Saturday, March 12, 2011

Happy Birthday ayah yang ku sayang. Even ayah tak lah sekuat macam ayah orang lain tapi along tetap sayang ayah. No matter who you are !

Assalammualaikum !

Sedih betul hati aku hari ni. Sebabnya aku tak dapat nak celebrate birthday ayah aku hari ni. Semuanya sebab kekurangan duit dan nak siapkan hal final projek punya pasal. Kalau tak ada hal memang aku baliklah. Dah tak ada dah nak tanya-tanya orang. Wei minggu ni ada kelas tak? Wei minggu ni ada assignment nak kena hantar tak? Memang aku tak akan tanyalah. Aku terus je balik jumpa ayah aku. Rasa macam sedih pulak tahun ni tak dapat nak celebrate birthday ayah aku. Kalau macam tahun lepas aku dapat lah nak hadiah kan kek secret recipe sebijik. Motif ! Nak jugak mention kek secret recipe kan !

12032010535

Sebelum tuh aku nak nyanyi dulu untuk ayah aku lagu Happy Birthday. Nak buat vlog kat sini macam malu pulak sebab aku pun sedar suara aku macam katak puru tersepit pintu. So malas lah nak ngada-ngada kan menyanyi bagai. So anggaplah aku nyanyi dalam belog yang tak semenggah ni je.

Happy Birthday to you

Happy Birthday to you

Happy Birthday to Ayah

Happy Birthday to you.

Untuk pengetahuan korang semua. Ayah aku ni tak adalah sekuat or segagah ayah korang semua sebab ayah aku ni dah lama dah kena strok. Kalau diikutkan, dah sembilan tahun ayah aku sakit lumpuh or nama yang selalu orang panggil, stroke. Kadang-kadang aku jeles tau tengok ayah-ayah yang senang je nak pergi mana-mana dengan anak-anak diorang. Memang aku jeles gile. Tapi nak buat macam mana kan. Aku kena terima ayah aku seadanya.

Dulu aku mengaku, aku memang rapat sangat dengan ayah aku sebab aku lah satu-satunya anak perempuan. Tapi bila ayah aku dah sakit, aku jadi semakin tak rapat dengan ayah aku. Cakap pun dah kurang. Dulu aku punyalah takut kalau nak melawan cakap ayah aku tapi sekarang, setiap masa setiap saat aku akan lawan semua percakapan ayah aku. Memang rasa berdosa sangat-sangat and bila aku dah rasa bersalah sangat, aku akan pergi mintak maaf dengan ayah aku.

Dalindareen3652

So dekat sini aku nak bagi ucapan untuk ayah aku. Semoga ayah baca belog along ni. Hihihi :-

Happy Birthday ayah ! Masuk tahun ni dah tahun yang ke-sembilan ayah sakit. Along teringin sangat nak jalan-jalan dengan ayah macam dulu. Pergi mana-mana along akan berkepit dengan ayah. Setiap bulan ayah akan bawak along dengan mak and adik pergi melancong mana-mana. Lepas tuh setiap bulan ayah akan belikan along hadiah. And bila along mintak macam-macam dekat ayah, ayah akan bagi dekat along even benda tuh mahal. Sekarang bukan lah ayah tak bagi, tapi along tak nak mintak bukan-bukan sebab along paham ayah gunakan banyak duit untuk kos perubatan ayah. Along tak nak susah kan ayah. Cukuplah time along study ni, ayah berhabis duit sebab macam-macam along minta dekat ayah.

So along nak ucapkan semoga ayah semakin sihat dan akhirnya boleh berjalan. Semoga ayah dipanjangkan umur sebab along nak ayah tengok along berjaya. I love you ayah !

Hah ! Panjang lebarkan ucapan untuk ayah aku kan. Alah sekali-sekala kan. Bukannya selalu pun aku tempek gambar ayah aku dekat sini. Aku pun tak paksa korang untuk baca entry ni. Nak baca, bacalah. Tak nak baca sudah ! Aku tak marah pun.

Oklah aku nak sambung balik baca novel. Nak melayan emosi aku yang tengah bersedih ni dan gundah gulana ni.

Beboooi !

4 comments:

Farhana Basri said...

happy birthday uncle. may Allah bless and give good health to you. =)

Izyan said...

sedih baca entri areen nie..touching..;(

Azreen Zunairah said...

farhana:thx wish kat ayah reen...

Azreen Zunairah said...

yan:alolo..xda apa pon nak touching...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...