Wednesday, February 11, 2015

Ruffle Ombre Cake. First time buat corak ropol-ropol tau.

Assalammualaikum.

Haiii ! Saya dah kembali aktif untuk aktiviti mem baking ni. So sesiapa nak order kek ke, cupcake ke boleh lah PM saya dekat facebook ye. Tapi make sure area Seremban je lah. Cehhh ngada-ngada sangat kau kan. Macam lah ramai orang yang order kek dekat kau kan Azreen Zunairah. Kecoh. Hahaha memula perasan lepas tu emosi pulak aku kan. Biasalah emosi tengah tak stabil sekarang ni sampaikan bos aku pun cakap aku ni nampak sedih je. Macam ada masalah yang berat je. Entahlah aku rasa tak ada masalah pun. Excited nak kahwin ada lah. Tapi muka excited aku tu dah bertukar jadi sedih pulak. Pelik.

Ok abaikan mukadimah yang entah apa-apa dekat atas tu. Haa saja nak cerita yang aku dah berjaya buat ombre cake. Gigih tau aku tengok cara-cara nak buat ombre cake ni dekat youtube. Tu pun sebab ada kawan hotel yang nak tempah. Aku gagahkan jugak belajar teknik-teknik nak buat ombre cake dekat youtube. Ombre cake ni sebenarnya sebab krim dia berlayer-layer je pon. Bukan sebab kek dia. Yang kek kat dalam tu, tak kisah pun kau nak buat kek apa. Tapi dia jadi ombre bila tengok dekat cream luar tu. Berlayer-layer. Permainan warna lah orang cakap. Gitueew. 

Mehh aku tunjuk contoh-contoh ombre cake yang aku jumpa dekat internet. Bukan yang aku buat tau. 



Rose ombre cake. Haa cuba tengok krim dia tu, dari warna oren pekat, pergi ke warna peach. Catik kan !



Yang ni aku tak tau nama dia. Tapi krim dia tu, pakai sudu je. Boleh tak panggil ombre sudu. Muahahaha.



Ruffle ombre. Kawan hotel aku tu request nak macam ni. Time tu aku dah pening-pening dah. And rasa takut boleh ke tak aku nak buat ni. 

So penyudahnya, jadi lah gini kek aku tu :-




Ombre cake warna purple.

Abaikan meja yang bersepah tu. Comot bebenor aku tengok ruffle tu. First timer lah kononnya. Insyaallah lepas-lepas ni, halus sikit lah ropol-ropol. Dalamnya, kek red velvet je pun. Huhuhu.




Ombre cake warna peach.

Haaa gitulah rupanya ombre cake aku. Jangan kutuk ehh. Kalau nak kutuk, pm aku dekat facebook. Lepas tu kalau baik hati orderlah sekali. Muahahaha. Ehh lupa nak cakap, kek ni sebenarnya untuk hantaran. So kalau sesiapa nak order untuk hantaran bertunang ke, untuk nikah ke. Boleh lah cakap dengan aku. Tuh pun kalau confident lah nak order dekat aku. Muahaha. 

Oklah nak sambung buat kerja. Bye !


Sunday, February 8, 2015

Review tempat makan sedap di Seremban : Kacang Pool Stadium Paroi

Assalammualaikum.

Saja je kan nak update pasal makanan malam-malam ni. Apahal entah. Tahu tak sekarang ni aku tengah lapar. Paham tak lapar. Perangai aku ni, bila aku lapar, mulalah aku scroll scroll gambar makanan dalam handphone aku. Lagi gigih aku cari resipi terus. Lepas tu berazam esok tu nak buat. Keesokkan harinya, haram tak buat. Dah lupa dah pun pasal resipi-resipi tuh semua. Itu masalah aku ye. So ada orang sanggup nak kahwin dengan aku tak. Hahaha motif apa entah tanya soalan tu malam-malam. Sebenarnya aku tengah sedih sebab sekarang ni tengah diet, diet nak kahwin kononnya. Lepas tu nanti lepas kahwin, kelaut balik diet nya. So disebabkan kesedihan, aku gigihkan diri nak update pasal kacang pool malam-malam ni supaya malam kang tak tidur dalam kesedihan sebab tak dapat nak rasa kacang pool. Tetibe kan !

