Saturday, January 3, 2015

Entry pertama untuk tahun 2015.

Assalammualaikum !

Rasanya tak terlambat lagi kan nak wish selamat tahun baru kan. Alah lewat tiga hari je pun. So uolllss selamat tahun baru 2015 and selamat menyambut Maulidur Rasul. Diharapkan semua dapat capai azam-azam yang tahun lepas ye. Aku ? Macam biasalah tak pernah tercapai azam aku ni. Apa lagi lah kan kalau bukan azam nak kuruskan badan. Alah uollss ni macam tak paham-paham kan, setiap tahun perempuan akan buat azam apa. Aku pun salah sorang perempuan tu lah. Huhuhu. Tapi tak pernah lah tercapai. Tipulah kalau tak pernah tercapai kan. Pernah lah jugak. Tu pun bertahan selama setahun je. Lepas setahun tu, dah perasan badan dah cantik macam Fazura and Ayu Raudhah, aku bantai melantak nasi hari-hari. So now menyesal and berazam nak kurus balik. Wuwuwuwuwu. Dokan saya ye !

So far, tahun 2014 ada macam-macam terjadi. And aku rasa masa dalam tahun 2014 tu, macam panjang je. Bila orang takut-takutkan aku pasal tahun 2015, aku siap cakap lagi, lekluu lambat lagi. Tup tup dah 2015 dah sekarang. Whoahhhhh takut gile dah ni. Apa yang bakal terjadi tahun 2015 ni? Buat masa ni biarlah rahsia dulu ye. Kalau nak tahu, korang kena lah keep update je dengan blog aku ni. InsyaAllah aku memang akan update cerita-cerita terbaru dalam blog ni. Cehhh ! Bajet bajet retiss sangat kan jawapan. Muahahaha. Ada aku kisah. Tapi aku tahu, emak aku, kawan-kawan opis semua stalk blog aku ni walaupun banyak cerita tak berfaedah dalam blog aku ni. Huhuhu.

Tahun 2015 ni jugak aku umur dah meningkat setakuk dah, Wei tahun ni aku dah 25 tahun dah, alhamdulillah  selama 25 tahun menjadi anak kesayangan kepada emak dan ayah aku. Nak masuk 4 tahun dah kerja dekat The Royale Bintang Seremban. And dah 2 tahun setengah jugak menjadi pelajar separuh masa dekat UiTM Shah Alam. Means, dah 2 tahun setengah jugaklah aku ulang alik dari Seremban ke Shah Alam wei ! Gile kental kan aku. Eleh cara cerita macam kau sorang je yang kental. Ada classmate aku dekat Uitm tu, ulang alik dari JB lagi tau. Dah ada anak sorang pun. Relax je kan. Aku ni anak tekak je lah yang ada. Tu yang kental dia lain macam. Nak jugak kan, tak nak kalah. Muahahaha.

Insyaallah tahun 2015 ni akan memberi seribu makna dekat kita semua. Ikutkan macam-macam dugaan untuk tahun 2014. Tak payah lah aku nak cerita satu persatu sebab benda-benda ni semualah, kita dapat tempuh and sampai ke tahun 2015 ni. Macam mana nasib kita untuk tahun ni, hanya Tuhan je yang boleh tentukan. Yang penting, doalah banyak-banyak selagi terdaya.

Banyak sangat benda yang best tahun lepas, antaranya business kek aku yang aku buat secara part-time ni, dah diterima orang ramai sikit demi sedikit.



Red velvet cake


Victoria sandwich cake

Saja je nak buat korang terliur cuti-cuti ni. Huhu. So sesiapa yang rasa-rasa nak tempah dekat aku, boleh lah PM aku dekat Facebook. Tapi area Seremban je tau. Takutlah nak COD jauh-jauh. Huhuhu.



