Sunday, June 12, 2011

Complicated nya kalau orang Negeri Sembilan nak kahwin ! Hehehehe

Assalammualaikum !

Memang semua tahu kan kalau bab adat istiadat ni memang Negeri Sembilan yang paling banyak pantang larang dia. Dulu kalau masa belajar Sejarah kan, aku punyalah suka kalau belajar bab Adat Perpatih. Sebabnya, aku rasa syiook je dengar bila semua harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan sahaja.

Sebab apa aku suka ? Yelah dalam family aku ni, just aku je lah yang anak perempuan nya. Memang masa tuh tak matang langsung sebab dalam kepala hotak ni asyik dok fikir harta pusaka tuh macam harta karun lah. Alah, peti yang banyak emas and batu permata tuh ! Serius memang budak-budak time tuh.

Lepas tuh bila dah makin besar and dah bergaul dengan orang-orang yang lagi tua dekat kampung aku Kuala Pilah tuh. Lagi macam-macam benda alah yang aku tahu. And sometimes aku rasa macam merepek je benda tuh. Tapi nak buat macam mana kan. So disebabkan kakak saudara aku nak kahwin tak lama lagi, saudara belah ayah aku semua berkampung nak rancang untuk majlis kahwin kakak saudara aku ni.

Dalindareen7153

Gambar tak ada motif langsung. Hahaha ! Tapi yang penting masa nak berkampung dekat kampung ayah aku ni, aku dengan family aku semua secara kebetulan pakai baju warna biru. Padahal tak rancang apa-apa pun. Then mak aku memang pantang kalau satu family pakai baju warna yang sama. Tapi nak buat macam mana kan. Semua ni satu kebetulan.

Then masa dah sampai dekat kampung ni, aku macam pelik sebab orang-orang tua ni bincang pasal nak bayar Buapak berapa, nak bayar Lembaga berapa, nak bayar Luak berapa. Haiissshh ! Serius aku tak faham apa-apa pun. Mak aku dok cakap dengan kakak saudara aku pasal benda alah ni pun aku dok tenung lama-lama sebab satu patah haram pun aku tak faham. Dekat situ dengan secara tiba-tiba aku malu jadi anak Negeri Sembilan sebab satu benda pasal adat pun aku tak tahu. So untuk mengelakkan keboringan yang teramat, aku pun layan lah anak saudara aku ni.

Dalindareen7156

Budak ni namanya Naqif Al-Mukri ! Huh kau tengok gile advance dah nama budak-budak zaman sekarang. Berbelit lidah aku nak sebut. Budak ni serius tak takut orang sebab dia asyik tergelak je kerja nya. Aku paling menyampah kalau budak yang tak suka dengan orang, kalau orang selain mak dia yang dukung mesti nak menangis. Huisshh ! Rasa nak lempang. Nasib baik budak-budak.

Ok back to the topic, masa orang-orang tua termasuklah ayah aku dok berbincang mak aku siap cakap macam ni, “ Huh ! Kak Yong tak payahlah kahwin dekat kampung, susah and banyak procedure. Baik kahwin dekat rumah kita dekat Seremban tuh.”. Kakak saudara aku yang nak kahwin tuh pun tergelak je dengar mak aku cakap.

And lagi satu adat yang aku baru tahu lah kan. Kalau sesiapa yang dari Negeri Sembilan nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan jugak, kena selidik pasangan dia tuh suku apa. Suku ni kira macam puak lah. Kalau sama suku tak boleh kahwin sebab tuh dikira macam adik beradik jugaklah. So better cari pasangan yang suku lain. Tak pun nak senang, kau jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Kahwin dengan orang negeri lain. Huh ! Serius complicated.

So tuh je lah aku nak merepek hari ni. Whoahhh ! Lama gile kan aku tak update belog. Sori lah sebab ke-busy-an melanda hidup aku sejak dua menjak ni. Apa-apa pun before that, vote aku dulu dekat Project XL by Annas Easkey ni. Cara-cara dia senang je :-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

8 comments:

Akunyer said...

wahh leh tahan gak adat negeri 9 ni ehh...

Azreen Zunairah said...

ticer wan: tuh lah pasal..memeningkan kepala..huhuhu

fikah mus said...

complicated, tapi menarik.
teringin nak tengok macam mna upacara perkahwinan adat perpatih ni depan mata.
hehehe

Azreen Zunairah said...

fikah: kalau nak kawin lagi mcm2 hal..huhuhuhu

damha said...

adat pepatih yg penuh dgn adat istiadat dgn beradat ..peninggalan pusaka datuk moyang kita dahulu...

Azreen Zunairah said...

damha: wah bleh jadi cikgu sejarah damha ni..hehehe

Anonymous said...

kpd lelaki seboleh2nya jgn kawin dgn org N9..

Unknown said...

sy pmpuan.. umo 19thun owg kdah.. de spe2 nk knaln x??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...