Monday, April 4, 2011

Sesi mendatingkan diri bersama bff tercinta.

Assalammualaikum !

Seronok gile bila layan lagi Solei Solei yang Usop nyanyi dalam cerita Hantu Kak Limah dengan bff aku si Wani. Masing-masing dah gile sebenarnya lepas buat Law punya pasal. Lepas dah study law aku, aku memekak-memekak speaking untuk MUET sorang-sorang. Wani tak nak layan aku sebab dok khusyuk layan comic anime online dia. Huh nyampah !

Sebenarnya dah lama dah pun berlalunya acara dating-mendating ni. Jumaat minggu lepas kot. So korang boleh bayangkan betapa lamanya aku tangguh untuk update belog yang tak semenggah ni kan. Actually acara dating-mendating ni tak dirancang sebenarnya. Keluar pun sebab aku dah tak tahan sangat dengan kepanasan yang melanda dekat Merlimau, Melaka ni. Tak tahulah kenapa Merlimau ni kejap panas, kejap sejuk. Mana lah aku tak demam. Tuh yang aku tak cakap sangat dengan budak-budak rumah aku sebab aku asyik pening kepala je. Mesti diorang ingat aku moody kan. Wei motif !

Oklah meh sini aku nak cerita. Sebenarnya plan ni semua start bila bff aku si Tiqa comel ni tiba-tiba je IM aku. Dia ajak aku ronda-ronda Bandar Melaka. Aku dengan keadaan yang boring teramat plus pening kepala and hidung yang sakit ni pun just setuju je lah. Boring jugak duduk rumah. Dah lah tengah demam kan. Karang kalau manja-manja kan badan, demam makin teruk. So bila dah plan punya plan, just lima orang je yang pergi. Jadilah kan !

Dalindareen6782

Kitorang pergi just naik bas je. Konon-konon nak save budget lah tuh kan ! Alih-alih banyak jugak duit aku habis. Masa on the way nak pergi Mahkota Parade Melaka ni, seriously perut aku dah berkeroncong tahap dewa dah. Yelah dari pagi tak makan apa-apa. So masa dah sampai sana aku dengan bff aku yang lain terus terjah food court dekat atas tuh. Lepas dah berkali-kali dok ulang alik pilih makanan. Last-last Pan Mee ni yang jadi pilihan aku dengan Jie ! Memang sedap wei lagi-lagi tang sambal dia. Korang try lah ehh. Kalau nak makan dekat food court pergi dekat kedai yang hujung sekali.

Lepas dah penuhkan perut aku ni dengan macam-macam isi. Then kitorang plan nak pergi Dataran Pahlawan pulak. Tujuan utama nak tengok wayang movie Beastly. Alah yang Vannesa Hudgen berlakon tuh. Last-last tak ada pun cerita tuh. Maybe tak keluar dekat Malaysia lagi kot. So nak tak nak kitorang pilih lah movie CUN lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin. Review untuk movie ni aku buat dekat next entry ehh sebab aku tengok dua kali.

Lepas dah beli tiket, temanlah pulak si Jie ni gunting rambut. Sementara nak tunggu Jie ni gunting rambut, aku dengan bff yang kaum hawa macam Tiqa, Wani and Ecah pergi main video game dulu. Hehehe.

Dalindareen6784

Seriously cina-cina dekat salon ni semuanya handsome-handsome and hot belaka. Kalau macam ni nanti lepas habis belajar aku nak try apply kerja dekat sini lah. Jadi tukang cuci rambut pun jadilah kan ! Ekk motif.

Dalindareen6790

So that day I’m wearing red dress with half black cardigan accompany with red shawl. Memang merahnya mak ngah time tuh tau. Nampak si Tiqa dengan Ecah dekat ATM tuh? Ecah tak nampak sangat tapi beg baru dia still nampak. Hehehe. Tolong abaikan perut aku yang tengah buncit ok !

Dalindareen6793

Hah hamek kau ! Disebabkan tak nak tunjuk perut aku yang buncit lama-lama. Aku tempek gambar lain pulak. Huh ! Baru puas hati aku.

Lepas je Jie dah habis gunting rambut bagai. We all merayau satu Dataran ni tanpa hala tuju. Tak tahu nak pergi mana dah. Movie start lambat lagi. Yang si Jie boleh pulak pergi beli baju baru sebab dia kata baju yang dia tengah pakai tuh outdated ! Lantak kau lah Jie.