Tengoklah pipi yang kembang tu. Tuh yang semangat tiba-tiba nak diet and nak kurus balik. So untuk tahun 2015 ni, aku doakan segala yang kita semua hajatkan akan tercapai. Dimurahkan rezeki selalu, dan diberikan kesihatan tubuh badan. Tak lupa jugak untuk budak-budak Uitm, bulan Januari ni adalah bulan yang sangat-sangat tough untuk kita semua kan. Aku doakan kita semua sama-sama dapat jawab paper exam. Doakan aku jugak ehh. 

Oklah bye !

Thursday, December 25, 2014

Resipi : Trifle yang sangat sedap dan senang.

Assalammualaikum !

Hari ni cuti. Yeahhh jom pergi jalan-jalan. Tetibe je kan. Gile ke hape. Di petang yang hening dan burung-burung pun berkicauan selepas hujan yang dari semalam non stop. Tiba-tiba je rasa rajin nak share resipi trifle yang selama ni ke hulu ke hilir aku bawak untuk jual. Mana lah tahu kan korang pun nak try jugak kan, Biasalah demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak, hakak suka bebenor nak jual segala benda yang berkaitan dengan kek and masak-masak ni. Motif ! So mehh lah tengok, aku nak share sikit resipi yang memang sangat senang nak buat. Mana tahu bila dah try, rasa sedap pulak kan. Haa boleh lah jual and menambah side income. Sekarang ni kos hidup makin tinggi, tinggal korang rajin dengan tak rajin je. Sebelum aku melalut tah hapa kebendanya dengan lebih panjang, mehh lah tengok cara-cara membuat trifle gaya Azreen Zunairah yang paling senang di seantero dunia. Cehhh ayat nak poyo sangat ! Hahahaha

DSC_0795

Bahan-bahan yang diperlukan sikit aje, jangan lah risau :-

*Coklat chip

*Fresh cream / Non dairy whipping cream

*Fruit cocktail

*Kek gulung atau bahasa saintifiknya swiss roll

*Susu cair

*Tepung kastard

Ok cara-cara nak buat dia memang senang lah, cuma banyak step dia sebab dah kata pun trifle kan, so kita kenalah buat layer by layer kan. First, potong swiss roll tu slice by slice then susun dalam bekas macam dalam gambar bawah ni :

DSC_0804

Lepas tu, letak kuah kastard dia pulak, macam dalam gambar bawah ni, haa yang kuah kastard ni korang kena masak lah sebab tak ada pulak kuah kastard yang ready made. Ngengada sangat kan, buat je lah. Senang je pon. Ingat ! nak sedap kan, kenalah rajin. Mihmihmih.

DSC_0805 

Nak buat kuah kastard ni senang je, nisbah dia :

satu tin susu cair : 2 sudu besar tepung kastard: 3 sudu besar susu pekat

Tapi before that, kenalah campurkan tepung kastard tu dengan air masak dulu, guna air sejuk biasa tau, jangan guna air panas pulak. Nanti berketul-ketul pulak.

DSC_0801

Haaa gini lah rupenya lepas tepung kastard tu dah dicampurkan dengan air sejuk biasa.

DSC_0800

Cara dia senang je, panas kan susu cair, masukkan susu pekat then masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan air tadi. Lepas tu kacau je sampai pekat. make sure api kecil and kena kacau je selalu sebab kalau tak kacau bawah dia akan hangus. Tak sedap lah pulekk kan ! Dah pekat tu, padamkan api, then tuangkan kat atas kek tu panas-panas, biarkan swiss roll tu menyerap kuah kastard dengan jayanya. Huhuhuhu.

DSC_0806

Part yang paling best bila nak letak fruit cocktail. Sebab time ni satu sudu letak dalam bekas, satu sudu lagi ngap masuk mulut. And begitu lah seterusnya. kalau korang nak letak buah lain pun boleh. Tak kisah. Nak letak buah durian pun boleh, ikut selera masing-masing kannnn !
 
Then part yang penat tapi best bila nak buat fresh cream jadi kembang. Tapi nasib baiklah time ni aku ada assistant yang tak bertauliah kejap.
 
