Monday, January 5, 2015
Lama tukar baru.
Saturday, January 3, 2015
Entry pertama untuk tahun 2015.
So far, tahun 2014 ada macam-macam terjadi. And aku rasa masa dalam tahun 2014 tu, macam panjang je. Bila orang takut-takutkan aku pasal tahun 2015, aku siap cakap lagi, lekluu lambat lagi. Tup tup dah 2015 dah sekarang. Whoahhhhh takut gile dah ni. Apa yang bakal terjadi tahun 2015 ni? Buat masa ni biarlah rahsia dulu ye. Kalau nak tahu, korang kena lah keep update je dengan blog aku ni. InsyaAllah aku memang akan update cerita-cerita terbaru dalam blog ni. Cehhh ! Bajet bajet retiss sangat kan jawapan. Muahahaha. Ada aku kisah. Tapi aku tahu, emak aku, kawan-kawan opis semua stalk blog aku ni walaupun banyak cerita tak berfaedah dalam blog aku ni. Huhuhu.
Tahun 2015 ni jugak aku umur dah meningkat setakuk dah, Wei tahun ni aku dah 25 tahun dah, alhamdulillah selama 25 tahun menjadi anak kesayangan kepada emak dan ayah aku. Nak masuk 4 tahun dah kerja dekat The Royale Bintang Seremban. And dah 2 tahun setengah jugak menjadi pelajar separuh masa dekat UiTM Shah Alam. Means, dah 2 tahun setengah jugaklah aku ulang alik dari Seremban ke Shah Alam wei ! Gile kental kan aku. Eleh cara cerita macam kau sorang je yang kental. Ada classmate aku dekat Uitm tu, ulang alik dari JB lagi tau. Dah ada anak sorang pun. Relax je kan. Aku ni anak tekak je lah yang ada. Tu yang kental dia lain macam. Nak jugak kan, tak nak kalah. Muahahaha.
Insyaallah tahun 2015 ni akan memberi seribu makna dekat kita semua. Ikutkan macam-macam dugaan untuk tahun 2014. Tak payah lah aku nak cerita satu persatu sebab benda-benda ni semualah, kita dapat tempuh and sampai ke tahun 2015 ni. Macam mana nasib kita untuk tahun ni, hanya Tuhan je yang boleh tentukan. Yang penting, doalah banyak-banyak selagi terdaya.
Banyak sangat benda yang best tahun lepas, antaranya business kek aku yang aku buat secara part-time ni, dah diterima orang ramai sikit demi sedikit.
Thursday, December 25, 2014
Resipi : Trifle yang sangat sedap dan senang.
Assalammualaikum !
Hari ni cuti. Yeahhh jom pergi jalan-jalan. Tetibe je kan. Gile ke hape. Di petang yang hening dan burung-burung pun berkicauan selepas hujan yang dari semalam non stop. Tiba-tiba je rasa rajin nak share resipi trifle yang selama ni ke hulu ke hilir aku bawak untuk jual. Mana lah tahu kan korang pun nak try jugak kan, Biasalah demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak, hakak suka bebenor nak jual segala benda yang berkaitan dengan kek and masak-masak ni. Motif ! So mehh lah tengok, aku nak share sikit resipi yang memang sangat senang nak buat. Mana tahu bila dah try, rasa sedap pulak kan. Haa boleh lah jual and menambah side income. Sekarang ni kos hidup makin tinggi, tinggal korang rajin dengan tak rajin je. Sebelum aku melalut tah hapa kebendanya dengan lebih panjang, mehh lah tengok cara-cara membuat trifle gaya Azreen Zunairah yang paling senang di seantero dunia. Cehhh ayat nak poyo sangat ! Hahahaha
Bahan-bahan yang diperlukan sikit aje, jangan lah risau :-
*Coklat chip
*Fresh cream / Non dairy whipping cream
*Fruit cocktail
*Kek gulung atau bahasa saintifiknya swiss roll
*Susu cair
*Tepung kastard
Ok cara-cara nak buat dia memang senang lah, cuma banyak step dia sebab dah kata pun trifle kan, so kita kenalah buat layer by layer kan. First, potong swiss roll tu slice by slice then susun dalam bekas macam dalam gambar bawah ni :
Lepas tu, letak kuah kastard dia pulak, macam dalam gambar bawah ni, haa yang kuah kastard ni korang kena masak lah sebab tak ada pulak kuah kastard yang ready made. Ngengada sangat kan, buat je lah. Senang je pon. Ingat ! nak sedap kan, kenalah rajin. Mihmihmih.
Nak buat kuah kastard ni senang je, nisbah dia :
satu tin susu cair : 2 sudu besar tepung kastard: 3 sudu besar susu pekat
Tapi before that, kenalah campurkan tepung kastard tu dengan air masak dulu, guna air sejuk biasa tau, jangan guna air panas pulak. Nanti berketul-ketul pulak.
Haaa gini lah rupenya lepas tepung kastard tu dah dicampurkan dengan air sejuk biasa.
Cara dia senang je, panas kan susu cair, masukkan susu pekat then masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan air tadi. Lepas tu kacau je sampai pekat. make sure api kecil and kena kacau je selalu sebab kalau tak kacau bawah dia akan hangus. Tak sedap lah pulekk kan ! Dah pekat tu, padamkan api, then tuangkan kat atas kek tu panas-panas, biarkan swiss roll tu menyerap kuah kastard dengan jayanya. Huhuhuhu.
