Assalammualaikum.
Aku ni jarang nak share skincare apa yang aku pakai tapi skincare yang aku baru sebulan pakai ni memang aku semangat nak share. Yelah kan hakak ni muka takdalah berapa cantik sangat, kulit pun tak ada lah licin bak telur yang baru dikupas kulitnya. Haaa gitueww perumpamaannya kan. Huhu. Tadi pun masa buat entry ni asyik lah dok fikir, nak publish ke tak. Rasa macam malu lah pulak. Tapi share je lah sebab benda baik kan. Huhuhu.
Skincare yang aku maksudkan adalah Cetaphil. Aku selama ni memang tak ada masalah dengan mana-mana pencuci muka. Even pakai sabun mandi pun aku boleh cuci muka tau. Tapi tu lah sejak dua menjak ni, maybe sebab dah terlampau banyak pencuci muka aku campur aduk kan, muka aku jadia kering. Lagi-lagi dekat celah-celah hidung yang tepi tu. Memang berkerak-kerak jadi nya.
Masa ni kalau korang zoom betul-betul dekat hidung aku tu, ada merah-merah kan. Haa yang tu lah aku maksudkan yang kering tu. Masa ni nak pakai krim pun rasa tak best. Mekap apatah lagi. Sebab rasa bercapuk-capuk muka.
Nasib baik ada dalam seminggu tu, orang dok share dekat Facebook, muka-muka yang breakout semua pulih seperti sediakala bila pakai Cetaphil. Masa ni survey-survey juga dekat Lazada. Mak oii mahal nya harga. Tapi kalau elok apa salahnya kan. Kita cuba dulu kan. Kebanyakkan orang-orang yang share pasal kulit muka dorang yang breakout ni disebabkan pakai local product. Bila dorang try drug store punya produk like Cetaphil. Terus elok je, and tambahan lagi murah dari local product.
Now aku dah try selama sebulan and alhamdulillah kulit kering tu dah beransur pulih. Not 100% tapi dah kurang lah. Skincare ni satu je, kita kena consistent. Kalau dok tukar-tukar memang tak kemana pergi nya. Memang tak akan eloklah muka tu. Cetaphil ni satu je yang aku tak suka, tekstur dia tak ada buih langsung. So rasa macam tak puas je bila cuci muka tu. Tapi what to do. Nak elok punya pasal kan. Huhu.
Ni muka tanpa mekap sekarang. Aku memang suka sangat-sangat sebab dah tak kering sangat muka aku. Celah hidung tu pun tak kering sangat dah. Yeahhh !
Ni gambar with mekap. Kurang dah capuk-capuk nya. Alhamdulillah. So sesiapa kalau nak try, memang Cetaphil ni recommended sangat-sangat. Hehehe. Boleh je cari dekat drug store macam farmasi, Watson, atau Guardian. Harga dia depends on saiz and berapa ml satu botol tu. Ok faham ke idokk?
Oklah mengantuk dah. Bye.
No comments:
Post a Comment