Sunday, May 13, 2012

Dia ~ Memang selalu faham dengan apa yang aku nak.

Assalammualaikum !

Actually dari semalam dalam hati ni dah menjerit-jerit nak update seketul dua entry yang tak seberapa. Tapi tangan still dok klik benda lain. Malas bebeno nak taip panjang-panjang. Last-last hari ni baru aku semangat sikit nak taip panjang-panjang. Tuh pun sebab internet dah laju sikit. Kalau terkemut-kemut, memang kirim salam lah kan aku nak update. Ehh macam dah lari tajuk je. Selalu tau melalut. Padahal mukadimahnya bukan ada isi penting pun.

Disebabkan hari ni, hari untuk ibu-ibu diraikan. So aku dengan rajinnya nak ceritalah sikit pasal emak aku yang tersayang. (Kejap kejap nak set mood jadi sedih jap). Oklah semua sedia maklum yang dalam family aku ni, just aku dengan emak aku je yang perempuan ayu lagi comel dan cantik. Erkkk muntah tak dengar aku cakap macam tuh. Kira oklah tuh aku cakap macam n kan. Better cakap macam ni dari tulis macam ni, ‘kiteeww hodoh, tak shommell, tak hot shangatt pun’. Sajalah tu kan nak suruh orang puji dia kan. Lepas tuh berduyun-duyun lah orang cakap, ehh tak, awak comel lah sayang, awak itu, awak ini. What the… ! Macam ada nada jeles je dekat sini. Muahahahaha.

Ok berbalik kepada tpik pasal emak aku ni, disebabkan just aku berdua je dengan mak aku yang perempuan, so memang banyak lah benda yang aku akan share dengan mak aku. Dari baju, lipstik, minyak wangi, kasut..ehh tak share sebab tak sama saiz, makanan semualah nak share. Sebenarnya bukan share pun tapi lebih kepada sesi merembat. Heee ~ Kalau diikutkan masa kecik dulu aku tak adalah rapat dengan mak aku sangat, aku lebih rapat dengan ayah.Kira biasalah tuh kan, anak perempuan rapat dengan ayah. Tapi bila aku dah start masuk asrama, makin lama aku makin rapat dengan emak aku.

Bila dah rapat, memang semua benda lah kan kau nak cerita, even kadang-kadang tuh pasal spender kau dah hilang satu pun still nak cerita jugak. Bila dah kerja sekarang ni, aku memang ikut mak aku pergi mana-mana je. Kalau pergi kenduri kahwin tuh, selalu orang bandingkan aku dengan emak aku, then cakap ehh ini anak ke adik. Teruslah mak aku kembang kempis.

Bila dah pergi kenduri kahwin, memang dah jadi lumrah orang yang umur 22 tahun macam aku ni, mesti berangan, nanti kahwin nak buat macam ni lah. Nanti time orang makan-makan nak buat gempak skit, buat lah tarian singa ke. Disebabkan aku ni bila berangan, mesti nak cerita dekat mak aku, selalu jugaklah mak aku layan impian perkahwinan yang entah bila nya entah. Selalu lah aku cakap dengan mak aku, mak nanti kan bila along kawin kan, along nak buat tema polkadot lah emak. Jarang kan orang buat macam tuh. Dari alas meja sampailah ke pelamin, semua along nak polkadot tau mak. Adik semua pun kena pakaibaju melayu tema polkadot. Kau mampu nak buat baju melayu polkadot ? Mak aku ni, malas-malas nak layan pun, dia layan kan je lah tapi sambil buat muka euwwwwww ! Tak dapat nak digambarkan. Terus terang je lah cakap malas nak layan aku kan.