Aku cari kacang pool ni dah lama. Puas lah aku cari dekat google kot - kot ada orang jual kacang pool dekat Seremban ni. Tapi tak ada pun. Semuanya dekat JB yang nun jauh di sana tuh haa. Yelah kacang pool kan asal dari JB. Celah bedah mana pulak kan aku nak pergi JB kan. Nak suruh kawan aku yang dekat JB tu tapaukan, mesti dah rasa tak sedap kan. Kang telur dia golek-golek masa dalam perjalanan ke Seremban, tak pun telur kuning goyang dia pecah ke. Terus tak sedap kan. Gigihlah hoi kawan aku nak melayan perangai aku ni kan. 

Aku ni kan, bila dah teringin tu, mulalah kan dok sebut-sebut dekat emak aku. Tup tup emak aku cakap ada orang jual kacang pool dekat Stadium Paroi. Emak aku pun, before aku balik kerja dah mesej aku awal-awal malam tu nak makan kacang pool. Sedih wei ! Yelah mana tak sedih, aku tengah diet wei !! Tak boleh makan kacang-kacang ni. Telur boleh lah. Ehh ehh macam dah terkantoi je tengah buat diet apa kan. Hahahaha. So sebab aku ni anak yang selalu menurut perintah, erkkk gagahkan diri jugak teman emak aku makan kacang pool. Sedih wei ! Dahlah selama ni aku yang mengidam, sekali tak dapat makan pulak. Uwaaa.




Haa gini lah kedainya. Sorry kualiti gambar tak memuaskan. Handphone murah je. Tunggu aku beli Ipong nanti. Cicak dari jauh pun kau akan nampak dalam gambar aku nanti. Ok itu over. Hahaha. Kedai ni letak dengan sederet kedai Popia Kuala Kangsar. Haa kan nama je Seremban, tapi semua makanan dari negeri yang berlainan ada. Latest kacang pool ni lah haa. Kedai Popia Kuala Kangsar tu dekat hujung kan, yang kedai kacang pool ni in the middle lah. Jauh sikit dari kedai Popia. Sesiapa yang orang Seremban, yang biasa melepak dekat stadium ni mesti senang je nak cari kedai ni.




Specialty dekat kedai ni sebenarnya burger kukus dia. Aku pun tak pernah makan burger kukus tau. Nasib baik diet, kalau tak, memang aku dah beli dah semua yang ada dalam menu ni. Gitueww kan. So emak aku awal-awal dah cakap nak makan kacang pool. Aku order lah kacang pool with garlic bread tu. 8 hengget regenya. Untuk aku pulak, aku order chicken wing je. Sob sob sob.




Uwaaa terseksanya jiwa raga tengok kacang pool ni. *Nanges sambil lap-lap hingus.*
Terliur wei dengan keteluran, ketebalan roti. Uwaa nanges balik !





Motif apa entah letak gambar kacang pool dua kali. Frust tau tak. Paham tak frust. Emosi pulak aku memalam ni kan.




Chicken wing aku dah sampai. Sedap sangat rasa chicken wing ni. Even sedap sangat pun, still tak dapat mengubati kesedihan aku sebab tak dapat rasa kacang pool. Aku bertekad lepas kahwin aku akan makan kacang pool dua mangkuk terus. Haa kau selera mengalahkan gajah. Hahahahaha.




Licin tau emak aku makan. Emak aku cakap sedap, kenalah dengan selera dia. Next time boleh datang lagi dia cakap. Saja leteww kan nak buat aku sedih. Emak aku ni memang jujur tau. Kalau tak sedap dia cakap terang-terang. Kalau sedap, berkali-kali dia akan ajak aku makan dekat tempat yang sama.  

So kalau sesiapa yang teringin sangat nak makan kacang pool. Tak payah jauh-jauh nak pergi JB. Seremban ni dah ada dah. Hahaha. Tapi kalau nak lagi original, bolehlah pergi sana. Aku pun kalau ada rezeki nak bawak family aku jalan-jalan dekat sana. Insyaallah. Oklah nak tidur. Esok kerja.

Bye !


Tuesday, February 3, 2015

30 days blog challenge-Day 4: Buku kegemaran saya

Assalammualaikum

Hari ni kan cuti Thaipussam. So memang kerja aku melangok je lah tengok handphone. Bila dah bosan, tu yang melangok tengok blog sendiri and blogwalking blog orang lain. Bosan lah katakan. Lepas dah tengok berapa earning Nuffnang bulan ni, aku hanya boleh kata alhamdulillah. Rezeki berblog. Rezeki nak kahwin maybe. Ingat senang ke kau merepek meraban dekat blog, tapi dapat duit. Benda ni semua lah yang buatkan aku semangat nak update blog hari-hari kan. Huhuhu. Cehh poyo sangat ayat kau kan Azreen Zunairah !

