Friday, March 4, 2011

Mari-mari siapa yang nak duit lebih bolehlah klik degupan jantung saya ni ! Nak register pun boleh sebab still ada borang kosong lagi. Huhuhu !

Assalammualaikum !

Berada dekat rumah parents dekat seremban minggu ni memang heaven gile tapi sedikit penat sebab adik and mak aku ada masalah kesihatan sikit so memang tak berhenti-hentilah aku buat kerja rumah. Tapi tak apa sebab duduk dekat rumah ni tak payah nak bazirkan duit sendiri. Semuanya dah tersedia dekat rumah.

Cerita pasal duit-muit ni, tadi aku ada terbaca belog Cik Epal comel pasal iklan Heartbeat. Dia serupa macam nuffnang jugak tapi Heartbeat ni bukan fight pun dengan nuffnang. So disebabkan telah yakin dengan semua cerita Cik Epal. Aku pun register lah Heartbeat ni. Masyuk jugak tau earning dia even aku baru register. Mula-mula macam risau jugak bila letak Heartbeat ni, takut status Gliterrati dekat Nuffnang aku bertukar. Tapi selepas diyakinkan oleh Cik epal yang mengatakan Heartbeat ni bukan saingan Nuffnang and tak akan bagi impak buruk dekat status nuffnang, aku pun pun berani kan diri untuk register.

Apa korang nak register jugak ! Boleh. Tapi korang kena ikut step yang aku bagi ni dulu. Kalau tak ikut or tersalah step then Heartbeat ni tak berdennyut dekat belog korang, jangan nak salahkan den pulak ok !

So mula-mula stepnya, klik dekat banner gerak-gerak yang bawah ni ok !

336X280a

* Klik dekat banner atas ni tau ! *

Lepas dah klik, dia akan keluar gambar macam dekat bawah ni then tekan gambar Heartbeat tuh !

Untitled

So lepas dah klik dia akan keluar webpage macam dalam gambar dekat bawah ni. Then tekan dekat Create Account.

Untitled

Lepas tuh dia akan keluar form macam dekat bawah ni, so korang isi lah sesuka hati korang. Kalau yang optional tuh, terpulanglah. Kalau baik hati nak isi, isi lah. Kalau malas, jangan buang masa nak isi tau !

Untitled

Lepas dah isi semua tempat kosong yang ada dalam form Hearbeat ni, korang scroll sampai bawah and klik kotak kecil and tekan continue ok !

Untitled

Lepas tuh dia akan keluar macam dalam gambar bawah ni. So korang tekan Join tuh tau !

04

Lepas dah klik kan ! Dia akan keluar macam-macam lah and korang tekan Online Application macam dalam gambar dekat bawah ni ok !

05

Lepas dah klik, dia akan keluar form lagi and korang isi lah benda-benda yang diperlukan. Contohnya url belog korang and macam-macam lagi macam dalam gambar bawah ni.

06

07

08

Isi semua maklumat yang dia nak tau dalam form yang atas ni. Then bila dah isi klik kotak kecil bawah tuh then tekan Continue ok !

Lepas dah klik dia akan keluar macam dalam gambar bawah ni so korang tekan yang macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

Lepas dah keluar korang tekan pulak Get a code untuk dapatkan kod yang korang akan letak dalam belog korang nanti tau. So klik macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

So korang pilihlah mana-mana yang korang nak or sesuai untuk letak dekat belog korang ok. Untuk cek berapa earning korang boleh tekan macam dalam gambar bawah ni ok !

Untitled

So untuk register, korang boleh klik dekat banner bawah ni ok. Jangan malu jangan segan untuk klik and register ok !

336X280a

So itu sahajalah caranya ok ! Mula-mula memang slow sikit earningnya. Tapi korang kena rajin lah update belog untuk naikkan eraning korang ok. Jangan jadi macam aku. Pemalas nak mampos. Oklah mengantuklah.

Bebboooiii !

Saturday, February 26, 2011

Ragam yang selalu aku nampak setiap kali aku datang kelas ! Ini hanyalah umum semata-mata ok, tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang mati =)

Assalammualaikum !