DSC_0797
Macih adik sebab tolong kakyong. Time cuti sekolah ni bolehlah dia tolong, time dah sekolah nanti, kau buatlah sorang-sorang ye Azreen Zunairah. Untuk buat cream ni, aku guna fresh cream yang memang selalu ada jual dekat kedai kek.
 
DSC_0803
Aku suka guna cream ni sebab rasa dia tak manis and tak berminyak sangat. Yang penting bila dah letak dalam trifle, rasa dia macam aiskrim uolllsss. Sedap sangat !
 
DSC_0802 
Putar pada kelajuan yang maksimum ye sampai dia kental. Macam mana nak tahu dia kental, cuba korang try terbalikkan bekas tu, cream dia jatuh tak, kalau tak jatuh tu, maksudnya dah siap !! Kalau jatuh, nasib koranglah. Huahuahuahua
 
DSC_0807

Cream ni, kiranya untuk last layer lah. Make sure buah-buah tu semua ditutup dan di cover dengan jayanya ye. Kalau nak sedap, tabur lah coklat chip. Benda ni optional, Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hati. Tapi bagi aku, lagi sedap kalau letak. Nyumm nyum sedap ! Ada krup krap krup krap lagi.

Then siap !

Senang je kan cara nak buat trifle gaya Azreen Zunairah ni kan. Tak habis-habis dengan poyo kau kan. Huahuahua. Oklah nak berjimba-jimba lah hari ni. Kan cuti.

Selamat mencuba !

Bye.

Sunday, December 21, 2014

Resipi- Sponge cake yang sangat senang yang amat !

Assalammualaikum !

Huarggghhhh ngantoknya ! Esok kelas pagi, start pukul 8 pulak tuh. Memang aku kena meng gigihkan diri lah esok bukak mata luas-luas drive dari Seremban ke Shah Alam kan. Tapi mata ni tak reti-reti pulak nak tidur, so lagi sekali aku dengan gigihnya update pasal resipi sponge cake yang senang yang amat. Jangan kejap lagi aku bantai krohh krohh depan laptop ni sudah. tak pasal-pasal air liur berkumpul je atas keyboard. Uwekkkk tak senonoh sangat perangai kan, nak cerita pasal makanan, tapi dok bantai mukadimah pasal air liur pulak kan. Huahuahuahua sorry ampun !

Sebenarnya resipi sponge cake ni dah lama pun aku simpan, tapi baru hari ni tergerak nak buat. Tu pun gigih nak buat sebab ada orang tempah and nak sponge kek pulak. Kiranya ni first time lah hakak buat sponge cake ni tau and dalam sejarah aku dengan berani nya try untuk pertama kalinya then bagi orang makan terus. Dibuatnya kek tu bantat ke, mampus aku kan ! Dahlah barang untuk kek beli cukup-cukup je. So diharapkan segala kesilapan di maafi. Kalau tak sedap bagilah tahu aku ehh, nanti aku ganti dengan kek yang lagi sedap. Kelaaasss kan ! Kejap lagi, semua orang yang order kek dengan aku bantai cakap kek aku tak sedap, haaaa memang saja je lah kan nak mintak tukar kek baru kan. Huhuhu. Tapi alhamdulillah, sponge cake ni memang menjadi sangat-sangat.

So jom kita tengok bahan-bahan nya ye kawan-kawan :-

 DSC_0780

Bahan A

1 cawan tepung

1 sudu ovallete

5 biji telur

1 cawan gula

1/2 sudu serbuk penaik

 

DSC_0782

Haaaa gini lah kekdahnya. Pukul semua bahan laju-laju guna mixer selama 5 minit ye. Jangan bantai pukul sampai setengah jam pulak. Confirm !! Bantat lah kek kau. Huhuhuhu. Aku tahu yang kau excited pegang mixer kan. Haaa 5 minit je ok, jangan cakap aku tak ingatkan. Abaikan mangkuk yang tuh. Time ni aku dah buat adunan yang kedua, teringin nak buat sponge cake coklat pulak. So kalau rasa nak perisa coklat ke, pandan ke, oren ke. Masukkan perisa dia siap-siap sebelum pukul laju-laju ye.

