Tuesday, March 22, 2011

Siapa itu Miera Liyana ? Macam mana aku boleh tak kenal dia ehh padahal dulunya aku minat dia !

Assalammualaikum !

Wah ! Kemalasan semakin menjadi-jadi. Nak update belog pun fikir dua tiga kali. Yelah, mula-mula rasa macam rajin sangat tau. Lepas dah bukak Windows Live Writer aku ni. Dengan serta merta tak tahu nak update pasal apa. So bila dah tak update belog tuh, untuk hilang kan boring, aku pergilah dok godek-godek belog and Nuffnang aku. Alhamdulillah, duit Nuffnang makin naik. Even sikit tapi kira berbaloi lah dengan belog aku yang kurang aktif ni. Terkejut jugak aku tadi time tengah check Nuffnang. Banyak juga lah duit aku yang naik. Terima kasih ehh kawan-kawan kepada sesiapa yang dok klik-klik iklan dekat tepi ni ehh. Ok sudah ! Jangan merepek lagi.

Kalau nak tahu, bila aku dok godek-godek Nuffnang, benda yang paling aku suka nak tengok ialah Keywords.Tak tahu kenapa tau. Tapi memang dari dulu lagi aku suka nak tengok benda alah ni. Then masa dok tengok Keywords aku tadi, aku tengok ramai sangat yang pakai Keywords Miera liyana then tercampak lah ke belog aku. lebih kurang macam ni lah rupanya.

Untitled

Hambek kau ! Dekat seratus lebih orang dok search pakai keywords Miera Liyana je. Maybe ramai yang tercampak dekat belog aku ni sebab dulu aku pernah buat entry pasal orang yang nama Liyana mesti cantik-cantik ! Tuh sebabnya kot. Aku memang betul-betul tak kenal siapa Miera Liyana tuh. So dengan rajinnya aku pun search siapa empunya nama ni. Rupa-rupanya dia adalah seorang artis remaja yang tengah buat kontroversi sebab pakai baju yang seksi gile. Mehh sini aku share gambar dia yang seksi gile tuh ! Kaum lelaki diharapkan mengawal diri anda ok.

mieraliyana

Miera Liyana ni cipta kontroversi sebab pakai baju yang nampakkan sisi buah dada dia ni. Bagi aku tak ada apa yang nak dihairankan lagi sebab dia ni memang seksi dari dulu lagi pun. Aku paling suka bila dia berlakon dalam cerita Katrina. Yang ada Nabil and Elyana sekali tuh. Memang silap dia kot sebab pakai baju seksi sangat. Tapi nak buat macam mana kan. Miera ni dah pun minta maaf dekat wartawan and semua orang. Ehh ! Ye ke wei ? Tak ada pun Miera ni datang rumah aku mintak maaf. Chettt ! What the fat.

Bagi aku, artis-artis yang remaja ni tak payahlah nak pakai seksi sangat. Ye aku tahu semua nak jadi popular kan. Tapi cara tuh salah. Nanti bila kau dah popular, kau buat lah apa pun. Oklah aku malas nak komen banyak-banyak lagi. Karang tak pasal-pasal belog aku yang tak semenggah ni kena banned. Hehehehe

Bebbboiii !

Monday, March 21, 2011

Sesi men-datingkan diri bersama encik boipren tersayang and Review movie Hikayat Merong Mahawangsa !

Assalammualaikum !

Wah ! Dua hari aku tak update belog dah. Bahang kepenatan dari pameran inovasi aku hari Khamis hari tuh still in the mood lagi. Rasa malas je badan ni. Lagi-lagi sekarang ni sejuk je. Memang syok lah peluk bantal sambil mimpi benda-benda yang best. Mimpi apa? Entah ! hehehe.