Hadoi ! Memang busy gile lah dekat tempat aku belajar minggu ni. Mana lagi kalau bukan Merlimau, Melaka kan. Sebab apa aku cakap busy? Yelah sana sini orang dok letak bendera lah, berkempen bagailah. Semuanya sebab nak pilihan raya ni kan. Masa pagi tadi time aku baru bangun tidur pun, kuat gila bunyi helikopter berlegar-legar atas rumah aku ni. Dah macam nak perang dah aku rasa. Kan elok kalau helikopter tuh campak makanan ke, bawak aku jalan-jalan ke. Ada juga faedahnya kan ! Nasib baiklah semalam hujan, syiok jugaklah aku nak tidur.

Cerita pasal tidur, sebenarnya aku dah penat asyik tidur je ni. Ha ! Jangan main-main tau. Orang selalunya penat sebab buat kerja yang banyak kan tapi aku ni penat sebab tidur yang teramat banyak. Semuanya sebab tak ada kelas punya pasal lah. Boleh dikatakan dalam seminggu, just 2 hari je yang aku betul-betul pack dengan kelas. Selebihnya aku just dok membuta dekat rumah sewa tercinta ni, dok makan biskut sambil online and memekak selagi jiran tak marah ! Memang sadis kan minggu-minggu yang terpaksa aku lalui. Ni semua sebab pilihan raya punya pasal. Lecturer aku semua busy nak mati sebab dok arrange kan macam-macam event untuk vvip yang datang dekat politeknik aku ni.

Cerita pasal kelas pulak, serius aku memang rindu zaman aku semester satu dengan semester dua. Sebabnya masa ni lah kau akan dok merungut sebab kelas pack sangat. Lepas tuh time ni lah kau asyik tanya ketua kelas kau, kelas ada ke tak ada. Kalau kelas cancel, yahoo ! boleh balik tidur. Tapi kalau kelas ada, kau tadahlah telinga dengar lecturer membebel sampai ke petang. Even kelas pack macam mana pun, aku still boleh enjoy dengan kelas yang aku attend sebab macam-macam ragam aku nampak. Antaranya ialah :

Ngantuk sangat sampai kepala tersengguk-sengguk. Last-last kepala terhantuk dekat meja !

images (10)

Yang ni aku tak tahu masalahnya apa. Tapi aku rasalah kan, maybe malam tuh dia tak cukup tidur sebab buat kerja or buat assignment. Buat assignment lah sangat kan ! Then maybe jugak malam tadi dia dok ber online sampai pukul enam pagi. Last-last tidur pun nak dekat pukul enam setengah pagi padahal kelas pukul  lapan pagi. Bukan nak cakap orang lah tapi aku pun selalu jugak mengantuk dalam kelas tapi tak ada lah nak dok tersengguk-sengguk kan macam subjek yang lecturer kau ajar tuh memang kau paham bebenar sampai dok angguk berkali-kali. Padahal…Aiisssshhh !

Tapi aku kesian jugak dekat orang yang muka dia memang selalu mengantok dalam kelas ni. Kalau nasib baik dapat lecturer yang sporting, dibiarkan je lah student tuh yang dok melayan ngantuknya tuh. Tapi kalau nasib tak baik, lecturer kau tengah hangin start dari pagi and last-last nampak kau tersengguk-sengguk pulak kan. Memang makan pemadam whiteboard lah jawabnya. Tak pun lecturer tuh dok melaung nama kau kuat-kuat sampai satu kelas pandang kau. Hah ! Malu ke tak malu kalau macam tuh kan. Baik punya cover tak nak budak kelas perasan yang kau tidur, last-last kena tanggung malu sebab kau dah terkantoi ! Auuwww malu wei bila fikir-fikir balik.

Bergosip macam dalam kelas ni kau je yang ada. Suara boleh tahan pulak kuatnya kan !

j5uzyFDXv7

Benda ni selalu berlaku bila time presentation lah. Mula-mula kita yang duduk mendengar ni ok lagi lah pada setengah jam pertama. Nak dekat satu jam tuh, mulalah masing-masing dok gelisah sebab presentation dekat depan tuh tak menarik langsung. Dapat-dapat pulak orang yang tengah presentation tuh, orang yang memang kau tengah anti nak mampos. Hah ! Memang sedaplah kalau nak mulakan misi bergosip secara beramai-ramai ni. Tajuk gosip tak lain tak bukan pasal orang yang tengah dok pung pang pung pang presentation dekat depan tuh. Antara contoh gosip adalah :-

