Wednesday, November 14, 2012

Cerita Deepavali saya !

Assalammualaikum !

Sekejap ehhh ! Iklan kejap. Tadikan lepas tengok cerita Mimpi Cinderella yang ada watak Saleha yang apa entah nama sebenar dia and wayak hero si Emir or nama sebenarnya Afiq Muiz, terus aku rasa nak google gambar-gambar si Afiq Muiz. Hamboiii ! Kalau watak hero tuh memanjang je lah ingat full name dia. Cuba jawab bila orang tanya nama menteri-menteri dekat Malaysia ni, mampos tak tahu nak jawab sebab bukannya kenal sangat pon ! Nampak sangat Sejarah dulu dapat C kan. Hahaha motip nak bagi tahu result time SPM dulu dekat sini. Hehehe. So selepas dah berusaha dengan jayanya meng ‘google’, dapat lah aku seketul gambar Afiq Muiz yang aku rasa hot sampai nak terkentut dah aku rasa ni. Jom layan sat !

DSC_0500

Wahhhh hensemnya ! Seketol je lah aku bagi. Nama pon kata aku nak bagi layan seketol je. So seketol gambar je lah aku tempek dekat sini. Biar korang pulak gigih nak meng ‘google’ gambar mamat hot ni.

So berbalik kepada cerita Deepavali yang aku nak sangat-sangat cerita ni, aku nak wish dulu Happy Deepaali to yuollls ! Walaupun dah lambat sangat tapi aku rasa sekarang ni still dalam mood Deepavali lagi kot. So macam mana sekali pun aku nak wish jugak !

Pasal cerita Deepavali aku, actually  aku tak terfikir pun nak ikut akak-akak ofis aku pergi beraya Deepavali sebab banyak kerja yang kena buat, tapi disebabkan aku pikir dari melangok dekat rumah, baik aku pergi jalan-jalan. Dapat jugak makan free kan. Hehehe. So dengan hati yang murni lagi suci bersih, aku pun dengan rela hati follow akak office aku beraya dekat rumah kakak office aku yang Indian.

IMG_1491

Sementara tunggu kakak office aku, Kak Loo, aku bantai paksa emak aku tangkapkan gambar aku. Huahuahua ! Feeling-feeling macam pokok emak aku tuh berbau harumlah kan. Tapi phuii ! Bunga pun takda wei. Eksyen je lebih ! Emak aku pun sama, suruh aku posing macam-macam gaya. Wahh emak semakin memahami aku.

So rumah pertama yang diserbu adalah rumah Kak Gowri !! Rumah kak Gowri ni dekat je dengan rumah aku, tapi disebabkan dah excited, pagi-pagi lagi aku dengan akak-akak yang lain dah tercongok dekat rumah kak Gowri. Hehehehe ! Orang lain yang sambut Deepavali pun tak over macam kitorang yang tak sambut ni tau. Hehehe !

IMG_1496

Inilah dia Kak Gowri ! Yang sebelah dia tuh bukan anak dia tau, tapi anak saudara dia. So kalau-kalau ada lah blogger Indian yang berkenan dengan kak Gowri aku ni, janganlah segan-segan nak calling-calling aku mintak nombor dia dekat aku ehh ! Motip sangat ! Macamlah ada blogger Indian yang nak sangat baca blog kau ni kan. Entah paham entah tidak dengan bahasa yang aku tulis ni.

IMG_1493

Yeahhh ! Kuih raya. Kitorang semua masuk-masuk je, terus kak Gowri bagi makan kuih raya tau. Aku ingatkan Hari Raya je yang bagi kuih raya. Deepavali pun bagi kuih raya tau. Yang lagi best, semua kuih ni kak Gowri yang buat tau. Memang gigih habis lah ! Aku ni pun walau macam mana gigih pun buat kuih raya, mesti terselit jugaklah kuih tunjuk. Hehehe.

IMG_1500

Yang paling aku ingat, cookies ni lah sebab rasa dia Masyaallah sedapnya. Ni betul ok cookies, bukan ladoo ke, vadey ke. Bukan tau ! Aku nak tapau sebenarnya biskut ni tapi tak terluah pulak.

IMG_1494

Ini lah muka-muka yang tak cukup sekadar makan kuih raya je. Mesti nak lebih dari kuih raya tau ! Kalau tak memang tak kenyang and rasa dunia tuh tak lengkap ibarat kapal terbang tanpa sayapnya. Haaaaa ! Over tak ayat aku ni. Memang hyperbola melambung-lambung tingginya.

Maybe kak Gowri paham kot yang kitorang ni tak kenyang lagi. Dia pun ajak makan tosei. Yeahh ! Muka kami-kami yang innocent ni berjaya membuatkan kak Gowri mengajak kami-kami ni semua makan. Hahahaha ! Padahal dah bagitahu seminggu awal nak datang beraya rumah dia kan.

