Friday, April 14, 2017

Momento Pictography: Recommended Photographer untuk majlis perkahwinan, Bertunang, Aqiqah dan dll.

Assalammualaikum.

Rasa macam dah lama je tak merepek meraban dalam blog ni. Sejak jadi mak mak ni aku memang sangat-sangat busy lah rasanya. Tapi tak busy sangat pun sebab handphone sentiasa ada je dekat tangan. Busy update pasal business je. Ehh kejap je dah pertengahan bulan April kan. Akhir bulan depan dah puasa. Wushh memang cepat sangat lah. Lepas tu raya. Yeahhhh ! Bila dah raya ni memang berduyun-duyun lah jemputan orang kahwin kan. Mana nak pergi open house raya lagi, mana nak pergi rumah orang kahwin lagi. Kiranya tak boleh nak diet lah time ni. Ehh diet ke aku selama ni. Huhuhu.

Cerita pasal kahwin ni kan, saja je lah kan nak throwback masa aku nak kahwin tahun 2015 yang lalu kan. Aceceh. Boleh dikatakan preparation yang paling kritikal nak buat ialah masa nak choose photographer yang terbaik untuk wedding aku tu. Yelah wei, kalau photographer yang kau ambil tu cantik gambarnya, memang cantiklah kejadian album kahwin kau tu. Kalau tak, silap-silap album pun tak dapat. Dah banyak kes dah aku dengar, even photographer yang artis-artis selalu hire pun ada masalah macam ni. Bila artis-artis yang hire, kemain positive je feedback, album dapat cepatlah, tak sampai sebulan lah. Tapi bila rakyat marhaen macam aku yang hire, terus setahun tak dapat album. Padahal dah buat fully payment dah. Photographer mana ehh ? Biarlah rahsia,maybe korang tahu or maybe korang tak tahu. Pandai-pandai google ehh.

Okay berbalik pasal photographer ni, lepas ditapis sorang-sorang dari sudut harga, kualiti gambar, dan servis yang terbaik, aku decide nak ambil servis Momento Pictography. Masa ni pun aku ada office mate yang akan kahwin bulan yang sama dengan aku. So memang bekerja keras lah kitorang nak pilih photographer. Lepas dah tengok hasil kerja dorang ni, memang terus aku and office mate decide nak hire Momento Pictography as our photographer. dorang pun jenis sempoi and boleh masuk kepala dengan aku. Kiranya geng masuk air jugak lah. Kan Deqno and kak Ikin, Kelass gitueww ! Meh aku tunjuk hasil kerja tangan photographer yang aku hire ni.









So far alhamdulillah, memang aku puas hati sangat dengan album and kualiti gambar yang diberi. Bila dengan team dorang ni, memang kita akan rasa tak malu langsung. Jangan lah risau kalau korang tak pandai bergaya ke, tak pandai nak posing ke. Memang dorang akan tunjuk satu-satu sampai dapat hasil yang cantik. Trust me.


Lepas tu, bila tengok orang lain buat maternity photoshoot, aku pun ngada-ngada jugak nak buat. Padahal tak tahu badan dah macam belon. Jalan pun macam penguin dah. Untuk maternity photoshoot pon aku ambil team Momento Pictography ni jugak. Hehehe. Aku ni kalau orang kenal satu je, bila dah selesa dengan orang tu, memang orang tu je lah aku ambil sampai bila-bila. Hahahaha. Meh aku share sikit gambar time maternity photoshoot tuh.








Haaa nampak tak perbezaan masa kahwin dengan masa mengandung. Ke sama je ?? Hahahaha. Bila budak kecik dalam perut keluar pulak, tiba time nak buat majlis cukur jambul dengan aqiqah dia pulak. Masa ni pun aku panggil team Momento Pictography jugak. Haaa nampak tak kesetiaan aku dekat team dorang. Tu pun nasib baik dorang nak layan walaupun aku request last minute. Hemohemohemo. Jom layan gambar lagi.






So dah tengok dah hasil kerja team yang aku hire ni. So far harga service dorang pun berpatutan and insyallah dorang boleh nego sampai jadi. Kan Deqno. Hahahaha aku promote ni. So sesiapa yang nak kahwin atau buat majlis apa-apa je lah, teringin nak hire photographer, aku sangat sangat suggestkan team dorang ni. Kalau nak detail lanjut boleh klik dekat link facebook yang aku bagi dekat bawah ni okay ! 





Bye !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...