Sunday, April 17, 2011

Makanan yang selalu aku makan ketika exam final menjelang !

Assalammualaikum !

Yeehooo ! Sekarang aku dah ada semangat sikit untuk study for final exam yang tak lama lagi je akan menjelang. Aku start exam hari Selasa ni, kiranya tinggal satu hari je lah lagi yang boleh pulun baca semua bab. Cett ! Dah last-last minute baru ada kesedaran nak study. Kalau tak melangok je lah kau depan laptop tengok cerita Jepun kan Areen. Baru semalam kot aku semangat nak study. Siap mesej mak aku bagai sebab nak mintak restu punya pasal.

Actually aku sekarang ni tengah lapar yang teramat tapi aku tak tahu nak makan apa even ada lagi stok mihun yang boleh dimasak. So bila dah lapar ni, macam-macam lah makanan yang sedap-sedap muncul dalam kepala hotak aku ni. Bila terbau orang kat belakang rumah masak, kejap-kejap aku bau and rasa macam nak makan French Fries Mcd. Kejap-kejap nak makan hashbrown Mcd. Kejap-kejap nak makan maggi goreng mamak tiba-tiba. Haishhh !

So bila dah exam ni kan, makin malas lah jawabnya aku nak masak. Tapi disebabkan tak nak biarkan perut aku ni menyanyi lagu Rock, selalunya aku akan makan benda-benda seperti di bawah !

kismis

Kismis ni memang wajib aku makan setiap pagi and setiap malam. Selalunya aku makan setiap pagi lepas tuh dengan susu satu kotak. Aku ni jenis yang tak suka sangat kismis warna hitam tuh, aku lebih prefer kismis yang warnak kuning macam ni. Kalau dah dapat kismis ni, memang aku dok melahap lah tak henti-henti.

938b198d89c5fbef761f3d34a577c25c

Walawei ! Mengidam pulak susu ni bila aku tengok gambar ni. Disebabkan terlampau malas nak masak, untuk mengenyangkan perut aku so berkotak-kotaklah air susu aku minum. Lagi syiookk bila kau tengah kumam-kumam kismis tuh, lepas tuh telan sekali dengan air susu ni. Wahh ! Syiookk gile lah wei. Cubalah try. Serius sodap !

blogfarhanyusof_roti-gardenia60sen

Roti gardenia yang selalu menjadi peneman aku bila duit tengah sesak gile. So kawan-kawan kalau nampak aku dok melahap roti ni, tahu lah yang aku tengah sesak and kering kontang. So jangan ngada-ngada nak ajak aku tengok wayang. Motif tiba-tiba nak cakap macam tuh kan ! Lagi syiookk kalau dapat roti yang dekat bawah ni:-

blog2382

Butterscotch yang menjadi idaman kalbu. Dulu mak aku selalu marah kalau aku makan roti ni sebab mahal katanya. So tak boleh mintak selalu. Tapi aku ni degil. Hari-hari aku mintak tau. Gile hebatkan aku sebab hari-hari beli roti ni. Cepat betul habis kan.

Bila dah lapar ni, macam-macam lah yang timbul dalam kepala hotak aku ni. Serius rasa lapar tuh makin mencengkam perut. Sabar je lah. Tuh lah kau Areen ! Siapa suruh kau pemalas nak masakkan. Oklah aku nak sambung study balik. Kalau boleh semester last ni, aku nak dapat kan pointer 4 flat. Doakan lah aku yang kuat berangan nak mampos ni supaya dapat pointer yang bagus lagi semester ni. Aminn !

Dalindareen5541

Doakan aku wei !

Bebboiii !

Friday, April 15, 2011

Makanan yang aku rasa korang tak akan makan sebab rasa sayang yang melebih-lebih !

Assalammualaikum !

Haiisshh ! Apalah nak jadi kan. Dok update belog yang tak semenggah ni. Study nya tak pun. Adalah study sikit lepas tuh aku tutup and simpan notes balik. Tak tahu kenapa kepala hotak aku ni tak boleh nak terima lagi nota-nota ni semua. Padahal esok je aku akan sit for MUET exam. Next week hari Selasa pulak aku punya final exam menanti. Adoi !! Bila nak insaf ni. Otak aku ni tak habis-habis set, alah buat apa nak baca awal-awal, nanti kau lupa balik.