So 30 days blogs challenge masih diteruskan. Tapi baru hari ke empat lah. Aku ni kan pemalas. Sebenarnya bukan malas nak taip ke hape. Tapi malas tu lebih ke arah nak bukak PC dekat rumah aku ni. Yelah kan pc satu je dekat rumah ni. Kena ambik turn lah kalau nak guna. Tu yang selalu je idea nak update tu hilang. Yelah idea datang masa pukul 8 malam macam tu, tapi dapat guna pc dalam pukul 10 malam macam tu. Haa mana tak nya hilang semua idea aku kan. Nak korek celah bedah mana pun, still tak berjaya jugak. Wuwuwuwu sedih. Last-last tidur lah dalam kesedihan sebab tak dapat update blog. Tipu sangat kan !

30 days blog challenge untu hari ke empat hari ini bertajuk : Buku kegemaran saya. (Macam budak-budak sekolah pulak nak cakap pasal buku kegemaran. Cehh )



Sebelum tu aku nak korang tengok gambar yang dekat bawah ni dulu. Hewhewhew



Haa nampak tak nampak tak keyword suamiku encik perfect 10 tu. Tahulah sekarang ni tengah demam abang Aaron Aziz kan. Tu pun sebab movie dia yang meletup-letup Suamiku Encik Perfect 10 tu. Aku pun ada buat review pasal movie ni. Kalau nak baca apa yang aku review boleh klik dekat SINI okay.

Disebabkan movie ni tengah meletup-letup sekarang ni, so novel Suamiku Encik Perfect 10 pun jadi one of the buku kegemaran aku. Tak tahulah kenapa kan, bila baca novel ni, aku rasa macam sweet je. Padahal sama je kot novel ni dengan novel yang lain. Yelah, selalunya memang dah dapat agak kot apa yang bakal terjadi dalam novel tu. Kalau tak kena kahwin paksa, mesti lepas tu jatuh cinta. lepas tu ada orang ketiga lepas tu perempuan tu berbelah bahagi, lepas tu happy ending. Haaa see dah boleh agak kan. Tapi kan novel Suami ku Encik Perfect 10 ni memang lain daripada yang lain lah. Hanya orang yang baca novel ni je akan paham apa yang aku cuba nak sampaikan. Gitueewww mysterious sangatlah kan kononnya.







Tapi apa-apa pun novel ni memang best. Bayangkan lah aku boleh habiskan dalam masa satu malam je. Padahal esoknya kerja. Time dekat opis mulalah mata ni asyik nak terpejam je. Sembab sembab mata aku sebab ngantuk sangat. Nama-nama dalam novel ni pun best. Nanti nak letak nama anak Zarief Danial lah. Ehh tetibe sangat !

Oklah bye !

Monday, February 2, 2015

Mari main buih sabun !

Assalammualaikum.

Plan nya nak bawak adik-adik aku pergi main buih sabun dekat City Park, Seremban 2 tu hari Sabtu. Tapi bila dah balik kenduri, dah golek-golek atas katil. Terus aku bantai krohh krohh sampai petang. Malas dah nak keluar mana-mana. Then sebab dah janji dengan adik-adik aku, aku decide nak pergi hari esoknya tu, maksudnya hari Ahad le. Hari Ahad semalam, ada jugak kenduri, then still gak golek-golek atas katil, tapi sedaya upaya aku tahan mata ni dari terlelap. Aku kalau dah membungkang sampai tidur mati, memang tak akan bangun lah kan. 

Dalam pukul 4.30 petang macam tu, aku gerak pergi City Park. Before tu, pergi pick up Sham dulu dekat rumah sewa dia. Tujuan bawak dia adalah sebab nak suruh dia tangkap gambar macam-macam. Bukan nak dating okeyh. Bukan seharusnya bukan. Sebab aku bawak adik-adik aku sekali. Emak aku suruh diorang jadi bodyguard aku. Cehhh ! 

Sebenarnya aku tak adalah berapa nak ingat sangat jalan nak pergi City Park ni, tapi disebabkan nak main buih sabun punya pasal, aku redah kan jugak mencari. Gigih tau, sampai bergaduh-gaduh dengan Sham. Adik-adik aku dok lah mem back up Sham. Menyampah !




Lepas dah survey-survey semua tempat yang jual bubble giant ni. Dapat lah kitorang satu bekas ni 5 hengget. Ehh bekas ke ehh, bukan besen ke. Whatever lah kan. Tapi kecik je kan bekas tu. Kalau nak refill kena bayar seringgit ok. Dapatlah dua peralatan untuk buat bubble ni. Cehh skema sangat ayat panggil peralatan kan. Muahahaha.





