Friday, March 11, 2011

In relationship is better than being single. Siapa setuju dengan aku sila angkat laptop !

Assalammualaikum !

Sebenarnya nak dekat 3 kali aku keluar masuk tandas. Entahlah kenapa kan ! Aku asyik nak terkencing je. Macam pelik pulak sebab aku rasa sejuk teramat sangat dekat Merlimau ni. Selama ni rasa panas ya rabbi. Hei kau ni Areen ! Bila panas merungut je kau tahu. Bila sejuk pun merungut jugak. Mana satu yang kau nak ni ! Ekk motif nak marah-marah kan.

Tadi kan, aku ada kelas Muet tau. Masa kelas Muet ni pulak, lecturer aku buat debate session pasal In relationship dengan single. So group aku dapat topik single. Menggagau jugak lah aku nak cari point untuk debate session ni. Yelah dah sah-sah lah kan aku ni In Relationship. Sekali kau kena debate pasal yang kau agree for being single. Mahu terberak-berak kau nak cari point kan. Nasib baik lah ada bff aku dua orang yang still single so senanglah aku nak tanya diorang apa yang bestnya jadi single.

So masa debate session tuh, aku bagi point yang aku agree for being single sebab senang nak pergi mana-mana. Kalau kau couple tuh, kau kena mintak permission bagai dari boipren kau. Tapi kalau single ni. Sukahati kau lah nak keluar dengan sesiapa pun. Tak ada sesiapa yang marah. Tuh point aku lah. Nampak sangat menipu kan aku ni. Bercerita pung pang pung pang yang aku agree jadi single. Padahal punyalah kau bantah habis-habisan.

So aku nak berkongsi pendapat lah, kenapa in relationship ni lagi bagus dari single. Tapi sebelum tuh, aku nak tempek gambar aku dengan boipren aku dulu. Yelah aku kan in relationship. Eleh, macam kau sorang je yang ada couple. Orang lain pun ada jugak. Tapi tak ada lah nak show off macam kau. Couple je kot. Belum kahwin lagi. Urmmm aku tahu korang akan cakap macam tuh. Aku tahu. Motifff !

Dalindareen5684

Bagi aku lah kan. Being in relationship is better than being single because:-

Kau boleh share everything dengan boipren kau tau ! Nangis-nangis sampai lebam biji mata pun boleh.

Point ni memang aku sokong seratus peratus sebabnya kan kalau kita ada boipren ni, semua benda macam problem kita or kenangan manis kita or apa-apa lah, kita boleh share dengan dia. Ye, aku tahu kau akan cakap dekat kawan pun kita boleh cerita masalah kita. Ye memang betul tapi tak semua benda yang kita akan cerita dekat bff kita kan. Even benda yang amat memalukan pun kau tak akan cerita dekat bff kau sebab for sure nanti mesti dia gelak punya. Tapi kalau boipren, kalau kau cerita pasal benda yang amat memalukan tuh, dia still akan rasa simpati dengan kau even dalam hati dia macam nak mampos tahan nak gelak huhahuhahuha !

Lagi satu kan, kau akan jadi malu sikit bila kau nangis depan bff kau. Tapi kau tak akan malu bila nangis depan boipren kau sebab kau tahu yang dia mesti akan pujuk balik. And bila kau single, then masa tuh bff kau pulak ada masalah jugak, dengan siapa lagi kau nak cerita problem kau tuh. Last-last kau simpan problem tuh sendiri and tertekan sorang-sorang.

Boleh sambut macam-macam tarikh bersejarah. Even tarikh kau beli berukband sama-sama sekalipun !

Yang ni pun aku selalu jugak buat. Tapi selalunya aku dengan boipren aku akan sambut birthday sama-sama sebab kitorang lahir dalam bulan yang sama. So masa ni lah kita akan tukar-tukar hadiah dengan boipren kita. Lepas tuh ada banyak lagi tarikh yang kita akan celebrate macam anniversary and macam-macam lagi lah.

Jenis aku dengan boipren aku ni, dia memang jenis kuat ingatan sangat bab-bab tarikh-tarikh bersejarah we all. Lain pulak jadinya dengan aku. Esok nya tuh anniversary aku dengan boipren aku, aku pergi bantai tidur kroohh krohhh  sampailah ke tengah hari esok. Last-last tengok handphone ada bermacam-macam mesej. Mula-mula gembira, lepas tuh sedih, lepas tuh gembira balik. Tapi kau memang akan rasa best sangat bila sesuatu tarikh yang penting tuh, boipren kau akan ingat. Masa tuh tak dapat aku nak gambarkan betapa aku rasa bahagia gile. Cehh jiwang lah pulak.

