Thursday, February 3, 2011

Mehh sini aku nak cerita pasal Junior Masterchef Australia ! Jeles betul aku tengoklah.

Assalammualaikum !

Rajinnya aku nak update tengah-tengah malam ni kan ! Tak taulah kenapa tapi dengan secara tiba-tiba aku rasa sedih sebab cuti semester aku tak lama lagi akan habis. Hari Ahad ni je aku akan balik Merlimau, Melaka kesayangan aku tuh. Ekk ! Disebabkan tuh jugaklah aku dok bantai tengok macam-macam resipi kat internet sebab nak buat untuk family aku. Masa tengah sedap-sedap tengok makanan yang sedap-sedap, sekali terkeluar gambar ni, memang saja nak sekat nafsu makan aku yang tengah membuak-buak ni.

ts

Siapa pernah tengok cerita ni ? Angkat laptop ! Sebab aku pun tengah semangat angkat laptop ni. Alah kalau korang tak pernah tengok pun, korang still boleh tengok dekat youtube pasal benda ni. Lagipun cerita dia dah habis pun so memang nasib kau lah tunggu loading yang lama-lama dekat youtube tuh.

Lagi satu kan kalau tengok dekat tajuk cerita ni, dia cakap pasal chef-chef kan. For sure punyalah korang akan ingat. Alah ni mesti pasal pertandingan antara chef-chef yang terhebat ni. Nak tengok siapa yang boleh buat makanan paling sedap. Hei ! Salah semua itu ye. Memang masa mula-mula aku tengok cerita ni pun aku rasa macam malas nak tengok. Yelah, dah naik muak kot aku tengok orang masak-masak je ni. Tapi bila starting dia dah tunjuk budak-budak sebaya adik aku yang darjah dua tuh yang masak. Aku jadi macam excited pulak nak tengok. Ok meh sini aku tunjukkan bakal-bakal chef yang sebaya dengan adik aku tuh !

696903-junior-masterchef

See see ! Comelkan budak-budak ni semua. Masa baru nak starting cerita, aku ni punyalah kedengki siap cakap “ Boleh ke diorang semua ni masak ? Eleh ! Setakat masak telur mata dekat pan pastuh lambung-lambung, aku pun boleh ! Aku siap pakai kuali lagi tuh !” Gile kerek tak kerek aku kan ! Tapi bila dah tengok apa benda yang diorang nak buat. Aku terdiam terus. Malas nak cakap apa-apa dah.

056049-tayla

Dalam banyak-banyak budak yang ada dalam cerita Junior Masterchef ni, aku paling suka si Lucy ni. Tak tahu lah kenapa tapi yang penting memang sangat-sangat best bila dengar dia bercakap. Even benda yang dia masak tuh simple je and tak adalah menarik perhatian juri sangat, tapi the way she talk buatkan juri suka sangat-sangat dengan dia. Kau tengoklah cara dia pakai mesin dekat atas ni. Even aku yang budak hotel katering ni pun terkial-kial masa first time guna mesin ni. Tapi Lucy relaks je. Kau hado? Nan hado !

557611-junior-masterchef

Kalau yang boy pulak, aku memang minat sangat dengan Piere ni. Macam mana ehh nak pronouce nama dia ni betul-betul ehh. Ok ikut aku cakap tau. Piiii-Yea !!! Ok dah pandaikan nak sebut. Kalau Pii-Yea ni, dia memang suka sangat masak makanan tradisional dari negara dia. Dia dok negara mana ? Aku tak ingat pulak. And faktor yang sebab kan aku minat dekat dia ni sangat mungkin kerana Piii-Yea ni handsome kot ! Hadoii, dengan budak-budak pun jadi ehh kau ni Areen. Tapi serius kalau kau tengok muka dia, memang cair beb aku cakap. Lagi-lagi kalau pandang betul-betul dekat mata dia. Ahh meroyan aku !

junior

Comel dan hot kan mereka. Aku tak pandang sangat kat budak-budak perempuan sebab yelah nafsu perempuan kan. Mesti nak pandang kat budak lelaki yang comel-comel je. Empat orang ni memang pandai masak gile lah ! Kalau aku join competition pun aku rasa memang tak layak kot ! Yelah first sebab aku ni dah terlebih umur walaupun masih nampak macam muda-muda gituu ! Second pulak, aku ni manalah reti sangat nak masak, so layak ke nak join competition? Masak kat dapur pun tergagap-gagap lagi, ni nak join competition !