Sham menunjukkan kehebatannya. Konon je tu. Lepas tu asyik tak jadi je. 




Lepas tu gilir-gilir pulak dengan adik-adik aku. Seriously time ni memang panas terik. So aku main snap je gambar-gambar ni semua. Padahal tak nampak pun apa yang aku snap. 




Konon-konon jadilah kan bubble besar time ni. Tapi haramm. Lepas tu pandang tempat lain sebab nak cover malu. Adik aku tu sebenarnya tengah gelakkan aku tu. Choiiii !











Aksi budak-budak yang belum mumaiyiz main buih sabun. Lepas dah habis kerja dok refill sampai lah bosan. Hurmm senang sangat nak habiskan duit kakyong kan ! 



Yeahh hajat untuk main buih sabun dah tercapai. Salah satu wishlist untuk 2015 dah tercapai. Lepas dah makan-makan semua, ternampak lah salah sorang budak opis aku yang memang selalu main sorok-sorok relationship dorang dengan aku. Akhirnya terkantoi jugak dengan aku tengah keluar dating kan. Muahahaha.


Sham dengan adik aku bantailah batuk kuat-kuat sebab nak buatkan couple ni pandang kitorang tapi tak berjaya jugak. Dorang still hanyut dalam dunia percintaan dorang. Muahaha. Cehhh cehh dah kantoi. 

Oklah bye !




Friday, January 30, 2015

Review Movie : Suamiku Encik Perfect 10

Assalammualaikum.

Lamanya lah kan aku tak jenguk blog ni kan. Entah hape hape entah. Hari tu beria sangat berazam nak update blog setiap hari kan. Tapi haraammmm ! Sampai ke sudah tak ber update. Sampai aku pun menyampah tengok blog sendiri. Yelah mana tak nya, bukak je blog ni nampak entry yang sama, yang lama je. Menyampah tau tak menyampah. Hahahaha emosi pulak tetibe kan. Sebenarnya bukan sebab malas pun, cuma busy sikit lah buat wedding preparation. Yelah hakak kan dah berjanji dengan diri sendiri lepas exam nak settle kan apa yang patut kan.

So bila dah stress tu kan, mulalah tangan ni gatal nak browse movie apa yang latest dekat wayang kan. So ternampaklah movie nie:-




Bila dah nampak abang Aaron yang berlakon, mulalah kan menggedik-gedik nak tengokkan padahal aku dah dua kali khatam novel Suamiku Encik Perfect 10 ni. Bagi aku novel dia sangat-sangat lah sweet hokayyy ! Congratulation lah untuk penulis dia. Kau sangat-sangat berjaya buat aku khatam novel ni dalam masa satu hari and bengkak-bengkak mata aku jadinya tau. Jom baca sinopsis novel dia dulu okay :-







The trailer :-


Haaa kau tengok, sampai menyamar jadi suami tau. Dahlah yang menyamar tu handsome. Siapa yang tak sanggup kan. Muahahahaha.


Komen aku untuk movie ni:

  • Cerita ni sangat-sangat lah laju okay ! Yelah, nak cover semua part dalam novel kot. Bagi aku sesuai buat drama kot cerita yang ber inspirasikan novel ni. Tapi apa-apa pun, cerita ni sweet sangat. Eventhough aku tengok dengan kakak-kakak opis and mak aku pun, cerita ni still aku rasakan sweet. Tapi kalau nak lagi sweet, tengok lah dengan boiprengg atau girlprengg anda. Huhuhu
  • Pelakon-pelakon dia bagi aku semuanya pandai bawak kan watak. Pandai sangat woiii ! Sama kot macam dalam novel. Ehhh emosi pulak,
  • Even though cerita dia slow and sampai sakit-sakit bontot aku duduk lama-lama dalam wayang, tapi aku suka ! Aku suka dan aku suka. Haa over tak suka tu sampai berulang kali cakap suka.
  • Aku paling suka watak mak tok dia. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab dah biasa kot tengok Aaron Aziz bawak watak sweet sweet and romantik ni kot. Hehehehe.
  • Apa-apa pun aku bagi 7 dari 10 markah. Yeahhh kalau kat skolah tuh dapat B lah kiranya. Oklah tu kan. Ingat senang ke. Muahahaha

Oklah tu je nak cakap. Bye !




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...