Thursday, September 7, 2017

Makanan berpantang Czer cara saya yang diajar oleh emak. (cerita setahun yang lepas)

Assalammualaikum.

Sejak dua menjak ni rasa semangat pulak nak update blog pasal waktu pantang kita dulu. Kemain lama aku peram cerita ni.  Dah setahun lebih kot. Huhu. So aku nak share lah apa yang aku makan selama 44 hari tu. Macam mana aku berjalan duduk baring masa pantang dulu. Haa semua tu nanti aku akan ceritakan ehh. Rajin tak rajin je korang nak baca. Hehehe. 

So here we go !!

Minggu pertama

Lepas je aku keluar dari OT room memang doktor suruh aku baring je selama 6 jam. Tak boleh bangun langsung. Bantal pun tak boleh pakai uolls. Aku ni dengan kepala pening yang amat tambah ubat bius lagi memang terus flat. Rasa penat dia tu kan macam kau lari berganti-ganti dekat trek tau. 

So apa yang hospital bagi aku makan adalah :

  • Bubur nasi takda garam takda gula takda ajinomoto takda serbuk ikan bilis. Haaa complete tak. So memang takda rasa langsung. Tawar habis.


  • Sayur sawi tumis air. Pun takda garam takda gula and seangkatan dengannya. Ahhh apalah nasib. Tapi doktor bagitau sebab aku baru lepas pembedahan so kena makan benda lembut-lembut selama seminggu.


Omaigod memang tak lah aku nak telan. Hahaha. Mak aku datang bawak nasi panas, ikan tenggiri goreng dengan bawang putih halia lada hitam. Memang aku makan puas-puas. Time tuh memang lauk tu lah yang paling sedap dalam dunia. Lepas dah keluar hospital je mak aku still teruskan bagi aku makan :

Nasi panas-panas. Kalau boleh dah cedok dari periuk terus makan. tu pun kalau nak melecur lidah try lah makan. Mih mih mih. Time pantang ni lah kita  kena ada kesabaran yang tinggi hokay.



Ikan tenggiri goreng+bawang putih+halia+lada hitam.

Semua kena maklum ehh..ikan ikan yang boleh makan time pantang memang jenis yang mahal-mahal ok. Huhuhu. Yang murah-murah kebanyakkannya tajam.

Rendang pegaga + lada hitam.

Lauk ni memang yang aku paling suka kalau mak aku masak. Hari hari makan benda alah ni pun ok je.

Orange sunkist 2 biji setiap hari.

Everyday okay tak boleh skip-skip. Tapi memang rasa lah perubahan yang cepat. Dalam masa dua minggu je aku dah boleh jalan laju-laju. Sampai kena marah lah dengan mak.

Minggu ke-2 and sampai lah habis pantang.

Haaa masa ni lah start nya mimpi ngeri bagi aku. Kenapa aku cakap macam tu ?? Sebab nya aku dah start kena makan ikan haruan and pati ikan haruan. Aku ingat kan bila berpantang dengan emak aku yang moden ni. Aku takkan jumpa ikan haruan, tapi emak aku cakap masa dia pantang dulu ikan ni lah dia hadap hari-hari. Gituee ko ! Hari-hari tau.

Ikan haruan ni emak aku masak dengan cara buat sup je campur halia +bawang putih and lada hitam tapi yang paling paling penting, kena makan habis-habis and hirup sup sup tuh semua. Aku tak tahulah kenapa, mind set ni bila makan ikan haruan, Ya Allah gelinya aku rasa. Sebab nya aku asyik terbayangkan kepala ikan haruan yang macam U*** tu. Hahaha

Lagi satu yang aku memang tak boleh terima, kena makan Pati ikan haruan. Ya Allah rasanya, Allah je lah yang tahu. Aku lagi rela makan sup dari makan ikan haruan. Dalam sekotak tu ada 10 botol. Memang aku tak habis lah jawabnya, Hehehe.

Tapi masa dalam pantang ni memang aku minum air masak dengan sangat-sangat banyak. Orang kata time pantang tak boleh minum air banyak-banyak kan, takut nanti rahim kembang lah, itu lah ini lah. Tapi nasib baik mak aku bukan strict macam tu sangat. Dia memang tak kisah aku minum air banyak-banyak. Kesan dari minum air banyak-banyak tu kan, susu badan aku memang banyak sampai basah-basah baju. Memang meriah sangat-sangat susu badan time tu.

