Wednesday, March 11, 2015

D.I.Y business card / blog card katanya.

Assalammualaikum.

Semalam aku dapat email, hari Sabtu ni aku dijemput untuk pergi ke satu event untuk blogger-blogger. Then dalam email tu aku dikehendaki bawak blog cards. Puaslah aku fikir apa menatang blog cards tu. Rupanya blog cards tu macam business card lah tapi tak ada lah letak semua detail dalam tu. Just letak apa yang boleh je, yang penting URL blog kau ada. 

Aku ni mana lah pernah pergi event-event bagai. Yelah iolls ni kan bukannya bolgger femes macam Namee Roslan and Fatin Liyana tu. Sendu je lebih. Buat entry pun syok sendiri je, macam ada orang nak baca kan. So kelam-kabut lah jadinya call supplier nak tanya pasal business card. Then result dia semua mengecewakan sebab dorang semua tak sempat siapkan business card dalam masa 3 hari ni. Means hari Jumaat lah, yelah kan nak pakainya hari Sabtu ni. Haa padan lah muka aku kan. Event nya hari Sabtu tapi baru sekarang terhegeh-hegeh nak prepare macam-macam. 

Dah mengadu-ngadu dekat kakak opis, menyatakan kesedihan yang sedang melanda, then ada officemate aku ni, Safura volunteer nak design kan blog card aku. Aku memang terus setuju je lah kan. Tak ada nak demand lebih-lebih pun. Nak cantik-cantik ke, nak kad kilat-kilat ke. Memang aku tak demand langsung. Ada orang nak tolong design pun aku dah sangat-sangat bersyukur tau. Ok dekat sini aku macam pelik sikit dengan perangai aku ni sebab selalunya kalau aku nak mintak orang buat, macam-macam aku demand. Maybe dah matang sikit kot, yelah nak kahwin kan tak lama lagi. Ehh tetibe ! Hahaha.


So jeng jeng jeng jeng, inilah hasilnya lepas Safura berhempas-pulas design blog kad aku. Aku memang nak simple je and kalau boleh nak blog card tuh ada unsur-unsur warna pink and polka dot sikit. Haaa sama lah macam tema blog aku ni kan. Mih mih mih.




Kertas nya pakai ivory card je. Alah A4 paper yang keras tu. Jimat sungguh jimat. Design pun pakai Microsoft Words je. Muahahaha senang giloss nak buat tapi aku malas. Nasib baik Safura rajin.





Lepas dah digunting, aku malas nak rotate kan gambar ni. Biar korang teleng-teleng kepala tengok gambar atas ni. Barulah surprise sikit nak tengok kan. Padahal nan hado pun. Bajet macam ada orang nak tengoklah kan. Hehehehe




Memang gigih lah kan print depan belakang. Aku ni bila dah senget-senget print tu mulalah rasa nak give up je. Nasib baik lah ada Safura, dia lah yang tolong design kan, tolong print kan. Tolong adjust mana-mana yang senget. Phewww nanti aku bagi hadiah kahwin besar ehh Sapura. Huhuhu






Time blog card ni siap pun dah malam, and kitorang pun ada inventory malam tu. Memang tak sempat lah nak gunting semua kan. Tapi tadi ada office mate yang baik hati nak potong semua blog card ni. 
Thanks Effy !

Satu masalah dah selesai. Sekarang ni aku pening pulak nak pakai baju apa. Aduhai. And kalau pergi event-event yang melibatkan blogger-blogger ni mesti kena tangkap gambar banyak-banyak kan. Satu masalah lagi timbul, Power bank aku rosak ! Uwaaaaaa mengada-ngada lah semua nak rosak time ni. Esok aku nak beli jugak power bank walau macam mana pun. So sekarang ni dah ada dua masalah pulak timbul. Tak tahu nak pakai baju apa and nak cari power bank baru. Eiii sendu betul lah kau ni Azreen Zunairah. 

Oklah bye !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...