Disebabkan aku dah obses sangat dengan polkadot ni, memang semua benda polkadot yang mak aku nampak bila kitorang keluar, mesti dia suruh aku beli. Kadang-kadang aku beli, bila tak berkenan, takdanya aku nak beli. Tapi kalau diikutkan memang banyak lah jugak mak aku berkorban untuk aku. Tak terkira banyaknya. Tuh belum lagi berkorban kena pakai wedges polkadot yang aku beli. Haaa ~dah kena paksa, kenalah pakai kan.

Actually memang banyak sangat benda yang aku nak tulis tapi tiba-tiba je memory lost. Hee ~ Tapi walau macam mana mak aku bising pun, aku tetap sayang mak aku dunia akhirat. Sampai akhir hayat dia aku akan try buat dia happy. Begitu juga lah dengan ayah. Along sayang mak dengan ayah !

Dalindareen8656

Emak kenapa pandang tempat lain !

Dalindareen8657

Yeahhh mak dah pandang kamera !

SELAMAT HARI EMAK !!!!

Bebboii~

Monday, April 23, 2012

Bila diri ini bertukar menjadi Avatar ! Alah makhluk yang warna biru tuh ~

Assalammualaikum !

Malam ni aku rasa badan aku lain macam je tau. Dari siang tadi pening semacam je. Tapi bila time makan, kemain lah berselera melantak kan. Memang nampak palsu sangat kalau kau kata kau sakitkan. Tak ada siapa pun nak layan. Tapi serius wei, kepala aku dah macam ada orang main drum dah kat dalam ni. Tunggu masa nak explode je. Tapi update tetap update. Sementara aku tengah rajin ni, baik aku taip panjang-panjang.

Selalu tau mukadimah nak panjang-panjang. Padahal, mukadimahnya tuh tak ada pun isi-isi penting yang berfedah pun ! So meh lah aku mulakan cerita macam mana aku boleh bertukar jadi Avatar tuh. Sesiapa yang tak kenal Avatar tuh, mehh sini aku nak tepuk muka kau tuh pelan-pelan. Takkan lah tak kenal dengan Avatar tuh. Famous gile kot movie tuh. Kalau still tak tahu, pergilah cari DVD dekat mana-mana kedai. Alah sepuloh hengget je kot. Bukannya mahal mana pun kan !

Cerita nya cenggini, semalam aku pergilah dengan mak aku ambil motor dekat Tampin untuk adik aku si Imran tuh. Yelah dia pun dah 16 tahun, so hebohlah gebang nak ambil lesen motor bagai. Lepas tuh, takkan lesen je yang ada kan. mesti motor kena ada sekali. Ye idokk ! Even aku just nak ambil motor je pun, still nak melaram. Tuh lah yang jadi Avatar macam gambar seperti dibawah ini ~

Dalindareen8560

Gambar nak stok myspace dahulu kala je kan. Hahaha ! Ni lah yang aku maksudkan Avatar tuh. Aku ingat contact lens yang aku pakai tak adalah biru sangat. Sekali pakai, memang nampak palsu sangat mata aku tuh. Dah macam orang sakit pun ada jugak. Yelah tersampuk saka Avatar lah katakan. Huhuhu.

So disebabkan kawasan yang aku pergi pun kawasan kampung yang ada gunung ganang kehijauan, makanya sesi bergambar adalah amat cantik sekali disini iyaaa iyaaa dong !

Dalindareen8548

Adik kak yong yang paling kak yong sayang !! Emak aku cakap, rupa adik aku dah macam Effa Owana dah. Sesiapa yang tak tahu siapa effa owana tuh mehh lah aku bagitahu. Dia adalah seorang pemain bola sepak negeri sembilan yang paling manis kulitnya ok ! Hahaha.

Oklah kepala aku semakin lama semakin kuat bunyi drum nya ! Nanti ada masa yang free, aku cerita-cerita lagi ehhh !

Ok bye !

Sunday, April 22, 2012

Kehidupan bekerja yang mengasyikkan ! (Part 1)

Assalammualaikum !