Actually memang aku dengan boipren aku dah lama plan nak tengok wayang tapi kitorang asyik dengan tak ada duitnya sebab dihabiskan dekat final projek, masa yang asyik pack. So lepas je final projek ni, aku memang ajak dia pulun tengok semua cerita yang ada dekat wayang sebab dah dekat sebulan lebih kot aku tak pergi tengok wayang. Kalau dulu tuh, seminggu sekali wajib tengok wayang. Dah semester akhir ni, nak tengok sebulan sekali pun susah. Tak apalah kan. Semua ni pengorbanan. Motif ! So disebabkan dah sebulan lebih tak keluar bersama-sama even kitorang ni punyalah dekat. Rumah sewa dia pun depan rumah sewa aku je. Aku dengan boipren aku pun pusing-pusung satu bandar Melaka.

First aku pergi ni sebab nak cari baju dinner untuk Malam Pra Graduan untuk hari Rabu nanti. So lokasi pertama yang aku pergi ialah Jaya Jusco. Untuk pengetahuan semua, aku tak risau nak pergi jalan-jalan mana pun sebab dah ada orang nak belanja aku. So pergilah mana-mana pun asalkan ada duit. Sampai-sapai je dekat JJ, aku yang memang dah lapar nak mampos ni ajak boipren aku pergi food court sebab dah lama tak melantak dekat JJ. So saksikanlah macam-macam gaya aku bila dah dapat makanan.

Dalindareen6562

Aksi budak perempuan yang selebet bila dah dapat makanan yang sangat-sangat berlemak. Apalagi kalau bukan ABC dengan Croquet. Ini adalah aksi control ayu lah konon walaupun bila tengok banyak-banyak kali, tak adalah ayu mana pun !

Dalindareen6563

Aksi kanak-kanak bila dapat ABC yang letaknya dalam cawan air. Nampak tak biskut rokok tuh ! Nampak tak. Jangan terpedaya ehh. Sebenarnya tak adalah panjang mana pun. Just dia belah dua and cucuk dekat bahagian atas ABC.

Dalindareen6564

Aksi cuba membesarkan mata dan membulatkan mata bila dapat sotong  yang tak lah sebesar and segodang mana pun. Motif yang sebenar hanyalah untuk tunjuk contact lens. Apa-apa pun sotong tepung tuh memang sodap gilo !

Seriously aku memang rasa lain bila keluar dengan boipren aku pakai tudung biasa macam ni. Selalunya mesti nak pakai shawl shawl bagai and ada riben tuh. Tuh yang bila pakai tudung biasa ni, habis senget-benget tudung aku. Tak tahu nak betulkan macam mana lagi. Oklah aku malas nak merepek and meraban lagi. Mehh sini aku nak review serba sedikit pasal movie Hikayat Merong Mahawangsa.

images (17)

Cerita ni pasal seorang Putera yang namo ehh Marcus yang asalnya dari Rom nak jumpa dengan Puteri China sebab kena berkahwin dengan puteri tuh untuk mengeratkan lagi hubungan negara Rom and negara China. Disebabkan banyak kapal negara Rom hilang masa belayar, so putera tuh nak carilah seseorang yang boleh bawa dia jumpa dengan Puteri China dekat Semenanjung Emas.

Nak dipendekkan cerita, Putera ni berjumpa dengan Merong yang time tuh dekat Goa, India. So dia suruh Merong ni temankan dia sampai Semenanjung Emas. Masa dah sampai dekat Semenanjung Emas ni lah, diorang kena serang dengan Geruda. So tuh je lah aku nak review. Kalau nak tahu lebih lanjut, better korang tengok sendiri. Barulah syiook ! Hahahaha.

Yang paling aku geli dengan Kemawas. Tak tahu kenapa. Yang paling aku tak tahan bila time Kemawas nak rogol Puteri China. Boleh ke dia cakap macam ni, “ bila tangan sudah dibuka,masa kan dpt ditahan airnya". Gile lucah oiit ! Hahahaha. Tapi yang penting, aku memang suka gile dengan putera Marcus ni sebab dia handsome gile wei ! Mehh sini aku kongsi kehenseman dia.

images (16)

See see handsome kan si Marcus ni. Bukan yang belah kanan yang tengah pakai serban and buat gaya berpidato tuh ok. tapi yang tengah putih mulus tuh. Aww handsome nya !

