Sunday, June 12, 2011

Complicated nya kalau orang Negeri Sembilan nak kahwin ! Hehehehe

Assalammualaikum !

Memang semua tahu kan kalau bab adat istiadat ni memang Negeri Sembilan yang paling banyak pantang larang dia. Dulu kalau masa belajar Sejarah kan, aku punyalah suka kalau belajar bab Adat Perpatih. Sebabnya, aku rasa syiook je dengar bila semua harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan sahaja.

Sebab apa aku suka ? Yelah dalam family aku ni, just aku je lah yang anak perempuan nya. Memang masa tuh tak matang langsung sebab dalam kepala hotak ni asyik dok fikir harta pusaka tuh macam harta karun lah. Alah, peti yang banyak emas and batu permata tuh ! Serius memang budak-budak time tuh.

Lepas tuh bila dah makin besar and dah bergaul dengan orang-orang yang lagi tua dekat kampung aku Kuala Pilah tuh. Lagi macam-macam benda alah yang aku tahu. And sometimes aku rasa macam merepek je benda tuh. Tapi nak buat macam mana kan. So disebabkan kakak saudara aku nak kahwin tak lama lagi, saudara belah ayah aku semua berkampung nak rancang untuk majlis kahwin kakak saudara aku ni.

Dalindareen7153

Gambar tak ada motif langsung. Hahaha ! Tapi yang penting masa nak berkampung dekat kampung ayah aku ni, aku dengan family aku semua secara kebetulan pakai baju warna biru. Padahal tak rancang apa-apa pun. Then mak aku memang pantang kalau satu family pakai baju warna yang sama. Tapi nak buat macam mana kan. Semua ni satu kebetulan.

Then masa dah sampai dekat kampung ni, aku macam pelik sebab orang-orang tua ni bincang pasal nak bayar Buapak berapa, nak bayar Lembaga berapa, nak bayar Luak berapa. Haiissshh ! Serius aku tak faham apa-apa pun. Mak aku dok cakap dengan kakak saudara aku pasal benda alah ni pun aku dok tenung lama-lama sebab satu patah haram pun aku tak faham. Dekat situ dengan secara tiba-tiba aku malu jadi anak Negeri Sembilan sebab satu benda pasal adat pun aku tak tahu. So untuk mengelakkan keboringan yang teramat, aku pun layan lah anak saudara aku ni.

Dalindareen7156

Budak ni namanya Naqif Al-Mukri ! Huh kau tengok gile advance dah nama budak-budak zaman sekarang. Berbelit lidah aku nak sebut. Budak ni serius tak takut orang sebab dia asyik tergelak je kerja nya. Aku paling menyampah kalau budak yang tak suka dengan orang, kalau orang selain mak dia yang dukung mesti nak menangis. Huisshh ! Rasa nak lempang. Nasib baik budak-budak.

Ok back to the topic, masa orang-orang tua termasuklah ayah aku dok berbincang mak aku siap cakap macam ni, “ Huh ! Kak Yong tak payahlah kahwin dekat kampung, susah and banyak procedure. Baik kahwin dekat rumah kita dekat Seremban tuh.”. Kakak saudara aku yang nak kahwin tuh pun tergelak je dengar mak aku cakap.

And lagi satu adat yang aku baru tahu lah kan. Kalau sesiapa yang dari Negeri Sembilan nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan jugak, kena selidik pasangan dia tuh suku apa. Suku ni kira macam puak lah. Kalau sama suku tak boleh kahwin sebab tuh dikira macam adik beradik jugaklah. So better cari pasangan yang suku lain. Tak pun nak senang, kau jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Kahwin dengan orang negeri lain. Huh ! Serius complicated.

So tuh je lah aku nak merepek hari ni. Whoahhh ! Lama gile kan aku tak update belog. Sori lah sebab ke-busy-an melanda hidup aku sejak dua menjak ni. Apa-apa pun before that, vote aku dulu dekat Project XL by Annas Easkey ni. Cara-cara dia senang je :-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

Tuesday, June 7, 2011

Bila terjumpa balik gambat time cinonet @ muda-muda dulu ! Serius aku nak comel macam dulu balik ! Ahhhhh.

Assalammualaikum !

Bila ke-busy-an terlampau minggu ni, semakin rajin pulak aku nak update belog ni. Bukan apa, rasa boring kot sebab tengok entry yang sama je. Kadang-kadang tuh kan, rasa malu balik bila baca entry yang di hupdate masa zaman-zaman baru bukak belog dulu. Mana dengan tulisan macam-macam warna. Dahlah macam-macam warna ada lepas tuh kecil pulak tuh size tulisan tuh. Haiyooo ! Diharapkan korang tak ada masa lah nak godek-godek entry lama aku ehh.