Dalindareen6799

Orang yang bertanggungjawab buat aku gelak sepanjang hari. Terus elok demam aku hari tuh and yang paling syiook tak ada sorang pun yang tahu aku demam tau.

Dalindareen6805

Disebabkan diorang ni semuanya tak pernah makan Hot & Roll, aku pun pergilah ajak masing-masing rasa. Kesian ehh korang semua. Hurmm ! Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Apa-apa pun aku enjoy sangat-sangat hari tuh. Nanti kita tengok Justin Bieber punya Movie pulak ehh.

Oklah bebboii !

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalammualaikum !

Untitled

* Klik Sini Kalau Nak Join *

Friday, April 1, 2011

Happy birthday mak yang ku sayang ! Hepi besday jugak kepada dua orang bff aku yang cantik. Eh hari ni April Fool lah !

Assalammualaikum !

Entah kenapa hari ni awal pulak aku bangun. Selalunya kalau time tak ada kelas, mahu nya dekat tengah hari baru aku bangun. Nasib baik mak aku sms aku and cakap thanks and I love you dekat aku sebab wish birthday dia. Rasa macam sedih pun ada jugak sebab aku tak dapat nak balik minggu ni. Boleh dikatakan dekat sebulan lebih aku dah tak balik Seremban tau. Rindunya nak makan semua yang mak masak !

Kalau sesiapa yang sebelum ni baca entry-entry yang aku buat, korang mesti akan tahu yang ayah aku adalah seorang OKU sebab dia paralyze sebelah badan. Means lumpuhlah. Dengan keadaan ayah aku yang sakit and sentiasa nak kan perhatian, aku tak tahu macam mana mak aku boleh kuat nak hadapi semua ni. Bayangkanlah nak dekat sembilan tahun dia mandikan ayah aku, dengar segala benda yang ayah aku bebelkan, and layan kerenah aku and adik-adik aku yang memang jahat nak mampos ! Aku rasa kalau aku lah kan, mahunya aku lari dari rumah sebab tak tahan nak face dengan semua ni.

So disebabkan berjauhan dengan mak aku even tak adalah jauh mana pun. Seremban dengan Melaka, sempadan je kot. Tapi aku still nak wish dekat mak aku.

29032010814

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adaah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Mak along nak ucapkan Happy Birthday untuk mak. Disebabkan mak, along dah besar panjang , tembam macam sekarang ni. Terima kasih sebab layan along dengan masakkan macam-macam bila along balik Seremban. Nanti along dah kerja nanti along bagi mak hadiah banyak-banyak tau. Sekarang ni along tak mampu lagi. Along just mampu habiskan duit mak je. Huhuhu. Apa-apa pun I love you very much mak !

Kalau dulu, on 1 April aku just wish birthday untuk mak aku je. Tapi sekarang sejak duduk dekat Melaka, ramai kawan-kawan aku yang birthdaynya 1 April jugak. So dekat sini aku nak wishkan jugak Happy Birthday kepada dua bff aku sepanjang hayat ni.

IMG_1064

Happy birthday my dearie friends. Aku harapkan korang sentiasa bahagia. Semoga korang akan menjadi semakin cantik dan cantik. So kat sini aku nak mintak maaf kalau aku ada buat apa-apa kesalahan dekat korang tau. Wah ! Dah macam raya pulak mintak maaf bagai. Hehehe. Then aku harapkan kita akan sama-sama graduate and dapat pointer yang tinggi-tinggi semester ni tau. Amin !

Hari ni jugak April Fool kan. Sejak aku dah duduk Melaka ni aku dah malas nak kenakan orang. Seingat aku lah kan. Time sekolah dulu aku selalu kenakan bff aku yang lain sampai diorang nangis-nangis lah. Tapi tuh semua cerita dulu. Sekarang pun masing-masing dah matang. Dah penat nak jadi budak-budak. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

Thursday, March 31, 2011

For The Second Time Aku Menang Contest Lagi ! Alhamdulillah.

Assalammualaikum !

