Friday, March 13, 2015

Yeahhh. Nuffnang baik hati letak CPUV banyak-banyak. Alhamdulillah rezeki.

Assalammualaikum.

Aku ni kan memang suka sangat-sangat bukak webpage Nuffnang. Saja nak tengok earning blog dah berapa kan. Walaupun tak ada lah banyak mana pun. Sendu-sendu je aku tengok. Tapi boleh lah nak beli apa yang patut kalau aku cash out kan duit Nuffnang tu. Bukan nak riak ok, nak bagi semangat dekat adik-adik yang baru nak berblog supaya update blog hari-hari. Hehehe. Padahal orang yang menasihatkan ni tak ada lah update blog selalu pun. Poyo je lebih. 

So tadi bila tengok Nuffnang. Rasa macam wow ! Yelah tengok-tengok Nuffnang baik hati nak letak 3 iklan ataupun CPUV baru dekat blog yang memang selalu je sendu ni. Muahahaha. Kenapa aku cakap sendu, yelah sendu sebab cerita pun selalu je meraban-raban. Entah bila entah nak jadi matang. Kadang-kadang tu kan aku try jugak nak buat ayat dalam blog ni dalam keadaan yang formal. Tapi bila dah buat ayat formal, mulalah aku tak ada idea. At last aku delete balik and buat ayat guna gaya aku sendiri. Yelah blog ni kan dah  kira macam diari kita hari-hari, so kenalah jadi diri sendiri. Jujur tu penting. Pernah ke kau tulis dalam buku diari kau tu guna ayat-ayat formal ? Tak pernah kan. Mesti nak tulis aku suka dia, tapi dia tak pernah pandang aku pun padahal aku selalu je lalu depan dia. Ehh ehhh ayat macam dalam diari sendiri je. Muahahaha. 



Tengok dalam kotak merah tu. Tadi masa tengah hari aku rasa tak ada pun CPUV tu. Petang ni bukak tiba-tiba ada pulak.  Macih Nuffnang . Love u muaahh muahh


Lepas ni kalau nampak ada iklan Nuffnang kelip-kelip atau statik je dalam blog aku ni. Sila-silakan lah rajin untuk meng-klik iklan-iklan tu semua. Hehehehe. Ini adalah paksaan bukannya saja suruh-suruh tau. Boleh ? Muahahaha. Klik banyak-banyak ok. Untuk duit kahwin semua tu. Hahaha

Oklah bye !


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...