  • Apasal lah tebal sangat mekap si budak B ni? Presentation dalam kelas je kot. Tuh pun nak mekap over-over. Apa pulak pendapat kau wei ?
  • Haah lah wei ! Aku setuju dengan kau. Dahlah warna apa kejadah yang letak kat mata tuh ? Shiseido..shadow-shadow..Ahh lantaklah. Tak matching langsung dengan colour baju.
  • Eyeshadow lah sengal ! Haah kan. Lepas tuh dahlah slideshow punya background dibuatnya warna kuning, lepas tuh tulisan pulak nak warna putih. Mana nak nampak oiit !

Lepas tuh semua budak dalam kelas dok shhh..shhh suruh orang yang bergosip tuh diam. Hahaha ! Aku pun selalu kena macam ni. Dok bergosip tak habis-habis. Lepas tuh bila time aku nak present pulak. Hah ! Rasakan bila orang semua buat hal masing-masing tak dengar kau punya presentation.

Memekak tak ingat dunia padahal lecturer mengajar dekat depan !

ae461bb03bdce93dbad9-L

Hah ! Yang ni memang aku marah. Even boipren aku pun suka sangat nak memekak time lecturer tengah mengajar. Last-last diorang yang kena aim untuk jawab soalan dari start kelas sampai lah habis kelas. Aku marah bukan apa tau. Aku baru nak jadi baik untuk jadi student yang paling mendengar kata. At last diganggu pulak oleh suara-suara sumbang yang memekak macam nak mati ni. Kalau memekak pasal benda yang ada kaitan dengan subjek tuh tak apa jugak. Nie pasal ikan lah, nak jual ikan lah. Lecturer cakap lain diorang cakap lain. Hah ! Betul-betul pekak nanti padan muka.

Sebenarnya macam-macam ragam yang aku nak ceritakan. Tapi perut aku ni dari tadi berbunyi kruukk kraakk kreeek ! Tuh petandanya dah lapar sangat dah tuh padahal pagi tadi aku dah baham biskut empat keping kot. Oklah aku nak pergi main masak-masak dulu. Ada masa aku update lagi sebab hari ni pun cuti kan. So boleh lah update banyak-banyak kali.

Dalindareen6370

Oklah jomlah kita makan secara beramai-ramai and menjadi student yang sentiasa mendengar kata. Ekk motif !

Bebboiii !

Thursday, February 24, 2011

Sesi me-rempitkan diri dan men-datingkan diri bersama kawan-kawan yang sengal lagi lah gile !

Assalammualaikum !

Ya Allah ! Macam nak terkoyak mulut aku ni menguap tau. Yelah mana tak nya kan, mengantuk yang amat and kalau boleh mulut aku time menguap tuh aku nak buat betul-betul lebar. Baru puas kan ! Jangan jadi macam bff aku si Wani. Tak silap aku masa semester dua, baik punya feeling menguap sambil lebarkan mulut, sekali terkoyak mulut dia. Berdarahlah jadinya. Hah ! Ambik nak sangat menguap lebar-lebarkan. Last-last nak makan pun tak boleh nak bukak mulut besar-besar tau ! Wei, apa yang aku merepek ni ehh ? Macam tersasar jauh je dari tajuk !

Hehehe sebenarnya tak adalah tersasar jauh mana pun sebab aku mengantuk ni pun sebab aku baru balik dari merempit dengan kawan-kawan aku tadi. Jangan main-main tau. Kau ingat Farid Kamil je yang pandai nak merempit dalam V3 tuh. Aku pun pandai tau tapi aku kan muslimah, so gaya-gaya Superman ke, Spiderman ke, Kluang Man ke memang aku tak buatlah kan. Buat apa kan ! Buat sakit badan adalah.

Aku merempit ni pun semata-mata nak pergi cari buku latihan MUET tau. Punyalah semangat sampaikan aku sanggup tau nak pergi Bandar Melaka tuh naik motor and yang paling penting motor tuh aku bawak ! Bukan senang tau nak tengok aku bawak motor. Aku ni kalau kereta aku rajin sikitlah nak bawak, tapi kalau motor memang aku liat sikitlah. Tapi disebabkan my new bff yang sengal lagi gile dah ajak merempit. So aku ikutkan je lah ! Aku nak juga buktikan dekat orang yang aku ni bukan sekadar minah yang teror bawa kereta.

