Tuesday, January 4, 2011

Saya memang suka sangat-sangat dengan semua kasut. Even kasut lelaki or kasut perempuan semua saya suka ! So joinlah Contest You, Me and Shoes.

Assalammualaikum !

Wah ! Panjangnya tajuk entry aku kali ni kan. Saja nak buat panjang-panjang sebab dah blog aku kan. Sukahati aku lah. Boleh macam tuh? hehehe. Sebenarnya aku kena tagged dengan the one yang jugak bff aku. Dia tagged aku untuk join contest ni sebab nya dia kata aku memang suka dengan kasut, wedges, selipar or whatsoever so aku HARUS ! masuk contest ni. Siapa yang nak baca entry dia pasal contest kasut ni bolehlah tengok dekat * SiNi * ok. Memang comel lah bff aku yang sorang ni cerita pasal kasut-kasut dia yang memang banyak nak mampos tuh !

Seriously aku memang tak banyak sangatlah kasut yang cantik-cantik untuk bawak pergi jalan-jalan. Tolak tambah darab bahagi, aku rasa dalam 3 pasang je kot aku ada. Aku lebih prefer pakai selipar je. Tuh pun HARUS wedges ok. Stok mesti nak tinggi-tinggi. Tujuannya sebab aku nak sama tinggi dengan boipren aku. Tapi sampai sekarang hajat aku tak tercapai nak sama tinggi dengan boipren aku tuh. Takpe-takpe tahun ni aku berazam untuk sama tinggi dengan boipren ni. And sebab tuh jugaklah aku beli wedges baru-baru ni. Tapi still tak sama tinggi jugak dengan boipren aku. Haiyo0o !

juliewanda-shoes

186414270_aaa1112d0c

Oh my, oh my, oh my God ! Tolong lah korang-korang semua percaya yang tuh kaki aku..hahaha. Kalau percaya memang aku tak tau nak cakap apalah. Yelah aku ni kan gadis Melayu sejati so takkan lah kaki aku putih melepak macam ni. And takkanlah aku nak tunjuk ghupe and ghoman kaki aku. Kang korang tengok berbulu-bulu. Kang pengsan pulak kan. Credit to pakcik google lah. Siapa yang kenal dengan aku memang akan tau lah yang aku ni adalah merupakan seorang peminat pink tegar. So aku berharap kalau aku menang lah contest ni. Boleh tak owner of this contest bagi aku wedges warna pink. Please, please, please. Now pun aku just ada wedges tali-tali berbelit warna putih and hitam je. Memang tak banyak koleksi kasut aku yang cantik-cantik. Serius tak tipu. Silalah percaya !

41cKdIYIbPL

Aww suweeettnya kalau boipren aku pakai kasut ni pergi kelas kan. Nak mampos kena maki aku dengan dia kalau suruh dia pakai kasut ni. Boipren aku mana pernah minat dengan pink-pink ni. Dia kata jambu sangat warna pink ni and sesuai dengan pondae-pondae (pondan-pondan) hahaha. Aww you yunk bukan nyah ke ! Mak ingatkan selama ni you nyah yunk..hahaha. Mintak-mintaklah boipen aku tak baca entry aku yang ni. Kalau tak mampos aku nak kena maki dengan dia. Tapi seriously sometimes aku suka dekat boy-boy yang pakai baju warna pink or apa-apa lah yang pink. Mesti nampak comel je tau. Ala-ala cute gitu and jambu-jambu gitu. Auuw ! Mak tergoda nyah dengan boy-boy hot yang pakai barang-barang warna pink ni !

Seriously masa mula-mula aku ada wedges ni, kira macam aku gayat sikitlah. Yelah dah lama kot aku tak beli wedges. Since form 5 aku dah stop beli kasut yang cantik-cantik ni sebab mak aku dok marah-marah aku sebab setiap kali aku beli kasut, mesti aku pakai sekali dua je. Lepas tuh aku biarkan je lah samapai berhabuk-habuk dalam rak kasut dekat rumah aku. Now aku start baliklah beli kasut cantik-cantik sebabnya senang nak pakai time dating dengan boipren and bff aku nanti. Masa nak cari wedges ni pun penat bff aku Wani temankan aku pergi dari satu kedai ke satu kedai. Yang sedihnya bila aku dah dapat kasut yang cantik-cantuk, saiz pulak tak ada. kesian kan aku. Nak tak nak pergilah kedai lain sampai aku dapat kasut yang sekarang ni.

Dalindareen5671

Dalindareen5672

See..see shinning tak kasut aku. Dah kata baru kan. Masa ni nampak suci bersih lah. Cuba dah berkali-kali pakai nanti. Mahunya aku rasa warna dia dah hitam longot aku rasa. Mesti orang tengok aku pakai wedges warna hitam, bukannya wedges warna putihkan. Disebabkan esok tuh aku nak dating dengan boipren aku and disebabkan jugak aku pakai wedges ni, berkali-kali lah jugak aku try dalam bilik and tanya berkali-kali kat bff aku Wani, ok tak aku pakai kasut ni? Berkali-kali ok sampai kan dia terus tak nak layan pertanyaan aku. Sob..sob sedih ! Yelah aku memang tak konfiden ok nak pakai kasut cantik-cantik macam ni sebab tuh lah aku tanya bff aku berkali-kali. Nak jugak tau apa opinion dia. Tapi memang Wani ni bagus lah sebab dia sentisa akan berpandangan positif bila aku tanya something and dia siap cakap yang penting konfiden, so semua benda akan nampak lawa. So meh sini aku nak tunjuk gambar-gambar time aku dating dengan boipren aku dengan memakai wedges putih melepak suci bersih ni..huhu.

