Saturday, January 17, 2015

Review Beauty Product : Kiss Proof Soft Lipstick

Assalammualaikum.

Haaa kelas kan hakak hari isnin nak exam tapi sempat lagi nak update blog kan. Lepas tu nak update pasal lipstick pulak tu. Tak pernah-pernah kan nak review pasal produk-produk kecantikkan ni. Selalunya update pasal tempat makan je kau suka kan Azreen Zunairah. Huhuhuhu.

Aku rasa Kiss Proof Lipstick ni memang tengah trend sekarang ni kot. Sebab aku tengok dekat instagram melambak-lambak orang jual, tapi aku rasa mahal pulak. Yelah kan, memang lah harga sebatang 12 hengget tapi bila dah campur postage charges bagai. Dah berapa kan harganya kan. Kedekut sangat kau kan. Muahahaha. Yelah hakak kan layan produk 10 hengget je. Lebih dari 10 hengget aku tak nak beli. So hasrat nak beli lipstick ni terpendam macam tu je. Sampailah aku ternampak bff aku si Bibiey jual lipstick ni. And kebetulan dia pun ada dekat Seremban kan. Yelah sejak dia kahwin, dia dah jadi orang Miri dah. So memang susah nak jumpa dia sebab dia pun tak selalu balik Seremban. Haaa terus aku whatsapp dia laju-laju sebab nak beli lipstick punya pasal.



Haa macam ni je rupanya Kiss Proof Lipstick ni. Dia jenis yang pensil. So memang senang je nak bawak pergi mana-mana. Campak je dalam handbag then pergilah jalan.




Yang aku pakai ni no 14 then beli satu untuk emak aku no 2. No 2 dengan 14 ni kiranya warna-warna yang hot lah sebab selalu je sold out. Hehehe



Nampak macam krayon kan. Haa make sure sesiapa yanga da anak kecik or adik kecik. Sorok kan lah lipstick ni kalau tak nak benda alah ni patah or tumpul. Lagi sadis dinding rumah korang ada macam-macam corak abstrak lagi. Nanges ! 



Warna bibir mestilah sama dengan warna baju. Merah menyala. Muah ciked. Huhuhu. 


So kepada sesiapa yang nak beli tu, pm lah aku dekat facebook. Harga murah punya. Warna pun ada macam-macam. Nanti aku tunjukkan. 



Hari ni dating dengan adik aku yang kerjanya asyiklah nak mencubit aku dalam kereta tu. Taulah rindu dengan aku kan. Aku bila dah tak tahan, terus aku cubit and gigit kuat-kuat. Haaa amek nak sangat kan. Adik aku ni semenjak belajar dekat Melaka dah macam di pam-pam dah badan tu. Aishhh diet wei. Hahaha. 

Oklah bye !



Blog dah berwajah baru. Weeee ~

Assalammualaikum.

Haaa terkejut tak, terkejut tak blog dah tukar warna lain. Dah tak ada dah lepas ni nak mention blog hitam legam dah. Sesiapa yang memang follow blog aku ni dari zaman aku study diploma dulu memang tahu lah, yang aku ni memang sangat suka jadikan blog ni gelap gelita. Tak habis-habis nak buat background warna hitam. Entahlah time tu maybe perangai tu still budak-budak. Yelah kan, umur baru berapa tahun je pun. Masuk belajar umur 18 tahun then sampailah habis diploma 21 tahun, memang time tu budak-budak baru nak naik, baru nak up. Time tu jiwa tengah bergelora nak bagitahu satu dunia macam-macam, nak buat macam-macam, nak explore macam-macam. Insyaallah sekarang ni aku dalam proses nak meng-delete entry-entry yang membuatkan bila aku baca pun aku rasa malu sendiri. Hello hakak dah 25 tahun dah dis year. Dah tak layan dah bahasa-bahasa rempit ni. Jangan korang gigih pulak ye pergi baca balik entry aku yang lama-lama. Malu sioot ! Cehhhh, cara cakap macam lah blog ko ni fofuler sangat kan wahai Azreen Zunairah. Ramai sangatlah peminat kau kheenn !

