Monday, December 6, 2010

Aku rindu nak buat semua benda ni. Tapi sekarang dok diam-diam dulu, tunggu sampai loan masuk tau !

Assalammualaikum !

Serius tadi masa aku dok godek-godek folder yang ada beratus-ratus gambar aku, aku rasa rindu nak buat semua benda yang aku pernah buat. Semua rasa best je buat. Semuanya adalah kerana loan yang aku and kawan-kawan dapat. Aku ni bukannya time dah dapat loan je aku rancak nak berpoya-poya ke sana ke mari tapi bila tak ada duit pun sama jugak ! Macam entry aku yang ni yang pergi borpoya-poya nih ! Haiyo0 cepatlah loan masuk. Macam-macam benda yang aku nak buat ni. Macam-macam benda yang aku kena bayar. Cepatlah masuk wahai cik loan yang comel lote lagi cantik. Kalau dah masuk loan nanti memang tak duduk rumahlah aku jawabnya..hahaha !

Dalindareen2589

Aku rindu nak makan bersepah-sepah macam ni bila dekat Umbai, Melaka and Sabak Aur, Muar ! Rindu nak makan banyak-banyak macam ni dengan budak-budak rumah aku a.k.a bff aku ! Even dah order macam-macam time nih, tapi still rasa tak cukup sebab rasa best bila makan sama-sama tau. Memang masa ni masing-masing makan tak ingat dunia. Mentekedarah sesuka hati kau macam besok kedai ikan bakar tuh nak tutup lah. Memang best gila aku rasa sebab masing-masing share-share bayar even benda ni tak ada lah mahal sangat. Tapi syiokk !! Aduhai duit ptptn, bila agak-agaknya kau nak masuk eh !

Dalindareen2706

Oh goshh rindunya nak sambut birthday orang. Memang bernasib baiklah aku rasa budak-budak yang birthday nya masa duit loan aku and member-member aku keluar. Memang kek secret recipe lah jawabnya kau dapat. Haiyo0 sangat-sangat best bila main calit-calit krim dekat muka bila masing-masing dah muak makan kek. Eh apasal semuanya aku rindu pasal makanan eh ! Tapi tuhlah memang bila duit ada memang semua kau rasa mampu nak beli. Bila dah tak ada duit, kek secret recipe yang sepotong 6 hengget lebih tuh pon kau rasa kek yang paling termahal dekat dunia.

Dalindareen2746

Ohh terasa teramat rindu mahu bershopping tanpa had limit kelajuan. Tak ada sapa-sapa pon yang marah kecuali mak aku yang asyik dok telefon aku suruh jimat-jimat duit tak pun bank in kan separuh daripada loan aku dekat akaun bank mak aku. Sebabnya emak aku tak nak aku berjoli sakan menghabiskan duit ptptn aku and at last aku balik rumah makan macam orang yang tak pernah makan setahun sebab dah habis duit. Ayat mak aku selalunya “ menghabiskan bogheh (beras) yolah kojo kau !”..hahaha. Masa ada duit ni memang semua benda aku nampak cantik and rasa nak beli walaupun sebenarnya kau tak pakai pun bila dah beli nanti.

Dalindareen2879

Ohh sangat syiokk dapat tangkap gambar bersama dekat tempat cuci tangan Mcd or KFC. Memang jadi tempat favourite aku dengan bff aku si Eida ni bila kitorang dah habis makan atau dengan bahasa sanskritnya KEKENYANGAN. Oh ! sila abaikan wanita yang tak bertudung itu sebab masa ni aku tak insaf lagi tapi sekarang aku dah menjadi wanita yang ayu bertudung litup you know ! Eida bila lagi nak buat macam ni !! Tunggu aku dapat duit ptptn dulu yeah !

Dalindareen2900

Oh heaven nya  ! Bila dapat jalan-jalan dekat Jonker Walk sambil feeling-feeling yang kau ni tourist kan padahal makan sambal belacan pon sambil terkangkang depan tv kan. See see bila ada duit semua aku dapat beli. Gelang kristal yang warna pink yang aku tengah pakai tuh aku beli dengan harga tujuh puloh hengget je. Yang kipas tuh pon sama aku beli tapi murah je lah, tak sampai lima hengget pon ! Bestnya..bestnya. nak beli satu  Jonker Walk. Aku nak jadi owner untuk Jonker Walk. Boleh macam tuh..hahaha !