So sesi menggodek-godek folder yang berkurun dalam laptop aku ni terjadi lagi. Tengok-tengok aku ada koleksi gambar time aku cinonet je dulu. Ada orang cakap, muka aku time kecil sama je dengan time besar sekarang ni. Tak tahulah ! Tapi boipren aku cakap lain pulak. Entah mana satu lah hai. Jom tengok sama-sama dengan aku and bandingkan muka aku sekarang and masa zaman dulu-dulu. Serius entry ni memang tak ada motif ! Hahahahaha.

6-7-2011 1;56;45 PM

Hah ! Gambar yang ni aku rasa memang sama pun rupa aku. Tak ada yang nak disangkal lagi. Memang sejibik sejiban nak sama dengan muka yang sekarang. Tombam pun dah sama dah just taik lalat aku masa ni tak over shadow sangat. Hehehe !

6-7-2011 1;58;54 PM

Cuba teka aku yang mana satu ????? Hehehehe ! Takkan tak dapat teka kot. Mestilah yang baju hijau tuh. Masa ni aku dengan kakak saudara aku Kak Anis. Masa ni memang kitorang rapat gile lah. Tapi bila dia dah start belajar dekat Canada sana tuh hah, aku dah macam segan-segan kalau jumpa dia time dia balik Malaysia. Hehe ! Cehh mengada-ngada lah kau.

Lepas tuh kan, dulu aku selalu rasa rendah diri bila dengan Kak Anis ni. Sebabnya dia kalau bab study memang stok nak straight A’s je. Tapi aku ? Tak payah cerita lah. Then bila dia dapat sambung dekat oversea, lagilah aku rasa macam nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding. Yelah jeles kot ! Hahahaha. Harap Kak Anis tak baca belog aku ni.

6-7-2011 1;54;05 PM

Profile picture Facebook aku buat masa sekarang ni. Hehehe ! Masa ni kalau tak silap aku, aku dekat rumah lama wan aku. Masa ni pakat ramai-ramai dok tidur dekat ruang tamu dengan cousin aku semua.

Memang rasa best kalau difikirkan balik zaman kecil-kecil dulu. Yelah kalau dulu, nak mandi sama-sama pakai seluar dalam dengan cousin lelaki pun tak hairan. Tapi sekarang ni, alahai nak tegur pun malu. Cuma sekarang ni aku lebih rapat dengan cousin lelaki belah mak aku. Kalau belah ayah aku pulak, macam segan nak tegur sebab mostly abang saudara aku semua dah kerja and dah nak kahwin dah pon !

So itu jelah gambar yang aku nak share untuk entry ni. Malas aku nak share banyak-banyak. Oklah aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Before that jangan lupa vote aku dekat sini page Annas Easkey untuk Project XL tau !

Cara-caranya ialah:-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

500 orang follower ?? Terima kasih semua !

Assalammualaikum !

Sedar-sedar bila tengok blog balik, lama jugak aku tak dok meng-hupdate belog kesayangan ni. Bukan tak nak update. Nak ! Tapi ke-busy-an yang terlampau buatkan aku malas nak update. Bila dah lama tak update blog, macam-macam lah jadi dekat belog yang tak semenggah ni. Antaranya buffered earning aku dekat Nuffnang dah tinggal dua bijik je. Padahal sebelum ni ada empat buffered earning yang setia betul dengan belog aku ni. Yelah berbulan-bulan kot dia menempekkan diri dekat belog aku yang mengong-mengong ni.

Lepas tuh, bila dah lama tak bukak belog, buatkan aku tak tahu langsung isu semasa yang berlaku dekat belog ni. Antaranya pasal Adinda Evans. Who is she? Aku malas nak cerita. Korang rajin-rajinkan lah diri tuh untuk Google ehh ! Malas nak cetus kontroversi dekat sini. Huahuahua ! Boleh ?

Tapi yang paling best nya, even aku tak bukak blog lama mana pun, follower aku still bertambah and now dah cecah 500 orang dah pun. Bagi blogger otai, angka 500 ni nampak kecil je. But not for me lah ! Susah kot nak taruk orang baca and datang dekat blog kita ni tau. Lagi-lagi blog aku ni banyak sangat cerita yang tak berfedah, so bila follower semakin meningkat dari sehari ke sehari. Itu adalah satu perubahan yang positif. Hehehe. Biarlah lembab mana pon follower tuh nak naik but at least dia bagi perubahan jugak dekat belog aku ni kan. Hehehe.

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi dah ! Memang betul-betul dah tak ada idea pagi-pagi buta ni. 