Saja je lah nak tukar background blog ni jadi warna putih. Nampak suci sikit and nampak lah matured sikit. Ye dakk. Padahal background polkadot pink tu nampak sangat budak-budaknya. Huhuhuhu. Tapi cara aku bercerita and ayat-ayat aku dalam blog ni macam susah je nak ubah, sebab macam mana korang baca dalam blog ni, macam tu jugaklah cara aku bercakap dekat luar. So memang susah kot nak ubah, sebab aku lagi suka bercerita dengan cara aku sendiri, cara santai. Tak nak serius sangat. Aku tak boleh lah kalau nak serius-serius sangat ni. Hehehehe.

So far untuk wedding preparation aku untuk tahun ni, memang satu apa pun aku tak usik lagi. Ni semua sebab malas nak fikir and nak tumpukan dekat satu benda je. Final exam. Maybe lepas habis exam aku hari Isnin ni, aku akan fokus 100 percent dekat wedding preparation pulak. Aku pun sebenarnya tak tahu nak start dari mana. Mana ada pengalaman langsung wei nak manage kenduri kahwin ni. Just tolong-tolong cousin time wedding diorang adalah, tapi kalau kau kerja nya nak manage dari A sampai Z. Ahhh tiba-tiba aku rasa nak tercekik. Banyaknya nak kena buat.

Lepas ni memang banyaklah aku update progress wedding preparation aku dekat sini. So aku nak pesan awal-awal. Jangan muntah ok. Nak meluat ke nak jeles ke, tu bukan tanggungjawab aku. Muahahaha. Yang penting aku memang nak update banyak-banyak selagi aku belum kahwin ni. Karang aku dah kahwin, entah sempat ke entah nak update kan. Huhuhu. Mengada sangat kan.

So uollsss doakan hakak dipermudahkan untuk jawab last paper exam semestes ni ehh. Dah stress sangat-sangat dah rasanya ni. Huhuhu. Bila stress makan, then bila berat naik jadi stress balik. Bila dah stress makan banyak-banyak. Haaa begitulah terjadinya proses pembentukan lemak dekat badan aku ni ehh. Doakan aku ye uollss. Oklah nak sambung study sambil tengok running man. Memang tak ke mana lah jawabnya study kau tuh kan kalau tengok running man. Tergelak terbahak-bahak mana nak ilmu tu melekat dekat kepala hotak kan. Mihmihmih.





Okeylah nak sambung study. Kuatkan azam (angkat tangan, sambil kembang-kembangkan hidung.)

Bye !


Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday : Zaman Kekurusan & Memory di Penang

Assalammualaikum



P/S : Kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila and boleh nampak kot perbezaan lengan dulu dengan lengan sekarang. Muahahaha. Ok lah bye !

Tuesday, January 13, 2015

Siapa kata perempuan ni kalau bersiap lambat?

Assalammualaikum.

Lama nya tak update blog hitam legam kesayangan ni. Ni semua sebab exam punya pasal. So far alhamdulillah, dua paper dah lepas. Tinggal lagi satu paper je next week. Student PJJ jangan nak ambil banyak-banyak sangat subjek boleh tak? Tak penat ke kerja, lepas tu nak siapkan assignment semua ? Hahahaha emosi pulak kan. Exam nya 3 paper je, tapi aku bantai ambil cuti lama-lama. Nak study kononnya kan. Penyudahnya aku bantai merayau dengan emak aku satu hari ni, then update blog pulak.

Emak aku, ayah aku, adik-adik aku and Sham memang dah sedia maklum yang aku ni kalau bersiap untuk keluar tu memang berejam. Lepas tu bila aku keluar-keluar je bilik, muka masing-masing dah ketat sebab tunggu aku. Terpendam terus hasrat nak tanya cantik ke tak mekap aku, cantik ke tak baju aku. Muahahaha. Tapi selalunya emak aku lah jadi mangsa nak jawab soalan aku tu semua walaupun aku tau yang dia memang geram je tunggu aku lama-lama. 

