Assalammualaikum !
Ohhoiii ! Buat gaya M. Daud Kilau melaung. Boleh ? Hahaha !Hari ni aku berazam nak merajinkan diri buat entry sebijik dua then blogwalking and sambil-sambil tuh follow and main komen-komen dekat semua entry yang update hari ni. See gile rajin kan aku. Yelah aku nak balaslah dendam balik sebab lately ni aku banyak mendiamkan diri dalam dunia blog ni. Pasal apa ? Biarlah aku sorang je yang tahu. Hehehe. Tak ada benda yang serius pun.
So disebabkan sekarang ni dok berpuluh movie baru yang keluar dekat wayang. Aku nak share lah apa yang aku tak suka bila tengah ada dalam wayang which is mean masa tengah tengok movie lah. Hehehe ! Antara benda-benda yang aku tak suka ialah:-
Kepala orang yang duduk depan aku besar sangat sampai tak nampak skrin !
Sumber Pakcik Google !
Hadoi ! Yang benda alah ni memang kepantangan aku lah. Kalau orang yang duduk depan aku ni statik je duduk dekat seat dia tak apa jugak. Ni tak ! Kejap lentok kepala dekat kiri, kejap lagi dok lentok kepala dekat kanan. Lepas tuh tegakkan kepala pulak. Aishhh tension nya lah aku yang duduk belakang dia ni. Kadang-kadang tuh aku yang penat ikut lenggok kepala dia. Kalau dia lentok kanan, aku lentoklah kepala aku belah kiri. And begitulah sebaliknya. Masa ni tak payah cakaplah. Memang mood aku dah spoil habis nak tengok wayang tuh. Berpeluh je aku time tengok wayang ni. Yelah dah panas hati punya pasal. Kesudahannya, aku tidur and tak tengok movie tuh langsung. Membazir duit aku tau.
Orang belakang yang letak kaki dekat belakang seat aku duduk then goyang-goyang kan kaki dia !
Aiishhh yang ni aku tak tahulah apa masalahnya orang yang dok belakang aku ni. Aku taulah kau tengah syiook tengok movie tuh tapi janganlah disebabkan terlampau menghayati jalan cerita tuh, dengan kaki-kaki kau sekali dok bergoyang-goyang. Kadang-kadang tuh kan bila aku dah tak tahan sangat. Aku buatlah hint macam toleh-toleh belakang kejap and tengok muka dia. Tak pun buat bunyi-bunyi sikit and goyang-goyang seat yang aku duduk tuh sendiri. Huh ! Alang-alang kau dah main shuffle kaki dekat seat aku, aku pun nak join sama jugak dok goyang-goyang kepala jugak. Tapi bila aku dah buat hint macam tuh, kejap jelah kaki orang belakang aku ni diam, lepas tuh bila dah sampai part yang best, dia dok goyang balik. Aiishhh ! Entah apo masalah ehh tah.
Seriously, aku memang tak akan letak kaki aku dekat seat orang depan and kalau boleh time aku keluar pun aku tak nak usik lansung seat dia. Sebab aku tahu macam mana perasaan bila diganggu oleh goyangan shuffle kaki dari orang belakang. Memang sakit hati. Nak tengok movie pun terus tak ada mood sebab otak dah mengong-mengong kena goyang dengan orang belakang. Hehehehehe !
Orang keluar masuk panggung wayang time movie dah start !
Aku tak tahu lah apa masalahnya diorang ni. Nak katakan pergi tandas tapi takkan lah berkali-kali nak keluar masuk tandas kan. Hadoii aiii ! Dahlah menghalang mata aku nak tengok skrin dekat depan tuh hah. Lepas tuh sibuk nak keluar masuk. Bila kau dah bangun tuh secara automatik aku akan terpandang dekat kau. So dengan secara automatiklah jugak aku terlepas scene-scene yang best nak mampos. Haiyoo ! Kau tau tak aku tension.
Orang yang dok ber soksek-soksek time tengah tengok movie. or dengan kata lainnya, buat bising. Jadah tah !
