Sunday, December 5, 2010

Resipi: Rendang ayam cara Nogori. Bila pemalas tiba-tiba rajin nak masak !

Assalammualaikum !

Hari ni entah kenapa mak aku suruh aku masak rendang ayam yang memang menjadi feveret family aku. Aku yang masih lagi dalam mood kemalasan rasa tak bersemangat je. ( eleh Areen kau tuh selalu je dalam mood malas, mana pernah rajin ). So inilah dialog apabila mak aku menyuruh satu-satunya anak dara dia memasak.

Emak : Along mak dah keluarkan ayam tuh ! Nanti masak rendang tau.

Aku : Alah mak, malaslah. Along masak tak sedap. Mak masak lagi sedap. ( alasan sebenarnya tuh, dah memang kau pemalas kan Areen. )

Emak : Ahh takda de ! Masak jugak kang senang nak bawak balik Melaka. Ada jugak lauk nak makan.

Aku : Ok mak. Hurrmm..

So aku dengan rasa malas nak mampus pergilah cuci ayam bagai. Huiisshh susah tau nak tengok aku masak ni. Tunggu aku betul-betul rajin, barulah aku masak macam-macam. Nasiblah sapa yang dapat aku ni. Nanti dah kahwin nanti kalau time aku tak ada mood, makan nasi bungkus je lah jawabnya. Kalau aku rajin barulah aku masak. Tuh kalau aku rajin..huhu.

So proses bersih ayam dah siap, so sekarang proses nak kecutkan ayam. Maklumlah aku pakai ayam pencen, so kalau tak kecut dulu mau patah gigi adik-adik aku gigit kejap lagi ! Aku memang panggil ayam pencen, tapi mak aku panggil ayam telur. Setau aku semua ayam bertelur. Entahlah tak dapat aku nak explain.

Dalindareen5394

Hah ! Macam tuhlah rupa ayam telur yang macam mak aku cakapkan..huhu. Mula-mula kecutkan ayam dulu tau sampai dia betul-betul empuk. Korang nak letak air berapa banyak pon tak kisah asalkan jangan sampai melimpah sudah. Api kena besar tau baru cepat daging ayam tuh nak empuk kan.

Dalindareen5395

Dalindareen5397

Dalindareen5400

Sementara nak tunggu ayam tuh kecut, aku sediakan bahan kisar macam cili kering, serai dihiris, cili api, and kunyit. Aku memang tak suka nak buang kulit kunyit tuh. Sebabnya habis berwarna jari-jari aku tau. Dah tak cantik dah..euwww ngada-ngada nya kau. Lepas dah siap semua barang, kau pergilah blend dengan sepenuh hati sebab geram kena masak sampailah semua benda hancur. Memang cara orang negeri sembilan masak memang simple sangat. Kadang-kadang tuh aku try jugak masak rendang letak bawang bagai. Tapi selera aku memang tak kenalah. Still nak masak guna cara nogori..hehe !

Dalindareen5401

So bila air dah tinggal sikit and ayam pun dah empuk. Korang masukkanlah bahan kisar tadi. Then bila air dah kering masukkanlah santan dengan serai yang diketuk. Aku pakai santan kotak je sebab malas nak pergi beli yang fresh punya…hehe. Aku memang semua pemalas. Then dah kata nak buat rendang kan, korang tunggulah sampai santan tuh kering. Suka hatilah kalau nak berkuah tak payah lah tunggu sampai kering. Dah kering masukkan asam keping. Asam keping tau bukan asam boi ke, asam jeruk ke, asam serbuk ke..bukan tau !

Dalindareen5404

So rendang pun dah siap ! Ha cuba korang tengok tuh sampai sebotol adik aku minum air sebab pedas sangat. Rasa bahagia sebab adik makan dengan penuh selera sambil gigit-gigit tulang. Oklah aku nak siap-siap balik Melaka lah. Nak mulakan study memang tersangat malas. Hei malas lagi kau Areen ! oklah.. beboiiii..

8 comments:

Norasikin said...

Sebenarnya memang seronok tengok family berselera makan masakan kita. Jangan la malas2 sangat. Berkorban la sikit asalkan dapat tengok family bahagia

saya yg dipanggil aReeN said...

norashikin: haah tuhlah pasal..tapi tah kenapa memang rasa malas jerk sepanjang masa..huhu

mie said...

nampak sedap!!!
memangminat masakan nogori...

fiDooo said...

nampak teror memask nampak? hehehe... btw, sampai comot adik tu makan, sebab sedap ke ape? hu

Anonymous said...

haha..nk masak pon sempat amik gamba utk blog kira rajin ar 2..jhahahha

saya yg dipanggil aReeN said...

mie:hehehe..kalau nampak sedap tuh trylah eyh cara masakan orang nogori..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

fido0: haruslah sedapkan..xkanlah x sedap kan..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

anonymous:haruslah rajin kan..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...