Monday, November 17, 2014

Keropok Warna Pink ?

Assalammualaikum !

Hari ni hari Isnin yang yokk ! Sebab apa yokk sebab aku cuti. Best wei cuti hari Isnin. Aku tak berapa suka kalau ambil cuti hari Jumaat sebab yelah kan, nanti cuti  3 hari kan, Jumaat Sabtu Ahad. Lepas tu, hari isnin malas yang amat nak pergi kerja. Monday blues kan. Tapi sebenarnya sama je pun. Esok still kena kerja jugak kan. Nak buat macam mana kan. Kalau tak kerja tak adalah duit nak makan sedap-sedap. Huahuahua.

So disebabkan aku cuti hari ni, pagi-pagi lagi emak aku dah masuk bilik aku, "kakyong..hari ni kita balik kampung kejap ehh, nak tengok uwan dekat kampung kejap ". Aku pun angguk-angguk je sebab time tu tengah mamai kan. Pukul 12 tengah hari gerak pergi kampung, mata dah nampak makanan yang jual dekat Ulu Bendul. Yelah time tu pun dah tengah hari kan, lapar je lah perut ni kan. Huhuhu. Ahhh sebenarnya tak nak mengaku kan yang kau memang selalu lapar.


Sources : Encik Google

Lepak-lepak rumah uwan sampai pukul 4 petang, terus emak aku ajak balik sebab pukul 5 adik aku keluar sekolah, nak kena jemput dia pulak kan. Aku ni sebagai anak yang mithali, hanya menurut perintah sahaja. You can't say no no no. Eleh sebenarnya tak sabar nak membeli belah dekat Ulu Bendul. Huahuahua.





Sampai sana dah buntang mata nak beli apa kan, padahal masa dekat rumah uwan tadi dah bedal nasi sepinggan dengan ayam goreng. Tapi bila dah nampak benda alah ni depan mata, serta merta lah perut ni jadi lapar balik. Huahuahua. So ambil lah secucuk dua dengan sopan sebab dekat depan aku ada abang handsome. Tapi secucuk dua tu rasa tak cukup pulak, terus ambil 4 cucuk terus. Nafsu semua ni wei, nafsu ! Pedulikan abang handsome dekat depan tu. Mihmihmih

Yang paling best kan, dapat keropok favourite dari kecil wei. Siapa yang ajar aku makan benda alah ni pun aku tak tahu lah. Tau-tau je sampai sekarang still suka makan keropok ni. Keropok yang aku maksud kan ialah :




Tadaaaa ! Ni lah keropok yang dimaksudkan, memang nama dia keropok Palembang. Tapi aku panggil keropok pink. Iollss memang suka sangat dengan segala benda warna pink ni. Dulu masa aku tak dapat balik kampung, aku sanggup mintak emak aku belikan keropok ni. Last-last yang aku dapat keropok pink lemau. Kecewa je hakak ! Tapi lemau-lemau pun habis jugak. hehehe




Close up sikit ! Warna pink yang amat-amat memukau hati beta. Sekarang ni dah berjangkit dekat adik aku yang kecil pulak. Pun suka jugak keropok pink ni. Lepas ni kena beli dua bungkus lah, mana cukup wei satu bungkus. Seorang satu bungkus. Baru adil dan saksama kata kau !




Selfie tu of course akan berlaku setiap kali aku update entry baru. Jangan muntah ok. Sebenarnya time ni baru lepas melantak nasi dengan ayam goreng. Tuh yang kuyu je mata tu. Last-last tertidur jugak walaupun dah berazam tak nak tidur siang. Keropok pink jugak yang sedar kan iteww ! Apahal tiba-tiba nak buat bahasa rempit.

Oklah bye !


4 comments:

Najlaa 'Aqilah said...

very bright pink! macam tak sesuai je nak makan haha

sincerely,
Najlaa 'Aqilah

Izzati Amira said...

teringat masa budak2 dulu.. panggil ni kopok kaler pink je.. hihi

Azreen Zunairah said...

Najlaa Aqilah: sedaplah...cuba try test...

Azreen Zunairah said...

Izzati Amira: samalah kita..sampai sekarang panggil keropok pink

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...