Thursday, May 26, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia !

Assalammualaikum !

Fuhh Fuhh tiup semua habuk yang dah bersawang dalam ni. Ehh ! Siap ada labah-labah pondan tersangkut lagi dekat sawang tuh. Aduh ! Punyalah lama kan aku tak update belog ni. Bukan apa, sebagai penganggur yang berjaya, sudah menjadi tanggungjawab aku nak pergi cari kerja. So memang sejak dua menjak ni hidup aku busy lah sangat-sangat. Disebabkan nak datangkan balik mood mengarang cerita yang tak berfaedah dekat belog tercinta ni, aku nak join satu segmen yang memang hot dalam kalangan blogger. Segmen yang aku nak join ialah :-

BPM-2011-745x180

TEKAN SINI UNTUK JOIN JUGAK !

So mehh sini dengar cerita yang aku nak dok gebang ni. Actually aku start berblogging tahun 2008. See punyalah lama kan blog aku ni wujud tapi follower still seciput je. Dulu masa aku mula-mula buat belog, entry-entry aku semuanya pasal boipren aku. Kiranya blog ni tempat untuk aku meluahkan perasaan lah.

Aku nak buat belog ni pun sebab aku memang terpengaruh habis bila baca blog seorang kakak yang memang aku adore sejak dari dulu sampailah sekarang. Tak tahu lah kenapa, dia memang bagi impak yang besar dekat aku dalam dunia blog ni sampaikan masa mula-mula aku buat blog dulu pun, template blog dia pun aku nak tiru. See see korang boleh nampak macam mana berpengaruhnya seorang kakak ni. So mehh lah sini aku nak kenalkan siapakah insan bertuah itu. Dia tak lain tak bukan adalah :

31507_135421156473340_100000163687640_406998_3970684_n

Ynaa oh Ynaa

Seriously, kak Yenadey ni memang tak adalah ajar aku macam mana nak buat blog sebijik-sebijik. Tapi aku belajar cara-cara nak buat blog semua hanya dengan cara baca blog dia setiap hari. Aku tak tahulah kenapa tapi memang kalau bukak je laptop, memang blog Kak Ynaa ni tak miss lah untuk masuk dalam list blogwalking. Aku memang adore dengan cara penulisan kak ynaa ni habis-habisan and sometimes aku nak tiru cara Kak Ynaa ni berblog. Tapi sekarang macam kecewa sikitlah sebab kak Ynaa pun busy, so masa nak update blog tuh maybe terhad. Urmm sedih !

Nama Areen tembam untuk blog aku ni pulak dipilih  sebab nama tuh menggambarkan macam mana aku yang sebenar. Ada jugak kawan-kawan aku cakap, tak eloklah letak tembam. Tapi nak buat macam mana. Aku selesa dengan nama tuh. Aku pernah jugak try nak tukar tapi nama tuh still melekat dekat aku. Hurmm boleh dikatakan blog aku ni termasuk dalam kategori Blog Wanita Pilihan lah ! Hahahaha. Perasan je. Actually belum wanita lagi, still gadis lagi. Huhuhu.

So inilah serba sedikit aku nak cerita pasal kewujudan blog aku ni. So dengan rasa senang hati aku nak tag kawan-kawan yang jugak mempunyai minat yang sama macam aku iaitu berblog. Hehehehe !

Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Dah mengantuk sangat-sangat ni.

Bebboiii !

6 comments:

shandye. said...

mna ada tembam... gebu lite2 je tang pipi tuh... ngee...

p/s: tolong singgah ke link ni [Nikon Extra Ordinary Angles] & tekan 'LIKE' buleh tak? thanks in advance!

Azreen Zunairah said...

shandye: tembam lah..huhuhu...

Izz said...

hye hye..

Azreen Zunairah said...

izz: hye hye too..hehehehe

solomolo said...

singgah sebentar...
selamat hari ahad !!!~

p/s : good luck...

osHin said...

dari blog BPM :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...