tengok tu, dia dah cakap had beban 400 kg je yang dibenarkan. Nasib baik bukan 40 kilo. Kalau tak dah lama sentap tau, sebab aku ni dah lebih 40 kilo dah. Huahuahua


Masa dekat atas jambatan gantung ni, aku bantailah melompat-lompat. Bila jambatan tu dah bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, tau pulak kau nak huru hara panggil emak kan. 


Tak ada gaya lain ehh adik. Semuanya nak main peace peace je. So jom lah kita balik ! Dah puas kan tengok ular and lompat-lompat bagai kan. Masa nak turun bukit ni syiokk sikit, yelah sebab menurun kan. Tapi pastikan korang pakai selipar yang bunga dia still tebal lagi. Sebab jalan dekat sini licin sikit. Ehhh muka emak nampak happy je kan. Taulah ular-ular tu semua dah jauh kan. Huhuhu.


Dekat sini pun ada chalet jugak, kalau rasa-rasa nak menikmati alam sekitar. Boleh lah korang tidur dekat sini. Tapi bagi aku lah kan, macam seram je. Yelah mana tak nya, dah lah dalam kawasan hutan, lepas tu dekat dengan taman ular pulak tu. Ular + hutan. Eiii mak tak sangggup. Mak tak sanggup !


Sekian sahaja cerita aku pasal taman ular ni. Macam cerita kanak-kanak pulak kan nak cerita pasal taman ular lah, jambatan gantung lah. Hehehehe. So far bagi aku, best pergi dekat sini, sebab dapat tengok ular. Mana-mana pakwe yang nak tunjuk hebat pegang ular dekat makwe dia, boleh lah datang sini. Silap-silap makwe kau terus ajak kau bela ular sebab dah terpedaya dengan kehebatan kau. Mihmihmih rasakan, nak berlagak sangat kan ! 

Oklah bye !



Friday, December 5, 2014

Seoul Garden : Tempat untuk makan sepuasnya sampai kenyang & sampai perut meletup.

Assalammulaikum

Semalam lepas balik kerja, terus jemput Sham then pergi Palm Mall, Seremban 2. Sham teringin nak makan Seoul Garden katanya. Aku pun memang dah lama tak keluar makan-makan dengan Sham dekat shopping mall since kitorang bertunang tahun lepas. So boleh bayangkan tak berapa lama kitorang tak keluar makan sama-sama. Alah kalau pergi kedai makan macam kedai tomyam tu, selalu je. Gedik je kan nak cakap dah lama tak makan-makan dekat shopping mall. Lepas tu, semenjak tunang ni, emak aku tak bagi sangat keluar selalu dengan Sham, tak manis katanya. 

Aku memang dah lama tau, suka sangat-sangat makan dekat Seoul Garden ni. Even harga per head dia boleh tahan lah mahal, tapi puas hati makan. Tapi tak ada lah mahal sangat pun, affordable lah jugak. Yang penting aku pakai student price je, Sham je yang pakai adult price. Nasib baik bukan hakak yang bayo. Hekhekhek. So lepas dah mintak permission mak nak keluar dengan Sham, terus drive laju-laju pergi Palm Mall.


Masuk-masuk dah nampak benda alah ni semua. Wahh ni yang semakin tak sabar nak main masak-masak ni kan,


Paling sedap aku rasa, teriyaki chicken dengan teriyaki beef. Memang terbaik dari ladang. Rasa dia manis-manis and ada rasa pedas sikit.  Haaa lagi satu bulgogi chicken and beef. Sedap ! Sup dia pun korang boleh pilih, ada tomyam sup, chicken sup and macam-macam lagilah. Sham teringin bebeno nak Kimchi sup, so layan kan je. Sebab bukan aku yang bayar pun. Nasib baik sedap. Umpphhh ! Sampai sekarang terbayang-bayang sedapnya Kimchi sup tu.



Haaa nampak macam berhemah je budak ni kan. Disebabkan nak tangkap gambar punya pasal, habis dia lambak kan pinggan mangkuk semua dekat aku. Nampak sangat aku yang banyak makan. 