Then masa aku pantang tu time raya pula,  adalah aku merayu nak makan kuih raya seketul dua dengan emak aku.  Nasib baik dapat lepas dibebel. Yelah mostly dalam kuih kan ada telur.  Takutlah luka aku nanti gatal-gatal ke,  bentan ke kan.  Tapi alhamdulillah tak ada apa-apa.

Makanan paling best bagi aku time pantang ialah cicah biskut lemak dengan milo panas.  Wei sedap sangat kot.  Cuba kalau tak pantang,  pandang jeling tepi pun tak.  Huhuhu.  Dasar lupa daratan. Makanan ni jugaklah yang aku rasa jadi milkbooster aku time pantang. Memang banyak je susu.  Hehehe.

So itulah cara pantang aku selepas bersalinkan Zuhair. Harap korang semua clear lah ye.  Cara pantang masing-masing tak sama. Hehehe.

Oklah bye!










Wednesday, September 6, 2017

Dilema Wanita Bekerjaya

Assalammualaikum

Macam tajuk drama dah kan post ni.  Gitueww. Huhu. Sebenarnya aku tengah sedih,  sebab nya tadi masa nak pergi kerja anak aku boleh pula duduk dekat pagar rumah nangis-nangis nak ikut aku pergi kerja.  Sayu sangat hati ni rasanya tau.  Rasa nak berhenti kerja dan dan tu juga.  Tapi nak buat macam mana.  Dengan keadaan ekonomi yang tak mengizinkan sekarang,  buatkan aku terpaksa juga kerja. Alasan sebenarnya. Huhu. Husband aku bukan tak mampu nak sara hidup aku,  mampu je. Tapi tu lah,  kita dah biasa pegang duit dengan usaha sendiri walaupun makan gaji.  Kejap lagi mati kutu dekat rumah tu tak tahu nak buat apa. Tanyalah mana-mana emak-emak yang kerja,  mesti jawapan dia pun sama dengan aku juga.



Tak nak berhenti kerja and buat business ke?

Ramai yang suruh aku berhenti kerja and buat bisnes dari rumah je.  Sebenarnya dari zaman single lagi aku memang dah berniaga buat kek ni. Tapi taklah 100 percent fokus dekat bisnes je sebab kakak kan kerja. Bila dah ada anak ni,  memang aku slowly buat online and dropship je.  Alhamdulillah duit tu semua ada lah sikit untuk beli baju anak aku. Now slowly start bisnes kek aku balik and alhamdulillah regular customer still nak order dengan aku.  Insyaallah kalau bisnes ni dah maju, boleh dah kot fikir pasal nak berhenti kerja duduk dekat rumah je.  Mih mih mih.

Tak nak ke besarkan anak sendiri? 

Haa soalan ni pun ramai orang tanya dekat aku.  Ya Allah sisturr !! Orang gila je jawab tak nak tau. Mestilah nak and dah banyak perancangan husband aku buat.  Salah satu nya berjimat cermat amalan mulia.  Hahaha gituewww. Even emak aku sendiri je yang jaga anak aku,  and malam je baru ada masa nak berkepit dengan anak,  tapi aku nak jugaklah 24 hours dari pagi ke malam berkepit and uruskan anak aku sendiri.  Jeles tau tengok emak-emak yang jadi suri rumah ni.  Gila tak jeles.



Pro's and con's wanita bekerja dan suri rumah ?

Sebenarnya ada je pro's and con's jadi wanita bekerjaya and suri rumah tu.  Orang kata bila bekerja ni kau akan ada 'me time' sendiri.  Statement tu sangat lah tak betul,  me time apa benda nya,  kena siapkan report,  buat daily work and kena marah bos.  Sedar-sedar dah petang and dah pun balik rumah.  Lunch hour pun kadang-kadnag makan laju-laju kalau tak pump susu lagi, kerja tak siap lagi. Balik kerja pula kena layan anak,  siapkan kerja rumah apa yang patut. Tolong emak apa yang patut.