Hari ni perasaan penat and mengantok aku disebabkan nak setelkan semua hal pasal UPU degree aku bercampur dengan perasaan yang amat-amat terkejut dan gembira nak mampos ! Balik-balik dari post office tadi dalam keadaan yang lembik satu badan aku godek-godek facebook aku dengan belog kesayangan yang tak semenggah ni. Tujuan utama adalah untuk tengok update-update terbaru dari belog-belog famous yang aku follow. Then masa tengah scroll ke bawah laju-laju. Aku nampak belog contest yang pernah aku join dulu update nama pemenang dia. Sesiapa yang nak baca balik contest pasal apa boleh klik dekat  * SiNi *

So aku dengan excitednya pergilah bukak belog owner contest ni. Mula-mula macam debar-debar jugak. Tapi bila aku scroll sampai bawah, terus menjerit aku wei ! Nama aku terpampang dekat situ. Siap dengan link belog aku lagi. Terima kasih Cik Alejandra. Ingat senang ke orang nak bagi hadiah dekat kita yang nilainya dah ratus-ratus. Siapa nak tengok update Cik Alejandra ni boleh klik dekat * SiNi * jugak ok !

Kiranya tak sia-sia aku membebel, merepek and meraban dekat belog yang tak semenggah ni. Terima kasihlah banyak-banyak kepada sesiapa yang tagged aku. So oklah aku nak sambung tidur aku yang tergendala pagi tadi.

Dalindareen4779

Bebboiii !!

Wednesday, March 30, 2011

Apa fungsi Question dekat Facebook tuh hah ? Aku tak pahamlah !

Assalammualaikum !

Selamat pagi semua ! Gile betol aku. Dari semalam kerja aku asyik nak printscreen je. Sampaikan semua gambar orang aku nak save then semua page belog aku nak printscreen. Oupss ! Jangan salah anggap ok. Aku printscreen belog orang bukan sebab nak copy paste korang punya entry. Tapi nak cari ilham untuk buat header belog sorang kawan aku ni. Tak adalah aku nak tiru bulat-bulat just nak cari ilham je.

Bila semalam dok godek-godek facebook ni. Aku perasan ada satu application yang kalau dekat tempat kita nak update status tuh dia akan tulis Question. Benda ni actually dah lama dah pun and honestly sampai sekarang aku tak faham apa kah benda alah ni. Aku ada jugak try klik-klik dekat semua soalan-soalan yang dia bagi tuh. Tapi tak ada kesan pun dekat aku sebab aku tak rasa gembira, excited or whatsoever bila buat benda alah Question tuh. Boleh ? Hahaha. Apa kejadah nya yang kau cakap ni Areen oit ! Yelah mehh sini aku nak tunjuk.

aa

Hah ! Yang ni dia tengah tanya pasal kau ni pengguna line apa. Apa motif ehh Facebook buat benda macam ni. Aku dah main klik klik dah. Tapi aku still tak rasa gumbira. Kenapa ehh ?

zz

Ni pun sama jugak macam soalan yang atas. Just bilangan pengguna dia lain. Actually banyak lagi soalan-soalan yang dia bagi. Tapi aku malas nak buat lah. Tengoklah nanti kalau aku betul-betul dah tak ada korje nak buat. Aku mainlah klik klik kat benda alah seekor ni. Nasib baik dah ada benda yang buat aku happy and tergelak awal-awal pagi. Nak tahu apa dia? Mehh sini aku tunjukkan. Jeng jeng jeng .

198035_10150221933237786_527967785_9261282_2822968_n

Ni lecturer aku yang sengal punya korje ! Encik Taufiq nama nya. Dia memang suka sakat aku dengan bff aku yang lain. Aku tahulah produk inovasi hari tuh aku buat pumpkin ice cream. Ni mesti lecturer aku ni geram sebab aku tak bagi dia rasa. Hari tuh ada jugak dia merungut-rungut kat aku. Tanya aku “ Mana aiskrim awak ? Tak bagi saya rasa pun !” Lepas dia dah upload gambar ni dekat facebook dia. Boleh ke dia tagged nya semua kawan-kawan aku. Encik Taufiq ni memang tau ! Kita bakor je. Kita bakor ! Erkkk motif.

Oklah perut aku pun dah kenyang dok melahap roti tiga keping tadi. So aku nak pergi study lah. Petang ni aku ada test English. Doakan aku dapat buat ehh kawan-kawan !

Oklah bebboooi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...