Weehhhuuuu ~ Dengan secara tiba-tiba rasa macam rajin pulak nak taip-menaip malam ni. Aku bagi amaran awal-awal ok. Entry ni maybe panjang berjela sikit. So kalau malas nak baca, boleh terus button x kat atas tuh ehhh. Then maybe entry ni sedikit banyak gambar perasan diri cantik. So kepada sesiap yang allergic tengok gambar macam ni, sila-silalah mengundurkan diri. Cheeeewaah ! Over sangat. Macam lah ada orang nak baca blog kau kan !

Actually benda ni semua dah lama pun berlaku. Saja je aku nak luangkan masa cerita benda yang da lapuk. Lagipun sekarang ni aku betul-betul tak ada idea nak story pasal apa. So better lah aku cerita pasal kehidupan aku sebagai orang bekerja. Nak sambung belajar lambat lagi. So jadilah wanita bekerjaya dulu. Huhuhu.

Dah dah jom kita start. Sesiapa yang pernah kerja dekat hotel, mesti sedia maklum every year akan ada annual dinner. Walau macam mana busy pun kerja kau tuh, nak tak nak still kena involve dengan aktiviti macam ni. Time ni lah baru nak jumpa semua orang. Macam aku yang budak finance ni, memang asyik memerap dalam office je, so masa annual dinner ni lah nak beramah mesra dengan department lain. Then masa annual this year aku kena masuk tarian. So masa balik kerja, aku cerita dekat emak aku, memang gelak tak hengat lah kan emak aku tuh bila aku cerita pasal yang aku masuk menari. Sengal betul. Bukan nak support, gelak kan aku adalah.

Dalindareen8365

Kak balqis, bibie, aku !

Kitorang semua kena buat tarian hindustan. Follow pulak lagu chammak chalo yang Shah Rukh Khan nyanyi dalam cerita Ra-One tuh. Memang semput-semput lah kan aku menari. Gigih habislah ! Setiap petang, habis je kerja pukul 6 petang tuh, terus pergi training room. Memang gigih tak hengat lah kan !

Dalindareen8369

Feeling-feeling nak jadi pelakon hindustan lah kan. Memang jauh sangat lah kan. Masa ni memang semua dah semangat lah nak buat performance. Siap dah test baju lagi. Then masa training pun pakai. Pakai kain pun jadilah kan. Excited punya pasal.

Dalindareen8392

Yeahhh ! Kak Ayu cantik. Time ni kitorang tengah tunggu untuk di make up kan. Sementara tuh aku tangkap-tangkap gambar kakak kesayangan aku ni kejap. Boleh dikatakan kalau dekat office tuh, memang geng aku nak buat lawak dengan kak Ayu ni lah. Maybe sebab dia je yang sanggup layan aku kot. Huhuhu ! Lagi satu kan, serius suka dengan dress kak Ayu ni. Ala-ala princess. Huhuhu

DSC03322

Yeahhh ! Dah siap make up. Terima kasih ye kepada Make up artis ye wahai kak Yati gojessss ! Memang gojess je masing-masing tau. Bila dah habis mekap-mekap, tangkap gambar dalam toilet adalah perkara biasa bagi aku dengan kakak kesayangan aku lagi sorang ni, kak Balqis !

Dalindareen8404

Budak-budak lelaki pun sama jugak siap dalam bilik. Tapi nak dimaklumkan, diorang siap-siap lepas kitorang semua dah habis mekap-mekap. Aku kena bagitahu awal-awal, kot- kot ada pulak timbul isu-isu yang tak elok. Oppsss ! Budak lelaki dua orang dalam gambar ni, si Zaidi dengan Darius, part yang paling kelakar time aku nak bubuh celak dekat mata Zaidi. Dah macam apa je bila air mata mengalir dengan derasnya. Konon hensem lah tuh abang Darius !