Masa ni aku tengah makan nasi goreng kot kalau tak silap, nasi goreng dia memang sedap sangat i tell you. Meriah sangat-sangat nasi goreng dia, ada udang, ada ayam, ada kepah, ada lala. Haaaa banyak kan. Selain tu ada jugak dia buat meggi goreng, mee goreng. Ala macam buffet style tu.




Yang paling best bila ada sushi ni semua. Memang buntang mata kau nak pilih. Lepas tu tak tahu nak makan apa. Rasa pening and huru hara kejap. Yelah mana dengan nak makan sushi lagi. Nak main masak-masak lagi. Tak tahu mana satu yang nak buat dulu.



Siapa yang rasa nak menjaga kesihatan dan menjaga tubuh badan yang langsing. Boleh lah ambil sayu-sayur ni je ehh ! Jangan ambil daging and ayam langsung tau. Sushi pun jangan ambil. Aku ni sajalah kan nak feeling-feeling orang Korea, ambil daging lepas tu bungkuskan dengan daun salad. Sedapp ! Kuat sangat pengaruh cerita Korea ni kan.



Bila perut dah full, korang boleh lah ambil dessert macam ais krim ke, puding ke. Semua ada kecuali kek ok. Macam Sham entah apa yang dia campurkan dalam mangkuk ni pun aku tak tahu. Ada gummy bear lah, ada jelly bentuk ikan lah, ada kacang lah. Pening dah aku tengok. Tapi bila rasa, ehh sedap lah pulak. Huhuhu. Dekat sini pun ada jugak mesin buat ABC, so kalau korang teringin nak makan ABC, boleh lah buat sendiri ye. Jangan ngada-ngada nak tunggu pekerja dia buatkan, sampai kedai tutuplah korang tak dapat.



Hahaha muka kenyang. Tu lah, ambil banyak-banyak lagi. Suka sangat kan. Macam aku semalam, saja je Sham ambil ais krim, aku suruh ambil satu scoop je sebab dah kenyang sangat-sangat. Tengok-tengok dia ambil bukan macam pakai scoop, macam pakai senduk dah aku rasa. Penuh satu mangkuk. Last-last tak habis pun. Aishhhh ! Membazir itu amalan syaitan.

So far, ni dah ke berapa kali dah aku makan Seoul Garden, aku pun tak ingat. Tapi first time lah makan dekat Palm Mall, Seremban 2. Ruang restoran dia pun best, affordable price. Sesuai untuk orang-orang yang dah dapat gaji pergi. Kalau rasa-rasa dalam wallet tu ada 10 ringgit je and kau pun tengah tunggu gaji masuk. Tak payah lah ye. Tunggu gaji masuk dulu tau. Baru pergi. Huahuahua, macam cakap diri sendiri je. So bagi aku Seoul Garden ni, Noraa bagi empat bintang. Ehh tetiba kan. Sedap ok ! Jangan lupa try ye.

Oklah bye !


Monday, December 1, 2014

Bunga Kek

Assalammualaikum !

Aku rasa kan minggu ni aku rasa penat and asyik-asyik rasa nak pengsan je. Disebabkan penat sangat-sangat, aku boleh mimpi cerita hindustan start dari awal sampailah habis cerita tau. Bila bangun pagi tadi rasa macam otak tiba-tiba blank and penat, rasa macam aku pulak yang jadi pengarah cerita tu. Ni semua maybe sebab nak siapkan order kek yang tak putus-putus and siapkan assignment yang semuanya kena submit dalam minggu yang sama jugak. Heii ! Lecturer ni tak tahu ke yang aku ni dahlah kerja, lepas tu nak siapkan tempahan kek lagi. Penat tau tak. Ahhhh ! Meroyan pulak tiba-tiba kan. Macam lah lecturer kau tahu plak kan yang kau ni banyak kerjakan. Tapi nak buat macam mana kan, dah nasib, aku yang pilih jalan ni semua kan. Ok stop ! Terima kasih ye sebab dengar luahan perasaan aku. Huahuahuahua !