8708237

Lastly, budak perempuan yang belah kanan tuh jugak yang menang. Isabella nama dia. Dia umur 2 tahun kot, kalau tak silap aku lah. Kan aku dah cakap tadi aku tak ambik tahu sangat pun pasal budak-budak perempuan. Korang tak percaya kan ! Tapi apa-apa pun aku tak sabar nak tunggu second season Junior Masterchef ni keluar kat tv. Boleh lah aku try test apa yang diorang masak kan. First season ni aku tak dapat nak follow sangat, yelah dah balik Seremban baru aku tengok Astro so aku harap second season ni, aku dapat lah tengok sepenuhnya.

page

So inilah antara hidangan yang budak-budak cinonet tuh semua buat. Nampak bestkan and nampak simple je. Tapi bila tengok diorang buat macam susah je. Apa-apa pun memang nampak sedap semua benda yang diorang buat. Aku suka and rasa nak masuk dalam tv tuh then pergi cekup satu-satu semua makanan yang ada. Ekk motif !

Oklah kepala aku pun dah pening melalut and meraban dari siang tadi. Lepas tuh tadi masa tengah syiokk tengok tv dengan family aku, aku sedap je kentut. Kalau tak ada bau tak apa jugak, ni bau dah lah macam belacan basi, Lepas tuh bau dia lama pulak tuh. Aduhai !

Oklah bebboiii !

Wednesday, February 2, 2011

Ragam-ragam budak-budak yang online dekat facebook. Tak ada kena mengena dengan sesiapa ehh. No heart feeling ok !

Assalammualaikum !

Wah ! Dengan lajunya aku update belog aku lepas mak aku dah bayarkan bil berukband aku ! Memang macam hampeh sikitlah ehh disitu. Bila dah dekat-dekat nak sampai due date berukband kena bayar, internet dah macam siput sedut dah, lembab or moist nak mampos ! Bila dah bayar ni, hah ! ambik kau, klik satu link cepat nak mampos loading nya. Kadang-kadang tak sempat nak loading, dah appear website yang kau nak tuh ! Dunia..dunia kan.

Bila cakap pasal dunia, boleh dikatakan satu dunia sekarang tengah hot dengan satu website ni yang boleh kau cari jodoh dengan cara search je nama-nama siapa then kalau hensem atau cantik sikit kau add lah. Then website yang boleh buatkan kau dengan member-member lama kau yag lahir satu hospital dulu untuk buat reunion ceremony, then ada jugak yang boleh majukan sesuatu bisnes kau tuh. Sebagai contoh kau meniaga tapai ubi campur belacan, so kau post lah gambar tapai ubi belacan kau tuh dekat website ni then tagged lah semua member kau dekat gambar tuh. For sure ramai yang tertarik dengan produk inovasi kau tuh ! Website ni memang korang tau sangatlah kan ! Yelah website apa lagi kalau bukan Facebook !

766259644_96570a3c3a

Aku memang dah lama ada account Facebook. Tak silap aku since aku dari form 5 lagi. Tapi time tuh kan tak hot lagi Facebook ni, orang dok layan MySpace jek so memang fb aku tak layan langsung lah. Then bila dah masuk poli barulah aku aktif balik, tuh pun sebab nak main game punya pasal.

Bila aku dah lama berkecimpung dengan dunia Facebook ni, aku tengok macam-macam ragam yang kadang-kadang menggelikan hati aku, boleh buat aku nangis, kadang boleh buat aku menyampah nak mampos ! and sometimes juga aku boleh rasa sedih and kesian sangat-sangat tau. Tapi tuhlah Facebook. Tipulah kalau sesiapa yang ada account Facebook ni tak pernah rasa semua benda yang aku cakap tadi. Kalau tak rasa, mehh sini aku lempang laju-laju nak ! Yelah orang lain yang ada account Facebook boleh terlebih emosi bila ada status-status sedih, kau boleh tak ada rasa apa-apa. What the fat ! Meh lah sini aku list kan ragam-ragam yang dok bantai cerita tadi :

Jenis yang rajin nak mampos ! tukar relationship diorang.

