Assalammualaikum !
Haaa ! Sungguh-sungguh tau aku nak update blog yang tercinta ni. Kadang –kadang tuh aku tak paham lah dengan diri aku ni, bila datang semangat nak update, sampai dua tiga entry aku buat. Kalau bila tang tak ada semangat tuh, memang aku biarkan je berbulan-bulan terbiar berhabuk. Nasib kau lah wahai belog sebab dapat tuan yang pemalas macam aku ni.
Semenjak dua menjak tiga menjak ni, adalah akak-akak office aku ni order dekat aku untuk buat besday kek. Mula-mula tuh macam nervous jugak nak buat. Yelaha kalau setakat nak makan saja-saja dengan family aku bolehlah aku buat. Tapi bila ada orang suruh aku buat besday kek. Ketar-ketar jugak jari aku ni. Tapi tak adalah sampai nak pegang mixer pun tak boleh kan. Melampau sangat lah tuh.
So marilah cuci-cuci mata dengan hasil air tangan budak baru belajar ni. Kalau macam ada tercomot sikit tuh, harap dimaafkan eh !
Ok masa ni first time lah aku buat cupcake dengan menggunakan fondant secara serius. Yelah mana tak serius nya. Korang bayangkan lah. Dari pukul 10 malam sampailah 3 pagi aku tak duduk-duduk semata-mata nak siapkan fondant ni punya pasal. Salit pingang kot dok tonggeng-tonggeng buat bentuk macam-macam. Untuk hantaran bertunang kot, bukan saja-saja nak bagi orang kan. Kek ni di order oleh salah seorang kakak office kesayangan aku, Kak Nora and dalam cup tuh moist chocolate cake favorite aku. Aku memang suka letak macam-macam benda yang aku rasa cute, sebab tuh lah macam serabut sikit cupcake aku ni.
Next !
Cupcake lagi ! Tapi ni bukan moist chocolate cake tau. Tapi red velvet cake. Masa ni aku buat untuk besday kakak ofis and bos aku. Masa ni first time kot try buat red velvet cake. Yelah orang lain heboh dok cakap red velvet cake sedap. Aku pun nak try lah buat. Nasib baik lah respon memberansangkan. Alhamdulillah.
Next !
Red velvet cake jugak ! Ni order pertama kali dari kakak office aku, Kak Balqis. Tapi rasa macam takut-takut jugak nak buat sebab buat dalam saiz yang lain kan. Memang comot sangat aku rasa kek yang ni. Harap-harap dimaafkan ehh !
Next !
Masih lagi dalam mood red velvet cake. Order kali kedua dari Kak Balqis. Office mate aku jugak. Time ni try untuk improve kan skill decoration cake. Alhamdulillah tak ada lah nampak comot macam tadi. Hehehe !
Next !
Actually Kak Balqis order 2 biji kek, satu moist chocolate and satu lagi red velvet.Masa ni aku memang tak ada idea nak letak garnishing apa. Last-last aku potong nipis-nipis coklat snickers then tepek satu-satu dekat atas kek tuh. Huhuhu !
Lastly !
Still akak office jugak yang order, Kak Pushppa. Firstly dia request nak red velvet cake. Tapi aku rasa macam tak sempat, so aku suruh dia tukar dengan moist chocolate cake. Alhamdulillah dia suka kek ni sangat-sangat. Sorry cake aku ni memang aku suka letak macam-macam. Kalau boleh semua benda yang cute aku nak letak dekat atas cake tuh.
So far tuh jelah kek yang aku betul-betul master boleh buat. Kalau aku tak buat moist chocolate cake, aku buat red velvet cake. Sekarang ni aku tengah berlatih nak buat rainbow cake and try jugak nak buat pavlova.
Ehhh aku memang obviously suka sangat-sangat dengan benda cute. Dan antaranya adalah benda yang ada corak-corak polkadot. Eeii suka gile kot !
Dah ada muka macam kek and ala-ala cupcake kan. Apa-apa pun selamat berpuasa kawan-kawan and tahniah sebab dah berjaya menjalani ibadah puasa yang pertama. Diharapkan berterusan sampai hari yang terakhir Ramadhan.
Bye !
4 comments:
wah.banyaknye kek!
mst sedap ni.huhuu
bestnye pndai buat kek =D
Myra: macih2..kalu nak tau sedap ke x..order lah..huhuhu
inilah cupcakes hasil sentuhan masterchef reen..semuanya tomey2 n tentunya cedap2 belaka ...saya undi pic no 6 dan no 7 taw reen...he3333 "*_*"
hahaha bleh plak undi gambar kita kan..huhuhuhu
Post a Comment