Jadi suri rumah pun double penat jugak,  sebab dari pagi buat kerja rumah plus kena layan anak masak semua. Macam yang aku cakap tadi.  Ada pro's and con's nya jadi wanita bekerjaya and jadi suri rumah. Tak perlu nak banding-banding kan. Aku memang anti dengan orang yang suka banding-banding kan ini. Haa kan dah marah.



Apa-apa pun doakan lah aku boleh buat bisnes dari rumah je and boleh tengok anak aku membesar depan mata tau. Insya-Allah amin.

Oklah bye !




Tuesday, September 5, 2017

My breastfeeding journey.

Assalammualaikum

Haa tengok tajuk post tuh.  Mak mak sangat tajuknya tu kan.  Huhu. Alhamdulillah dah setahun dua bulan dah aku menyusukan zuhair. Penat tak ? Of course penat tapi happy je. Sebab bonding antara aku dengan Zuhair memang rapat sangat-sangat. Even kalau aku pergi buang air pukul dua tiga pagi pun dia boleh melalak macam kena pukul. Papa nya pujuk pun still tak layan. Punyalah nak mama nya yang sentiasa di sisi. Hehehe.

Masa Zuhair dalam perut lagi, aku memang dah niat nak fully breastfeed Zuhair.  So masa pantang tu memang gigih lah aku google macam-macam pasal ilmu breastfeeding.  Dari cara nak banyak kan susu lah,  nak pekatkan susu lah sampailah nak kumpul stok susu banyak-banyak. A to Z aku just google.  And tanya dekat emak aku tu of course lah kan.  Emak aku lagi berpengalaman. Alhamdulillah husband aku memang supportive bila aku decide nak fully breastfeed Zuhair.  Lagi pulak aku kata dengan cara ni je kita boleh jimat duit dari beli susu formula. Mih mih mih.

Lagi sebulan nak bersalin kot kalau tak silap lah.  Masa tu baru aku terhegeh-hegeh nak survey breast pump.  Time tu pun ekonomi tak berapa nak bagus sangat,  so aku decide beli single pump je.  Tu je yang murah bagi aku. Hehehe. Maka aku pun belilah pump Snow Bear.



Boleh katakan pump ni sangat-sangat berjasa dengan aku, even hanyalah single pump. Masa beli pump ni pun sekali dengan pakej dapat ice pack, storage bag and plastic storage. RM 180 je kot aku beli masa tu, memang berbaloi-baloi. Tapi satu je lah kekurangan single pump ni, masa untuk pam tu ambil masa lama sikit. So bawak-bawak lah bersabar ye.

Time aku dalam hospital lagi aku dah pakai pam ni tau. Haa awal tak ! Tak silap masa tu Zuhair baru 3 hari kot, aku dah gigih pam. Sepatutnya tak payah pun sebab susu ibu ni memang terhasil ikut keperluan bayi. Zuhair masa tu baru je 3 hari kan, kuantiti susu yang badan dia perlukan just sebesar buah ceri je. Sikit je kan. Jangan lah compare dengan perut awak, memang tak cukup lah. Jangan tak percaya pulak.


Ni lah yang aku maksudkan tadi.

Masa pantang aku memang berjaya kumpul stok yang banyak untuk Zuhair. Yelah masa pantang tu makan minum terjaga. Zuhair pun mak yang jagakan. Memang sentiasa happy je lah. Production susu pun banyak. Boleh dikatakan Zuhair dah dekat 6 bulan pun aku still pakai pam Snow Bear ni. Bila dah start kerja, aku take time 1 jam setiap sesi untuk pam kiri dan kanan. So memang sangat-sangat buang masa dekat situ. Bincang-bincang and bodek husband nak beli double pam pulak. Awak semua kena sedia maklum ye, double pump memang mahal sikit berbanding single pump. Dah nama pun double kan. Huhuhu.

Lepas dah kumpul-kumpul duit sikit and setelah banyak onak dan duri ku tempuh, berjaya jugak double pump menjadi milik ku. Aku decide nak pakai double pam Malish Ilaria. Ni pun sebab kakak office dah memang pakai brand ni. So senang lah aku nak tau apa yang best and tak best. 


Kami beregu bersama-sama menuai hasil.


So far, alhamdulillah, dah masuk 6 bulan aku pakai pam ni. Ke hulu ke hilir bawa pergi opis and pergi belajar. Memang pump ni jenis heavy duty. Zuhair campak banyak kali pun, alhamdulillah still menyala lagi. Tak tahu lah kalau kali ke 40 Zuhair campak tak menyala pulak kan. Huahuahua.

