Tuesday, March 15, 2011

Siapa pernah makan mee siput. Bukan siput sedut or siput bab*. Sedapnya sampai menjilat jari kaki ok !

Assalammualaikum !

Adoi gile aku nak membetulkan report final projek aku ni. Sebabnya aku pakai Microsoft Word 2010 then bila transfer dekat laptop bff aku si Wani yang pakai Word 2003, semua benda beralih. Sekarang ni bila dia dah betulkan dekat lappy dia, then masa buka dekat lappy aku, semua jadi kelam kabut balik. Tak apalah kan. Semua ni dugaan kan. Nak buat macam mana. Mini pameran untuk final projek aku ni pun hari Khamis ni. So kawan-kawan sila lah doakan final projek aku dan kawan-kawan aku yang lain diterima ramai ok. Kau buat apa wei untuk final projek kau ? Buat apa ? Nanti lah lepas mini pameran and present final projek nanti, aku ceritakan lah ehh pasal apa yang kumpulan aku buat.

So sambil-sambil dok buat report and memekak ikut lagu dekat Fly Fm, mulut pun haruslah mengunyah kan. Tak sah kalau tak mengunyah sebab nanti rasa boring akan timbul bila tak ada apa-apa nak kunyah. So aku nak bagitahu lah apa yang aku dok kunyah-kunyah dari tadi ni. Makanan yang dok kunyah ni maybe dah familiar dekat kawasan Melaka and Johor. Tapi bagi orang-orang yang tak duduk dekat sini mungkin tak kenalkan. So mehh sini aku bagitahu aku tengah kunyah apa. Makanan yang aku tengah makan tuh ialah:-

Dalindareen6499

Yes ! Aku tengah makan mee siput. Apa kobondo ehh tuh ? Alah dia kiranya macam keropok jugak. Tapi kena makan dengan sambal khas yang dia dah bagi. Baru sedap tau. Aku kenal benda ni pun dari bff aku yang duduk dekat-dekat sini jugak. Mula-mula macam takut je nak makan. Lama-lama rasa sedap je and now aku betul-betul dah ketagih nak makan benda alah ni. So dah ada dua benda lah yang aku ketagih ni. Satu sardin and satu lagi mee siput. Hehehehe !

Dalindareen6502

Hah ! Terliur tak tengok mee siput ni ? Sedap tau benda alah ni. Cubalah kalau datang Melaka or Johor, cuba korang cari benda alah ni. Mesti kalau sekali dah makan, kau akan jadi ketagih macam aku. Ada orang tak suka benda alah ni sebab rasa dia macam tawar-tawar sikit. Tapi der ! kan dia dah bagi siap-siap sos sambal dia tuh. Kau tuangkan je lah dekat mee siput ni. Memang sodap lah raso ehh ! Last-last kau yang over dari aku tak nak berhenti makan benda alah ni kan.

Dalindareen6503

Aikk ! Bila masa pulak habis mee siput ni. Tuh lah jadinya kalau mengunyah sambil buat kerja. Makanan habis pun kau tak sedar. Esok aku nak beli lagilah. Alah baru lapanpuloh sen je. Tuh pun nak berkira. Dok melantak kek Secret Recipe yang satu potong enam hengget tuh boleh pulak kan. Oklah aku nak sambung buat kerja aku balik. Nanti kalau aku rajin, aku update lah entry yang terbaru lagi ehh.

Bebbooi !

2 comments:

zazaw said...

tak pernah lagi makan mee siput
rasa macam mau terai
HAHAHHAHA

:)
saya pun oang nogori jugak
hahahahiiiii

Azreen Zunairah said...

hehehe selamat bertemu org nogori...huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...