Dah sia-siap mekap semua, kitorang pun turun dekat ballroom. Masa tuh, tak payah nak cakaplah kan dup dap dup dap dia macam mana kan. Nak makan pun macam tak ada selera je. Rugi gile kot tak makan banyak-banyak. Semuanya sedap-sedap tau !

429968_406336179382622_100000187299069_1803736_641303155_n

Ni jelah kot satu-satunya gambar masa kitorang menari. Memang tak ada langsung lah gambar dalam handphone masa kitorang menari. Masing-masing busy time tuh kan. Turun je stage, memang lega habis lah. The best part is, performnace kitorang dapat nombor satu. Memang berbaloi sangatlah kan lepas dah kena gelak dengan emak aku.

417011_406619169354323_100000187299069_1804957_1793938315_n

Cuba korang tengok, sikit je kan makanan dalam pinggan aku tuh kan ! Uwaaa menyesal tak ambil banyak-banyak. Turun je stage, aku dengan kak balqis terus serbu tempat makanan. Tapi yang sedihnya, semua dah habis. Sob sob !

421295_406334546049452_100000187299069_1803730_1026159082_n

Kita menang ! Memang excited tak hengatlah time ni kan. Huhuhu. Memang salah satu moment yang masuk dalam list kenangan paling manis lah annual dinner tahun ni. Even tak dapat lucky prize, tapi puas hati sebab group performance aku menang. Thanks untu trainer kitorang kak Yati kat depan tuh, yang pakai baju warna pink sambil tunjuk gigi dia yang gojess. Errkkk gigi pun gojes ehh kak Yati.

Oklah nanti yang part 2, nanti-nanti lah aku sambung ehhh. Nak tidur lah sebab esok pun dah kena kerja. Bermulalah rutin harian yang busy teramat !

Oklah bye !

Semakin ramai anak buah yang lahir, semakin ramailah yang akan panggil saya Mak Long ! =)

Assalammualaikum !

Dengan secara tiba-tiba aku tengok header baru dekat atas ni terlebih over. Walawehh ! Inilah jadinya bila tak ada kerja cari kerja. Edit pun malas-malas je sebab segala penat lelah aku seharian dekat photoshop tak berbaloi langsung. Yelah mana tak nya, siap je satu header, then rasa tak cantik, delete balik. Tuh je lah kerja aku dari pagi tadi sampailah sekarang. Ok tipu ! Tadi aku stop kejap sebab nak tengok cerekarama dekat TV3. Hehe.

Disebabkan dah terlampau penat and fed up yang teramat, aku masukkan je lah header yang tak rupa header macam kat atas ni. Over sangat wei ! Lantaklah. Esok kalau aku rajin, aku bukak lah photoshop tuh. Tuh pun kalau aku rajin. Sekarang ni kita cerita pasal kalau ok ! Dah lah panjang sangat pulak mukadimahnya.

Actually benda ni dah lama dah pun. Minggu lepas kalau tak silap. Masa ni mak aku dengan suara lemah-lembut nya, ajak lah aku tengok anak cousin aku yang lebih dikenali sebagai kak lang dekat hospital KPJ. Saja leeteeww nak suruh along jadi driver mak kan. Huhuhu ! So disebabkan aku free yang terama, aku follow je lah cakap mak aku.

Seriously, aku macam tak biasa sangat dengan hospital Kpj ni. Kalau GH tuh aku biasalah. Cuba try test tanya aku ceruk mana je, gerenti lah semua aku tahu. Gile berlagak kan. Tapi bila dekat hospital kpj ni, aku tak boleh nak berlagak sangat. Disebabkan tak biasa punya pasal, sampai sesat jugaklah aku dekat dalam kpj tuh. Aiishhh ! Kalau nak masuk wad pun siap ada button, baru boleh bukak pintu dia. Aku baru tahu ok ! Jangan nak gelakkan aku. Puaslah aku tolak-tolak pintu tuh. Nasib baiklah dapat tengok baby comel yang ramai tau dalam wad tuh. Sejuk sikit hati aku.