Tipulah kalau cakap susu tak pernah drop, memang pernah je. Memang rasa down sangat-sangat bila tengok stok dalam peti ais makin lama makin menyusut. Tapi kaji balik apa sebab susu down. Aku dah buat research dah, aku ni jenis kalau akhir bulan ke, atau nak period ke, memang susu akan drop. Yelah kan, akhir bulan lah time tu nak buat closing account, time tu lah orang berduyun-duyun jumpa kau. Kerja bahagian account, faham-faham sendiri lah. So jalan penyelesaiannya buat Power Pumping tengah-tengah malam lah. Apa itu power pumping? Ok mari sini kakak nak explain sikit. Power Pumping tu untuk stabilkan balik penghasilan susu badan. 

Caranya adalah dengan :

Ok clear ye anak-anak.

Alhamdulillah, doakan aku dapat susukan Zuhair sampai dua tahun ye. Another 8 months to go. Still a long journey  kan. Orang ramai tanya, kau kerja, tapi kenapa gigih nak pam susu setiap hari and kenapa tak nak bagi susu formula je ? Ok jawapan aku senang je, ni terpulang dekat diri masing-masing. Kalau awak rasa awak mampu, awak teruskan, kalau tak mampu, its okay, banyak lagi rezeki lain akan menyusul. Aku memang dah cakap awal-awal dengan husband yang aku nak susukan Zuhair walau apa pun jadi. Dia support and tidur dia pun lena je sepanjang malam sebab Zuhair berkepit je dengan aku. Adalah pro's and con's dia. 

Bagi ibu-ibu yang tengah bersalin, niatkan dalam hati awal-awal, aku nak susukan anak aku sampai dua tahun. Insya-Allah tuhan akan tolong. Allah kan maha pemurah. Sebenarnya kan, takda istilah susu ibu takda atau kering tau. Allah memang dah bagi siap-siap dalam tubuh seorang wanita mengandung susu yang cukup untuk anak. Once bila dah bersalin, susu tu akan keluar dengan usaha kita sendiri. Jangan lah masa pantang tu cakap, susu sikit lah, baby menangis tak cukup susu lah. Semua tu normal okay. Bila kita keep stimulate, susu tu makin lama akan makin banyak. Bila asyik cakap susu sikit, susu takda, semua ayat-ayat tu akan set dalam mind and automatik akan hantar signal dekat breast yang susu kita memang sikit. So the point is, be happy always. Walaupun kau rasa stress sampai nak pukul orang. Okay !



Zuhair cakap bye !



Thursday, August 24, 2017

Resepi cekodok viral yang gebu bom kebabom.

Assalammualaikum..

Sekarang ni kan aku perasan kalau sesuatu benda tu viral tak kira lah sesuatu yang baik atau pun buruk,  cepat je jadi ikutan netizen kan. Same goes to me lah.  Orang belajar mekap,  aku pun sibuk nak pergi kelas mekap.  Orang sibuk pasal Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa,  aku pun sama menyibuk nak tahu jugak. Ehh tetibe pulak.

Sama jugaklah macam cekodok viral ni. Bila aku update dalam ig pasal cekodok viral aku ni, ramai pulak yang tanya macam mana nak buat. Haloh haloh. Senang je awak awak semua.  Mehh hakak share resepi.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Tepung gandum dua cawan
Air panas mendidih 2 cawan
Garam satu sudu teh
Gula 2 sudu besar


Cara nak buat :

Masukkan tepung gandum dalam mangkuk. Then masukkan air panas, garam dan gula. Kacau-kacau guna sudu sampai jadi doh. Then biarkan doh tu sejuk kejap.  Then basahkan tangan sikit,  then ambil adunan yang dah sejuk tu.  Bulat-bulatkan dia dengan penuh kelembutan. Cewahhh. Lepas tu goreng dalam minyak yg banyak.  Yeahh siap. Lagi sedap kalau ada sambal ikan bilis or sambal sardin. Yum yum sedapnya.



Haaa beginilah kejadiannya. 



Close up sikit. 