Satu hari  si Matpet bin Matpot tukar relationship dia yang dari single ke in relationship macam ni :

Matpet in relationship with Diknon”

Hah ! Lepas tuh berduyun-duyun orang komen yang berbunyi macam ni :

  • Wah bila kau tackle dia ni ! Melepas lah aku. Aku minat dia dulu kot !
  • Tahniah ! Korang dua orang memang sepadan sangat.
  • Alah layaklah dengan muka kau wei. Si Diknon bukan cantik mana pon. (Ni tak sebab jeles, mesti sebab kedengki )

Lepas tuh beberapa hari lepas tuh Matpet tukar relationship dia pulak:

Matpet bin Matpot is single”

Hah ! Lepas tuh masing-masing tunjuk simpati terutamanya yang girl-girl desperate lah:

  • Takpelah, nak buat macam mana kan, dah tak ada jodoh.
  • Wah cepat nya you single ! Takpe, I kan ada .
  • Layaklah dengan muka kau ! ( ni spesis kedengki tadi lah )

Jenis yang rajin nak mati update status !

Benda ni memang aku tabik springlah sebab aku pun tak rajin nak update status Facebook macam ni tau:

Pagi-pagi celik je mata, Matpet bin Matpot pun hupdate status macam ni:

  • Good morning semua ! Ahh busuk nya bau mulut aku, aku pergi gosok gigi dulu ehh !

(5 minit kemudian)

  • Ahh beshnya gosok gigi tadi, mak kita beli ubat gigi cap kodomo lion ! Aishhh rasa nak terberak pulak. Kejap tau.

(5 minit kemudian)

  • Puasnya berak tadi. Syok-syok tengah berak, terkentut pulak ! Memang heaven.

(5 minit kemudian)

  • Laparnya ! Nak pergi sarapan lah. Mak kita buat tapai ubi belacan. Selamat menjamu selera.

(5 minit kemudian)

  • Sedapnya tapai ubi belacan yang mak kita buat. Nak sikit? Datanglah rumah !

ae461bb03bdce93dbad9-L

Ahhh ! Kau rasa annoying tak bila setiap kali kau tekan refresh or reload balik page kau. Matpet bin Matpot ni punya status je yang appear dekat wall kau. Gile annoying kan !

Jenis budak-budak baru nak up punya status !

Matpet bin Matpot ni baru je form 4 and disebabkan nak orang rasa dia comel gile nak mati, dia suka sangat update status macam ni:

  • Wawww ! Harieww nieww mak kiteww mawsak kuewtiaww bewwlacan ! Sapew-sapew yawg nak raseww silewwlah dawtang rumah kiteww !

Ahhh tension nya aku bila baca status macam ni ! Dahlah kena eja satu-satu. Baca status satu ni pon ambil masa sampai setengah jam terkemut-kemut !

Jenis yang suka bagi application dekat orang lain !

Hah ! Perasan tak kadang-kadang orang banyak post kat wall kau pasal application nak cium lah , nak senyum lah, bagi bunga rose lah, bagi hadiah lah sampai penuh wall kau ! benda ni aku tak kisah pun sebab lagi banyak aku dapat, tandanya lagi ramailah orang yang take care dekat aku. Ye tak ! Tapi kalau banyak sangat, memang aku remove lah sebab kadang-kadang laptop aku boleh jadi hanged sebab benda-benda ni semua.

Jenis yang suka nge-tagged kawan-kawan dengan gambar tah apa-apa !

Hah yang ni aku memang pantang. Pernah sekali tuh ada orang tagged aku gambar badan-badan manusia yang dah hancur sebab eksiden ! Seriauu aku nak tidur malam-malam. Lepas tuh ada satu masa dulu tengah hot pasal breast sorang perempuan ni keluar ulat-ulat lepas pakai bra yang tak dibasuh dengan betul. Yang kawan aku ni punyalah syiokk tagged sorang-sorang kat gambar ulat tuh ! Ahh serius geli !

Then bila dah tiba time raya, ramailah yang tagged aku dengan gambar kad raya. Mula-mula satu komen yang datang lepas tuh masing-masing pakat ramai-ramai dok borak-borak kat situ. Gile annoying sebab dorang borak benda yang tak ada kaitan dengan aku..hahaha !