So aku dah buat eksperimen banyak kali dah cara nak jadikan masa mekap ni short tapi cantik. Cewahhh perasan sangat kau kan. Muahahahaha. Mehh sini aku tunjuk cara-cara aku jadi kan time tuh short:-

  • Pakai krim safi Rania Gold. (Muka aku sesuai pakai krim ni je untuk foundation. Kata nak jadi macam Che Ta kan. Kalau pakai foundation lain sure muka tumbuh jerawat. Sob sob)
  • Pakai bedak pixy. (Ni pun sama jugak, bedak compact ni je yang sesuai untuk muka aku yang kuat berpeluh dekat hidung and dengan bawah mata. Kalau pakai bedak lain sure jadi tepung gomak and berkerak-kerak )
  • Pakai celak kening untuk bentukkan kening. ( Tak ada lah pandai sangat bentukkan kening, tapi oklah kalau nak nampakkan bentuk dia sebab kening aku berserabut. )
  • Pakai eyeliner ( Haa yang ni hakak pakai yang murah-murah je. Kadang-kadang pakai eyeliner kedai 2 hengget je tau. Alhamdulillah tak allergic langsung)
  • Blusher Silky Girl (Agaknya muka aku ni sesuai murah-murah je kot. Takpe jimat. Hakak suka. Boleh kumpul duit kahwin. Weee tetiba sangat !)
  • Pakai lip eyes Nivea perisa cherry.
SIAP !

KEJAP NAK TUNJUK HASILNYA.


BEFORE


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



AFTER


CLOSE UP SIKIT



Haa simple je kan, and nak tahu tak aku ambik masa berapa lama je nak buat semua ni. Nak tahu tak ? Nak tahu tak? Apa tak nak ! Nak lah.. Kalau nak tau, hakak ambil masa 5 minit je uolllsss !!! Aku boleh short kan dari 30 minit ke 5 minit tau. Tu pun jadi 5 minit sebab pakai bawal je. Kalau pakai shawl maybe dalam 10 minit kot.

So lepas ni dah tak ada alasan nak lambat-lambat lagi. Boleh keluar dengan senang hati tanpa ada orang jeling-jeling aku and sentap dengan aku. Muahahaha. Muah ciked.

Oklah bye !



Wednesday, January 7, 2015

Day 2 Challenge- 5 cara untuk memenangi hati saya

Assalammualaikum !

Dari semalam asyik terfikir je, macam mana nak buat diri ni jadi rajin update setiap hari. Lepas tu baru teringat yang aku ada 30 days challenge yang kena complete kan. Whoahhhhh lupa gile wei ! Kalau sesiapa yang lupa pasal 30 days challenge aku tu, mehh sini aku recall balik ye.



Haa kan nampak tak ? Aku baru buat yang hari pertama je. Kalau nak baca boleh lah klik link dekat bawah ni ye. 


So hari ni terbukak pulak hati ni untuk update 2nd day challenge : 5 cara untuk memenangi hati saya. Cewahhh ngada-ngada sangat kan nak ada cara-cara bagai. Hehehe. Macam lah hot sangat kan sampai nak ada banyak-banyak cara bagai. Oklah ye. Aku malas nak melalut panjang-panjang lagi. Jomlah aku nak bagi tahu rahsia nak memenangi hati aku. Mana tau lepas ni korang terjumpa aku dekat mana-mana kan. Boleh lah praktik kan cara-cara yang aku bagi ni. Muahahahaha. Ok cara-cara nya ialah:-