So bagi nak menghilangkan ketensionan aku ni, mehh sini aku nak tunjuk something yang buat korang sayang gile nak makan. And maybe korang akan rasa lapar dengan serta merta. Mehh sini ramai-ramai layan gambar yang aku dok nak tunjuk ni:-

5552825957_cbfb2b73c1_b

See see ! Sweet gile kan benda alah ni. Hah ! Yang ni lah dinamakan Bento. Sejenis makanan yang orang Jepun selalu bawak. Kira macam bekal lah. Dalam gambar ni part yang aku suka gile adalah tempe yang berbentuk bear tuh ! Serius comel gile wei. Kalau aku lah kan, takda maknanya aku nak makan Bento ni. Sayang kot sebab cantik sangat. Hehehe !

5433392295_0d8fcc7b70_b

Wei apahal kau comel sangat ni ! Nak bagi orang makan ke tak nak ni ? Aku pulak rasa tension sebab kalau aku lah kan, for sure memang aku dok tenung je benda alah ni. Kalau ada orang makan Bento aku ni, mahunya terjadi amukan dari aku. Huh ! Jangan main-main ok.

4970630920_841cb2026a_b

Hah ! Yang ni pulak Bento yang dibuat khas sempena Hari Raya. Serius memang kreatif gille orang yang buat benda alah ni. Kau rasa-rasa lah kan ! Budak-budak lebih prefer duit raya or bento ni? Hah ! Jawab..jawab !

5576501998_9c132c52cc_b

Alahai tomey nya ! Menitik air mata darah aku kalau ada orang makan. Silap-silap aku boleh bertukar jadi Kak Limah sambil nyanyi lagu Enjet-enjet semut. Siap medley dengan lagu Soley soley lagi tuh ! Huh jangan main-main dengan aku tau.

5620411963_583cf5a9bc_b

Ya Allah cantiknya ! Kenapalah buat sebegini cantik kalau nak bagi orang makan. Nanti aku dah habis belajar nanti, aku nak bukak kedai khas untuk decorate bento lah. Tuh pun tengoklah jugak aku ni kreatif or tak kan. Silap-silap apa yang aku buat tuh sama je rupanya dengan nasi campur. Baik tak payah ! Cett.

4959097661_f7ac3d9a9a_b

Selain bento yang isinya semua nasi pulut tuh. Ada juga bento yang diisi dari pelbagai jenis spaghetti. Alah kau buatlah masin macam mana pun makanan kau tuh. Tapi kalau kau decorate lawa macam dalam gambar atas ni. For sure memang ramai orang yang tertarik untuk makan.

Mesti korang tanyakan. Dekat manalah aku dok copy gambar-gambar ni semua. Actually gambar ni semua aku dapat dari satu belog perempuan Indonesia yang memang pandai gile buat benda alah bento ni. So kepada sesiapa yang nak tengok macam-macam jenis bento yang dia buat, boleh lah klik dekat link yang aku bagi kejap lagi ok. Yang dekat atas ni, sikit je aku tempek. Karang nampak bebenor aku dah tak ada kerja lain dari dok copy gambar orang kan. Sabor je lah !

Klik dekat bawah ni kalau nak tengok Bento:

>      >       >        >        >     TEKAN

So ok lah aku nak pergi study untuk MUET aku esok. Doakan aku dapat buat ehh kawan-kawan ku sekalian. Aku harap aku dapat apa yang aku nak. Wei doakan aku tau ! Harap aku dapat buat essay yang panjang berjela esok and harap-harap telinga aku ni tak pekak lah untuk dengar listening test esok. Amin !

Dalindareen2950

Agak-agak korang, muka aku ni ada tak ciri-ciri pengusaha bento yang berjaya ? Huhuhu. Boleh ?

Bebboiii !

Segmen: Ketika Aku Kecil !

Assalammualaikum !

Hari ni aku nak merajinkan diri aku untuk update belog yang tak semenggah ni lagi. Even exam memang dah due tak lama je lagi, tapi belog ni memang kuat pengaruh dia sampaikan buku-buku pun kejap je aku pandang. Haissh apa nak jadilah ni kan. So kawan-kawan, bagi sesiapa yang boring tahap nak gigit karpet yang bangla jual tuh, mehh sini join aku buat segmen dekat bawah ni okey :

renew2

* sesiapa yang nak join boleh klik dekat gambar atas ni ok !

5 perkara nakal yang dilakukan semasa korang kecil dulu!

  • Masa darjah tiga, aku kena puasa penuh, tapi sebenarnya tak puasa penuh pun sebab setiap masa nak masuk dalam bilik air untuk minum air paip. Gile heaven !
  • Masa darjah lima, baru start pakai tudung pergi sekolah, but then sampai sekolah je terus bukak. Alasan sebab panas and nampak buruk.
  • Pergi kejar anak kucing and pukul-pukul dia. Memang gile kejam aku dulu. Lepas tuh kena cakar dengan ibu kucing and sampai sekarang aku trauma dengan kucing. Huahuahua !
  • Masukkan kasut sekolah dalam washing machine mak aku. Lepas tuh stuck and rosak, aku buat dek je.
  • Masa lima tahun, masa tengah main-main dengan member taman, ada seorang pakcik motor ni buang puntung rokok then aku dengan kawan-kawan aku berkejar dekat puntung rokok tuh and hisap ramai-ramai. Lepas tuh batuk pun ramai-ramai. Serius tak sedap ! Sebab tuh aku tak suka orang merokok.