So mula-mula aku pergi dulu dekat BSN sebab nak beli nombor pin UPU aku. Yelah tak lama lagikan aku nak habis Diploma so wajiblah aku beli. Lepas dah beli aku tunggulah bff aku yang sengal lagi gile ni. Tunggu punya tunggu, memang naik kematu jugaklah punggung aku even banyak lemak kan. So marilah tengok muka aku yang innocent ni. Serius wei ! Bila aku sendiri tengok, aku pula rasa nak sepak laju-laju.

Dalindareen6401

So sampai-sampai je bff aku tuh, aku terus gerak pergi Jusco and bff aku semua ni dah lapar sangat so kitorang decide untuk pergi makan dulu. Pergi makan dekat food court je sebab masing-masing nak save budget. Save budget lah sangatkan !

Dalindareen6403

Ahh habis diet aku tau ! Memang terliur lah aku tengok ABC ni. Sebabnya aku terpengaruh dengan gambar dia dekat food court tuh ! Dalam gambar punyalah cantik, sekali yang aku dapat, macam tak semenggah dah rupanya ! Nasib baiklah rasa dia sedap tau.

Dalindareen6406

Untuk lunch aku pulak, aku makan croquette ! Entah betul entah tidak aku eja ni. Tapi aku teringin nak makan benda alah ni pun sebab terpengaruh dengan blog Cik Epal lah ni. Rasa dia memang sedaplah wei. Thanks lah Cik Epal sebab promote kan benda alah ni. Rasa croquette ni lebih kurang macam Mcd punya hashbrown lah. Memang sedap yang amat. Ahh aku tension lagi sebab rosak diet aku makan benda alah ni.

Dalindareen6407

So inilah my new bff yang sengal lagi gile. Serius wei ! Aku keluar dengan bff aku ni, asyik tergelak je kerja aku. Kadang-kadang dia tak buat lawak pun, tapi mimik muka dia memang berkesanlah nak buat orang tergelak-gelak sampai terkencing-kencing. Opps ! Lupa nak cakap nama bff aku ni Dayah tapi aku panggil kak Dayah sebab dia tua setahun dari aku ! Hahahaha tua.

Dalindareen6408

Yang ni pun new bff aku jugak ! Orang panggil dia kecik. Sebab nya badan dia punyalah comel cinonet. Sama jugak tua setahun dari aku. Kecik ni dia naik motor dengan Kak Dayah.

Dalindareen6412

So kepada sesiapa yang ada hati nak diorang ni calon isteri untuk tahun 2011, aku rasa better kau batalkan je lah hasrat murni kau tuh sebab diorang ni dah ada boipren masing-masing. Kalau tak nak rasa kena pelangkung dengan boipren diorang ni, so baik duduk diam-diam ok !

See..see punya lah semangat cari buku MUET sampaikan dari Jusco dekat Melaka Central tuh, aku pergi pulak Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Aku tak habis-habis dok bangga dekat bff aku si Wani sebab aku dah berjaya jadi rider dari Merlimau sampailah Bandar Melaka. Yeaahh ! Den dah berjayo omak ! Ekkk motif.

Lepas dah merayau satu Dataran Pahlawan tuh, Kak Dayah ni ajak tengok wayang lah pulak ! Hekhek padahal aku yang ajak kot. Tengok cerita yang menakutkan kadang-kadang, memboringkan selalu dan macam-macam lagi. Apalagi kalau bukan cerita The Rite !

the-rite-wallpaper-5

Aku malas nak review cerita The Rite tuh dekat sini so korang pergilah tengok sendiri ok. Serius masa tengok cerita ni, aku rasa macam nak sepak-sepak je mamat kat yang duduk kat seat depan aku. Dahlah bergayut dekat telefon dari mula cerita sampai habis cerita. Cakap pulak nak kuat-kuat macam cerita kat wayang ni kau yang buat. Siap nak beronline facebook lagi tuh. Hoi ! Kalau kau nak bergayut, baik kau tak payah beli tiket. Kau ingat, kau sorang je ke yang tengok wayang, orang lain pun ada jugak !! Huh, baru puas hati aku.