Bahan B

Air masak setengah cawan

DSC_0783

Time ni masukkan air sikit-sikit tau, lepas tu pukul perlahan je. Tadi pukul laju-laju kan, sekarang make sure korang perlahan kan speed mixer tu. Kalau korang pakai mixer tangan, buat gaya ala-ala kacau lauk kari yang dah masak menggelegak. Haa mesti korang kacau perlahan-lahan kan sebab tak nak santan pecah minyak kan. Haaa begitu lah jugak kek nie. Slow and steady.

Bahan C

Minyak jagung setengah cawan.

Haaa masukkan pulak minyak jagung sikit-sikit tapi make sure, bukan pakai mixer ke, or hand mixer ke, or apa segala mixer lah ye. Pakai senduk biasa je then kaup sikit-sikit. Paham dokk ? Ke dok pahe ? Lepas tu siaplah adunan sponge cake kita tu, bolehlah dibakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit ok. Make sure pakai api atas bawah ye, or kalau bahasa omputih nya, both.

Dah siap !

DSC_0784

Memang gebu sangat uolllsss. Gebu seperti tuannya. Opsss !

 

Sedap kalau makan macam tu je. Bolehlah feeling-feeling mat saleh kan, hi tea makan sponge cake dengan coffee dekat laman rumah. Amboiii memang omputih sangat. Serius memang sedap makan macam tu je, sampaikan adik aku pun ulang alik datang dapur nak rasa sponge cake ni. Lepas dah kena marah, dah brainwash yang kek ni untuk customer. Barulah tak berani nak ambil. Sebab kesian punya pasal, potong lah kek ni saiz kecik sikit. So boleh lah adik aku makan. Anyonyo cian dia ehh !

DSC_0786 Ni lah dia hasilnya. Coklat sponge cake dengan layer cream cheese yang yumm yum. Walaupun rupa pucat je. Tapi alhamdulillah sedap tau. So senang je kan nak buat, jomlah apa lagi, esok hari Ahad kan. Sesiapa yang free, and tak tahu nak masak apa, boleh lah masak sponge cake ni. Boleh feeling-feeling omputeh kan. Huhuhu. Oklah nak tidur lah.

Bye !

Wednesday, December 17, 2014

Day 1 Challenge- Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri saya

Assalammualaikum !

Mengada-ngada sangat tau nak buat challenge bagai kan. Sebenarnya benda ni dah lama pun aku peram dalam dashboard ni. Asyiklah jadi draft, malas lah katakan. Huhuhu. Actually 30 days blog challenge ni telah di invite oleh salah seorang kawan blog jugak. Jom kita tengok apa challenge dia?




Haaa nampak tak nampak tak ? Boleh baca kan apa yang dia nak. Sebenarnya rasa malas je nak buat tapi bila aku fikir balik, dengan cara ni je blog aku akan terupdate. And aku pun akan jadi rajin nak menjengah blog yang hitam legam ni. Sejak dua menjak ni tak tahu lah kenapa rasa malas tu melampau sangat. Maybe stress nak exam kot. Uwaaaa tak lama je lagi nak exam, rasa macam baru je masuk semester baru. Dah nak final exam balik. Hoi hoi yaa hoi !

Jom kita pergi challenge untuk hari pertama: Gambar terbaru dan 5 fakta tentang diri saya.

Aku kalau bab gambar-gambar ni memang suka. Yelah kan, memanjang nak selfie je. Tunggu traffic light hijau selfie, nak makan selfie, nak minum pun siap selfie. Nasib baik tak selfie dalam bilik air. Sebab tu lah dalam blog ni, hakak banyak letak gambar syok sendiri kan. Huahuahuahua. 