So far muka aku memang asyik mengantuk je lah. Sebab penat kot seharian berjalan tanpa arah tuju ni. Tapi apa-apa pun memang best sangat sebab dah lama aku tak keluar jalan-jalan macam ni.

Dalindareen6578

Ohh muka ku yang bulat, mata yang ngantuk and tudung yang gelembung-gelembung. Memang buruk gile lah oiit !

Dalindareen6581

Makan ABC lagi. Boipren aku dok pung pang pung pang cerita kat aku. Aku bantai tangkap gambar dia. Sebebnarnya dia tak bagi aku upload gambar ni sebab buruk. Tapi apa aku kisah. ABC yang sedap. Haiyoo sia-sia je lah diet kau selama ni Areen. Oklah aku dah ngantuk dah ni. Esok kelas pukul lapan. Presentation lagi tuh. Oklah good nite

Bebboiii !

Friday, March 18, 2011

Final Projek yang memeningkan dan akhirnya pameran inovasi untuk final projek saya berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah !

Assalammualaikum !

Lamanya dah tak update belog yang serabut dengan warna pink, yang tak semenggah ni sebab bahasa yang macam budak-budak. Rasa bersalah gile sebabnya aku ni seorang yang suka sangat dekat belog suatu ketika dahulu. Sekarang macam nak tak nak je aku layan belog ni. Macam mana nak tarik orang untuk suruh baca belog ko kan, padahal update entry pun sebulan dua kali je. Ok yang tuh tipu !

Terima kasih dekat orang yang wish good luck dekat aku untuk final projek di entry yang sebelum ni. Terima kasih juga kepada orang-orang yang doakan aku especially mak dan ayah aku. Punyalah takut nak present sampaikan aku boleh call mak aku pukul lima pagi and kacau dia tidur. Dalam suara serak-serak basah disebabkan bangun tidur, mak aku doakan aku yang tengah ketakutan ni. So disebabkan dekat entry sebelum ni aku dah janji nak cerita pasal final projek aku. So mehh sini baca cerita yang aku nak gebangkan. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak baca. Aku tak paksa pun. Touching kejap ! Actually aku memang tengah touching dengan seseorang ni. So aku memang update belog dalam keadaan touching.

Ok ok aku nak start merepek and meraban pasal final projek aku. Semua sedia maklum yang aku ni ambil course Diploma Pengurusan Hotel and Katering. So untuk final projek ni, aku and bff aku lagi tiga orang yang juga ahli group aku, kena cipta satu produk yang tak pernah dibuat oleh orang. Memang pening jugak group aku ni at first sebabnya banyak produk yang kitorang suggest kan dekat lecturer, kena tolak mentah-mentah.

Boleh dikatakan dari awal-awal lagi kitorang dah pening kepala. Yelah mula-mula kena present untuk proposal final projek ni, lepas tuh kena buat mini pameran untuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam tuh, walaupun orang lain yang datang tapi benda ni still buat group aku stress. Then semalam pulak pameran inovasi kitorang. Bayangkanlah group aku start untuk decorate booth pukul lapan malam. Padahal orang lain dah start dari petang. Ni semua sebab ada kerja yang tak siap-siap lagi. Dahlah masa untuk setting booth sampai pukul sembilan malam je. Kitorang yang datang pukul lapan malam ni memang kelam-kabut habis lah.

Kalau dekat entry sebelum ni, aku ada bagitahu yang aku tak tidur langsung kan sebab takutnya aku dengan present and pameran untuk final projek ni. Pagi tuh memang aku betul-betul pening kepala. Berdenyut-denyut gile ! Tapi apa-apa pun memang best. Pengalaman seumur hidup ni. Mana ada lagi aku nak rasa lepas ni. So mehh sini aku tempek gambar-gambar time aku inovasi hari tuh. So aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab entry ni memang terlampau banyak gambar. So aku harapkan korang maafkan lah aku sebab buat internet korang loading lambat. Sori tau !