Cuba kalau jadi single, tarikh yang akan kau celebrate pun just bithday kot. Tuh pun kalau orang ingat, adalah sebiji kek kau dapat. Tapi kalau masing-masing membungkang tak sedar diri, jawabnya celebrate sorang-sorang lah. Kan ke sedih macam tuh kan !

Boleh dapat macam-macam hadiah and kejutan.

Benda ni pun aku sokong seratus peratus sebab boipren aku memang suka sangat buat kejutan yang macam-macam. Kadang-kadang tuh dia suruh keluar rumah sebab nak aku tengok yang dia baru potong rambut macam hairstyle yang aku suka. Even benda ni nampak remeh-temeh, tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa lebih dihargai sebab orang yang kau sayang sanggup ubah apa-apa yang ada dekat diri dia tuh semata-mata untuk kita.

Cuba kalau kau single. Kejutan apa je yang kau akan dapat kan melainkan kejutan esoknya kelas and test cancel selepas kau berhempas pulas dok pulun  baca sepuluh bab. Tak pun kalau lagi malang, kau akan dapat kejutan April Fool. Memang sadis, tapi nak buat macam mana kan. Mak cik single yo ! Kau ado ?

So far tuh je lah opinion yang aku nak share ngan korang semua. Sebenarnya, in relationship ke, single ke. Memang tak jadi masalah and jadi bebanan pun dekat kita as long as kita dapat menggembirakan hati kita sendiri sudahlah. Oklah aku pun dah mengantuk ni. Esok nak arrange registration budak-budak yang konvo dekat poli aku ni.

Oklah bebboii !

Thursday, March 10, 2011

Kau memang buat aku ketagih betul dengan kau tau. Setiap malam aku termimpi-mimpi. Tidur siang pun termimpi kau !

Assalammualaikum !

Pagi tadi bila aku baru berangan-angan nak extend tidur aku sampai pukul 12 tengah hari, dengan secara tiba-tiba tidur aku diganggu oleh bunyi lagu Sailormoon dari handphone aku. Aduh ! Siapa pulak yang call aku pagi-pagi ni tau ! Sekali boipren aku as ketua kelas aku bagitahu yang lecturer nak jumpa group aku as soon as possible. Hah ! Memang melompat terus aku bangun and terus kejut semua bff aku.

Sampai-sampai je dekat poli. Rupa-rupanya lecturer nak kitorang tolong buat kerja sikit sebab maklumlah hari Jumaat sampai Ahad ni ada konvokesyen dekat poli aku. So nak tak nak kena lah buat kerja yang disuruh. Alah bukan susah pun kerjanya. Just potong-potong kupon then stapler kan. And kerja aku pulak just kira ikut jumlah pelajar yang datang konvo then masukkan dalam envelope. Senang je kan kerja aku !

So lepas dah habis semua kerja aku and bff aku semua balik. Masa balik ni kan, aku tak habis-habis cakap, aku mengidam sangat nak makan benda masam-masam. Mengidam lah pulak kan ! Nak katakan aku pregnant, bila pulak aku kahwin kan. Tapi memang aku teringin gile lah. Ahh stress betul aku time tuh sebab tak tahu nak masak apa. Nak masak tom yam, tekak aku tak ada selera nak makan. Nak masak singgang or asam rebus, lagilah aku malas tau !

Last-last, aku yang sememangnya tak tahu nak masak apa. Aku decide untuk masak benda alah dalam gambar bawah ni. Yang dekat rumah aku pun just ada stok sardin, kobis, mihun and cili api. So apa lagi. Benda alah ni lah yang aku masak !

Dalindareen6493

Tadaaa ! Ni lah benda alah yang aku masak. Mihun goreng sardin. Semalam aku just makan mihun celur dengan lauk sardin kan. Hari ni aku ubah sikit so jadilah mihun goreng sardin. Aku tak tahulah kenapa tau. Bila aku tengok tin sardin tadi aku rasa nak termuntah sangat-sangat sebab maybe aku dah muak kot hari-hari makan sardin. Tapi dah tak ada benda lain aku nak masak. aku masak je lah sardin. Bila dah masak tuh kan, aroma sardin tuh memang menggoda betul. Terus aku tak ada rasa nak muntah langsung. Rasa nak cepat-cepat makan adalah.

