Saturday, March 5, 2011

* Our Memory Photo Contest *

Assalammualaikum !

Bila join contest ni kan, tujuan aku bukannya nak menang sangat pun. Tipulah kalau aku join, then tak ada langsung rasa nak menang kan. Tuh memang satu pembohongan yang besar lah kan ! Tapi selalunya aku join contest ni sebab nak ramaikan member blog aku ni then aku suka tengok ke-kreatif-an contestant lain yang jugak join satu-satu contest tuh. So tadi aku terbaca dekat shoutbox aku, blogger yang memang comel, cantik and terkenal ni tag aku dekat satu contest ni. Terima kasihlah eh * Nanad comel and cantik * sebab tag reen dekat Our Memory Photo Contest.

bez prent

Untuk tengok terms and condition dia, boleh kelik dekat owner contest ni dekat * SiNi * ataupun klik je dekat gambar atas ni ok. Tapi aku still nak tempek terms and condition dia. Biar panjang sikit entry aku ni. Ekk motif !

1. Macam biasa, u all kenalah follow blog I  dulu..if taknak follow,it's ok.. cuma susahlah bila I update ni..I mungkin tukar closing date cepat..hmm~

ok dah follow dah pon ! hehehehe

2. Tulis entry "Our Memory Photo Contest", Letak banner seperti di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini, Letak lah banner contest ni kat sidebar sekali tau!

ok entry dah buat, dah link kan pon, and dah letak banner contest dekat sidebar dah pun. Hehehehe

3. U all mestilah upload gambar u all..gambar tu mestilah ada gambar u all sekali..dan tulislah ayat yang paling simple kenapa u all pilih gambar tersebut. Contoh "I pilih gambar ni sebab I miss my friend a lotzz!!"

Ok dah masukkan tapi letak dekat bawah lah. Hehehehe

4. Akhir sekali, tag 4 orang rakan blogger u all tau.. (",)

Aku nak tag siapa ehh. Oklah aku tag bff aku yang memang suka sangat join contest, siapa lagi kalau bukan :

5. Hadiah?? gerenti best !! of course anak patung comel lagi besar dariLovely Lace!!

Part yang ni memang aku suka. Siapa yang tak suka hadiah kan. Siapa yang tak suka meh sini aku lempang laju-laju. Nak tak !

6. Tarikh tutup 01/04/2011 !

So gambar yang aku nak tempek dekat sini boleh dikatakan memory jugaklah bagi aku sebab masa ni life aku memang tersangatlah gembira. So aku nak masukkan gambar ni untuk contest ni.

DSC01286

* non edited version *

Aku pilih gambar ni sebab ni masa semester dua aku dekat politeknik. Kiranya baru nak mengenal dunia luar lah. So caption aku untuk gambar ni ialah:-

“ Even there are many hard way we’ve been through together, our friendship will never end. I love you all !”

Betul cakap orang kan, memory  itu akan membuatkan kita lebih menghargai hidup kita yang akan datang dan kerana itu kita berusaha untuk mencipta memori yang lebih indah.So kawan-kawan ! Apa lagi meh lah join contest ni.

Bebboii !

Header baru yang aku buat khas menggunakan Photoshop ! Saya budak baru belajar. Apakomen korang dengan header baru aku ni?

Assalammualaikum !

Aceceh rajin pulak aku nak update entry lagi kan ! Cecite cecite kenapa ehh ! Sebenarnya tak ada apa-apa pun. Aku tengah tahan lapar ni. Disebabkan tak nak ingat dekat makanan, aku pun update lah entry. So simple kan jawapan aku. Ringkas, padat dan tepat. Ekk motif !

Sebenarnya semenjak dua bulan lebih ni, aku bertungkus-lumus nak belajar Adobe Photoshop. Ni semua sebab final year projek aku yang memrlukan aku design packaging yang akan group aku gunakan untuk new produk kitorang. Boleh dikatakan memang macam design budak-budaklah sebab aku ni nampak je kental tapi sebenarnya dalam jiwa aku ni still budak-budak lagi.

