Sunday, November 13, 2011

Memang tak normal hidup ni kalau perempuan tak suka mekap !

Assalammualaikum !

Hari ni entah kenapa aku tiba-tiba rajin pulak nak rendam semua maskara aku yang dah kering tuh dalam air panas. Sebenarnya bukan apa pun, sebab hari ni hormon nak melawa tersangatlah tinggi. Lagi-lagi hari ni ada jemputan kenduri kahwin saudara belah emak aku. Lagilah perasaan tuh meluap-luap nak melawa kan.

Lagi-lagi pulak semenjak aku dah kerja ni, tak ada satu apa pun mekap yang tercalit dekat muka ni. Memang bogel habis muka aku ni kalau time pergi kerja. Lepas mandi je, terus sarung baju and sarung tudung. Tak adalah hati nak pakai bedak ke, nak pakai lipstik ke. Even lipbalm pun aku pakai just masa bibir aku dah betul-betul kering. Memang gile sadis dah hidup aku sekarang ni. Tapi bila dating or keluar pergi jalan mana-mana dengan kawan aku, kemain lagi nak mekap bagai. So hari ni disebabkan nak pergi kenduri kahwin, aku terpaksa lah keluarkan barang mekap yang dah lama aku tak sentuh. Tuh sebablah aku terpaksa rendam maskara dalam air panas. Sebabnya dah terlampau kering dah dalam bekas tuh. Nak beli baru macam membazir, so jalan penyelesaiannya aku just campak je dalam air panas. Tak rugi and tak payah nak beli yang lain !

Dalindareen7861Muka yang suci lagi bersih selepas mandi ok ! Tolong jangan ambil berat eye bag aku yang dah berkumpul dekat bawah mata tuh ! Aku pun tak tahu macam mana nak hilang kan eye bag tuh. Kalau ada sesiapa yang ada petua yang mujarab and paling senang, bagitau aku ok !

Dalindareen7864 

Muka selepas mekap ! Betul lah orang cakap, kuasa mekap ni memang boleh ubah muka orang tak cantik jadi cantik. Macam tuh lah jugak aku. Aku memang suka main dengan mekap ni. Lagi suka kalau aku dapat cantikkan muka orang.

So kepada sesiapa yang nak suruh aku conteng muka dia, silalah bagi tahu ok ! Wah tetiba nak promote diri, kau apahal. huhuhu ! oklah malam-malam buta ni dah tak ada idea nak update bagai. Idea pun tepu je dalam pale otak ni.

Oklah bebboiii !

3 comments:

Mrs. Amad said...

waahhh..maknenye tak normal la akak arini n ari2 sblmnye sbb akak tak ske bmekap..hihhihii..

damha said...

slm reen...makeup mmg x dpt lari drp wanita....sbg penambah daya tarikan seorang yg bernama wanita yg sememangnya suka kelihatan cantik menawan...tapi ade juga org yg sukakan wajah yg asli tanpa sebarang makeup ...terserlah keayuannya yg sejati...saya undi pic yg no 2 tu tau...he3333...*_*

Nzyrahun said...

aku suka makeup tapi aku malas nak remove , at the end tak makeup pun heheehh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...