Status dari boipren kepada girlpren nya atau dari girlpren kepada boiprennya !

Hah ! Matpet bin Matpot ni time-time in relationship dengan Diknon suka sangat post dekat wall Diknon yang berbunyi macam ni:

“ Ohh sayang, I love you until the end of my SPM”

Yang si Diknon ni pulak balas :

“ Ohh B, bestnya dengar you cakap macam tuh. I Love you to0 B !

Hahaha yang ni memang terkena kat batang hidung aku sendiri lah sebab aku pun memang suka post kat Wall Facebook boipren aku dengan status yang boleh buatkan kawan-kawan aku termuntah hijau. Tapi memang aku menyampah kalau status kau tuh, kau nak hupdate beribu-ribu kali macam kau sorang yang ada boipren or girlpren. Sekali sekala sudah lah ! Jangan over ! Memang lah masing-masing ada hak nak tulis apa-apa pun tapi hello ! Facebook ni semua kawan-kawan kau ada ! So paham-paham sendiri lah ehh.

Ok lah tuh je lah yang aku nampak setiap kali aku bukak Facebook aku. Tapi apa-apa pun, disebabkan Facebook ni lah aku boleh terleka sebab enjoy sangat. Ingat ! Sebab Facebook jugaklah seseorang boleh putus dengan boipren or girlpren dia, sesorang boleh bergaduh dengan bestfriend dia and sesorang boleh jadi musuh dengan orang lain. So fikir dulu sebelum nak post apa-apa or buat apa-apa. Ada paham ?

Penat dah aku melalut and meraban ni. Thanks kerana sudi membaca and ingat ehh ! Entry ni tak ada kena mangena dengan sesiapa pun, benda ni semua umum. PEACE ! No heart feeling ok.

Dalindareen6251

PEACE NOT WAR !

Saja nak tempek gambar aku dekat sini. Oklah bebboiii !

Monday, January 31, 2011

Kenapa ehh orang yang nama Liyana or Yana or Nana or yang seangkatan dengannya mesti comel-comel ? Korang perasan tak benda ni or aku je yang perasan ?

Assalammualaikum !

Ahhhh ! Meroyan kejap. Semuanya adalah kerana belog yang aku lama gile tak update ni. Tak tau lah kenapa malas bebenor nak update dah sekarang ni. Entah apa lah nak jadi kan. Semangat nak update tuh memang ada tapi bila dah bukak laptop and dah start nak menaip. Dengan secara tiba-tiba aku jadi terkuap-kuap macamlah ngantuk sangat. Tambah-tambah pulak sekarang ni hujan tak berhenti-henti. So memang sedap lah aku melepak ! Nak mandi pun aku rasa takut sangat. Motif ! Nak takut pulak kan.

Ok ok ni aku nak tanya ! Korang perasan tak orang yang namanya Liyana or Nana or apa-apa lah nama dia tapi mesti ada na..na.. jugak, mesti diorang comel kan. Tak comel mesti cantik or gorgeous. Benda ni memang dah lama lah aku perasan and bila aku tanya boipren aku ye ke tidak, mesti dia jawab “ ahh semua orang sama je, bukannya orang yang ada nama Liyana je yang comel”. See see korang tengoklah betapa tak supportive nya boipren aku ni terhadap opinion si girlpren nya ini. Sob sob sedih !

Tapi ini serius ! Sejak dari sekolah aku hidup sampailah sekarang ni. Setiap kali aku jumpa orang yang nama Yana mesti comel nak mampos lah ! Korang tak percaya jugak. Mehh sini aku bagi contoh- contoh orang yang bernama Liyana or Yana or Nana or apa-apa je lah yang sememang nya comel gile, cantik gile and gorgeous gile. Semua nak gile kan ! Ok calon-calonnya adalah :-