So disebabkan boring tak tahu nak buat apa tadi. Aku main-main photoshop design aku punya header. So aku nak korang komenlah macam mana header aku yang baru ni sebab aku pun baru je belajar photoshop. So memang tak semenggah sangatlah ghupenya header aku tuh tau. Tapi aku tak kisah korang nak komen negatif ke. Positig ke. Aku tak kisah langsung. Semua aku terima. So korang boleh tengok header baru aku yang dekat atas tuh.

Before ni pakai header yang member belog aku buat. Memang comel and kiut sangat. Aku suka. Tapi disebabkan nak try buat sendiri so aku tempek lah header baru aku kat sini. Ok mehh sini tengok header yang aku guna sebelum ni.

areen1

* Ni header lama*

saja2

* Ni pulak header baru. Penuh dengan warna pink ! *

So marilah datang singgah belog aku ni and nyatakan pendapat korang terhadap header baru aku ni. Sesiapa yang nak suruh aku but. Boleh saja ! Tapi aku ni budak baru belajar. So memang makan masa sikitlah. So jangan malu jangan segan. Bagilah pendapat anda ok !

Bebboiii !

Kadang-kadang saya bersyukur Tuhan kurniakan saya muka yang berminyak, badan yang tembam and peha yang besar. Hehehe !

Assalammualaikum !

Wah ! Awal pagi aku dah update belog tau ! Tak pernah-pernah pagi macam ni aku update kan. Tapi tak apalah kan. Perubahan yang positif kot. Aku semakin senang nak bangun awal dekat rumah Seremban ni. Kalau tak dulu mak aku membebel je kerjanya. Yelah rutin harian aku, setiap pagi aku akan bangun tepat pukul sepuluh. Dah kira lambat lah bagi seorang anak dara yang tak kahwin lagi macam aku ni kan. Ekk dah kata anak dara, mestilah tak kahwin lagi. Ceettt ! Siapa ajar kau bahasa Melayu ni Areen.

Sebenarnya bangun pagi ni pun sebab ada alasan yang kukuh. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak bangun awal. Karang last-last aku mengadap jugak lappy aku ni. Dok godek-godek facebook and blogwalking. Nasib baiklah aku kena hantar adik aku cek darah pagi ni. So nak bangun tuh macam tak liat sangat lah sebab dah ada reason kenapa perlu bangun awal. Finally aku sangat-sangat lah happy sebab doktor bagitahu yang adik aku dah bebas dari demam denggi. Alhamdulillah.

Bila dah jadi benda-benda yang menakutkan contohnya macam adik aku yang dari kurus menjadi semakin kurus sebab demam. Then darah yang keluar melambak-lambak dari hidung. And lastly result dari doktor yang sah mengatakan adik aku tak ada apa-apa. Benda ni semua buatkan aku dah pandai nak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi dekat aku.

Kalau difikirkan balik, sebelum ni memang hidup aku penuh dengan rasa tak syukur dekat apa yang Tuhan bagi. Yelah macam contoh. Nampak perempuan cantik sikit, mula aku menyesal dapat wajah yang aku dapat sekarang. And aku seboleh-boleh usaha macam-macam untuk jadi cantik jugak dengan pakai mekap, up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini sebab nak orang nampak yang aku cantik. Kadang-kadang boipren aku macam marah sikit dengan aku. Bukan marah sikit tapi banyak. Sebabnya aku tempek macam-macam dekat muka aku ni. Lepas tuh bila dah tumbuh jerawat heboh aku gebang cerita dekat dia sambil buat-buat muka sedih sebab jerawat dah tumbuh.

Muka aku ni jenis yang berminyak so bila tempek dengan mekap then aku berpeluh, muka aku akan nampak berkilat-kilat. Benda ni memang buat aku selalu merungut-rungut sebab bila nak tangkap gambar je mesti muka aku jadi berkilat gile sebab flash. Memang tension sampaikan aku beli macam-macam produk sebab nak hilang kan minyak dekat muka aku.