Dalindareen6418

Tengoklah ! Disebabkan cahaya keimanan yang terlampau banyak, blur jadinya gambar aku tau ! So kepada sesiapa yang nak gambar dia jadi macam ni, silalah marah-marah orang macam yang aku buat tadi ok. Confirm ! Memang gambar kau jadi macam ni. So masing-masing dah penat. Merempit lah sekali lagi untuk balik Merlimau pulak. Sampai-sampai pun nak dekat pukul lapan. Cadang-cadang nak balik tengah malam tapi dah kata kitorang bawa motor kan, so macam bahaya sikitlah. Oklah aku dah mengantok ni.

Bebboiii !

 

Sunday, February 20, 2011

Dah lama tak mekapkan orang barulah sekarang aku mekapkan ramai orang balik ! So kepada sesiapa nak aku mekapkan, boleh saja !

Assalammualaikum !

Fuhh ! Penat sungguh hari ni tau. Yelah bayangkanlah dari pagi and sampai sekarang aku tak makan apa-apa. Just minum air mineral je. Lepas tuh room mate aku masa semester satu pulak request untuk mekapkan dia sempena Malam Pra Graduan dia, so memang perut aku kosong je lah sepanjang hari ni. Boleh dikatakan 4 jam jugak lah aku berdiri lamanya sebab nak mekapkan room mate aku si Awien and kawan-kawan dia. Hah ! Ambek kau. Perhimpunan pun tak ada lama macam ni tau aku berdiri.

Nak katakan pengalaman mekap orang ni just ada sekali je lah. Mekap untuk orang bertunang. Tuh pun member rapat aku je. Lepas tuh dah tak ada dah nak mekap orang secara serius ni sebab aku pun dah sambung study so macam malas dah nak buat kerja mekapkan orang ni. Kalau aku dah gian sangat nak mekapkan orang pun, kawan-kawan dekat rumah sewa aku lah yang jadi mangsa muka kena conteng dengan aku.

Mula-mula aku macam berat hati juga nak mekap kan Awien and kawan-kawan rumah dia sebab aku tak adalah sehebat mana pun nak mekapkan orang. Tapi disebabkan mulut cakap tak nak but hati kata nak, aku pun ikutkan je lah request si Awien ni. Lagi-lagi tema Malam Pra Garduan diorang, Glamorous ! Hurmm, lagi sukalah aku nak menconteng muka Awien dengan kwan-kawan dia yang lain.

Sampai-sampai je dekat rumah Awien, aku terus mekapkan member dia yang si Yana ni. Yana ni pulak request nak buat smokey eyes. Aku pun dengan berbekalkan pengalaman yang entah seberapa ni, startlah menconteng muka dia. Tapi untuk Yana ni aku lupa nak ambil gambar dia sebelum mekap so aku bagi korang tengok muka dia lepas mekap je lah.

Dalindareen6394

Orang dia memang comel. Kecil jek. Apa ! Tak nampak smokey eyes yang aku buat ni ! Kan aku dah cakap tadi, aku mana lah hebat sangat kalau nak mekapkan orang ni. Setakat nak nampak lain daripada yang lain, bolehlah. Si Yana ni siap dengan tudung dia ni, aku dok belit-belit. Mula-mula kononnya nak buat bunga dekat tepi. Lepas tuh asyik terjatuh je bunganya. Last-last aku terus belit dekat sanggul dia, lagi senang. Auwww merah nyah !

Lepas dah habis mekapkan si Yana ni, aku mekap kan member awien si Eha pulak ! Untuk si Eha ni, kiranya korang bolehlah tengok gambar sebelum dan selepas dia mekap. Yang Eha ni dia mintak buatkan je macam mana pun asalkan dia nampak lain dari yang lain. So aku pun ikut suka hati aku je lah nak buat macam mana pun kan. Huhuhuhu !

Dalindareen6387

Sebelum !

Dalindareen6393

Kira oklah kot ! Simple je aku mekapkan untuk si Eha ni. Tapi simple macam mana pun Eha ni still nampak sweet sebab dia dah memang sweet sejak azali lagi. Untuk tudung pulak, mula-mula aku suruh Eha letakkan batu untuk shawl gipsi ni dekat telinga macam yang aku selalu buat. Tapi segan katanya so simple je lah belitan shawl si Eha ni.

