Assalammualaikum !
Aduhai boringnya duduk rumah sebab tak ada apa yang boleh aku buat selain basuh pinggan, masak nasi, masak lauk, ampai baju, jemput adik sekolah and hantar adik-adik aku pergi sekolah balik. Kalau mak aku nak pergi bayar bil or pergi mana-mana, secara tak langsung aku lah yang kena jadi driver. Fuhhh !
Cerita pasal jadi driver ni kan, dulunya masa aku baru first time dapat lesen, punyalah bersemangat aku nak bawak kereta ke hulu ke hilir tau. Kiranya aku memang volunteer untuk jadi driver lah kalau mak aku atau ayah aku nak pergi mana. Punyalah semangat time tuh.
Aku ingat lagi, aku dapat lesen P seminggu sebelum result SPM keluar masa tahun 2007. And disebabkan dah kemaruk sangat nak pegang stereng kereta, next week tuh aku bantai jemput semua kawan-kawan aku yang datang dari KL dekat KTM then baru lah pergi ambil result sama-sama. Kalau difikirkan balik, bukannya diorang tak boleh datang rumah aku pun just aku ni je gatal. Yelah baru dapat lesen lah katakan. Sampai-sampai je dekat sekolah, rasa kembang nak mampos sebab semua orang pandang-pandang aku bawak kereta. Wahh ! Memang rasa nak menjerit kau ada lesen ke ?? ado ?? ado?? Hahahaha !
Tapi yang sedihnya masa ni, aku just pandai bawak kereta Myvi je sebab yelah kereta tuh kan cinonet. So senang nak cilok dekat mana-mana kan. Ada satu time tuh, aku terpaksa bawak kereta Proton mak aku sebab kereta Myvi tak ada. Dan dan time tuh jugaklah minyak habis. Aku pergilah stesen minyak sambil bawak kereta yang gedabak panjang tuh. Masa tuh adik aku ikut sekali. Kalau korang perasan lah, mostly kereta perodua like Myvi, tank minyak dia dekat belah kiri kan and tank minyak untuk kereta proton belah kanan. So disebabkan dah biasa dengan kereta Myvi je, aku pun pergilah letak kereta proton ni dekat tempat yang aku biasa isi minyak untuk kereta Myvi. So korang boleh bayangkan tak ! Dahlah tali tuh pendek and time tuh pulak aku ter-parking jauh pulak. Adoii ! Memang berusaha habis aku tarik tali tuh. Last-last minyak tumpah and membazir begitu sahaja. Balik-balik rumah aku langgar pulak pasu mak aku.
See aku memang tak boleh bawak kereta panjang. And semenjak dari tuh, aku dah tak suka nak bawak kereta Proton mak aku. Haiishhh seriau aku tau tak ! Dahlah time minyak tumpah tuh, ada makcik ni siap boleh hon-hon sebab aku lambat. Padahal bukan tak ada tempat lain yang kosong. Aku memang ingat muka makcik tuh sampai bila-bila. Aiishhh geram betul aku time tuh !
Lepas tuh kan aku ada satu habit tau bila ada dalam kereta. Kawan-kawan and family aku pun mesti tahu punya. Hehehe ! Aku memang teramat suka tangkap gambar syok sendiri aku dalam kereta tau ! Tak kiralah time tuh trafik jammed ke, ada lembu mati ke kat depan, mesti aku nak tangkap gambar syok sendiri aku. Paling syiook bila dekat Melaka. Sesiapa yang duduk Melaka mostly akan familiar dengan traffic light yang memang lama nak mampos ! So disebabkan traffic light tuhlah, beratus-ratus gambar aku tangkap dalam kereta. Hehehe !
Habit tuh still diteruskan sampai sekarang. Just sekarang dah kuranglah nak tangkap gambar banyak-banyak. Maybe dah matang sikit kot. Cettt ! Hahahaha. Aku sendiri yang taip pun rasa geli bila cakap diri sendiri dah matang. Tapi tuhlah, handphone aku memang penuh dengan gambar dalam kereta yang tengah pakai seat belt, and ada jugak gambar syok sendiri celah stereng. Hehehe !
Muka yang memang sepucat-pucatnya ! Memang bila dah duduk rumah parents ni, aku dah tak make up langsung bila keluar jalan-jalan. Sebabnya, mak aku tak bagi aku make up sangat sebab nanti nak kahwin tak nampak seri pengantin tuh. Hehehe ! Adoi beranganlah kau Areen. Umur belum nak masuk duapulohsatu tahun dah berangan nak kahwin. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Bebboii !
6 comments:
waduh2...gila bangat kamo ni masa mula2 dpt lesen keta tu...ronda kesama kemari tanpa haluan...kau redah je kemana saja....he3333...selamat memandu reen...
lama2 nanti mesti malas dah nak drive :P
damha: tuhlah pasal..huhuhu..skang da malas nak bawak keta da...
fid: memang dah malas sgt dah pon..huhuhu
jangan guna phone ketika memandu. oprah marah!
shandye: nape oprah marah...huhuhu
Post a Comment