Assalammualaikum !
Rasanya blog kesayangan ni semakin dilupakan sebabnya tak ada idea nak update apa. Then nak tahu tak, blog aku ni hari tuh kena hacked entah dengan virus apa entah. Habis semua gadget aku terpaksa delete. Yelah korang bayang kan lah, bila bukak je link blog aku ni. Dia tak keluar langsung apa-apa yang berkaitan dengan blog aku ni. Sipi-sipi pun tak ada tau. Memang kejam betul ! Sob sob sreettt. Sedut hingus dalam-dalam. Hahahaha.
Oleh sebab itu jugak, aku terpaksa tukar background blog yang dah sekian lama tak tukar. Rindunya dengan background yang lama. Nak tukar balik lah.
Actually, entry ni dah lama diperam dalam laptop ni. Just malas nak publish je. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab takda keyakinan diri kot disebabkan pipi yang semakin membulat macam kuih apam dah rupanya. Nak diet entah bila entah. Pipi ni membulat jugak sebab asyik dok melantak Tutti Frutti yang super marvelous ni !
Waahh ! Jangan tanya kenapa pipi semakin gedabak and sekeliling mata semakin hitam. Inilah jadinya bila tension dengan kerja je, tangan mesti capai makanan and terus sumbat dekat mulut. Kalau makanan yang berkhasiat tak apa jugak kan. Ni tak, maruku India mana entah yang jual, setiap hari mesti wajib masuk mulut. Kalau ada orang pergi post office je, mesti pesan maruku tuh. Motif post office jual maruku kan. Tapi silalah percaya, maruku banyak terdapat disitu ye. Huhuhu !
Ok berbalik kepada topik utama kita iaitu Tutti Frutti, selalunya kalau aku datang dekat sini. Aku mesti ambil tiga flavour je. Red velvet, vanilla dengan coklat. Topping dia mesti cornflake. Kalau time tuh gaji dah keluar, memang tak beragak langsung aku dok isi dalam cup ni. Kadang-kadang sampai melimpah-limpah. Gile tamak kan aku. Tapi bila gaji belum keluar, memang bajet habis lah, kalau boleh tak nak harga dia cecah 10 hengget langsung masa timbang tuh. Huhuhu !
Aku dah pelik sangat dah ni. Yelah pipi aku makin gedabak tapi boipren aku pulak makin kurus. Ohh adakah disebabkan duitnya yang semakin menipis disebabkan aku ? Ehh ! Tak ada langsung rasanya sebab selalunya kitorang share-share kalau bab makanan yang mencekik darah ni. Kalau yang murah-murah tuh, memang aku buat muka tak tahu je lah. Muahahahaha !
Nak tahu tak ? Boipren aku ni touching sangat-sangat bila dalam blog ni, aku bahasakan dia sebagai bestfriend aku. Kalau sesiapa yang pernah follow entry aku sebelum ni mesti perasan yang aku selalu panggil mamat dekat atas ni sebagai bestfriend aku kan. Entah kenapa nak touching pulak. Oklah mulai sekarang ni, saya bahasakan diri awak sebagai boipren saya ehh !
Yeahhh ! Cheque nuffnang dah sampai. Setelah sekian lama aku tunggu barulah sampai cheque ni. Nak dekat dua bulan kot aku tunggu. Apa-apa pun terima kasihlah ehh Nuffnang sebab bagi aku duit poket masa tengah kering ni. I lub you lah !
Selama ni kerja asyik dok wat cheque untuk orang, tak sangka pulak boleh dapat cheque yang tertera nama diri sendiri. Oklah rasa mata ni dah macam ada gam. Macam dah tak boleh bukak dah.
Bebbooiii !
6 comments:
heee. x pe. chubby pun still ada org syg. dun worry :D
shiteq: huhuhu..tp kalu chubby sgt x cantik jugak kan..
ehee :D
tag awak!
http://shiteqkhadeejahh.blogspot.com/2012/01/contest-my-picture-very-awesome-by.html
ok2 reen join shiteq ehhhh !!
wow.tutty frutti..jelesnye..brp kene tue..aritu i makan one bucket pun kene RM25.
time tuh x silap 9 hengget je kot..hahaha bajet punya pasal kan..
Post a Comment