Cerita pasal tempahan kek kan, aku rasa lah kan, orang ramai makin lama makin suka nak bagi gift dalam bentuk kek ni. Buktinya, ramai customer aku yang nak jadikan kek ni sebagai hantaran lah, hadiah hari jadi of course, present untuk pakwe makwe lah, yang paling sweet nak bagi hadiah untuk parents masing-masing. 

So, disebabkan dah tahu yang aku ni adalah pembuat kek yang tegar, bff aku selamba badak je order kek untuk buat hantaran tunang. Aku memang tak kisah kalau nak buat kek untuk hantaran bagai ni, yang aku rasa nak jerit nya sebab dia suruh nya hantar KL wei. Alamak uollls, aku ni terima tempahan kek area Seremban je, luar dari Seremban ni memang tak layan sangat. Cehhh berlagak sangat kan. Bukannya apa, dah nama pun kek kan, so macam-macam akan jadi kalau hantar jauh-jauh. Tersengetlah, krim cair lah, kek berubah-ubah warnalah. Macam-macam tau. 

Lepas aku dah explain semua benda ni dekat kawan aku yang sorang ni, dia still lagi nak tempah kek dengan aku. Apa nak jadi-jadi lah. Ok fine ! Disebabkan tak sampai hati and sayang dekat dia, aku berani ambil risiko nak hantar dekat KL. Kebetulan aku ada kelas minggu ni dekat Uitm Shah Alam. So memang aku proceed je lah order bff aku ni kan. 



So inilah hasil nya. Berhempas pulas buat kek lepas tu siapkan assigment pulak. Masa nak sampai KL tu, memang dah senget benget dah huruf tu semua. Gigih lah aku berhenti tepi highway susun balik. Last-last aku masuk kelas pun lambat, yelah mana tak nya, aku tunggu tempat lain, bff aku tunggu tempat lain. Bagus sangat kan. Hahahaha. Ohh lupa nak cakap, kek ni dalam dia chocolate moist je pun. Nak bawak jauh-jauh kek kena simple-simple hokayyy.


Muka puas dekat tepi highway lepas dah berjaya betulkan huruf yang senget benget.
Hehehehe.

Bila dekat dalam kelas pun aku dah macam orang mabuk dah, rasa penat sangat-sangat. Sebenarnya kan, aku rasa lah kan, bukan penat buat kek sangat pun, tapi penat sebab berlari sana sini. Yelah kan kejap buat kek, kejap buat assignment. Haaa ni lah padahnya kalau assignment buat last minute kan. Nasib baik kelas habis cepat, so jomlah kita balik Seremban cepat-cepat.


Apa hal ni woii ! Masa lepas simpang highway Nilai Utara kan, aku dah nampak dah kereta berderet-deret nak pergi arah Seremban and KL. Tapi alhamdulillah walaupun kereta berderet-deret tapi still berjalan and tak payah nak brake-brake pun. Exit je Senawang, tiba-tiba nampak keadaan macam dalam gambar atas ni. Woii woii aku dah nak sampai dah ni. Nak balik Paroi je pun. Ni mesti sebab nak elakkan jammed lah ni dekat highway PLUS kan, semua nak masuk LEKAS highway. Uwaaaa Tuhan masih suruh aku bersabar. So sempatlah aku selfie-selfie dulu.

So kesimpulannya, cerita aku ni tak adalah berkaitan kek sangat pun tetapi lebih kepada luahan perasaan je. Huahuahua. Terima kasih ye kepada sesiapa yang sudi nak baca sampai habis. Oklah nak pergi makan lah, lapar.

Bye !





Wednesday, November 26, 2014

CPUV Nuffnang- Wooww banyaknya datang !

Assalammualaikum !