Dalindareen6494

See see aku dah bahagikan dua dah mihun sardin aku ni. Saja je bahagikan dua sebenarnya. Manalah tahu aku lapar balik bila tengah online karang, boleh lah aku melahap balik mihun goreng sardin aku ni. Nyum nyum sedapnya. Aku ada dengar cerita macam-macam versi pasal sardin ni tau. Ada yang kata tulang akan mudah mereput kalau kita amalkan makan sardin sebab kalau kita tengok tulang sardin dalam tin tuh lembut gile sebab dah di awet. Ada jugak cakap makan sardin ni akan buat kita lemah-lemah badan. Senang cerita semua yang buruk-buruk je lah aku dengar. Tapi aku dah makan sardin since aku kecil kot. Tak ada pulak aku sakit-sakit badan. Ok jek ! Cehh kerek kan kau Areen. Sekali tengah jalan, tulang kaki patah padan muka !

Dalindareen6495

Serius aku cakap, sardin ni memang buat aku ketagih dengan dia. Sebabnya setiap hari aku mesti makan sardin ni. Lepas tuh aku memang peminat dengan sayur kobis, so hari-hari memang wajib aku makan kobis. Bila dicampurkan dengan sardin, pergghh ! Memang terangkat habislah. Makan sampai kenyang then pergi tidur. Hahaha ! Macam mana kau nak kurus ni Areen oiit.

Oklah aku nak pergi menikmati mihun goreng sardin aku ni. Dari tadi aku makan tak habis-habis sebab hari ni aku tahulah kenapa. Aku macam tak ada mood nak makan. Tapi aku kena paksa diri aku makan sebab diet kan tak boleh biarkan perut kosong.

Dalindareen6461

Jomlah kita menikmati kesedapan sardin ! Peace.

Bebboi !

Wednesday, March 9, 2011

Menu untuk tengah hari. Just menu untuk gadis bujang and yang tengah berdiet macam aku ! Ekk motif.

Assalammualaikum !

Tajuk dekat atas tuh cakap makan tengah hari kan padahal sekarang dah petang pun. Tapi memang betul pun, aku start masak pun pukul tiga petang. Pung pang pung pang pegang sudip, kuali and periuk, dah pukul empat petang. Apasal lambat sangat ? Yelah, dah kata dekat Melaka ni aku duduk dekat rumah sewa and selera masing-masing pun lain. So aku kenalah tunggu turn untuk masak. Lagi-lagi sekarang ni member aku dekat rumah semuanya sedang berhempas pulas berdiet, so memang tak boleh nak masak sebarangan lah kan.

Bila dah diet ni kan. Macam-macam benda yang dulunya jadi favourite aku, semua aku tak boleh nak makan. Memang kena tahan je nafsu ni. Then bila rasa teringin gile-gile, aku boleh rasa macam nak nangis tau sebab teringin sangat-sangat nak makan something yang sedap. See see. Bolah nampak kan macam mana terganggunya emosi aku. Cehh motif !

So mehh sini aku nak tengok menu yang aku mampu masak. Boleh dikatakan setiap hari aku just makan mihun, mihun dan mihun. Kadang-kadang bila aku dah muak sangat-sangat, aku tak makan pun benda berat macam mihun tuh. Aku just makan kuih-kuih sikit and minum banyak air mineral.

Dalindareen6482

Tadaaaa ! Aku just masak sardin campur sayur kubis campur bawang and campur cili api sikit. Lepas tuh makan dengan mihun yang dicelur dalam air yang panas mendidih. See korang tak pernah makan kan? Masa aku bagi boipren aku makan mihun sardin ni pun, dia jadi macam pelik sebab mana pernah dibuat orang kan. Mihun makan dengan sardin. Kalau mihun goreng sardin adalah orang buat, tapi macam menu yang aku buat ni. Memang tak ada rasanya. Wah ! Lepas ni aku nak cipta menu pelik-pelik lagilah. Huhuhu

Dalindareen6483

Kan aku ada cerita yang bff aku si Wani tengah demam kan. So disebabkan sayang and prihatin nya aku dekat Wani ni, aku masakkan lah dia bubur. Bubur ni pun aku buat  sesimple yang boleh. Aku just masukkan hotdog dengan sayur kubis ke. Tapi alhamdulillah. Banyak jugak bff aku tuh makan and dia pun dah bertambah sihat.

Dalindareen6485

Eii comotnya ! Nampak sangat gelojoh time ambil lauk sardin ni kan. Boleh dikatakan dah banyak kali dah aku makan lauk sardin ni. Nak katakan muak ada jugak tapi bila dah lama tak makan, rasa macam rindu pulak. Macam ketagih sardin pun ada jugak. Hoi ! Kau letak dadah apa kat sardin ni ? Tengok aku dah jadi ketagih tau !