Cream ni, kiranya untuk last layer lah. Make sure buah-buah tu semua ditutup dan di cover dengan jayanya ye. Kalau nak sedap, tabur lah coklat chip. Benda ni optional, Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hati. Tapi bagi aku, lagi sedap kalau letak. Nyumm nyum sedap ! Ada krup krap krup krap lagi.
Then siap !
Senang je kan cara nak buat trifle gaya Azreen Zunairah ni kan. Tak habis-habis dengan poyo kau kan. Huahuahua. Oklah nak berjimba-jimba lah hari ni. Kan cuti.
Selamat mencuba !
Bye.
Sunday, December 21, 2014
Resipi- Sponge cake yang sangat senang yang amat !
Assalammualaikum !
Huarggghhhh ngantoknya ! Esok kelas pagi, start pukul 8 pulak tuh. Memang aku kena meng gigihkan diri lah esok bukak mata luas-luas drive dari Seremban ke Shah Alam kan. Tapi mata ni tak reti-reti pulak nak tidur, so lagi sekali aku dengan gigihnya update pasal resipi sponge cake yang senang yang amat. Jangan kejap lagi aku bantai krohh krohh depan laptop ni sudah. tak pasal-pasal air liur berkumpul je atas keyboard. Uwekkkk tak senonoh sangat perangai kan, nak cerita pasal makanan, tapi dok bantai mukadimah pasal air liur pulak kan. Huahuahuahua sorry ampun !
Sebenarnya resipi sponge cake ni dah lama pun aku simpan, tapi baru hari ni tergerak nak buat. Tu pun gigih nak buat sebab ada orang tempah and nak sponge kek pulak. Kiranya ni first time lah hakak buat sponge cake ni tau and dalam sejarah aku dengan berani nya try untuk pertama kalinya then bagi orang makan terus. Dibuatnya kek tu bantat ke, mampus aku kan ! Dahlah barang untuk kek beli cukup-cukup je. So diharapkan segala kesilapan di maafi. Kalau tak sedap bagilah tahu aku ehh, nanti aku ganti dengan kek yang lagi sedap. Kelaaasss kan ! Kejap lagi, semua orang yang order kek dengan aku bantai cakap kek aku tak sedap, haaaa memang saja je lah kan nak mintak tukar kek baru kan. Huhuhu. Tapi alhamdulillah, sponge cake ni memang menjadi sangat-sangat.
So jom kita tengok bahan-bahan nya ye kawan-kawan :-
Bahan A
1 cawan tepung
1 sudu ovallete
5 biji telur
1 cawan gula
1/2 sudu serbuk penaik
Haaaa gini lah kekdahnya. Pukul semua bahan laju-laju guna mixer selama 5 minit ye. Jangan bantai pukul sampai setengah jam pulak. Confirm !! Bantat lah kek kau. Huhuhuhu. Aku tahu yang kau excited pegang mixer kan. Haaa 5 minit je ok, jangan cakap aku tak ingatkan. Abaikan mangkuk yang tuh. Time ni aku dah buat adunan yang kedua, teringin nak buat sponge cake coklat pulak. So kalau rasa nak perisa coklat ke, pandan ke, oren ke. Masukkan perisa dia siap-siap sebelum pukul laju-laju ye.
Bahan B
Air masak setengah cawan
Time ni masukkan air sikit-sikit tau, lepas tu pukul perlahan je. Tadi pukul laju-laju kan, sekarang make sure korang perlahan kan speed mixer tu. Kalau korang pakai mixer tangan, buat gaya ala-ala kacau lauk kari yang dah masak menggelegak. Haa mesti korang kacau perlahan-lahan kan sebab tak nak santan pecah minyak kan. Haaa begitu lah jugak kek nie. Slow and steady.
Bahan C
Minyak jagung setengah cawan.
Haaa masukkan pulak minyak jagung sikit-sikit tapi make sure, bukan pakai mixer ke, or hand mixer ke, or apa segala mixer lah ye. Pakai senduk biasa je then kaup sikit-sikit. Paham dokk ? Ke dok pahe ? Lepas tu siaplah adunan sponge cake kita tu, bolehlah dibakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit ok. Make sure pakai api atas bawah ye, or kalau bahasa omputih nya, both.
Dah siap !
Memang gebu sangat uolllsss. Gebu seperti tuannya. Opsss !
Sedap kalau makan macam tu je. Bolehlah feeling-feeling mat saleh kan, hi tea makan sponge cake dengan coffee dekat laman rumah. Amboiii memang omputih sangat. Serius memang sedap makan macam tu je, sampaikan adik aku pun ulang alik datang dapur nak rasa sponge cake ni. Lepas dah kena marah, dah brainwash yang kek ni untuk customer. Barulah tak berani nak ambil. Sebab kesian punya pasal, potong lah kek ni saiz kecik sikit. So boleh lah adik aku makan. Anyonyo cian dia ehh !
Ni lah dia hasilnya. Coklat sponge cake dengan layer cream cheese yang yumm yum. Walaupun rupa pucat je. Tapi alhamdulillah sedap tau. So senang je kan nak buat, jomlah apa lagi, esok hari Ahad kan. Sesiapa yang free, and tak tahu nak masak apa, boleh lah masak sponge cake ni. Boleh feeling-feeling omputeh kan. Huhuhu. Oklah nak tidur lah.
Bye !