Haa sedap makan panas panas.  Tapi bagi aku sejuk pun sedap jugak sebab dia rangup kat luar., lembut di dalam tau. Oklah jangan lupa buat tau awak-awak semua. Hehehe 

Ok bye.


Monday, August 21, 2017

Happy Birthday husband Fazrul Hisham

Assalammualaikum..

Lamanya tak bersiaran dalam blog ni.  Makin berhabuk dah rasanya.  Bulan Ogos ni rasanya bulan yang paling best kot sebab bulan ni birthday aku,  birthday husband and our annivesarry jugak. Bulan lepas dah celebrate birthday Zuhair yang 1 tahun. Tapi tu entry lainlah, nanti aku share dekat mana aku tempah kek birthday Zuhair semua tu okay.  Janji!!  (sambil angkat tangan janji)

Sekarang ni nak cerita pasal birthday husband aku dulu okay.  Kita cerita satu-satu okay. Actually untuk birthday husband aku ni memang everything from A-Z aku planned last minute. Mana tak nya busy kerja wei. Memang tough week untuk aku tau masa tu. Dengan birthday aku sekali aku lupa. Tup tup dapat whatsapp dari husband, datang ofis ada orang wish and then balik kerja ada orang bagi kek. So disebabkan husband aku dah suweet muweet dengan aku bagi kek coklat bagai, so aku pun nak lah balas khen.

Laju-laju scroll instagram yang buat surprise birthday delivery lah, candle light dinner lah. Tapi nan hado ! Semua over budget wei. Tsk tsk tsk sedih. Alamak macam mana ni, masa dah suntuk sangat ni. Last-last aku whatsapp ex office mate aku dulu, tanya dia dekat mana dia buat candle light dinner untuk tunang dia. Bila dah borak-borak semua, dia bagitahu lah yang dia buat dekat Restoran Kemangi (restoren banyak nyamuk, hahaha) lah tempat yang dia pergi tu, sejengkal je dari rumah aku. Lagilah senang kan. Upah pun murah je untuk deco candle light dinner termasuk makanan. Oklah set dekat sini, malas nak fikir tempat lain.


Overall makanan bagi aku sedap. Decoration dia pun cantik. Balik kerja tu aku laju-laju pergi restoran ni hantar kek birthday and order makanan. Before ni, aku memang pernah makan sini dengan husband aku masa mengandungkan Zuhair. Tapi maybe simptom ibu mengandung kot, makanan dia tak kena dengan selera aku. Tapi kali ni sedap pulak makanan dia sampaikan husband aku cheat lah diet dia hari tu. Ke aku yang lapar? Erkkk. Lagi satu restoran ni siap bukak lagu birthday kuat-kuat tau masa kitorang mula-mula masuk. Segan pun ada, yelah semua orang pandang kan. Tapi buat muka tak tahu je.

Ok pasal surprise delivery pulak, ni pun puas aku scroll-scroll instagram, sekali jumpa ig @debuchuevent , korang try search dekat instagram nama ni. Servis pun cepat je. Siap dia suggest dekat kita ikut budget kita. Memang puas hati sangatlah.


Hahaha mulut kembung sebab time mengunyah orang buat surprise lagi.
Happy Birthday Fazrul Hisham !!




Coklat ni pun aku yang request nak coklat apa sebab yang makan nya nanti aku. Bukan husband aku. Husband aku kan diet. Kononnya. Huhuhu



Yeahh papa Zuhair tak diet hari ni. Bagi aku decoration dia memang cantik. Tapi bagi orang yang bawak baby macam aku ni, aku nasihatkan kalau nak buat surprise, buat dekat rumah je lah. Anak aku makan macam dekat rumah sendiri je, habis berterabur semua makanan. Tak da masa nya nak melawa sangat.




Kek birthday keluar pun, still restoran tu bukak lagu birthday kuat-kuat. Zuhair dah ngamuk-ngamuk dah tu sebab nak raba semua benda yang ada dekat meja tu.




Apa-apa pun dengan aku-aku seronok buat birthday surprise ni. Time couple dulu mana pernah buat wei. Mampu pandang. Ni ada rezeki lebih kita share-share lah kan.



Place : Restoran Kemangi (waze je, betul-betul depan Kompleks Belia dan Sukan Paroi)

Surprise delivery: instagram @debuchuevent


Oklah bye !










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...