fatin liyana4

Yang ni memang tak payah aku kenalkan lagi lah. Sapa yang tak kenal pempuan cantik manis ni, meh sini datang kat aku and kerat jari aku. Gile kau tak kenal. Punyalah popular pempuan ni sampaikan photographer berebut-rebut nak buat photoshoot dengan dia, kau boleh tak kenal ! What the fat ! Kalau orang yang dah lama hidup dengan blogger ni memang kenal sangat dengan Fatin Liyana ni. Lagi-lagi dia orang Nogori Sombilan ! Lagilah den banggo sobab ramai budak yang popular semuo ehh dari nogori den ni ha ! Den yo yang tak popular macam yang lain sobab ehh den pemalu orang ehh. Boleh ? hahaha

liyana jasmay5656

Hah ni pulak calon yang kedua ! Kenapa ehh aku letak Liyana Jasmay lepas Fatin Liyana ? Entah ! Maybe aku rasa Fatin Liyana lagi popular dari Liyana Jasmay ni kot. Apa-apa pun Liyana Jasmay ni memang comel nak mampos lah ! Aku memang suka dengan dia. Lantak koranglah nak cakap apa tapi memang aku dah lama adore Liyana Jasmay ni. Bila aku dengar ramai yang pakat tak minat dia dok bantai cakap dia ni gediklah, tak cantiklah. Memang sangat tidak beradab lah ehh disitu. Kalau dia tak gedik macam mana dia nak popular. Pastuh kalau dia tak lawa macam mana pulak semua magazine kat Malaysia ni mesti pakat nak tampal gambar Liyana Jasmay ni. Haihhhh ! Aku angin betul lah.

166124_1846885733322_1276046289_2674143_5643537_n

Ok calon yang ketiga ialah Liyana Azizan ! Siapa pempuan ni? Artis ke ? Kalau artis kenapa tak pernah nampak pun ! Lah rilekks luu ! Dia ni bukan artis or sapa-sapa lah tapi yang penting dia adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Kiranya bff dunia akhirat lah. Aku kenal dia ni masa dekat sekolah teknik ert dulu. Kitorang punya style kalau gaduh mesti tak bercakap lepas tuh bila salah sorang nak pujuk, selalunya yana ni lah yang pujuk aku, mesti dia akan bagi aku hadiah. Bestkan ! Yana ni memang kalau tangkap gambar, mesti stok stok muncungkan bibir. Aku tak taulah kenapa tapi maybe tuh style dia supaya tak menampakkan pipi dia yang kembung kot ! Hahaha jangan marah wei ! Kitakan bff.

168074_188332897861193_100000534537371_579952_5092589_n

Hah ! Yang ni pulak calon yang keempat. Dia ni pun bukan artis tapi dia adalah salah sorang yang bernama Yana yang memang comel nak mampos. Nama sebenar pempuan ni Farhana tapi aku tak taulah kenapa orang dok panggil-panggil dia Yana sampai aku pun dok melekat panggil dia Yana. Aku kenal Yana ni dekat poli and entah macam mana aku boleh jadi rapat gile dengan dia sebab setiap kali nak start kelas mesti dia nak peluk aku dulu. Katanya ambil feel nak belajar ! Haiyoo pelik betul lah !

Bila aku cakap dekat boipren aku kan yang bunyinya macam ni , “ Kenapa ehh semua yang nama Yana mesti comel-comel?” Boipren aku pun balas “ Mana adalah  ! Kebetulan je semua tuh .” Haiyo0 menyampah betul lah aku cakap dengan dia.

Lepas tuh kalau korang perasan lah, orang yang namanya Yana ni mesti kulitnya putih mulus haluuuussss ! Kan kan betul tak apa yang aku cakap? Ahh lantaklah tapi memang aku nak cakap memang betul sebab mostly orang yang aku jumpa semuanya putih je. Jeles betul aku tau.

 

Oklah aku dah tak tau nak merepek and meraban apa lagi. Thanks ehh korang sebab sudi membaca belog yang tak semenggah ni. Beboiii !

Wednesday, January 26, 2011

Sapa itu Melda Ahmad ? Aku kenal ke?

Assalammualaikum !

Siapa ehh Melda Ahmad? Aku tak pernah dengar pun nama dia. Muka pun aku tak pernah tengok. Tapi sebelum tuh layan dulu ehh lagu ni.

