Thursday, September 15, 2016

Keajaiban Menjadi Mama.


Assalammualaikum

Memang betul lah kan orang cakap sakit nak bersalin hanya Allah je yang tahu. Masa tengah sakit dalam labour room, tiba aku rasa sedih sangat-sangat. Rasa banyak sangat buat dosa dengan emak aku. Sakit sangat wei ! Tak tipu tau. Bila dah kena tolak operation room, masa tu pulak aku fikir, aku nak jerit kuat-kuat, doktor !! belah lah perut aku cepat !! Tak tahan sangat dah. 

Tapi kan once baby dah keluar kan, even masa tu aku mamai-mamai. Bila doktor tunjuk je baby dekat aku and tanya boy ke girl. Terus nanges sedu-sedu, padahal kalau nanges tu memang sakit tau dekat bahagian perut tu. Tapi aku relax je, tak sakit langsung tau, rasa happy je bila tengok baby. Betul lah cakap orang, sakit bersalin tu akan hilang terus bila tengok baby. Dulu aku tak nak percaya, tapi sekarang aku memang sangat-sangat percaya. 

Bila dah jadi ibu ni kan,

Akan ada satu perasaan,

Yang kau akan jadi bangga gila bila dapat mandikan baby,

Walaupun menggigil-gigil and sabun tak kena pun seluruh badan baby. Huahuahua.

Sekarang dah ada improvement sikit.

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila dapat cuci berak baby for the first time,

Walaupun pakai wet tissue je pun and wet tissue tu habis satu peket bila kau cuci berak baby for the first time.

Gila kan satu peket habis, aku tengok mak aku relax je guna dua tiga helai . Tapi sekarang aku dah pandai dah. Huhu

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila berat badan baby naik and masa tuhlah kau akan fikir, 

ehh susu badan aku ni kira berkesan lah kan dekat baby.

Padahal semua tu normal ye.

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila dapat sendawakan baby lepas breastfeeding, 

padahal berpeluh-peluh jugak aku dukung nak sendawakan dia sebab anak aku ni jenis lambat sendawa.

Lepas tu,

Kau akan rasa bangga gila dapat tidur kan dia lepas dia melalak sampai satu taman ni dengar.

Padahal dia memang dah betul-betul mengantuk. 

Kalau orang lain tepuk-tepuk pun dia memang akan tidur. 

Hahaha kecoh.

Lepas tu,

Kau akan marah sesiapa je yang buat bising lepas kau dah berjaya tidur kan dia. 

Padahal bila orang lain tak nampak, kau akan cium-cium and penyek-penyek kan pipi dia. Huahuahua


Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi anak aku dah bangun pulak. Next time lah aku cerita lagi. 

Maafkan lah saya yang jakun jadi mama. Huhuhu

Ok bye ! 



2 comments:

Shiqeen Sattar said...

Hahahaha tahniah dear... semoga menjadi ibu yang mithali. Amiin

athirah hassin said...

Congrats... Selamat menjadi ibu 😘

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...