Dalindareen2944

Aku sangat rindu nak meredah jammed ni semua semata-mata nak pergi Dataran Pahlawan or Mahkota Parade. Bestnya bila dapat bershopping. Rindunya nak buat semua ni. Nanti aku dah habis belajar dekat Melaka ni lagilah susah aku nak bershopping tambah-tambah lagi dah tak ada lagi duit loan. Kena menanggung pulak dengan bayar balik semua hutang aku dekat Ptptn. Aduhai Ptptn, tak boleh ke bagi diskaun dekat insan yang tidak berkemampuan ini. Ohh ! Bila shopping tak ingat dunia. Bila time nak bayar hutang tau pulak kau merayu bagai kan !

Dalindareen2950

Aduhai aku memang rindu nak makan comot-comot macam ni. Bajet-bajet kau comel lah makan comot-comot kan lepas tuh suruh boipren kau lap kan. Chett ngada-ngada betol ! Aku rindu nak makan benda mahal ni. Apalagi makanan Jepun lah kan. Memang aku rindu nak makan. Bila ada duit, dah tak pandang dah sushi yang jual secara bundle dekat Jaya Jusco tuh ! Dan dan time ni yang kau just pandang kedai Sushi King tak pon Shibaraku !

Dalindareen4821

Rindu wei aku nak mekap-mekap bagai macam ni lepas tuh pakai contact lens. konon-konon feeling yang kau nih mat salleh nak mata biru bagai. Entah kenapa bila duit aku dah habis, mesti banyak barang mekap aku yang habis tau. Bila duit aku tengah banya tak ada pulak barang mekap aku nak habis. Memang sengaja nak lah tuh ! Time duit aku dah habis jugaklah contact lens aku nak expired. Tapi aku kisah, aku main bedal pakai je contact lens yang dah expired. At last mata aku jadi pedih-pedih and gatal-gatal.

Tapi memang banyak benda aku nak buat bila dah dapat duit loan nanti. Aku berazam semester ni aku nak berjimatlah. Konon lah kan..katanya. Tak taulah betul atau tak nak berjimat. Oklah kepala aku dah macam meong-meong pulak. Ok bebboiii !!!

16 comments:

Leelee said...

selalunya macam tu la, kan? bila duit dah nak habis tu, ada saja barang yang tak cukup/nak habis/perlu dibeli. :D

saya yg dipanggil aReeN said...

leelee: haah kan selalu memang macam tuh arr kan..hahahaha

Anonymous said...

ewmmmm.. aku agreed la ngn ape ko merepek niewyh..
no money no anything..
hahahq...
weyh.. ko doakn la aku dpt balak cepat...
aku da xsaba da nk jmpe ngn ko nieyhh !! damn !!

saya yg dipanggil aReeN said...

aonymous sayang: hahaha..bleyh plak nak aku doakan ko dpt balak cepat kan...hahahah...sengal tol kan ko

Zulfahmi Abidin said...

ahhh.perempuan semua same jer. kuat jalan, kuat shopping, kuat bergambar.dan last skali KUAT MAKAN.bhahahah.lariiiiiiii...

Terkini: Sory! Bukan Salah Aku | Terlebeh 20 Minit Je | Perempuan Dan Nasi

saya yg dipanggil aReeN said...

zulfahmi: hahaha sengal jerk...memang dah saya nieyh kuat makan pon..x bleyh nak dinafikan lagi..hahahaha

afraliza said...

aReeN, use ur loan wisely..save cket for ur future..in case..sape tau kan..

saya yg dipanggil aReeN said...

afraliza:hehehe..x bolehlah..bila da dapat duit mesti nak pg balnje kan..huhu

Mr.NS said...

rindu gak...hahahhaa

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns: hahaha awk tuh da lama tglkan ptptn..so lupakan jek lah..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns: hahaha awk tuh da lama tglkan ptptn..so lupakan jek lah..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns: hahaha awk tuh da lama tglkan ptptn..so lupakan jek lah..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns: hahaha awk tuh da lama tglkan ptptn..so lupakan jek lah..huhu

saya yg dipanggil aReeN said...

mr.ns: hahaha awk tuh da lama tglkan ptptn..so lupakan jek lah..huhu

Mr.NS said...

byk nye post..mara ke??hahaha

damha said...

azreen ni mmg pandai bermekap n bergaya...gadis ayu bertudung..manis sekali...he333

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...