Dalindareen8519

Anynyo comelnya anak buah aunty ni tau ! Umur 22 tahun aku dah ada anak buah yang ramai ok. Siaplah bila diorang dah besar ni, mahunya sorang-sorang datang dekat aku tuntut duit raya nanti. Dah lah anak zaman moden. Entah-entah duit yang 10 hengget tuh pun dia tak pandang.

Dalindareen8520

Jangan tertipu ok ! Gambar dekat atas ni still baby yang sama dengan gambar yang lagi satu tuh. Actually ni baby first kak lang aku. Tuh yang rasa macam excited nak tengok. Excited punya pasal sampaikan nama dia pun aku tak ingat. Takpelah, nanti balik kampung aku tanyalah nama dia balik. Hehehe !

Lepas dah sok sek sok sek dengan kak lang aku, emak aku pun mintak izin nak balik. Kenapa sok sek sok sek ehh ? Yelah dah namanya hospital so kenalah cakap bisik-bisik. Ok aku tipu sebab masa dalam wad tuh selamba je aku gelak kuat-kuat dengan kak lang aku tuh. Saja je taip sok sek sok sek untuk bagi effect real sikit. Boleh ? Hahaha !

Gambar kak lang aku tak boleh nak di publish kan sebab gambar dia sedikit censored lah kan. Yelah mana tak censored nya, masa kak lang aku tuh tengah susukan baby lah baru aku rajin nak tangkap gambar. Hehehe. Tapi tak apa, sebab aku akan gantikan dengan gambar Aunty Long. Wei over sangat ok !

Dalindareen8516

Bukti kebahagiaan yang teramat sebab duduk dekat rumah. Malas nak cakap apa-apa. Ok bye !

Sunday, April 15, 2012

Setiap perjalanan hidup itu telah Tuhan rancang takdirnya !

Assalammualaikum !

Wahhhh ! Lamanya aku tak update blog yang semakin hari semakin usang ni. Ni pun aku update sebab hati aku tiba-tiba je terbukak lepas tengok Melodi tengah hari tadi. Then tertengok pulak part Rita Rudaini menangis sambil dukung anak dia yang first tuh. Memang sedih tak tahu nak cakap macam mana.

Lepas tuh habis je rancangan melodi tuh, terus keluar lagu yang bagi aku memang sedih and ada kena mengena dengan hidup Rita Rudaini. Jom sama-sama layan lagu ni dengan aku kalau nak sama-sama merasakan kesedihan yang aku rasa. Lagu ni lebih digalakkan untuk didengari sorang-sorang dalam bilik ok. Waaaahhh !

Nirwana band-Sudah cukup sudah

Walawehhh meleleh air mata aku dengar lagu ni bila terbayangkan muka Rita Rudaini time dia nangis tadi. Actually band ni baru lagi and lagu dia pun dah lama keluar dekat radia. Just aku je yang ketinggalan zaman baru tahu minggu lepas.

So moral of the story, setiap orang memang tuhan dah tentukan takdir hidup dia. Bak kata Rita Rudaini tadi, tuhan memang dah tentukan dia kahwin dekat sempadan Thailand, dapat dua orang anak and now berhadapan pulak dengan masalah dengan husbandnya. Tak perlu nak salahkan Qada’ dan qadar. Macam mana susah pun hidup tuh, kita still kena tempuh and insyaallah kesudahannya mesti akan ada waktu yang kita senang dan gembira.

992ef860

GUA_Rita_Rudaini_Anak_default_191083092

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat Rita Rudaini, anak-anak dia and yang paling penting suami dia jugak. Tak perlulah kot nak mengumpat sana sini kalau kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya.

And now aku pun tak tahu apa motif sebenar aku buat entry pasal Rita Rudaini ni padahal banyak lagi entry yang still on hold. Oklah nanti-nanti aku update lagi.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...