Dalindareen5697

See see berkilat gile kan muka aku. Kadang-kadang tuh aku macam tak suka nak berjemur tengah panas, tak nak duduk dalam bilik aircond sebabnya aku taknak muka aku berpeluh then berminyak. Wei apahal pulak duduk dalam bilik aircond muka kau berminyak pulak ? Kan sejuk ! So bila dah sejuk tuh muka akn jadi kering kan, tapi jenis aku lain, muka aku akan berminyak gile bila duduk dalam aircond. Lagi banyak dari berjemur tengah panas. Boipren aku selalu cakap dengan aku, dia dah terima aku seadanya tapi kenapa perlu nak jadi lebih cantik. Macam mana aku nak cakap ehh ! Benda ni semua satu kepuasan. Aku akan rasa selekeh gile bila tak mekap, tudung herot-merot, the most thing is bila muka berminyak. So bila dah pakai mekap and mekap tuh boleh tutup semua benda yang buruk even sekejap, tapi aku rasa puas. Paham tak !

Dulu masa kerja dekat hotel, aku selalu merungut dekat akak tempat yang aku kerja tuh. Aku selalu cakap dekat akak tuh “untungnya akak, muka tak berminyak langsung". Tapi last-last akak tuh marah aku balik sebab muka tak berminyak lah tak best sebab muka jadi kering sentiasa. Senang nak berjerawat, berparut then menggelupas. Satu benda lagi muka kering ni cepat berkedut. Akak tuh cakap untunglah aku dapat muka yang berminyak sebab muka berminyak susah nak berkedut. Lepas tuh bila pakai mekap nampak cantik je sebab muka glowing dengan adanya minyak tuh. Aku terdiam bila dengar akak tuh cakap. Ada jugak betul benda yang dia cakap. So sejak dari itu, aku memang suka sangat dapat muka yang berminyak even benda tuh kadang-kadang merimaskan.

120520101475

Gambar atas ni time aku praktikal dekat Hotel Royale Bintang Seremban as Purchasing Officer. Suka tempat kerja ni sebab kerja dalam aircond. So kau boleh nampak kan betapa berkilatnya muka aku kan. Hehehe !

Lepas tuh aku ni jenis badan yang tembam and bentuk macam buah pear. So that’s mean dekat bahagian badan aku yang atas kecil je but bahagian bawah dekat bahagian peha dengan punggung memang besar and selebar-lebarnya. Aku pun tak tahu kenapa bila aku makan banyak semua lemak tuh akan turun dekat peha aku. Memang nampak badan aku lebar sangat. So disebabkan itu macam-macam benda aku buat macam diet, joging and aerobik. Benda yang aku buat ni semua still lagi membuatkan boipren aku marah sebab dia tak suka aku seksa diri dengan diet yang entah apa-apa. Sebabnya dia jatuh cinta dengan aku pun masa aku tembam and gedebab so dia nak aku kekalkan benda tuh !

Dalindareen6350

See boleh nampak kan macam mana besarnya peha aku and tonggek nya punggung aku kan ! Aku memang rimas dengan semua ni sebab aku nak cari saiz seluar jeans memang susah sangat-sangat. Selalunya seluar jeans yang aku pakai selalu ketat dekat bahagian punggung and akan jadi longgar gile dekat pinggang.

Tapi bila aku tengok member-member aku yang memang underweight or dengan kata lain tersangatlah kurus usaha untuk menjadi gemuk. Aku rasa bersyukur sangat-sangat Tuhan kurniakan badan aku ni banyak lemak. Even benda ni kadang-kadang macam jadi bahan jenaka and buat kita jadi malu. Tapi sekurang-kurangnya badan aku nampak cantik bila pakai baju apa-apa pun. Cuba bayangkan orang yang terlampau kurus, nak pakai baju apa-apa pun longgar. Memang nak nampak fitting badan tuh susah sangat kan.

