Monday, March 14, 2011

Sengal Zone : Idola Blogger !

Assalammualaikum !

Tadi dok godek-godek semua belog yang ada dekat tepi sidebar aku ni. Sekali terbukak pulak belog Sengal Zone ! Aku memang suka baca belog mamat handsome ni sebab dia banyak anjurkan macam-macam segmen. Kira macam contest jugaklah. Tapi dia buat segmen tuh memang kreatif gile lah bagi aku. Sebenarnya aku tak pernah pun join semua segmen-segmen yang belog Sengal Zone ni anjurkan. So for the first time aku nak join lah. Mana lah tahu nasib menyebelahi aku. Aku join segmen Idola Blogger and nak tempek mamat handsome Sengal Zone punya logo. Kalau nak join boleh klik logo bawah ni ok.

Print

Bila dah join, kena jawab semua soalan yang belog Sengal Zone bagi ok. Antaranya ialah :-

Siapa Idola korang dalam blog ni ?

Idola aku semestinya seorang insan yang cantik, comel and gorgeous. Siapa lagi kalau bukan Fatin Liyana.

DSC03372

Alolo comelnya dia ! Ekk motif.

Kenapa diorang menjadi Idola korang?

Kenapa ehh aku jadikan Fatin Liyana ni sebagai idola dalam dunia blogging ni ehh ? Sebabnya, mula-mula aku nak buat belog yang tak semanggah ni. First person yang belog nya dibaca oleh aku ialah Fatin Liyana ni. Masa tuh aku ingat lagi, dia punya belog tak adalah banyak berpuluh-puluh ribu macam sekarang ni. Tapi dalam ribu-ribu jugaklah. Masa tuh jugak aku dah start suka tengok muka dia sebab muka dia comel and cantik sangat. Aku bukan lesbo ok ! So apa-apa aku akan rujuk dulu belog Fatin Liyana ni.

So aku jadikan dia idola aku sebabnya dengan entry dia yang bersahaja tuh. Dia dapat tarik ramai orang nak baca belog dia. Ditambah pula dengan pakej muka yang comel and cantik tuh, lagilah buatkan orang tertarik nak baca belog dia. Daripada situ aku dah dapat belajar, macam mana nak jadi seorang blogger yang baik, belajar cara-cara nak mekap dengan tutorial yang dia letak dekat belog dia, kenal setiap jenis nama shawl yang ada dekat pasaran and yang paling penting, aku tahu nak manage diet aku bila aku baca belog Fatin Liyana ni. Yelah dia kan bakal doktor yang hot !

Lagi satu kan, dia ni satu negeri dengan aku. Dekat mana lagi kalau bukan Negeri Sembilan. Rumah aku pun bolehlah jugak dekat dengan aku. Dia Dekat Sikamat, Seremban. Aku pulak dekat Paroi, Seremban. Dekatlah tuh kan ! Aku pun dah pernah tengok dia secara live even dapat tengok dari jauh je tapi dia memang betul-betul gorgeous bila dekat luar. So Fatin Liyana ni dah jadi macam inspirasi and idola aku untuk bergaya dengan fesyen-fesyen yang terbaru. So aku berharap aku akan jadi blogger yang berjaya macam dia jugak.

Link blog Idola korang !

Aku rasa kalau aku tak letak link belog dia pun,semua orang dah tahu kot. Tapi aku still nak tempek jugak link dia.

Tekan Sini – Pergi ke belog Fatin Liyana

Oklah selesai sudah. Bebboiii !

3 comments:

iz said...

oh dier ni ka?
hurm,idol lelaki x dak ka?hihi..

Azreen Zunairah said...

ada2...tapi abg ben lah...huhuhu...

hasrul hassan said...

Salam.
Seronok kalau dua2 blogger ini datang, singgah dan komen di blog anda kan .. hmm ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Saya pernah disinggahi dan mereka pun dah pernah tinggalkan komen di blog saya yang tak seberapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...