Haaa nampak tak tudung kedut-kedut tu? Kalau tak silap aku ni gambar 2 hari lepas kot. Punyalah mengada-ngada tengok tutorial shawl dekat Youtube. Lepas tu gigih pergi cari balik shawl-shawl yang dah lama tak pakai then ikut tutorial tu semua. So ni lah hasilnya yee. Tudung yang tak iron, duduk dalam bilik sorang-sorang, kunci pintu bilik siap-siap lepas tu kita selfie ! yeaahhhh.

Hari ni pulak rasa boring tak tahu nak pakai tudung apa, setiap kali waktu pagi je mesti stress sebab tak tahu nak pakai apa untuk pergi office. Padahal melambak je baju yang boleh pakai. Ni lah masalah besar perempuan, belum cerita lagi pasal pin tudung yang selalu hilang. Beli je mesti nak hilang, dah lah cinonet. Aku ni dah lah rabun, memang meraban lah nak cari pin tu semua. Last-last pergi bilik mak, rembat pin tudung emak pulak. Huahuahua. 

So berbalik kepada topik stress nak cari baju untuk pakai pergi office, baju apa nak pakai dah jumpa dah, lepas tu stress balik sebab tak tahu tudung apa nak pakai, so decide nak pakai tudung yang heboh semalam bertutorial bagai. Hehehehe.



So inilah aku pada hari ini ye. Tapi ni masa pagi, dalam kereta before nak pergi kerja. Sekarang ni tudung dah senget benget dah. Menyampah je. Memang tutorial ni sesuai untuk pakai kejap-kejap je kot. Aiisshhh !

Lima fakta menarik tentang diri aku (Uweekk menarik sangat kan..hahaha ) :-

Suka sangat makan benda manis 
Aku tak tahu lah aku ni ikut siapa. Suka bebenor makan manis. Sebab tu senyuman pun manis. (Ehhh mata keatas, tangan dibahu). And sebab tu jugak badan ni cepat je naik, lepas tuh heboh bising-bising dekat emak aku yang badan makin naik. Ok start tahun depan berazam nak kurus ! Ehh motif sangat.

Anak sulung dari empat beradik
Haaa aku memang anak sulung, dan aku je lah satu-satunya peempuan. Sebab tu perangai aku ni gangster-gangster sikit, sebab hari-hari main sepak-sepak dengan adik-adik lelaki yang lain. Tapi iollss tetap jadi kakak yang paling disayang. Wekk muntah ! Disayang bila takda duit mintak kat aku, nak pergi mana-mana suruh aku drive, kredit habis suruh aku topupkan. Memang sayang sangat.

Sangat meminati lelaki yang berkulit putih or jambu, senang cerita macam K-pop lah
Haa ni kalau tunang aku dengar, sentap lah dia. Tapi dia pun tak heran dah. Setiap kali tengok cerita Korea, bila aku jerit-jerit omaigod omaigod handsomenyaaaa ! Dia buat muka selamba je pandang aku, siap kentut lagi adalah. Cisss !

Sangat suka masak and kemas dapur, tapi semua tu berlaku bila ada mood.
Aku kan ambik tempahan kek secara part-time ni, so aku memang pantang kalau dalam sinki tu melambak-lambak pinggan mangkuk yang tak basuh lagi. Disebabkan itu, aku dengan rela hati basuh pinggan mangkuk tu semua. Tapi cuma bila aku ada tempahan kek, or adik or mak aku or ayah aku request nak makan something yang aku masak. So kiranya pemalas jugaklah aku ni kan. Masak and kemas bila perlu je. Huahuahua. Nasiblah siapa yang dapat aku.

Sangat suka cakap comel dekat semua benda.
Bila nampak ular aku cakap comel, bila nampak kalkulator yang saiz dia cinonet aku kata comel, kalau boleh semua benda aku cakap comel. Tak tahulah kenapa. 

Oklah tu sahaja fakta berkaitan diri aku ni, tak payah nak cerita lebih-lebih. Macam orang nak baca sangat kan. Sekian sahaja.

Oklah bye !


Friday, December 12, 2014

Bershopping dan memborong candy

Assalammualaikum !