So itu sajalah yang aku nak tunjukkan. Saja je nak tunjuk apa yang aku makan tengah hari tadi. Ehh salah..salah ! Nak tunjukkan petang tadi aku makan apa. Oklah aku macam dah pening-pening lalat ni.

Bebboii !

Tips nak elok demam cepat. Boleh je sesiapa nak ikut cara aku tapi terpulanglah. Huhuhu

Assalammualaikum !
Kesian aku tengok roommate aku or bff kesayangan aku tadi tau. Dari siang dok terlantar sebab demam. Aku ni mana boleh nampak orang sakit sikit. Mulalah aku rasa risau satu macam. Rasa kesian of course lah ada kan sebab takut sakit tuh jadi makin teruk kan and lagi satu yang paling penting, aku takut demam tuh berjangkit dengan aku. Yelah sekarang ni kan aku dah final semester so memang busy yang amat dengan final projek, assignment yang berlambak-lambak, kuiz dengan test lagi. Memang pening sangat sampai kadang-kadang aku rasa stress. So sakit-sakit ni memang jadi mimpi ngeri lah bagi aku.

Idea nak update belog ni pun sebab aku rasa kesian sangat dengan bff aku ni and aku harap dia bacalah belog aku ni. Ekk motif ! Cakap je lah sebenarnya kau dah tak ada idea kan Areen oiit. Disebabkan rasa sayang kepada bff aku yang seorang ni, aku sediakan lah semua ubat yang dia nak and kalau boleh aku tak bagi pun dia datang kelas esok. Baik tak aku? Baik kan ! Please cakap aku baik. Hahahaha !

Siapa pernah rasa demam? Angkat laptop sekarang ! Mestilah semua pernah rasa macam mana demam ni kan. Kalau tak pernah tuh aku tak tahu lah nak cakap apa kan. Maybe kau tuh baby baru seminggu lahir kot. Tuh yang kau tak pernah rasa lagi demam tuh. Or maybe kau belajar ilmu kebal dari semua penyakit and sebab tuh kau memang tak pernah langsung kena demam. Boleh ?

fever-child

Selalunya kan bila aku kena demam, aku jenis demam yang cepat kebah or bahasa senang nak fahamnya, kira cepat sembuh lah. Memang senang je aku nak sihat sebab aku ni jenis tak duduk diam bila aku sakit.

So aku nak bagi sikitlah tips yang aku selalu guna bila aku kena demam ni. Benda ni semuanya senang je just terpulang dekat korang lah nak ikut ataupun tidak. Yelah aku bukan paksa nak suruh ikut pun sampaikan aku hentak-hentak laptop suruh korang ikut kan. Tapi just nak share lah apa yang aku selalu buat bila aku demam. Sharing is caring kan !



Aktif sekuat yang boleh macam jalan-jalan sekeliling rumah or main kejar-kejar dengan adik kau !

Hah ! Benda ni memang aku selalu buat. Kadang-kadang tuh mak aku tak tahu pun aku ni sebenarnya macam mana. Betul-betul demam or buat-buat demam. Tapi aku memang tak manjakan sangat badan aku ni bila demam sebab aku tak suka sakit lama-lama. Yelah, kan bila kita demam kita akan rasa pening kepala yang amat kan. Aku tak suka situasi tuh. Aku memang tak suka pening kepala. Aku rasa tension sangat. So sebab tuh lah, selagi boleh aku akan buat apa-apa kerja yang ada asalkan aku tak tidur terbaring and just terlantar macam orang dah nak separuh mati.



Pakai cool fever yang untuk orang dewasa. Alah benda alah yang lekat dekat dahi warna biru tuh !

Aku memang suka part ni. Sebabnya mak aku lepas dah beli cool fever tuh, dia akan simpan dalam peti sejuk then bila nak tampal dekat dahi, rasa sejuk gile. Masa tuhlah kau akan jadi menggedik-gedik dengan mak kau sebab benda ni sejuk. Lagi satu aku suka pakai benda alah ni sebab bila kau pakai memang confirm kau akan baik demam cepat. Cuma rasa azab bila pakai cool fever ni sebab benda alah ni akan tarik semua panas yang ada dalam badan kau tuh so memang kau akan rasa pening yang amat-amat. Aku memang benci pening kepala !



Minum air coke yang dimasak dalam periuk masa tengah suam-suam kuku !

