Sunday, February 8, 2015

Review tempat makan sedap di Seremban : Kacang Pool Stadium Paroi

Assalammualaikum.

Saja je kan nak update pasal makanan malam-malam ni. Apahal entah. Tahu tak sekarang ni aku tengah lapar. Paham tak lapar. Perangai aku ni, bila aku lapar, mulalah aku scroll scroll gambar makanan dalam handphone aku. Lagi gigih aku cari resipi terus. Lepas tu berazam esok tu nak buat. Keesokkan harinya, haram tak buat. Dah lupa dah pun pasal resipi-resipi tuh semua. Itu masalah aku ye. So ada orang sanggup nak kahwin dengan aku tak. Hahaha motif apa entah tanya soalan tu malam-malam. Sebenarnya aku tengah sedih sebab sekarang ni tengah diet, diet nak kahwin kononnya. Lepas tu nanti lepas kahwin, kelaut balik diet nya. So disebabkan kesedihan, aku gigihkan diri nak update pasal kacang pool malam-malam ni supaya malam kang tak tidur dalam kesedihan sebab tak dapat nak rasa kacang pool. Tetibe kan !

Aku cari kacang pool ni dah lama. Puas lah aku cari dekat google kot - kot ada orang jual kacang pool dekat Seremban ni. Tapi tak ada pun. Semuanya dekat JB yang nun jauh di sana tuh haa. Yelah kacang pool kan asal dari JB. Celah bedah mana pulak kan aku nak pergi JB kan. Nak suruh kawan aku yang dekat JB tu tapaukan, mesti dah rasa tak sedap kan. Kang telur dia golek-golek masa dalam perjalanan ke Seremban, tak pun telur kuning goyang dia pecah ke. Terus tak sedap kan. Gigihlah hoi kawan aku nak melayan perangai aku ni kan. 

Aku ni kan, bila dah teringin tu, mulalah kan dok sebut-sebut dekat emak aku. Tup tup emak aku cakap ada orang jual kacang pool dekat Stadium Paroi. Emak aku pun, before aku balik kerja dah mesej aku awal-awal malam tu nak makan kacang pool. Sedih wei ! Yelah mana tak sedih, aku tengah diet wei !! Tak boleh makan kacang-kacang ni. Telur boleh lah. Ehh ehh macam dah terkantoi je tengah buat diet apa kan. Hahahaha. So sebab aku ni anak yang selalu menurut perintah, erkkk gagahkan diri jugak teman emak aku makan kacang pool. Sedih wei ! Dahlah selama ni aku yang mengidam, sekali tak dapat makan pulak. Uwaaa.




Haa gini lah kedainya. Sorry kualiti gambar tak memuaskan. Handphone murah je. Tunggu aku beli Ipong nanti. Cicak dari jauh pun kau akan nampak dalam gambar aku nanti. Ok itu over. Hahaha. Kedai ni letak dengan sederet kedai Popia Kuala Kangsar. Haa kan nama je Seremban, tapi semua makanan dari negeri yang berlainan ada. Latest kacang pool ni lah haa. Kedai Popia Kuala Kangsar tu dekat hujung kan, yang kedai kacang pool ni in the middle lah. Jauh sikit dari kedai Popia. Sesiapa yang orang Seremban, yang biasa melepak dekat stadium ni mesti senang je nak cari kedai ni.




Specialty dekat kedai ni sebenarnya burger kukus dia. Aku pun tak pernah makan burger kukus tau. Nasib baik diet, kalau tak, memang aku dah beli dah semua yang ada dalam menu ni. Gitueww kan. So emak aku awal-awal dah cakap nak makan kacang pool. Aku order lah kacang pool with garlic bread tu. 8 hengget regenya. Untuk aku pulak, aku order chicken wing je. Sob sob sob.




Uwaaa terseksanya jiwa raga tengok kacang pool ni. *Nanges sambil lap-lap hingus.*
Terliur wei dengan keteluran, ketebalan roti. Uwaa nanges balik !





Motif apa entah letak gambar kacang pool dua kali. Frust tau tak. Paham tak frust. Emosi pulak aku memalam ni kan.




Chicken wing aku dah sampai. Sedap sangat rasa chicken wing ni. Even sedap sangat pun, still tak dapat mengubati kesedihan aku sebab tak dapat rasa kacang pool. Aku bertekad lepas kahwin aku akan makan kacang pool dua mangkuk terus. Haa kau selera mengalahkan gajah. Hahahahaha.




Licin tau emak aku makan. Emak aku cakap sedap, kenalah dengan selera dia. Next time boleh datang lagi dia cakap. Saja leteww kan nak buat aku sedih. Emak aku ni memang jujur tau. Kalau tak sedap dia cakap terang-terang. Kalau sedap, berkali-kali dia akan ajak aku makan dekat tempat yang sama.  

So kalau sesiapa yang teringin sangat nak makan kacang pool. Tak payah jauh-jauh nak pergi JB. Seremban ni dah ada dah. Hahaha. Tapi kalau nak lagi original, bolehlah pergi sana. Aku pun kalau ada rezeki nak bawak family aku jalan-jalan dekat sana. Insyaallah. Oklah nak tidur. Esok kerja.

Bye !


3 comments:

dyanzakhi said...

salam singgah :)

Azreen Zunairah said...

salam..terima kasih...

Muhammad Asri Sahalan said...

Hi Azreen,

Thank you!

Find our updates on our Fb page @ kachangpool

Cheers!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...