Assalammualaikum
Haa tengok tajuk post tuh. Mak mak sangat tajuknya tu kan. Huhu. Alhamdulillah dah setahun dua bulan dah aku menyusukan zuhair. Penat tak ? Of course penat tapi happy je. Sebab bonding antara aku dengan Zuhair memang rapat sangat-sangat. Even kalau aku pergi buang air pukul dua tiga pagi pun dia boleh melalak macam kena pukul. Papa nya pujuk pun still tak layan. Punyalah nak mama nya yang sentiasa di sisi. Hehehe.
Masa Zuhair dalam perut lagi, aku memang dah niat nak fully breastfeed Zuhair. So masa pantang tu memang gigih lah aku google macam-macam pasal ilmu breastfeeding. Dari cara nak banyak kan susu lah, nak pekatkan susu lah sampailah nak kumpul stok susu banyak-banyak. A to Z aku just google. And tanya dekat emak aku tu of course lah kan. Emak aku lagi berpengalaman. Alhamdulillah husband aku memang supportive bila aku decide nak fully breastfeed Zuhair. Lagi pulak aku kata dengan cara ni je kita boleh jimat duit dari beli susu formula. Mih mih mih.
Lagi sebulan nak bersalin kot kalau tak silap lah. Masa tu baru aku terhegeh-hegeh nak survey breast pump. Time tu pun ekonomi tak berapa nak bagus sangat, so aku decide beli single pump je. Tu je yang murah bagi aku. Hehehe. Maka aku pun belilah pump Snow Bear.
Boleh katakan pump ni sangat-sangat berjasa dengan aku, even hanyalah single pump. Masa beli pump ni pun sekali dengan pakej dapat ice pack, storage bag and plastic storage. RM 180 je kot aku beli masa tu, memang berbaloi-baloi. Tapi satu je lah kekurangan single pump ni, masa untuk pam tu ambil masa lama sikit. So bawak-bawak lah bersabar ye.
Time aku dalam hospital lagi aku dah pakai pam ni tau. Haa awal tak ! Tak silap masa tu Zuhair baru 3 hari kot, aku dah gigih pam. Sepatutnya tak payah pun sebab susu ibu ni memang terhasil ikut keperluan bayi. Zuhair masa tu baru je 3 hari kan, kuantiti susu yang badan dia perlukan just sebesar buah ceri je. Sikit je kan. Jangan lah compare dengan perut awak, memang tak cukup lah. Jangan tak percaya pulak.
Ni lah yang aku maksudkan tadi.
Masa pantang aku memang berjaya kumpul stok yang banyak untuk Zuhair. Yelah masa pantang tu makan minum terjaga. Zuhair pun mak yang jagakan. Memang sentiasa happy je lah. Production susu pun banyak. Boleh dikatakan Zuhair dah dekat 6 bulan pun aku still pakai pam Snow Bear ni. Bila dah start kerja, aku take time 1 jam setiap sesi untuk pam kiri dan kanan. So memang sangat-sangat buang masa dekat situ. Bincang-bincang and bodek husband nak beli double pam pulak. Awak semua kena sedia maklum ye, double pump memang mahal sikit berbanding single pump. Dah nama pun double kan. Huhuhu.
Lepas dah kumpul-kumpul duit sikit and setelah banyak onak dan duri ku tempuh, berjaya jugak double pump menjadi milik ku. Aku decide nak pakai double pam Malish Ilaria. Ni pun sebab kakak office dah memang pakai brand ni. So senang lah aku nak tau apa yang best and tak best.
Kami beregu bersama-sama menuai hasil.
So far, alhamdulillah, dah masuk 6 bulan aku pakai pam ni. Ke hulu ke hilir bawa pergi opis and pergi belajar. Memang pump ni jenis heavy duty. Zuhair campak banyak kali pun, alhamdulillah still menyala lagi. Tak tahu lah kalau kali ke 40 Zuhair campak tak menyala pulak kan. Huahuahua.
Tipulah kalau cakap susu tak pernah drop, memang pernah je. Memang rasa down sangat-sangat bila tengok stok dalam peti ais makin lama makin menyusut. Tapi kaji balik apa sebab susu down. Aku dah buat research dah, aku ni jenis kalau akhir bulan ke, atau nak period ke, memang susu akan drop. Yelah kan, akhir bulan lah time tu nak buat closing account, time tu lah orang berduyun-duyun jumpa kau. Kerja bahagian account, faham-faham sendiri lah. So jalan penyelesaiannya buat Power Pumping tengah-tengah malam lah. Apa itu power pumping? Ok mari sini kakak nak explain sikit. Power Pumping tu untuk stabilkan balik penghasilan susu badan.
Caranya adalah dengan :
Ok clear ye anak-anak.
Alhamdulillah, doakan aku dapat susukan Zuhair sampai dua tahun ye. Another 8 months to go. Still a long journey kan. Orang ramai tanya, kau kerja, tapi kenapa gigih nak pam susu setiap hari and kenapa tak nak bagi susu formula je ? Ok jawapan aku senang je, ni terpulang dekat diri masing-masing. Kalau awak rasa awak mampu, awak teruskan, kalau tak mampu, its okay, banyak lagi rezeki lain akan menyusul. Aku memang dah cakap awal-awal dengan husband yang aku nak susukan Zuhair walau apa pun jadi. Dia support and tidur dia pun lena je sepanjang malam sebab Zuhair berkepit je dengan aku. Adalah pro's and con's dia.
Bagi ibu-ibu yang tengah bersalin, niatkan dalam hati awal-awal, aku nak susukan anak aku sampai dua tahun. Insya-Allah tuhan akan tolong. Allah kan maha pemurah. Sebenarnya kan, takda istilah susu ibu takda atau kering tau. Allah memang dah bagi siap-siap dalam tubuh seorang wanita mengandung susu yang cukup untuk anak. Once bila dah bersalin, susu tu akan keluar dengan usaha kita sendiri. Jangan lah masa pantang tu cakap, susu sikit lah, baby menangis tak cukup susu lah. Semua tu normal okay. Bila kita keep stimulate, susu tu makin lama akan makin banyak. Bila asyik cakap susu sikit, susu takda, semua ayat-ayat tu akan set dalam mind and automatik akan hantar signal dekat breast yang susu kita memang sikit. So the point is, be happy always. Walaupun kau rasa stress sampai nak pukul orang. Okay !
Zuhair cakap bye !