Maybe benda ni dah biasa sangat korang nampak kot. Ada satu time tuh, aku tak ingatlah aku tengok movie apa. Ada sekumpulan budak perempuan, tak silap aku baru lepas sekolah lah kot. Dok buat bising bila duduk dekat seat masing-masing. Dahlah duduk depan sekali, lepas tuh nak buat bising pulak. Yang lagi syiooknya, bila group budak perempuan tuh bantai tergelak kuat-kuat, ada pulak group lelaki lain yang pergi boo group perempuan ni. Penyudahnya, group perempuan ni terus diam macam masing-masing tercekik popcorn je. Lepas tuh lepas movie habis, cepat-cepat diorang keluar dari panggung tuh. Tahu pulak malukan. Adoii pelik aku lah.
Tuhlah serba sedikit yang aku tak suka bila duduk dalam panggung wayang. Tapi tah kenapa malang sangat nasib aku, kalau tengok wayang mesti salah satu benda alah dekat atas ni terjadi dekat aku. Apa yang aku boleh buat just sabor je lah ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.
Apa yang penting ~ kita sabor jelah ! Hehehe.
Bebboiii !
24 comments:
hahaha..paling tak suka da duduk,pastu sebok nak keluar..badan kecik takpe..ni sampai bergoyang2
tahu xpe..org blakang suke tendg2 seat..geram je rase...
tp lagi parah kalo foreigner dok sblh..dok wat kissing2 plak kat sblh...sabau jerlaa
cik ayin: tuhlah pasal kan..menyakitkan hati betul..rasa nak terajang pun ada gak..huhuhu
hana hani: yg foreigner dok sebelah tuh..reen x penah rasa lah..tp mmg rmi reen nampak dok wat projek..rasa nak lempang je kan..huhuhu
heh..mmg btol sume2 nie..pling leen baran lau owg dok goyang kaki kat seat kte..penah dlu smpi nak gado taw..hihi yg pling x tahan,leen n bf g dok blkg owg 2 pas2 ktowg goyang kaki kat seat die..padan muka!haha:)
wahh !! lagi bagus ehhh..tp tuh nasib baik ada seat kosong kat belakang dia ehh..bet gile balas dendam kan..huhuhu
semua yg reen ckp kat ats ni.. shera sokong..
spoilt mood kan..
agak ah.. lagi 1.. klo org tu da tgok muvi tu, pastu dye cite kt kte pe jadi lepas tuh.. tensen jee
shera: memang pon..wat sakit ati nak tgk movie je..hehehe
dhilla: hehehe memang sakit ati..da x surprise kan..huhuhu
keh3` sbr je la..panggung tu kena share heheh
stakat nie, tak tejadi lagi la bende nie ^^
alinac: hehehe tuhlah pasal..nak x nak kena sabor kan
hannani: wah awak memang insan paling bertuah..huhuhu
hahahaaha..betul tu..tak suke org yg buat bising dlm wayang..grr...=)
fiera: kan2..x suka langsung lah
kalau org kua panggung tak masuk2 lg, itu gua suke.. haha..
Fie: samalah..suka gak..huhuhu
ermm..setakat ni semua kena "psssttt" kalo ada benda mcm ni hehe..muka awk sedih je ni frust ker?
elih: x dalah..geram sebab mcm2 hal..huhuhu
mcm2 feel yg ada dlm pawagam tu...masa filem tu dah start le mcm2 karenah yg ada...amat menganggu gugat ketenteraman awam...he333
damha: amat betul semua tuh..huhuhuhu
tak pernah alami kot, . . lagipun selalu tengok wayang setahun 1 atau 2 kali je, . . . sabor je la kawan
yang pling ak x sker bler tgok wyang dngan mmber yang dh tgok citer tu bnyak kli ...bru nk amik feel die dh stat citer mcmmane prjalanan cter tu....baik ak byor duit kt dier pstu ak sruh die story dr mula smpai abis lg snang
Post a Comment