  • Mestilah seorang yang sangat-sangat kelakar and sporting : Kelakar ni tak ada lah sepanjang masa kau nak buat lawak kan. Yelah kita ni semua manusia ada perasaan kan, ada benda yang boleh bawak bergurau, ada benda yang tak boleh. Sesiapa yang kenal rapat dengan aku, memang tahu aku ni take time nak rapat dengan seseorang ni. Kiranya kalau first time jumpa tu, memang jenis aku, aku senyap je. Senyap bukan sebab malu ke hape, sombong pun tak. Time tu lah aku take time untuk observe and tengok cara seseorang tu bila berdua dengan aku. Kalau aku rasa macam syok je nak berborak..haaa memang sampai ke malam lah aku berborak dengan kau je. Silap-silap esok tu sambung lagi. Hehehe. Alhamdulillah, hidup aku dikelilingi oleh orang yang suka tergelak and ceria selalu. 

  • Warna-warna pastel dan barang-barang comel : Whoahhh sesiapa yang kenal aku, memang tau yang aku ni tersangatlah suka dengan warna-warna lembut or pastel ni. Masa aku tunang dulu pun beria nak pakai baju warna baby pink. Nasib baik dapat tau. Cerita pasal barang comel ni, boleh dikatakan semua benda yang aku rasa comel, aku akan cakap comel. Kiranya semua benda lah. Macam tadi aku tengok dalam bilik aku, ada baju bergulung-gulung tapi nampak macam lipat. Rupa-rupanya adik kecik aku yang tolong lipatkan. Tuh pun sebab dia boring katanya. Tak apalah dik, yang penting effort tu. Huhuhu.


Budak kat sebelah tu lah yang tolong lipatkan baju aku.
  • Seseorang yang akan lebih kan diri aku dulu dari diri dia sendiri : Ni aku tujukan dekat emak and ayah aku lah kan. Memang apa-apa yang terjadi pun, mesti emak and ayah aku akan lebihkan aku dulu dari diri diorang. Paling aku ingat masa time aku study dekat Melaka dulu lah, biasalah kan duit bukannya ada sangat kan. So bila duit dah habis tu, nak tak nak kena mintak jugak. Emak aku yang selaku big boss dekat rumah tu, selalu bebel-bebel bila aku selalu mintak duit. Tapi bebel-bebel dia pun, emak aku bagi jugak. Hehehe. Bila aku takut nak mintak dekat emak aku, aku mintak pulak dekat ayah aku. Selalunya bila cakap dengan ayah, memang akan sentiasa dapat je lah kan. Tuh sebab bila seseorang tuh nak kenal dengan aku, aku akan cakap dulu, aku ada ayah yang tak berapa nak sihat, and adik istimewa, sanggup tak nak hidup dengan aku? Sebab nanti bila dah kahwin nanti, memang confirm-confirm kau kena jaga emak ayah and adik aku.

  • Pandai ambil hati emak, ayah and adik-adik aku : Tak payah nak bagi habib jewels, tapi kalau bagi aku ambil je lah. Rezeki jangan di tolak, ye dakkk ? Huhuhu. Tak payah nak lamar aku dekat Konsert Gegar Vaganza. Ehh tetibe kan. Mampus aku kena maki nanti. Hehehehe. Cukuplah kau kenal and rapat dengan family aku. Benda tuh dah cukup and buat aku terpikat dekat kau. Hehehehe

  • Pandai jaga penampilan : Haa yang ni tak ada lah penting sangat bagi aku. Tapi tak bermaksud kau kena selekeh ye. Ohh tidak, tidak sama sekali. Hehehe. Kalau boleh biarlah sedap mata memandang kan. Lagi bagus kalau  dress up ala-ala Lee Min Ho atau Do Min Jun. Cukuplah kan. Hahahaha pengaruh K-Pop sangat kan. Huhuhu.

So far ni je lah, aku pun dah buntu and dah tak ada idea nak taip apa dah. Nasib baik challenge ni dia nak 5 je. Kalau tak memang sampai esoklah tak siap entry ni. Hehehe. Oklah aku nak sambung study, exam hari sabtu ni, doakan aku ehh.

Bye !




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...