Tapi walau macam mana pun aku still berusaha nak dapatkan berat aku yang ideal and now so far dah turun dalam 5 kilogram and aku akan teruskan usaha tuh. Bak kata mak aku, senang nak cari baju kahwin nanti. Boipren aku pun dalam berat-berat hati pun, dia still ajak aku jogging setiap hari and aku harap aku akan dapat berat yang aku inginkan before aku habis belajar ni. Aminn !

Dalindareen5682

*Semoga peha aku, lengan aku, pipi aku,and perut aku yang buncit semakin mengecil. Aminn *

Boleh dikatakan macam-macam benda dalam hidup kita ni, yang kita tak sedar, akan timbulnya rasa tak bersyukur dengan semua nikmat yang Tuhan bagi. Aku pun macam tuh jugak. Memang terlampau banyak ! So marilah kita sama-sama bersyukur dengan mencucpkan Alhamdulillah kepada semua nikmat yang Tuhan bagi.

Dalindareen6432

Beboiii !

Friday, March 4, 2011

Mari-mari siapa yang nak duit lebih bolehlah klik degupan jantung saya ni ! Nak register pun boleh sebab still ada borang kosong lagi. Huhuhu !

Assalammualaikum !

Berada dekat rumah parents dekat seremban minggu ni memang heaven gile tapi sedikit penat sebab adik and mak aku ada masalah kesihatan sikit so memang tak berhenti-hentilah aku buat kerja rumah. Tapi tak apa sebab duduk dekat rumah ni tak payah nak bazirkan duit sendiri. Semuanya dah tersedia dekat rumah.

Cerita pasal duit-muit ni, tadi aku ada terbaca belog Cik Epal comel pasal iklan Heartbeat. Dia serupa macam nuffnang jugak tapi Heartbeat ni bukan fight pun dengan nuffnang. So disebabkan telah yakin dengan semua cerita Cik Epal. Aku pun register lah Heartbeat ni. Masyuk jugak tau earning dia even aku baru register. Mula-mula macam risau jugak bila letak Heartbeat ni, takut status Gliterrati dekat Nuffnang aku bertukar. Tapi selepas diyakinkan oleh Cik epal yang mengatakan Heartbeat ni bukan saingan Nuffnang and tak akan bagi impak buruk dekat status nuffnang, aku pun pun berani kan diri untuk register.

Apa korang nak register jugak ! Boleh. Tapi korang kena ikut step yang aku bagi ni dulu. Kalau tak ikut or tersalah step then Heartbeat ni tak berdennyut dekat belog korang, jangan nak salahkan den pulak ok !

So mula-mula stepnya, klik dekat banner gerak-gerak yang bawah ni ok !

336X280a

* Klik dekat banner atas ni tau ! *

Lepas dah klik, dia akan keluar gambar macam dekat bawah ni then tekan gambar Heartbeat tuh !

Untitled

So lepas dah klik dia akan keluar webpage macam dalam gambar dekat bawah ni. Then tekan dekat Create Account.

Untitled

Lepas tuh dia akan keluar form macam dekat bawah ni, so korang isi lah sesuka hati korang. Kalau yang optional tuh, terpulanglah. Kalau baik hati nak isi, isi lah. Kalau malas, jangan buang masa nak isi tau !

Untitled

Lepas dah isi semua tempat kosong yang ada dalam form Hearbeat ni, korang scroll sampai bawah and klik kotak kecil and tekan continue ok !

Untitled

Lepas tuh dia akan keluar macam dalam gambar bawah ni. So korang tekan Join tuh tau !

04

Lepas dah klik kan ! Dia akan keluar macam-macam lah and korang tekan Online Application macam dalam gambar dekat bawah ni ok !

05

Lepas dah klik, dia akan keluar form lagi and korang isi lah benda-benda yang diperlukan. Contohnya url belog korang and macam-macam lagi macam dalam gambar bawah ni.

06

07

08

Isi semua maklumat yang dia nak tau dalam form yang atas ni. Then bila dah isi klik kotak kecil bawah tuh then tekan Continue ok !