So next ! Aku mekapkan si Suzie pulal. Dia ni classmate si Awien. Masa mula-mula punya lah berapi-rapi tak nak mekap. Last-last mekap jugak dia sebab  dah tengok kawan-kawan dia cantik je so dia pun nak jugaklah mekap. So mehh sini tengok muka Suzi sebelum mekap dan selepas mekap.

Dalindareen6388

Sebelum !

Dalindareen6391

Kira oraitlah jugak kot sebab si Suzie ni request untuk letak purple and black eyeshadow. So aku buatkan je lah. Yang kesiannya Suzie ni, mata dia berair-air masa aku mekapkan. Meleleh-leleh air mata dia sebab dia tak biasa mekap. Sampaikan aku suruh dia relax dulu and lap kan air mata dia. Huhu macam mana nak kahwin nanti ni Suzie !

So inilah masanya untuk aku mekapkan roommate or bff aku ni siapa lagi kalau bukan Awien ! Untuk Awien ni sorilah sebab aku lupa nak tangkapkan gambar dia sebelum mekap. Memang lupa gile lah ! Tapi korang boleh tengoklah gambar dia selepas mekap. Aku mekapkan si Awien ni pun warna purple jugak sebab nak samakan dengan warna dress dia. Tapi aku mix and match dengan warna pink lah. Barulah cantik kan.

Dalindareen6390

Yang si Awien ni aku memang suka sangat dengan bibir dia sebab bibir dia bentuk love. So memang cantiklah kalau pakai lipstik.

So selesai sudah tugas aku mekapkan diorang. Boleh dikatakan sengal-sengal jugaklah kaki aku ni sebab berdiri lama sangat. Tapi aku puas hati sebab diorang nampak cantik di pandangan mata aku. Kat mata aku lah. Kat mata korang aku tak tahu.

Dalindareen6395

Dalindareen6396

So kepada sesiapa nak aku mekapkan dia. Bolehlah PM aku dekat facebook ok. Aku ni baru je start nak mekapkan orang and bayaran yang aku kenalkan murah je. Just dua puluh lima hengget jek ! Murah tak murah. Tak adalah aku gurau je. Aku ni tak adalah sehebat mana lepas tuh nak berangan nak jadi mak andam konon.

Tapi pada sesiapa lah yang nak aku mekapkan, aku on je. Tapi kalau tak cantik jangan marah aku ok ! Huhu. Oklah aku pun nak meregangkan urat kaki aku yang tengah tegang ni. Ada masa aku update lagi ok !

Bebboiii !!!

Friday, February 18, 2011

Kenangan zaman sekolah rendah yang memang aku akan ingat sampai bila-bila.

Assalammualaikum !

Wah sana sini aku tengok macam-macam yang berubah dekat Merlimau, Melaka tempat aku belajar ni. Yelah orang dah sibuk nak pilihan raya kan so macam-macam lah perubahan yang diorang buat. Lagi-lagi pilihan raya akan dibuat dekat poli aku, so bertambah popular lah poli aku ni. Aku tengok pun macam-macam dah poli aku ni dok renovate bagai. Ohh ! Time aku dah semester akhir ni lah baru kau nak renovate macam-macam kan. Dulu masa first semester aku masuk tak ada pulak nak renovate bagai. Sekarang aku dah keluar lah baru nak cantik.

Macam dulu pun time aku nak keluar dari sekolah pun, sama jugaklah keadaan nya. Time tuhlah nak cat bangunan sekolah, time tuhlah nak tambah bangunan lain, time tuh jugaklah nak tukar kerusi meja dari kayu ke plastik. Memang serius aku jeles gile lah tapi nak buat macam mana kan. Semakin kita membesar semakin canggih pulak dunia kan. Wah ! Dah macam hipotesis untuk subjek sains dah kan.

Boleh dikatakan memang banyak kenangan time aku sekolah rendah dulu. Even lepas dari darjah 6 je aku terus masuk sekolah berasrama, tapi kenangan time sekolah rendah lah yang paling aku ingat tau. Antara kenangan yang paling aku ingat :-

Gosok gigi tepi longkang sambil pegang cawan warna warni. 

gigi2

Ok yang dalam gambar ni tak ada cawan warna-warni tapi lebih kurang macam ni lah aku dengan kawan-kawan aku dulu. Dulu masa dekat sekolah, kalau ada doktor gigi yang datang, mesti kawan-kawan aku dah nangis-nangis nak balik rumah. Lain pulak dengan aku, punyalah semangat nak jumpa doktor gigi and setiap kali jumpa doktor gigi jugaklah, gigi aku kena tampal sebab berlubang. Setiap kali aku cakap dengan kau ! Kau ado ? Nan ado yolah !