Semalam lepas godek-godek email, ternampak lah satu email dari Nuffnang. Dengan rasa excited terus je bukak, Yelah kan, mana tahu dapat tiket free lagi kan. Untung-untung boleh tengok wayang free. Huhuhu. Rupa-rupanya dapat invitation Nuffnang Blogbuster Campaign-Maybank Transact & Win. Haa teruslah kan rasa semangat nak join sebab sebelum ni ada jugak dapat invitation Nuffnang blogbuster campaign macam ni, tapi disebabkan tak ada idea, terus je email tu di let it go macam tu je. 

This time rasa semangat terus nak join, puas jugaklah nak perah otak nak buat cerita pasal apa dalam masa 10 saat tu kan. Haaaa pening lah ! Bila kepala macam dah pening-pening lalat, terus bukak Nuffnang and woww ! Alhamdulillah, Nuffnang dengan baik hati dah letakkan banyak CPUV dekat blog aku. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Boleh lah kumpulkan duit kahwin untuk tahun depan. Hehehehe



Terima kasih Nuffnang, terima kasih sangat-sangat. Insyaallah akan update entry baru banyak-banyak lagi and akan setia terus dengan Nuffnang. So kepada sesiapa yang nampak iklan berkelip-kelip and menari-nari tu, tolong dengan seikhlas hati klik-klik ehh !






Oklah bye !


Sunday, November 23, 2014

Tempat makan cekodok yang best dekat Senawang, Seremban

Assalammualaikum !

Sekarang ni kan, tiap malam keluar je tau. Ehh mula lah tu nak cakap aku ni budak jahat kan. Suka keluar malam kan. Jangan nak negatif je pemikiran tu ye. Tetibe je nak emosi kan. Huhuhu yee saya memang suka keluar malam-malam pun tapi keluar dengan mak saya ok ! Keluar pun sebab nak hantar adik aku tuition dekat Senawang. Sesiapa yang duduk Seremban ni, memang tahu lah kan, masa perjalanan dari rumah aku yang dekat Paroi tu nak ke Senawang ambil masa berapa lama kan. So disebabkan malas nak buang masa, nak membazir minyak bagai, aku pulak memang malas nak drive balik rumah. Memang satu Senawang lah jawabnya kitorang merayau. Sebenarnya tak adalah lama mana pun, around 15 minit je kalau nak pergi Senawang tu. Tapi paham tak malas, paham tak. Huhuhu

Dekat Senawang ni memang banyak sangat-sangat tempat makan. Tak payah cakap dekat Senawang je lah, aku cakap overall teruslah, Malaysia ni memang mewah dengan macam-macam tempat makan. Tinggal rasa dia sedap dengan tak je lah. Tuh sebab setiap hujung bulan dengan awal bulan, siap sedia je lah kalau nak makan tempat yang sedap-sedap, mesti penuh punya lah. Orang Malaysia kalau bab makan je, terus duit jadi berkepuk-kepuk dalam wallet kan. Hehehe

So disebabkan tak tahu nak buat apa dari tempoh pukul 8 malam sampailah pukul 10 malam tu, aku dengan emak aku pun merayau jalan-jalan cari makan. Nak makan dekat kedai tom yam rasa macam dah boring. Pergi kedai tom yam je, mesti order nasi goreng kampung telur mata. Rasa nak tukar selera sikit, orderlah nasi goreng daging, lepas tu menyesal sebab banyak sayur sawi dalam tu. Aissshh aku bukanlah penggemar sayur sawi ye kawan-kawan. Kalau sayur lain, sebakul kau nak bagi aku makan pun tak apa. Jangan sayur sawi. Ehhh out of topic pulak.