Lepas dah klik dia akan keluar macam dalam gambar bawah ni so korang tekan yang macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

Lepas dah keluar korang tekan pulak Get a code untuk dapatkan kod yang korang akan letak dalam belog korang nanti tau. So klik macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

So korang pilihlah mana-mana yang korang nak or sesuai untuk letak dekat belog korang ok. Untuk cek berapa earning korang boleh tekan macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

So untuk register, korang boleh klik dekat banner bawah ni ok. Jangan malu jangan segan untuk klik and register ok !

336X280a

So itu sahajalah caranya ok ! Mula-mula memang slow sikit earningnya. Tapi korang kena rajin lah update belog untuk naikkan eraning korang ok. Jangan jadi macam aku. Pemalas nak mampos. Oklah mengantuklah.

Bebboooiii !

Saturday, February 26, 2011

Ragam yang selalu aku nampak setiap kali aku datang kelas ! Ini hanyalah umum semata-mata ok, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang mati =)

Assalammualaikum !

Hadoi ! Memang busy gile lah dekat tempat aku belajar minggu ni. Mana lagi kalau bukan Merlimau, Melaka kan. Sebab apa aku cakap busy? Yelah sana sini orang dok letak bendera lah, berkempen bagailah. Semuanya sebab nak pilihan raya ni kan. Masa pagi tadi time aku baru bangun tidur pun, kuat gila bunyi helikopter berlegar-legar atas rumah aku ni. Dah macam nak perang dah aku rasa. Kan elok kalau helikopter tuh campak makanan ke, bawak aku jalan-jalan ke. Ada juga faedahnya kan ! Nasib baiklah semalam hujan, syiok jugaklah aku nak tidur.

Cerita pasal tidur, sebenarnya aku dah penat asyik tidur je ni. Ha ! Jangan main-main tau. Orang selalunya penat sebab buat kerja yang banyak kan tapi aku ni penat sebab tidur yang teramat banyak. Semuanya sebab tak ada kelas punya pasal lah. Boleh dikatakan dalam seminggu, just 2 hari je yang aku betul-betul pack dengan kelas. Selebihnya aku just dok membuta dekat rumah sewa tercinta ni, dok makan biskut sambil online and memekak selagi jiran tak marah ! Memang sadis kan minggu-minggu yang terpaksa aku lalui. Ni semua sebab pilihan raya punya pasal. Lecturer aku semua busy nak mati sebab dok arrange kan macam-macam event untuk vvip yang datang dekat politeknik aku ni.

Cerita pasal kelas pulak, serius aku memang rindu zaman aku semester satu dengan semester dua. Sebabnya masa ni lah kau akan dok merungut sebab kelas pack sangat. Lepas tuh time ni lah kau asyik tanya ketua kelas kau, kelas ada ke tak ada. Kalau kelas cancel, yahoo ! boleh balik tidur. Tapi kalau kelas ada, kau tadahlah telinga dengar lecturer membebel sampai ke petang. Even kelas pack macam mana pun, aku still boleh enjoy dengan kelas yang aku attend sebab macam-macam ragam aku nampak. Antaranya ialah :

Ngantuk sangat sampai kepala tersengguk-sengguk. Last-last kepala terhantuk dekat meja !

images (10)

Yang ni aku tak tahu masalahnya apa. Tapi aku rasalah kan, maybe malam tuh dia tak cukup tidur sebab buat kerja or buat assignment. Buat assignment lah sangat kan ! Then maybe jugak malam tadi dia dok ber online sampai pukul enam pagi. Last-last tidur pun nak dekat pukul enam setengah pagi padahal kelas pukul  lapan pagi. Bukan nak cakap orang lah tapi aku pun selalu jugak mengantuk dalam kelas tapi tak ada lah nak dok tersengguk-sengguk kan macam subjek yang lecturer kau ajar tuh memang kau paham bebenar sampai dok angguk berkali-kali. Padahal…Aiisssshhh !