Dalindareen5682

Dalindareen5712

Dalindareen5791

Dalindareen5759

Dalindareen5792

Dalindareen5795

Hahaha banyak gila kan gambar yang aku letak kan. So silalah scroll laju-laju kalau taknak tengok or meluat tengok gambar aku yang berlambak-lambak dekat sini. Hei ini blog aku ok ! So aku boleh tempek berapa banyak gambar pun yang aku nak tau..huhu. Masa keluar dating ni memang pecah rekod lah sebab bayangkanlah aku pakai wedges ni dari pukul 10 pagi aku keluar sampailah pukul 9 malam. Serius tak sakit langsung bila pakai wedges ni. Rasa macam pakai selipar je tau.

Masa nak pergi kelas lagi tak payah ceritalah. Aku pakai kasut kelas yang kalis hujan, kalis air and kalis semua bendalah. Senang tau. Tak payah nak risau tau bila time hujan or apa-apa lah. Orang lain sibuk pakai kasut cantik-cantik pergi kelas, aku dengan dua orang lagi bff aku si Sab dengan Eida sibuk-sibuk pakai kasut kalis air and kalis hujan bagai. Nak tengok tak kasut kalis air kitorang. Kami dengan ini mempersembahkan kasut kalis hujan keluaran terkini yang sangat hot di pasaran. Pung pang pung pang bunyi mercun. Tarrraaaaaaa !!!

Dalindareen3844

Cuba teka kaki aku yang mana satu?? Kaki yang paling tembam and kasut yang paling suci bersih HARUSLAH kaki aku. So dah dapat klu dia and dah dapat teka jawapan dia, so sapa-sapa yang nak claim hadiah bolehlah datang dekat pos ofis yang berdekatan ok ! Dekat sana jek yang ada sediakan hadiah yang aku nak bagi..huhu

Oklah aku pun tak tau nak cakap apa lagi. Tapi memang rasanya dah terlampau banyak dah melalut ni. Sapa-sapa yang rasa nak join contest ni bolehlah klik dekat owner blog yang bernama Syida Syukor yang memang sangat-sangat comel dekat belog Syida Syukor-These Are My Confession. Silalah join sebab kalau sesiapa yang menang akan dapat kasut free yang mana kita boleh pilih sendiri tau. Join ok jangan tak join. Tak pun boleh klik dekat banner yang memang comel lote ni :-

anigif2

Contest ni closing date dia pada January 23th , 2011 tepat pukul 23.59 pm. So sila-silakan lah untuk doakan aku supaya menang contest ni. Nanti kalau aku menang bolehlah aku pakai kasut baru yang aku dapat tuh untuk dating dengan mak aku, boipren aku and bff aku. Wah ! Tinggi angan-angan kau kan Areen. Tapi memang aku harap sangat-sangat menanglah sebab dah lama kot aku tak join contest. Ni pun baru nak aktif join contest balik. So mintak-mintak tuah menyebelahi aku. Aminnn

Before that aku nak tag sayang-sayang aku ni untuk join contest yang meriah ni. Harap-harap salah seorang akan menang. Tak pun aku lah yang menang..hahaha.

Bebbooiiii !!

5 comments:

Syida Shu said...

thank you yayang ! tehee . antara heels dengan wedges i prefer wedges sebab tak sakit sangat kalau compared dengan heels ! :P

kalau pakai wedges kurang sikit possibility nak terpeleot kan tol tak ? hehe .

anyway , kalau menang memang boleh pilih kasut sendiri . insyaAllah (;

apapun good luck sweeties ! and stay for our update (;

Azreen Zunairah said...

syida: hehehe memang besh pakai wedges kan..huhu..reen pon suka sangat2 tau..

lepas nieyh kuar nak pakai wedges jeklah..ok thx tau..harap2 reen menang..huhu

Nadya. said...

eh apekah? kena tag? hihi


btw, wedges buat kaki nad melecet sebab kaki kurus sgt. nanti tepi kaki begesel dgn kasut tu. so heels mmg sgt selesa bg nad. especially yg ade tali ikat blakang even leceh nak pakai. pelik an? haha

Azreen Zunairah said...

nanad:

haah lorrhh nanad kena tag..hehehehe..kitakan sayang nanad so haruslah tag..

tuhlah nanad comel sangat..sebab tuh kakai melecet..tapi pakai heels x da pape kan..tuh yg syiook tuh..badan ringan so sesuai arr pakai heels..sangat jeles ok !

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear
ok je kaler tu dengan u
cuma kalau pilih kasut bahgian depan tu dear mesti tengok betul2.
jangan terlebh dari kaki
tak berapa nak cantik bila pakai. jangan marah
ini tips

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...