Dalindareen7128

Gambar masa pergi holiday hari tuh ! Abaikan kenapa aku semakin debab dan semakin tombam. Makan tak boleh nak control wei sekarang ni ! Pahal entah. Huhuhu. Oklah aku pun dah nak tidur ni.

Sebelum tuh jom beramai-ramai dok Like gambar aku yang dekat bawah ni. Gambar ni untuk Project XL by Annas Easkey !

Dalindareen5653

Cara-caranya adalah :-

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe


Bebboii !

Monday, June 6, 2011

Sticky Post : Project XL by Annas Easkey !

Assalammualaikum !
Walaupun contest ni baru berjalan tapi aku nak mintak jasa baik korang untuk vote gambar aku dekat page Annas Easkey ! Korang kenalkan Annas Easkey. Jangan kata korang tak kenal ! Kalau tak kenal, mehh sini aku cepuk sorang-sorang. Mau ? Hehehe. Tak adalah aku gurau je. So marilah beramai-ramai like gambar aku dekat Fan Page Annas Easkey. Hehehe ! Gambar yang dipertaruhkan untuk masuk contest XL ni ialah:
 Dalindareen5653
Cara-cara untuk LIKE :
Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
Terima Kacih !!! Hehehehe
Bebboii !

Tuesday, May 31, 2011

Even kita ni lelaki or perempuan, kita memang suka tengok perempuan yang comel kan ! Kenapa? Sebab tuh semua lumrah kehidupan. Hehehe !

Assalammualaikum !
Memang dah jadi lumrah dalam hidup kita ni, kita suka sangat nak tengok sesuatu yang nampak cantik, comel, handsome and menenangkan hati. Tak ada orang yang suka tengok something yang buruk, menjijikkan and sesuatu yang tak sedap mata memandang.
Kalau macam aku, kalau nampak sesuatu or seseorang yang cantik, memang tak bekeliplah mata aku tengok. Same goes bila aku tengok lelaki yang handsome. Tapi aku tak adalah nak tenung lama-lama. Karang silap-silap aku ter syioookk pulak dekat mamat handsome tuh kan. Cukuplah aku pandang dari jauh je.

Cerita pasal suka tengok perempuan cantik ni, entry aku yang sebelum-sebelum ni pun ada cerita kenapa aku suka sangat tengok perempuan cantik. Entahlah ! Bukan nak cakap aku ni gila ke hape sebab suka tengok perempuan yang cantik even aku ni perempuan jugak. Tapikan bila aku tengok perempuan cantik kan aku rasa macam nak jadi macam dia jugak. Sebelum tuh mehh sini aku tunjuk dulu gambar perempuan cantik yang aku suka sangat nak tengok.

0015_chinese_hight_school_girl_inflatable_doll_wang_jiayun_picture_2_

5571233507_989e584ebe

Wang-Jia-Yun-6

wang chia yun10

wang-jiayun-weibo-march6

Cantik kan ! Hehehe. Muka macam patung habis. Mohh ler aku cerita sikit pasal perempuan berwajah patung ni. Dia ni asal daripada China and bernama Wang Jia Yun. Ramai orang yang cari gambar dia ni sebab semuanya suka tengok muka dia yang ala-ala Korea @ Japan padahal dia ni orang China. Ramailah yang offer Wang Jia Yun ni untuk jadi model tapi dia ni tolak sebab dia lebih suka upload muka dia yang ala-ala patung ni dari kerja jadi model.

Ok enough pasal Wang Jia Yun. Masa mula-mula aku tengok gambar dia ni pun, aku rasa macam, alahai cantiknya dia ni. Macam tak percaya yang dia ni betul-betul orang. Macam patung je !
Tapi semua ni terbongkar bila time aku godek-godek gambar dia dekat Google. Aku terjumpa dengan satu entry yang bagitahu Wang Jia Yun ni pakai skill Adobe Photoshop. Dengan software editing tuh, dia putihkan kulit and panjangkan dagu dia. Alahai, cantiknya kau edit tau ! Ajarlah aku macam mana . Huhuhu. Tapi nasib baiklah muka dia before edit pakai photoshop pun comel nak mampos. Mehh sini ramai-ramai tengok gambar dia sebelum edit.

Wang-Jiayun-without-editing-21

a-true-Wang-Jiayun

Memang gile lah dia edit muka dia. Memang jadi orang lain betul. Macam aku ada jugak aku edit-edit gambar aku. Tipulah kalau aku cakap tak ada langsung yang aku edit. Alah setakat putihkan kulit sikit and cerahkan background pakai photoscape. Biasalah tuh kan ! Alah macam lah korang tak biasa. Hahaha. But even aku edit pun tak adalah betul-betul mengubah muka aku yang sebenar. Still sama jugak tombam ehh ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.
Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...