Dalindareen6529

Bff aku si Eida dan Sab ! So dengan tengoknya booth dekat belakang tuh. Korang dah boleh agak kan aku dengan group aku yang lain buat apa kan. Huhuhu ! The biggest thanks to Eida and Sab And Wani sebab sama-sama kerja keras untuk pameran kali ni. I love you all so much ! Friendship never end !

Dalindareen6535

Lepas dah penat-penat setting booth bagai. Aku dengan Eida memulakan sesi ber photo gedik ! Kalau nak photo gedik aku rasa dengan Eida ni je lah. Sebab dia ni memang suka gile bergambar.

Dalindareen6538

Booth yang bersebelahan dengan booth aku ! Memang sedap gile produk yang diorang buat ni. Mentega berperisa durian belanda. Banyak kali kot aku dok melahap roti dengan produk diorang ni. Memang sedap gilelah ! Aku doakan korang menang lah ehh.

Dalindareen6539

Wah ! Tiga orang diva yang memang meletop. Apa-apa pun aku suka sangat meratah produk diorang ni. Diorang buat serbuk kerabu. Sedap sangat tau ! Lagi-lagi bila buat kerabu kacang panjang dengan kerang. Sedapnya !

Dalindareen6540

Sila abaikan lengan aku yang makin membesar. Aku mengaku lah yang aku memang banyak makan sejak dua menjak ni. Kalau nak tahu. Time ni pun ada pameran pelancongan so member aku yang course pelancongan ni, kena lah pakai macam ni dekat booth dia untuk promosi tempat-tempat pelancongan.

Dalindareen6542

Four of us ! Our oufit that day is baju kurung with white base colour. Nampak tak lappy yang dekat tepi tuh? Tuh lah lappy yang aku dok online, dok update belog, dok nangis-nangis tengok cite Sailormoon. Motif nak nangis tengok Sailormoon kan ! Apa-apa pun aku memang sayang sengat dekat bff aku empat orang ni. Terima kasih sebab jadi kawan susah senang aku ! Rasa macam booth aku bertemakan kanak-kanak ribena pulak.

Dalindareen6543

The owner of produk yang the best ever after ! Aku rasa bff aku yang si Basha ni akan menang untuk projek inovasi ni. Group dia buat kiub asam pedas. Memang best sangat ! Aku rasa aku gemuk sebab asyik makan asam pedas dia ni. Dahlah asam pedas daging tetel. Memang berlomak-lomak !

Dalindareen6547

Disebabkan pameran inovasi ni sampai petang. Korang boleh tengok macam mana berminyaknya muka aku kan ! Dahlah duduk dalam aircond. Memang berminyak habislah kan. Walaupun penat and produk aiskrim kitorang semuanya licin and habis. Tapi aku puas hati sebab dapat feedback yang memuaskan dari pihak juri. Aku tak mengharapkan apa-apa kemenangan pun. Asalkan final projek ni dah habis. Aku dah boleh senang-lenang duduk kat rumah dok update belog.

Tuh je lah yang aku nak ceritakan untuk hari ni. Semalam balik-balik dari pameran, aku tidur dari pukul enam petang sampai enam pagi. Gile kan duabelas jam kau tidur ! Kau ado? Nan hado yolah kan. Memang tak sedar langsung sampaikan bff aku Wani kejutkan aku bangun makan, aku buat selamba dek je peluk bantak. Memang tidur mati dah ! Nasib baik tak mati betul.

Too all candidates for this final project, aku doakan kita semua berjaya ok ! Thanks kepada sesiapa yang datang dekat booth aku and bila dah dapat rasa aiskrim semua cakap, urmm sedapnya aiskrim, urrmm sedapnya rasa horlick, urmm sedapnya nak order boleh, urmm macam-macam lagilah. Karang aku cakap banyak-banyak korang kata aku riak pulak kan. Apa-apa pun most of candidates dapat feedback yang bagus dari audience kan.

Oklah aku nak pergi mandi dah ni. Baju dah sebaldi tak basuh. It’s time to main gosok-gosok and main buih sabun. Haip ! Macam lucah je bunyinya. Hahaha !

Bebbboiii !