Hah ! Yang ni khas untuk orang yang ada sakit tekak lah. Benda ni pun aku belajar dari bff aku yang satu rumah dengan aku jugak. Memang elok lah cara ni. Cara korang nak buatnya senang je. Kau beli sebotol kecil air coke. Jangan botol besar pulak ! Tuh nak buat pesta bolehlah. Ni kau nak buat ubat je kot. Lepas tuh masukkan dalam periuk and biarkan dia mendidih. Lepas tuh sejukkan air coke tuh. Minum time suam-suam lah kalau boleh. Bila korang minum ni, maybe akan rasa air coke tuh manis sangat-sangat sebab yelah gas dia semua dah keluar kan. Tapi memang mujarab lah cara ni. Sakit tekak hilang, batuk pun of course lah hilangkan. Huhuhu



Jangan pakai selimut bila demam !

Hah ! Macam pelik je kan. Selalunya bila demam orang akan rasa nak berselubung dengan selimut je kan. Tapi cara aku lain. Aku memang tak akan pakai selimut sebab kalau kita belajar sains lah kan. Dekat kulit kita ni bila demam dia akan rasa panas kan. So dekat lapisan bawah kulit kita yang panas ni, ada satu lapisan yang akan buat kita rasa sejuk. Sebab tuh lah kita akan rasa menggigil sentiasa. Betul tak aku cakap? Betul kan. So untuk bebas kan rasa sejuk yang jadi punca demam tuh. Kau tak perlu nak pakai selimut or blanket yang tebal-tebal bagai sebab bila kita pakai selimut rasa sejuk ni tak akan keluar sebab tertutup dengan selimut ni. Rasa sejuk ni yang sebenarnya buat kita rasa lemah-lemah and rasa menggigil. So untuk bebaskan rasa sejuk ni, tak payahlah pakai selimut ok ! Memang kena tahan sikit lah. Tapi mana ada sakit yang elok cepat kan. Cubalah try cara aku ni. For sure demam kau memang cepat elok.

So far tuh je lah cara yang aku selalu buat untuk paksa demam tuh keluar dari badan aku. Wah ! Ayat macam kena rasuk dengan hantu je kan. Padahal demam je kot. Huhuhu. Oklah aku pun nak sambung study balik. Esok nak kena present subjek Law.

Dalindareen6458


Marilah kita sama-sama membanteras demam ! Peace not war.
Bebboi !

Monday, March 7, 2011

Yeah ! Akhirnya aku dah berjaya masuk and login gengblogger dengan sesuka hati aku. Suka nya aku ! Ekk over.

Assalammualaikum !

Sukanya aku hari ni. Masuk hari ni dah dekat sepuluh kali aku dok bantai baca semua entry yang ada dalam Gengblogger tau. Yelah nak dekat setahun kot aku tak melepak dalam Gengblogger sambil blogwalking and follow semua belog orang yang update. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan belog aku tapi setiap kali aku pegi webpage Gengblogger mesti aku tak boleh langsung nak login and akan jadi macam dalam gambar bawah ni:-

masalah-GB

Lepas tuh dia dok bantai kelip berkali-kali. Naik menyampah pulak aku nak datang Gengblogger. Tuh yang lama gile aku tak jenguk dekat Gengblogger. Rasa sedih jugaklah sebab dekat sini Gengblogger lah, belog aku mula ada follower and dikenali. Then jadi pulak benda macam ni, memang slowlah mood aku nak berblogging.

Benda ni semua jadi bila aku pergi format laptop. Before tuh memang ok je aku nak login. Senang sangat lah. Tak payah nak tekan apa-apa terus dia connect kan aku dengan facebook.

So semalam aku pergilah online pakai PC rumah aku and aku pun dok godek-godek lah Gengblogger yelah sebab lama sangat tak jenguk. Nak jugak tengok apa perubahan dia kan. Then aku terperasan ada orang buat entry pasal Masalah Login Gengblogger. Aku memang excited nak mampos terus je lah tekan link tuh. Kalau nak tengok belog tuh boleh tekan * SiNi *. Lepas aku baca semua solution dia untuk masalah ni. Barulah aku tahu. Masalahnya cinonet je. Aku tak set jam dekat laptop aku under Malaysia time. Aku pergi bantai buat masa Australia. patutlah tak dapat nak login ehhh.

Apa-apa pun terima kasih sangat-sangat dekat Yoy’s Network sebab ajar aku macam mana nak elokkan balik laptop aku. Padahal bukan ada apa-apa pun, aku yang tak pandang dekat jam laptop aku ni. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih. So sekarang nak pergi godek-godek Gengblogger lagilah.  Aku dah ketagih balik macam setahun yang lepas. Huhuhu

Dalindareen5679

Peace Not War !

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Chewaah !

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...