Aku pun kadang-kadang pelik jugak. Binatang apa lah yang dok bantai buat gigi aku ni berlubang tau. Sampaikan doktor gigi dengan nurse yang datang sekolah aku tuh dah boleh recognize aku sebagai seorang budak perempuan comel yang giginya selalu berlubang. Budak perempuan comel? Kenapa tak puas hati dengan aku ke sebab aku cakap yang dulu nya aku ni seorang budak perempuan yang comel ? Suka hati lah nak percaya atau tidak. Aku cakap benda betul kau tanak percaya. Lantaklah !

Makan dekat tepi longkang bekal nasi yang berlauk sardin yang mak aku bagi dengan kawan-kawan aku !

180710 002

Still lagi dekat tepi longkang. Aku pun tak tahulah kenapa syiookk sangat aku nak duduk dekat tepi longkang ni. Maybe lagi nikmat kot menikmati bekal yang mak aku bagi tuh kot. Aku ingat lagi tau masa dulu, aku paling suka kalau mak aku bagi bekal. Tambah-tambah lauk yang dia bagi tuh lauk sardin. Memang tak fokus lah aku nak belajar. Time rehat je terus aku berlari pergi tepi longkang semata-mata nak makan bekal yang mak aku bagi tuh.

Kawan aku punyalah bersungguh-sungguh ajak aku main kejar-kejar, tapi disebabkan bekal nasi lauk sardin ni. Aku boleh buat bodoh je dengan ajakan kawan-kawan aku tuh. Last-last sebab aku tak nak join diorang main kejar-kejar, diorang pun sama jugak join aku untuk makan bekal yang mak aku bagi tuh. Memang haremmm betul lah kan ! Aku baru nak menikmati ikan sardin yang mak aku bagi, sekali kena share pulak. What the fat !

Lap hingus dengan kain tudung. Sila jangan geli ok !

pg1mp1

Hah ! Aku tahu kau akan geli punya dengan gambar yang atas ni tapi percayalah yang dalam gambar tuh bukannya aku ok ! Dulu masa dekat sekolah kan. Aku ni punyalah tak senonoh perangainya mesti akan lap hingus aku pakai tudung sekolah. Tak ada pulak inisiatif nak pergi mintak cikgu tisu ke, pergi pinjam kawan punya kain lap ke. Memang tak terfikir langsung tau.

At last mak aku mengamuk sebab balik-balik sekolah je mesti berkerak-kerak tudung aku. Yelah aku kan dah lap hingus dekat tudung kan so bila dia dah kering, berkerak-kerak lah jadi nya. Serius kalau aku ingat balik, aku sendiri jijik dengan diri aku sendiri. Hahahaha !

Baru nak mengenal erti monkey love or cinta monyet.

20101020-CintaMonyet

Memang kalau time sekolah dulu, memang aku tak tahu malu langsung nak luahkan perasaan dekat budak-budak lelaki yang aku minat. Aku ingat lagi, dulu aku ada minat abang darjah enam yang jadi pengawas dekat sekolah aku. Masa tuh tak silap, aku darjah empat kot. Disebabkan aku punyalah syiook dengan abang pengawas tuh, aku boleh selamba badak je pergi kelas dia and cakap dekat dia “ I Love You”.

Aku yang memang tak kenal erti malu tuh, terus tanya abang tuh, dia love aku jugak tak. Entah kenapa nasib aku baik time tuh, abg tuh pun cakap dia love aku jugak. Hahahaha ! Gile ekstrem aku kan. So start dari situ kitorang couple lah and lepas abang tuh habis darjah enam je, aku cari boipren lain pulak. Haiyo0 kecil-kecil dah ada tokoh nak jadi playgirl kan !

Aku pun sebenarnya dah tak berapa ingat benda-benda yang berlaku dekat sekolah rendah aku dulu sebab terampau banyak kenangan yang aku alami. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...