Tapi aku kesian jugak dekat orang yang muka dia memang selalu mengantok dalam kelas ni. Kalau nasib baik dapat lecturer yang sporting, dibiarkan je lah student tuh yang dok melayan ngantuknya tuh. Tapi kalau nasib tak baik, lecturer kau tengah hangin start dari pagi and last-last nampak kau tersengguk-sengguk pulak kan. Memang makan pemadam whiteboard lah jawabnya. Tak pun lecturer tuh dok melaung nama kau kuat-kuat sampai satu kelas pandang kau. Hah ! Malu ke tak malu kalau macam tuh kan. Baik punya cover tak nak budak kelas perasan yang kau tidur, last-last kena tanggung malu sebab kau dah terkantoi ! Auuwww malu wei bila fikir-fikir balik.

Bergosip macam dalam kelas ni kau je yang ada. Suara boleh tahan pulak kuatnya kan !

j5uzyFDXv7

Benda ni selalu berlaku bila time presentation lah. Mula-mula kita yang duduk mendengar ni ok lagi lah pada setengah jam pertama. Nak dekat satu jam tuh, mulalah masing-masing dok gelisah sebab presentation dekat depan tuh tak menarik langsung. Dapat-dapat pulak orang yang tengah presentation tuh, orang yang memang kau tengah anti nak mampos. Hah ! Memang sedaplah kalau nak mulakan misi bergosip secara beramai-ramai ni. Tajuk gosip tak lain tak bukan pasal orang yang tengah dok pung pang pung pang presentation dekat depan tuh. Antara contoh gosip adalah :-

  • Apasal lah tebal sangat mekap si budak B ni? Presentation dalam kelas je kot. Tuh pun nak mekap over-over. Apa pulak pendapat kau wei ?
  • Haah lah wei ! Aku setuju dengan kau. Dahlah warna apa kejadah yang letak kat mata tuh ? Shiseido..shadow-shadow..Ahh lantaklah. Tak matching langsung dengan colour baju.
  • Eyeshadow lah sengal ! Haah kan. Lepas tuh dahlah slideshow punya background dibuatnya warna kuning, lepas tuh tulisan pulak nak warna putih. Mana nak nampak oiit !

Lepas tuh semua budak dalam kelas dok shhh..shhh suruh orang yang bergosip tuh diam. Hahaha ! Aku pun selalu kena macam ni. Dok bergosip tak habis-habis. Lepas tuh bila time aku nak present pulak. Hah ! Rasakan bila orang semua buat hal masing-masing tak dengar kau punya presentation.

Memekak tak ingat dunia padahal lecturer mengajar dekat depan !

ae461bb03bdce93dbad9-L

Hah ! Yang ni memang aku marah. Even boipren aku pun suka sangat nak memekak time lecturer tengah mengajar. Last-last diorang yang kena aim untuk jawab soalan dari start kelas sampai lah habis kelas. Aku marah bukan apa tau. Aku baru nak jadi baik untuk jadi student yang paling mendengar kata. At last diganggu pulak oleh suara-suara sumbang yang memekak macam nak mati ni. Kalau memekak pasal benda yang ada kaitan dengan subjek tuh tak apa jugak. Nie pasal ikan lah, nak jual ikan lah. Lecturer cakap lain diorang cakap lain. Hah ! Betul-betul pekak nanti padan muka.

Sebenarnya macam-macam ragam yang aku nak ceritakan. Tapi perut aku ni dari tadi berbunyi kruukk kraakk kreeek ! Tuh petandanya dah lapar sangat dah tuh padahal pagi tadi aku dah baham biskut empat keping kot. Oklah aku nak pergi main masak-masak dulu. Ada masa aku update lagi sebab hari ni pun cuti kan. So boleh lah update banyak-banyak kali.

Dalindareen6370

Oklah jomlah kita makan secara beramai-ramai and menjadi student yang sentiasa mendengar kata. Ekk motif !

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...