5 permainan yang dimain masa korang kecil dulu!

  • Of course main baling selipar, and aku selalu jadi orang first yang out dari game tuh sebab aku tak kuat lari. Huahua !
  • Masa darjah enam, baru pandai bawak motor then aku jadi rider kawan-kawan lelaki aku yang nak pergi dating dengan awek dia. Aku pun dating dengan boipren sekolah rendah aku sambil naik motor.
  • Main batu seremban yang buat dari bantal kecil yang isi kacang or beras tuh. Lawan dengan budak lelaki sampai bantal kecil tuh koyak-koyak.
  • Masa darjah satu, main kahwin-kahwin dengan member taman aku and of course aku jadi pengantin perempuan. Kain veil aku yang letak atas kepala tuh pulak, alas meja rambu-ramba mak aku.
  • Main mekap-mekap dengan kawan-kawan aku. Penyudahnya, muka aku berjerawat batu masa darjah enam.

Pengalaman pahit semasa korang kecil?

  • Kena rotan dengan mak pakai hanger besi sampai bengok-bengkok hanger tuh. Sebabnya adalah aku balik rumah lepas Maghrib.
  • Mak aku tak bagi masuk rumah sebab pun balik lepas senja. So sampai ke tengah malam lah aku duduk menangis dekat luar.
  • Pernah buat adik aku lemas and gelak dengan gembira bila tengok adik aku tecungap-cungap dekat pantai Pangkor. Penyudahnya, aku pun lemas jugak. Cett !
  • Jatuh pokok sebab nak ambil buah rambutan dekat kampung. Masa tuh badan aku gile sakit tapi cousin aku semua gelakkan je aku.
  • Kena rembat dengan tongkat onyang aku sebab pergi sorokkan makanan dia. Sekarang onyang aku pun dah meninggal. Tiba-tiba rasa menyesal yang amat.

11032010512

Bebboii !

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI !

Assalammualaikum !

Untitled

Siapa nak join boleh klik dekat gambar atas ni !

Bebboii !

Pagi-pagi bangun diganggu pleh gigitan kutu !

Assalammualaikum !

Gile lambat bangun ! Mesti korang akan cakap macam tuh punya kan dekat aku. Actually pukul sepuluh tadi aku dah bangun dah. Tuh pun sebab bff aku si Wani ketuk pintu bilik. Lepas tuh aku sambunglah tidur balik. Tapi tak boleh sebab ada something yang dok gigit-gigit peha aku yang gebu berlomak ni. Mula-mula aku boleh tahan lagi then golek-golekkanlah badan ni atas tilam. Tapi makin lama aku golek-golek, makin sakit pulak peha aku ni. So terus aku kibas-kibas tilam aku ni sambil gosok-gosok peha aku ni. Lepas tuh boleh pulak aku cakap, “Haiishhh ! Kutu mana lah yang gigit aku ni Wani”. Wani yang dengar terus gelakkan aku and cakap manalah ada kutu nak gigit kau.

Merah-merah jugaklah peha aku ni. Lepas dah dok kibas-kibas, barulah aku jumpa benda yang dok gigit-gigit aku tuh. Rupa-rupanya semut tulang yang bila gigit orang tuh memang berbintat lah jadinya. Semut tulang? Apa tuh wei, tak pernah dengar pun ! Alah semut ni, jenis semut yang warna merah tuh. Yang kecil je saiz dia tuh. Aku panggil semut tulang sebab selalunya kalau ada sisa-sisa tulang ayam ke, tulang apa-apa je lah. Mesti semut ni ada tau. So cerita pasal kutu yang gigit aku tuh hanyalah rekaan semata-mata.

Entah apalah aku merepek pagi-pagi yang nak dekat tengah hari ni kan. Lapar tapi nak masak malas. Yang bestnya pulak hari ni, bff aku si Wani tuh hari ni lulus test JPJ. So dia sekarang dah ada lesenlah kiranya. So lepas ni aku malas nak bawak kereta dah, biarlah Wani je yang drive. Huhuhu.

Dalindareen5889

So Wani lepas ni aku malas nak bawak kereta. Biarlah kau pulak yang bawa. Huhuhuhu. Oklah aku nak melayan movie kejap.

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...