Melda Ahmad-Kimia

Kimia- Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Hah ! Bestkan lagu dia. Lagu ni sebenarnya memang dah lama sangat dah. Since dua tahun lepas kot dia popular lagu ni. Tapi time tuh aku tak tau lagi macam mana rupa penyanyi dia. Just nama je yang aku tau. Sampailah aku tengok benda ni kat tv !

gadis semasa

Gadis Semasa- hari Selasa pada setiap pukul 6 Petang ! Mula-mula aku macam tak layan cerita ni. Yelah pelakon pun ramai yang aku tak kenal. Yang aku dengan bff aku si Sab lagi pulak. Tak habis-habis kutuk watak utama dalam cerita ni. Watak utama dalam cerita ni ialah perempuan and macam ni lah ghoman ehh !

melda-224x300

Setiap kali perempuan ni keluar, tak habis-habis aku dengan Sab kutuk. “ Tak pandai berlakonlah”, “ Asal dia kurus sangat, tak cantiklah ! Tak sesuai jadi Gadis Semasa”, “Kenapa dia tak ambil perempuan yang lagi cantik?”

Hah korang tengok punyalah jahat aku dengan bff aku kutuk perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa ni. Then masa tengah syiokk syiook mengutuk watak perempuan yang diberi nama Imelda Ahmad. Sekali aku dengar lagu yang memang jadi favourite aku satu ketika dulu. Apa lagi kalau tak bukan lagu yang dekat atas tuh kan –Kimia by Melda Ahmad.

Terus aku suruh Sab google siapa sebenarnya Imelda Ahmad and siapa yang nyanyi lagu Kimia. And bila dah dapat jawapan dia, aku dengan bff aku terdiam. Sebab memang betul lah perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa tuh, yang kitorang dok kutuk-kutuk sebenarnya adalah penyanyi asal lagu yang jadi favourite aku and bff aku.

Aku siap cakap dekat Sab “ Kita dok kutuk-kutuk dia punyalah syiook padahal kita minat nak mampos lagu yang dia nyanyi..hahaha”

To Melda Ahmad- Sorilah ehh kutuk-kutuk you setiap kali tengok Gadis Semasa. Apa-apa pun lagu-lagu yang you nyanyi memang superb lah !

melda ahmad

Hot kan dia ! Yang aku taulah kan dia ni umurnya baru 18 tahun. Sebab tuh lah kot dia comel lote jek ! Suara dia pun sweet sweet je bila dengar tau. Memang layan habis lah bila dengar lagu yang dia nyanyi. Dia ni memang top di kalangan mamat-mamat jiwang lah sebab mostly yang download lagu dia, review pasal dia semuanya mamat-mamat yang dalam hati ada taman tau !

melda_ahmad

Hah ! Yang ni aku rasa band dia kot ! Sekarang ni mostly band yang vokalis nya perempuan mesti meletop kan ! Bagi aku lah Melda ni boleh jadi pengganti Ana Rafalli kot ! Aku rasa je lah. Sebab lagu dia memang semuanya sedap-sedap and bila dengar tuh memang layan habis. Sebabnya banyak lagu dia yang related dengan kita punya life.

Oklah sebelum tuh kalau sesiapa yang nak download lagu dia boleh lah klik dekat bawah ni ehh. Aku bagi dua lagu je lah sebab dua lagu ni je yang aku memang suka dengar. Kalau korang nak jugak dengar lagu lain yang dia nyanyi boleh lah cari kat youtube sendiri. Aku malas nak bagi..hahah !

Download lagu :

Tuesday, January 25, 2011

Beshnya tengok gambar Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha ni ! Rasa jeles tiba-tiba tapi apakan daya !

Assalammualaikum !

Ahhhh ! Best gile tengok gambar-gambar Zaquan dengan Ayu Raudhah kahwin. Rasa jeles kot sebab dua-dua cantik nak mampos ! Rasa jeles aku semakin membuak-buak bila tengok Zaquan syiook jek dok pegang-pegang and peluk-peluk si Ayu tuh ! Hey what’s going on dude ? Diorang dah kahwin so suka hati depa lah nak dok bantai peluk-peluk and pegang-pegang. Gile aku nak jeles sebab Zaquan buat macam tuh dekat Ayu ! Hei mana adalah, aku taulah depa dah kahwin tapi rasa jeles sebab entah bila aku boleh rasa pakai baju cantik-cantik macam Ayu..sob sob.

