Tuesday, May 10, 2011

Mehh sini aku saja-saja nak tunjuk video group K-pop versi Malaysia yang bajet hot !

Assalammualaikum !

Isu ni maybe dah basi bagi peminat-peminat K-pop dekat luar sana sebab tiap-tiap hari orang dok post dekat FB pasal group wannabe yang nak sangat jadi macam K-pop hot dekat luar sana tuh. Kalau sesiapa yang ada belog macam aku ni, setiap hari orang akan dok update pasal benda alah yang tak berfaedah ni. Tapi dah namanya pun tak berfaedah kan. So aku nak jugak lah tempekkan sebijik dua video K-pop wannabe ni.

Before that, sesiapa yang macam blur-blur lagi, mehh sini aku nak kembalikan balik ingatan korang tuh. Sajalah kan, even isu ni dah basi, dah lapuk dah pun. Aku saja je lah nak bangkitkan isu ni balik. Huhuhu ! So korang ingat lagi tak mamat-mamat hot dekat bawah ni ?

224892_216700128356658_216664301693574_847078_7710679_n

217042_216666948359976_216664301693574_846888_5049562_n

Adoiyai ! Apahal lah kalau aku tengok gambar dekat bawah ni mesti aku fokus dekat tang mamat yang dok gigit jari yang barisan depan and kiri sekali tuh. Wei lempang laju-laju nak tak ! Tension pulak aku tengok.

Kalau korang still blur-blur jugak, hari tuh aku ada buat entry pasal benda ni jugak. Kalau nak baca silalah TEKAN ok ! Kalau nak tahu, diorang pun ada jugak video wannabe diorang yang nak tiru K-pop ni. Mula-mula aku tak tahu jugak pasal video ni, tapi kawan aku ada link kan dekat aku so apa lagi. Aku pun rasa gatal tangan yang kematu ni nak share jugak dengan korang. So korang tengoklah dulu video dekat bawah ni ok !

K-pop Wannabe- Max 24/7

Serius macam.. What the fat ! Sebab apa aku rasa macam tuh ? Sebabnya diorang ni mula-mula beria-ia cakap yang group diorang ni tak tiru Super Junior langsung and tak kenal pun siap Super Junior. Tapi bila aku tengok video ni, memang rasa macam nak lempang sekor-sekor. Yelah, tadi beria-ia kata tak kenal Super Junior tapi bila menari boleh pulak cara tarian tuh nak dekat sama dengan tarian Suju. Haishhh geram gila aku tau ! Tak memasal. Heheheh.

Yang paling bestlah kan, dekat FB siap ada group yang anti bebenor dengan group K-pop wannabe ni. Aku pun dok like jugak and bila baca balik komen-komen orang yang dok like. Serius rasa nak gelak sampai mampus ! Hahahaha. Ada tuh yang siap kena block dengan official fanpage group K-pop Wannabe ni. So kepada sesiapa yang boring malam ni, mehh lah ikut aku join sekali group anti K-pop ni. Gile best tau !

TEKAN

Aku ingatkan dekat Malaysia je yang ada orang beria-ia nak tiru K-pop. Rupanya dekat Indonesia pun ada jugak. Tapi kalau korang tengok lah dekat video bawah ni kejap lagi. Mostly group K-pop wannabe dari Indonesia ni jambu-jambu lah jugak. So kira padan lah kan. Tak macam Malaysia, warna kulit dah sah-sah coklat, ada hati juga nak tiru K-pop. So marilah kita bersama-sama tengok video K-pop wannabe dari Indon ni:-

I heart you !

Better lah kot dari group 24:7 kat Malaysia ni. Sebab muka diorang putih-putih so adalah rupa sikit. Tapi rasa macam annoying jugak sebab semua nak tiru K-pop. Aduhai ! Tak boleh ke buat imej sendiri. Dengan imej tuhlah orang akan kenal and ingat kau. Ni tak, dok tiru orang sebijik-sebijik. Kau ingat orang suka ke kau dok tiru-tiru. Lagi orang benci adalah. Just be yourself.

Bebbboiii !

8 comments:

hana said...

leh muntah darah tgk k-pop wannabe ni..aish...

Azreen Zunairah said...

hana: tuhlah pasal..dah muntah da pon..hahahaha

me myself and time said...

xsah la tunjuk body!
ni mlysia do bkn korea..aiyoo

shandye. said...

memula rasa macam tak fair la kan ramai blogger dok kutuk2 boyband ala2 k-pop nih but then setelah menyiksa mata tengok klip kat entri ni....

saya terpaksa akur dan setuju dgn kutukan mereka semua. oops...

hahaha...

Azreen Zunairah said...

me myself and time: betul tuh wei..siksa mata aku dok tengok..huhuhu

Azreen Zunairah said...

shandye: hehehehehe

Aku Afzal said...

haha.adeh lawak.macam kacang buncis sekor2.siap angkat ketiak tinggi2 lagi..adoi budak mana la ni weh

Azreen Zunairah said...

aku afzal: ontah..tah jadah mana dtgnya budak2 ni semua tah..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...