Sunday, February 5, 2012

Try membuat Red Velvet Cake ! =)

Assalammualaikum !

Aiishhh rasa macam hari ni dah hari Isnin padahal baru je hari Ahad. Dengan secara tiba-tiba tak sabar nak hari Isnin pulak. Selalunya malas je rasanya bila dah hari Isnin tuh. Ok kita tinggalkan topik hari Isnin.

Actually, dah lama dah nak buat red velvet cake ni sebab ada seorang kakak office aku ni memang minat sangat makan kek ni. So, aku beranikan diri nak buat kek ni even tak ada pengalaman pun buat kek ni. Just dengar orang cakap kek ni memang sedap lagi-lagi cream cheese dia. Aku kalau dengar cream cheese memang terover excited jadinya sebab aku memang minat dengan segala benda alah yang ada cheese. Sebab tuh cholesterol dalam badan ni tinggi.

Before aku share resipi red velvet cake or dalam bahasa Melayu nya kek baldu merah ni, jom tengok dulu hasilnya ehhh !

Dalindareen8215Yang ni versi cupcake punya. Aku buat enam biji cuppies je sebab malas nak buat banyak-banyak. Adunan dia dah lah banyak ! Hehehehe.

Dalindareen8221

Hah ! Yang ni versi yang besar punya. Sebab aku dah malas nak scoop sikit-sikt masuk dalam kertas cupcakes tuh, aku terus tuang dalam acuan besar terus. Hehehe gile malas kan. Kalau bab-bab decorate ni memang aku fail lah kan. Sebab tuh comot-comot je. Takpe comot-comot ni, sebab last-last masuk dalam perut jugak kan.

Actually resipi red velvet cake ni aku ambil dari myresipi.com je. Tapi aku ubah sikit-sikit lah ikut tekak aku ni. So ini resipi red velvet cake tuh ehh :-

RED VELVET CAKE

Bahan kering

  • 4 cup tepung kek
  • 4 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis
  • 2 sudu pewarna merah
  • 1 ketul butter (guna buttercup kalau nak sedap tau)
  • 2 1/2 cup gula aising
  • Telur 4 biji (asingkan putih dengan kuning telur)

Untuk butter milk :

  • 2 cup susu fullcream dutch lady campurkan dengan 1 sudu besar cuka putih then simpan dalam peti sejuk.

Untuk cream cheese frosting:

  • 1 buku cream cheese
  • 1/2 cup butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cup gula aising yang diayak

Cara-cara membuat:

  • Pukul putih telur dengan gula icing sampai kembang. kira macam meringue lah.
  • Mix butter, lebihan gula icing, dan semua bahan lain kecuali tepung hingga rata.
  • Masukkan tepung, buttermilk, and putih telur berselang seli.
  • Bakar dalam suhu 150 celcius dalam masa 30 minit atau sehingga masak.
  • Untuk cream cheese frosting: mix semua bahan and pukul, pukul dan pukul lagi. Then sapukan ke atas kek yang dah siap dibakar. Harus decorate cantik-cantik ok !

SIAP DAH !

See senang je kan ! Sebab tuh aku berani nak buat sebab bahan dia tak banyak mana pun. And yang penting memang sedap sangat-sangat. Tak percaya silalah buat. Jom kita tengok muka yang excited sebab dapat kek yang aku buat ni !

402132_315235295180159_100000810720002_818219_844473969_n

Actually aku buat untuk birthday girl yang tudung pink tu. Kakak kesayangan aku dekat office, Kak Balqis yang belah kanan tuh. Hehehe ! Tapi kakak aku yang sorang lagi tuh, Kak Ayu memang sengaja nak enterprem even besday dia lambat je lagi. Lokasi gambar ni ditangkap terpaksa dirahsiakan. Takut dapat warning letter pulak dari HR. Huhuhuhu ! yelah orang lain buat kerja, kitorang dok tangkap gambar.
 
Oklah, nanti kalau korang dah buat kek ni, jangan lupa share dengan aku tau. yang penting kek ni memang sedap sangat !
 
Bebboiii !

 

     
     

8 comments:

Hanis MY said...

yummm tq share recipe...

Azreen Zunairah said...

welcome2..nanti wat tau...tunjuk kat kita..huhuhuhu

syada aflaa said...

kak areen, nak try lah nanti. yummeh !

Azreen Zunairah said...

syada: trylah..sedap !!!

~:: awE ::~ said...

SedapNyer...... :)

cIk JanNah said...

wah pandainya buat kek!! jeless

Azreen Zunairah said...

awe: sedap...memang sedap tau !

Azreen Zunairah said...

cik jannah:xdalah pandai mana pon..bese2 je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...