180548_502117929356_831134356_5983469_8152945_n

Auuw kau memang cantiklah Ayu ! Nanti ajarkan aku macam mana mekap yang boleh jadi cantik macam kau ni tau ! Kalau korang selalulah baca majalah Mangga kan ( ahh kantoi selalu baca majalah mangga..hahaha) . Korang akan perasan gambar Ayu selalu ada. Nak tau sebab apa ? Sebab body dia memang superb lah. Kiranya perfect untuk seorang perempuan and dia pun memang cantik sangat-sangat. Jangan nak cakap aku lesbian pulak. Aku bukan pengkid ok yang minat perempuan ni. Karang tah ke mana pulak aku nak letak boipren kesayangan aku tuh !

Dulu aku ingat lagi masa Form 5, masa tengah hot cerita Manjalara. Ingat tak cerita pasal apa? Alah cerita yang pasal perempuan tembam jadi kurus tuh. Dalam tuh kan Ayu Raudhah kan berlakon tapi bukan dia lah yang watak perempuan tembam jadi kurus tuh tapi dia jadi watak adik Jehan Miskin dalam cerita tuh. Serius wei dia memang cantik nak mampos lah time tuh. Lagi-lagi dia pakai tudung time tuh. Auwww sweetnya muka dia.

163246_502118209356_831134356_5983475_5244657_n

Memang sangat santekk dan hensem sawwngat iteww Zaquan dengan Ayu ! Hey apahal kau nak tulis ejaan ayat macam budak sekolah baru nak up ! Hehehe saja je lah. Aku suka sangat dengan theme wedding diorang ni sebab warna pink. Aku suke !!
Aku kenal dengan lebih rapat si Zaquan ni pun bila aku selalu teman adik aku dengan boipren aku tengok match yang melibatkan Negeri Sembilan. (Cehhh ayat nak power-kenal dengan lebih rapat-Zaquan kenal pulak kau kan !)

Masa time tuh aku boleh tengok Zaquan dengan secara live tau and memang dia tersangatlah hensem sebab badan dia yang tough dan berketul-ketul tuh sampaikan boipren aku yang dekat sebelah pun aku buat layan tak layan. Lepas tuh aku jumpa pulak dekat restoran mamak dekat dengan rumah aku. Lagilah hensem aku tengok dia walaupun dia makan roti canai macam gelojoh je time tuh. Tapi aku suke !

167321_10150089554689357_831134356_5993209_5521088_n

Time ni Zaquan nampak lagi hensem sebab rambut dia yang tebal semacam tuh. Erkkk ! Asal aku asyik cerita pasal Zaquan je ehh. Maybe sebab dulu aku memang minat dekat Zaquan sangat-sangat kot lepas tuh aku tak kenal Ayu sangat. Tuhlah jadinya.

168038_502118804356_831134356_5983492_3160732_n

Agak-agaknya bila lah Rozita Che Wan nak kahwin kan. Kalau dia kahwin kan aku sure yang dia punya event wedding lagi meletup dari adik dia si Ayu tuh. Yelah mak mana boleh kalah nyah ! Kau dah hado husband hensem. Mak mesti hado gak nyahh !

180086_10150089555074357_831134356_5993225_842905_n

Memang adik beradik si Ayu ni memang semuanya cantik-cantik kan. Yang belah kiri tuh isteri si Lan Pet Pet. Yang belah kanan tuh aku tak kenal pulak tapi aku rasa bukan adik beradik si Ayu ni. Yang aku perasanlah kan, adik beradik Ayu ni semuanya ada pipi yang montok-montok and tegang semacam. Memang cantik lah sebab tak ada kedut-kedut langsung.
Ahhh ! Tiba-tiba rasa nak kahwin pulak. Tak sedar diri lagi tuh, duit spender pun mak yang bagi lagi ada hati nak kahwin. Tunggulah kalau duit nuffnang aku dah banyak bolehlah aku buat belanja kahwin..hehe.

Credit to abang Asmady Ahmad – Kalau nak tengok gambar-gambar yang lagi banyak lagi boleh klik dekat nama abang Asmady tuh. Apa-apa pun abg Asmady punya shot memang superb. Cantiklah teknik dia. Nanti nak kahwin boleh panggil abang Asmady ni..huhu. Berangan lagi tuh !
Oklah bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...