Biasa lah kan kalau dah nak christmas ni, mesti macam-macam hotel buat promotion kan. Bila dah buat promotion, macam-macam lah benda nak kena beli. Almaklumlah hakak kan kerja dekat hotel, so memang selalu je jadi peneman setia office mate merangkap bff untuk cari barang-barang Christmas ni semua. So alang-alang nak pergi bank tu kan, aku pun ikut lah Sapura pergi cari barang-barang untuk Christmas. Tapi hari ni macam best sikit shopping dia sebab kitorang nak borong Candy ! Yeahhhh.





Haaa cuba tengok tu, muka Sapura yang excited sebab kena borong candy. Yelah, kitorang dapat petty cash dalam 200 hengget so memang kena beli candy dalam amount yang sama jugak. Tu sebab yang excited lain macam bila nampak semua candy-candy ni. Time tak ada dah nak kira-kira pakai calculator bagai, apa yang aku rasa sedap, rasa best, rasa budak-budak suka makan. Semua aku ambik masuk dalam bakul. Hehehehe.



Ni baru first round, time ni masih berhemah lagi nak ambil banyak-banyak. Sopan-sopan je bawak sikit-sikit. Sedapnya coklat love tu semua. Tapi tak boleh nak makan, ni semua hotel yang punya. Sob sob sob.



Sebab dah excited sangat nak keropok-keropok ni semua. Terus gegar-gegar dah gambar aku. Tapi mission time ni suruh beli candy je, so keropok-keropok ni semua harus dilupakan. Sob sob bye keropok Super Ring. Ehhh tiba-tiba kan. 


Gula susu yang paling legend aku rasa. Dari zaman sekolah sampailah sekarang memang ketagih betul dengan gula-gula ni semua. Mesti semua orang pernah makan kan, jangan buat-buat lupa pulak ehh. Ada perisa ros, perisa coklat, perisa cofee and macam-macam lagilah. Tapi aku paling suka perisa ros. Heeeee gedik !


Lagi satu gula-gula yang legend. Uwaaa rindunya zaman budak-budak hingusan ni. Gula cincin yang sedap ni kan, letak dekat jari lepas tu jilat-jilat sampai gula habis. Sedapnyaaaa ! Yang aku tak boleh lupa pasal gula ni kan, bajet-bajet muka comel lah kan lepas tu nyonyot gula-gula ni macam baby. Nyampah sangat !


Wahh gula-gula kapas dengan cone aiskrim. Dulu masa kecil-kecil kan, beria pilih nak warna pink lah, warna biru lah, warna hijau lah. Last-last isi dia semua sama je warna putih, warna plastik tu je yang memainkan peranan. Bagus betul marketing plan dia dalam mempengaruhi kanak-kanak macam aku tau. 


Gegar lagi gambar aku ni. Nyampah betul lah ! 


Memang banyak pilihan dekat sini. Dulu masa buat candy buffet untuk office mate aku yang kahwin tu, semua barang-barang untuk candy buffet aku beli dekat sini. Macam-macam pilihan you know !



Kedai dia kan betul-betul dekat depan Pacific tau. Kalau sesiapa yang area Seremban tu, memang tahu lah kan Pacific dekat mana. Kedai dia just bukak dari pagi sampailah pukul 6 sahaja ye. Jangan ngada-ngada nak datang malam pulak. Memang tunggu kedai tu bukak pagi esoklah.



Bajet-bajet macam banyak lah kan barang yang kitorang beli kan, padahal 3 beg plastik je pun. Tu pun gilir-gilir dengan Sapura pegang bag plastik sebab nak tangkap gambar punya pasal. Oklah sesiapa yang rasa nak buat goodies untuk kahwin, untuk kenduri akikah, kenduri tunang ke, kenduri nak kahwin satu lagi ke, bolehlah datang sini. Harga dia memang berpatutan dan berbaloi-baloi sangat kalau beli dekat sini. Sesiapa yang tak tahu cara nak pergi kedai borong ni, bolehlah pm aku dekat Facebook ye. 

Oklah bye !











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...