IMG_1502

IMG_1503

IMG_1505

Ayam masala + Tosei + Kuah kari dhal + kuah kelapa apa entah.

Jangan tanya dekat atas tuh pinggan siapa ok ! harus lah pinggan tuan empunya blog. Nampak sangat tamak kan sebab ambil ayam sampai dua ketul. Alang-alang nak makan tuh, biar sungguh-sungguh. Over sangat nak ssungguh-sungguh tau. Kata je lah yang kau memang kebulur kan.

IMG_1508

Saja je nak selitkan muka-muka orang yang puas hati sangat-sangat sebab kekenyangan. Haruslah puas hati tau sebab makanan yang kak Gowri masak semuanya sedap-sedap, lagi-lagi ayam masala tau.

Selepas sesi beramah mesra dengan mak kak Gowri and adik-adik kak Gowri, kitorang semua pun bergeraklah ke destinasi seterusnya. Mohh kita ke Felda Bukit Rokan Kuala Pilah. Pergi rumah kak Pushppa pulak !

Sampai-sampai je dekat rumah kak Pushppa, kepala aku da macam mengong-mengong sikit. Maybe sebab duduk belakang. Aku ni dahlah terbiasa sejak azali jadi driver je. Alih-alih jadi penumpang pulak and duduk dekat belakang.

Then sama jugak macam rumah kak Gowri, rumah kak Pushppa banyak sangat kuih raya. Aku dah rasa macam satu Malaysia dah. Kuih raya ni semua kaum buat kalau sambut raya. Lepas dah melayan pembuka selera, iaitu kuih raya yang maha sedap, kak Pushppa ajak makan lagi ! Yeahhhhh

IMG_1512

Apakah ini? Inilah dia Idli. Rasa dia macam pau kosong tuh tapi ada masam-masam sikit. Sedap sangat kalau makan dengan kari ayam. Umpphhh !

IMG_1513

Makan atas daun pisang yuoolllss ! Ada Idli, sambal udang, rendang ayam, ayam kari, vadey dengan nasi tomato. Kak Pushppa suruh request, nak makan atas daun pisang or pinggan. Aku request nak makan atas pinggan. Ngada-ngada tak ! Suka sangat nak kotorkan pinggan tau. Yang gambar atas ni pun bukan aku punya pon. Kawan office aku si Bibiey yang punya. Tuh yang penuh semacam je. Huahuahua ! Jangan marah ehhh Bibiey !

IMG_1515

IMG_1516

Wahhh sedapnya ! Tiba-tiba nak makan coleslaw yang kak Pushppa buat tuh. Sedapnya ! Dah rasa lapar balik dah bersama perut yang dah berbunyi kriukk kriukk asli. Over tau !

IMG_1523

IMG_1520

Bersama-sama kakak-kakak office tersayang. See see boleh nampak kan macam mana laju and khusyuk nya kitorang makan. Sampai dah macam-macam ghupe dah kitorang ni.

Lepas dah kenyang and bertenaga, jom kita kait buah rambutan !! Motip sangat nak cakap bertenaga kan, padahal dekat rumah Kak Gowri tadi dah penuhkan perut dengan tosei kan !

IMG_1526

Ngada-ngada sangat kan macam lah tak pernah makan buah rambutan. Time ni pulak buah rambutan baru nak menguning, so memang rakuslah kan kitorang semua botakkan pokok rambutan tuh !

IMG_1530

Inilah hasilnya setelah kami-kami semua meng ‘harvest’ kebun kami. Wahh ingat Farmville ke hape, nak harvest-harvest bagai. Boleh dikatakan banyak jugaklah yang kitorang bawak balik. Tapi tak apa, boring-boring dekat office boleh kunyah-kunyah buah rambutan. Hehehehe !

IMG_1537

Sesi menjemur semua-semua rambutan supaya semut yang nak tumpang balik ke Seremban tak berjaya nak tumpang. Still tinggal dekat tempat asal jugak. So dengan kejamnya, aku dengan Bibiey, tak cukup jemur semut ni semua dekat lantai yang panas, kitorang rendam pulak dalam air. Kejam tak ???

IMG_1548

Mak Kak Balqis dah call dah. Nak suruh balik letteww ! Ye nak balik dah ni. Perut kenyang suka hati.

For Kak Gowri and Kak Pushppa, thanks for all food yang akak-akak bagi kitorang makan. Memang sedap sangat-sangat. Happy Deepavali.

Ok bye !

2 comments:

Alex liau said...

Tak tersengaja buka web nih terlihat pula wanita yg guna baju coklat dng kain hitam melapisi lenganx aduhaimak cantikx subhanallah

Alex liau said...

Tak tersengaja buka web nih terlihat pula wanita yg guna baju coklat dng kain hitam melapisi lenganx aduhaimak cantikx subhanallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...