Lepas dah merayau-rayau cari kedai makan, last-last emak aku suruh try dekat depan Affin Bank Senawang. Dia bukan lah kedai ke gerai ke bukan tau. Dia meniaga pakai lori je. Tapi ramai orang datang situ. Disebabkan curious nak tahu sebab apa ramai sangat orang datang even baru pukul 8, terus emak aku ajak makan dekat situ. Syok-syok tunggu orang datang nak ambil order, nampak orang meja sebelah tengah makan cekodok dengan sambal. Walawei ! Aku memang suka cekodok kot. Emak aku pun memang suka kalau ada benda ngonye-ngonye macam cekodok ni. Dulu pernah kitorang lepak satu kedai ni, jual cekodok dengan sambal jugak, mula-mula je sedap, lama-lama terus jadi keras macam bantat terlebih tepung. Terus pangkah kedai tu, tak nak datang dah.


Haa nampak tak, nampak tak. Walaupun hangus-hangus sikit tapi rasa dia memang umpphhh shedappp ! Mesti korang cakap kan, alah cekodok dengan bawang ikan bilis je pun, tuh pun tak boleh masak sendiri ke ? Ehhh biarlah kitorang yang nak makan, lain tau rasa dia dengan masak sendiri dengan rasa orang masak. Lepas tuh cicah sambal, makan time hujan-hujan ni. Konpem meleleh hingus and terpejam-pejam mata bila makan tau. Ehh tu over. Hahaha




Selain menu cekodok bawang ikan bilis tu, ada jugak menu lain. Kalau rasa nak makan benda yang ringan-ringan, elok sangatlah kan kalau nak makan cekodok ikan bilis tu kan. Kalau korang dah kebulur tahap kucing lalu depan mata pun korang nampak ayam goreng, eloklah order nasi lemak ayam rempah ni. Aku kan, kalau nak suka nasi lemak ni, aku rasa sambal dia dulu, kalau sedap ok lah. Kalau tak, kirim salam aku nak makan lagi lepas ni. So far, aku sangat suka dengan nasi ayam rempah ni. Sedap sangat !




Mee goreng mamak dia pun sedap. Memang sama lah macam mamak masak. Aku tanya dekat emak aku, macam mana nak masak mee goreng mamak ni, mak aku boleh jawab, mee goreng mamak tak reti, mee goreng melayu mak reti lah. Ok fine mak, foiinneee !




Angah yang sentiasa nak ikut je kalau kakyong dengan emak dia keluar. Macam tahu-tahu je dapat makan sedap-sedap kan. Angah ni bukanlan budak yang makan pedas, tapi nasi lemak ni dia mampu habiskan. Tak tahu lah sebab sedap ke atau sebab lapar. Huhuhu.




Emak dengan mee goreng mamak dia. Lepas ni nak makan dekat kedai mana pulak emak. Mak bagi along idea tau ! Suka ajak aku pergi makan dekat macam-macam tempat, mostly sedap-sedap pulak tu. Lepas tu bising badan aku naik lah, tak muat baju kahwin lah. Aishhh mak ni. Nasib baik along sayang emak tau. Hehehehe.

So far dah dua kali dah aku makan dekat kedai lori ni, macam comel je kedai lori kan. Memang sedap and alhamdulillah kali kedua aku pergi, bertambah ramai orang yang datang. Hopefully orang Seremban yang baca blog aku ni, pergilah try ehh ! Tak salah kan kalau kita nak tolong bisnes sesama Melayu ni. Kan kan. 

Kepada sesiapa yang nak pergi senang je, cari landmark Affin bank Senawang tau, dekat situ korang akan nampak lah lori kecil dengan meja bersusun dekat situ. Operation hour dia setiap hari bukak dari pukul 6 petang kot kalau tak silap, sampailah ke tengah malam. Cuma hari Isnin je tutup. Ingat tau, Affin bank je, mesti ada kedai lori cekodok dekat situ, jangan lah pulak korang pergi Affin bank bandar Seremban pulak, konpemlah tak jumpa kan. Huhuhu.




Peace sebab pipi makin kembung macam cekodok. Cerita siang tadi, bila pergi kenduri semua tegur badan aku dah naik. And menyempat lagi cakap, takpe sempat lagi kakyong kalau nak kuruskan badan. Cetttt ! Tahun depan aku start lah wei. Aishhhhh emosi pulak.

Oklah bye !






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...