Saturday, February 12, 2011

Dalam hidup ni tak semuanya indah kan ! Sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh, apalagi lah boipren and girlpren kan ! Entry menggedik sebenarnya !

Assalammualaikum !

Dah bersawang gile dah belog aku ni. Siap Spiderman buat kondominium dah dekat belog aku ni. Percaya ? Tipu je.  Spiderman kan manusia mana boleh buat rumah dalam belog. Gile ke hape ! Nak dekat dua minggu kot aku tak update belog yang tak semenggah ni. Bukan apa, memang nak update tapi bila dah bukak je tempat nak post entry, terus blank kepala otak ni. So tutup lah balik kan and pergi tidur. Baguskan !

Sebenarnya tak tahu nak update pasal apa, tapi disebabkan sekarang ni mood aku kejap naik kejap turun. So aku nak update entry kali ni dalam keadaan yang tidak stabil ok ! Sorilah kalau aku ada terkasar bahasa or whatsoever kan.

Kenapa ehh kalau ada sesuatu yang tak best berlaku dalam kehidupan seharian kita, mesti kau rasa down, rasa nak nangis, rasa nak sepak-sepak orang, rasa nak makan banyak gile macam esok dah tak ada makanan and rasa macam nak marah orang je. Kenapa ehh ? Lagi-lagi bila kau gaduh dengan someone tapi kau tak dapat nak lepaskan geram tuh. Terpaksa pendam kan je. Last-last kau yang sakit dada sebab tahan geram and sakit hati tuh.

images (9)

Jenis macam aku kan, aku memang tak reti nak lepaskan marah aku, sedih aku, gembira aku dekat orang. Bukan tak reti langsung tapi just segan lah. Even dengan bff aku pun aku malu nak cerita. Aku prefer untuk diamkan and pendam kan je. Dekat boipren aku pun sama. Setiap kali dia tanya aku apa masalah aku, mesti aku akan cakap tak ada apa-apa padahal dalam hati aku ni tuhan je lah yang tau kan. Rasa nak tampar muka dia berkali-kali sebab geram sangat. Yelah aku kan gaduh dengan dia so dia kena lah terima akibatnya kan.

Orang kata kalau orang yang suka pendam perasaan marah ni, lama-lama dia akan jadi pendendam kan. Aku bukan macam tuh. Kalau dah gaduh time tuh and lepas tuh baik, so aku lupakan je. Kiranya 0-0 lah kan. Macam semalam aku gaduh dengan boipren aku, punyalah geram sangat dengan dia, aku cubit lengan dia sampai berdarah. Gile kan berdarah. Macam mana boleh berdarah ? Aku cubit pakai kukulah. Memang lepas betul geram aku time tuh. Boipren aku ni jenis diam je so dia biarkan je lah aku meroyan. Mesti korang cakap aku ganas kan. Hehehehe of course lah kan ! Tapi ganas-ganas aku pun, adik-adik and boipren aku boleh gelak bila diorang tengok aku marah. Tah apa masalahnya tah !

Dalindareen5783

Kesian dia ehh kena cubit sampai berdarah lengan awak tuh ! Padan muka sapa suruh cari pasal kan. Macam jenis aku kan, lepas aku dah marah gile-gile orang yang aku sayang, mesti aku akan nangis. Macam semalam lepas aku dah tengok tangan boipren aku ni berdarah, sambil nangis-nangis aku gosok-gosok tangan dia. Tuhlah siapa suruh cari pasal dengan aku kan. Lepas tuh terus aku ok dengan dia and hari ni aku pergi jogging dengan dia. Aku ni kalau dah meroyan memang semua benda aku dah tak ingat !

Dalindareen5586

Lagi satu kan, aku ni jenis pantang bila aku tengah bercerita orang tuh tak dengar apa yang aku nak ceritakan. Macam boipren aku ni, kalau time dia tengah syiook tengok bola, jangan kau haraplah nak bercerita pung pang pung pang pasal dekat rumah tadi ada kucing mati ke, kain batik kau koyak ke, kaki kau tersepak pintu peti ais ke. Jangan nak mimpilah nak tagih simpati sebab dia akan buat dengar tak dengat je. So macam aku ni kan dah memang pantang kan orang tak nak dengar cerita aku kan, aku tarik terus telinga dia supaya pandang aku. Tak pun aku cubit-cubit tangan dia suruh pandang aku. Baru aku puas kan !

Motif aku cerita pasal benda ni? Tak ada motif pun sebenarnya just nak bagitahu korang je yang aku ni bukan lah seorang yang pendendam even aku seorang yang suka sangat pendam semua masalah aku. Maybe sebab tuh lah kot aku jadi pendiam. What the fat ? Pendiam lah sangat kan. Tercirit kalau kawan-kawan aku dengar. Hahahaha !

So meh sini aku nak tempek gambar-gambar aku dengan boipren aku. Saja nak buat korang meluat dengan aku and termuntah hijau dekat sini. Sebebnarnya dah tak tahu nak cakap apa lagi, so untuk memperbanyakkan dan memanjangkan entry aku, so aku tempek lah gambar banyak-banyak.

Dalindareen4892

Dalindareen5684

Dalindareen3050

So lepas ni habis je diploma, aku akan duduk jauh dari boipren aku ni. Maybe aku akan sambung belajar dekat tempat yang lagi jauh dari dia. So tak ada siapa lagi lah yang boleh cari gaduh dengan aku lagi. Hehehe sori tau kalau entry aku yang menggedik ni buat korang termuntah hijau. So macam mana ? Puas dah muntah ? Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Oklah bebboiii !

9 comments:

lavender harum wangi said...

ahahahaha, memang ganas~ aku pun sama weh.. kalau aku tacing, aku diam je.. biar bf aku tau sendiri and bila dia dah tau, dia pujuk la.. haha, gedik je nak kena pujuk2 kan~ >,<



terbaru Doremon…, tolong saya~!!!

bell asri said...

hahaha..klaka gile..
ala..lelaki memang camtu..kadang2 kite membebel panjang lebar,die wat derk ja.macam org takdak perasaan..

Azreen Zunairah said...

lavender:
tuh arr kan...istilah gedik ngan bf nieyh memang dah bese dah bg kita yg kapel2 nieyh kan..huhuhu...aku suka gak ngajuk2..then nanti boipren aku pujuk lah aku...huhuhu

Azreen Zunairah said...

bell asri:
tuh arr...dek kan dia tuh arr wat kita lagi sakit hati nak mampos kan..huhuhu

EJA said...

kamu..boleh luah perasaan dengan bff..kekadang kita kena luah apa yg kita rasa..hihi..follo u!

Azreen Zunairah said...

eja : tuhlah...kadang2 seganlah nak luahkan...huhuhu

EJA said...

ya memang kekadang segan..luah masalah dengan org yg betul2 kita percaya dan boleh bagi pandangan..

Azreen Zunairah said...

eja :
x taulah nak luahkan dekat sapa....reen rasa member reen time skolah jek yg paham reen..

damha said...

kekadang kita pendamkan perasaan kita dlm diam...tapi bila dah tercabar betul2 baru kita luahkan perasaan kita itu dgn tindakan yg kekadang kita x dpt mengawalnya...oleh itu jgn terlalu menurut perasaan...n kawal diri supaya tidak menjadi lebih buruk lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...