Thursday, March 17, 2011

Doakan kejayaan aku kawan-kawan. Aku betul-betul takut hari ni !

Assalammualaikum !

Wah ! Aku tak tidur langsung malam ni. Semuanya sebab nak siapkan preparation untuk present final projek aku pagi ni. Aku pun tak tahu kenapa aku betul-betul takut nak hadapi semua ni. Maybe sebab aku dah semester last kot. Tuh yang macam kecut perut sikit aku rasa. Padahal perut ni tak ada pun kecut-kecut. Memanjang je buncit. Entah bila nak kecil entah. Aiishhh ! Taulah kau tak tidur kan. So jangan nak melalut and meraban dekat sini.

So kawan-kawan, tolong lah doakan kejayaan aku and kawan-kawan aku untuk present final projek pada pukul 8 pagi ni. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Aminn yarabbal alamin. Oklah tuh je aku nak melalut pagi-pagi buta ni. Melalut pun sebab aku rasa takut and kepala ni dah pening-pening lalat. Wei doakan aku punya final projek, everything will runs smoothly ok !

Dalindareen6516

Ya Allah ya Tuhan ku, kau permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini. Aminn !

Bebboiii !

 

Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya aku dah rasa ayam penyet yang paling marvelous dekat dunia ni. Tapi sorry ! Gambar hanya tinggal tulang. Hehehe.

Assalammualaikum !

Yess ! Aku memang busy gile sekarang. Semuanya pasal final projek. Tapi walau macam mana pun. Masa untuk berbelog masih lagi ada sebab aku ni hantu belog. Setiap minit, setiap saat aku akan bukak belog-belog korang yang aku follow then main komen-komen dekat entry korang tuh. Hari ni boleh dikatakan aku dari pagi aku tak duduk diam. Yelah mana tak nya, pagi-pagi dah pergi kelas Law, then dah habis kelas Law, siapkan pulak untuk presentation Human Resource yang kelasnya pukul tiga. Balik-balik, dalam pukul enam macam tuh, aku siap-siap pulak untuk pergi Tesco, Melaka untuk beli semua barang final projek. Aduh kopak duit aku. Tak apalah bukan selalu pun kan.

Yang paling tragis sekali, hari ni aku puasa ganti so memang satu hari perut aku berbunyi sampaikan semua orang dalam kelas tegur. So bila dah waktu nak berbuka, bff aku yang juga housemate aku ajak makan ayam penyet dekat Tesco,Melaka. Serius wei ! Memang sedap gile lah sampaikan aku tak sempat nak tangkap gambar sebelum makan. Sebabnya masing-masing tak sabar-sabar nak melahap and melantak. So aku hidangkan korang dengan gambar-gambar tulang-temulang je lah ehh.

Dalindareen6504

Semua ni bukannya aku yang makan ok ! Bff aku si Wani dengan Eida yang punya. Diorang makan nasi ayam penyet. Serius memang sedap wei ! Aku pun tak tahu apa yang bestnya ayam penyet ni. Maybe dekat sambal dia yang memang super pedas gile tuh. Tuh yang buat dia rasa best gile. Aku dengan bff aku yang lain makan sampai meleleh-leleh hingus, muka merah padam, and mata dah merah-merah sebab tahan pedas. Aku just menyibuk nak rasa semua makanan diorang ni. Makanan yang sebebnranya aku makan ialah :-

Dalindareen6507

Tadaaa ! Dah habis. Sorilah ehh. Tak dapat korang nak tengok apa yang aku makan tadikan. Aku sebenarnya makan Bakso kuah dengan bff aku si Sab. Selalunya kalau kita makan bakso. Kita akan makan mihun dengan meatball tuh kan. Tapi dekat kedai ayam penyet ni, dia just bagi so-on dengan meatball tuh je. Memang sedap gilelah. Dah lah meatball dia banyak nak mampus. Memang puas hati lah kalau makan dekat sini tau.

Dalindareen6506

Hahaha ! Dah tinggal tulang baru teringin nak makan. Baguskan aku ! Biasalah perut dah kenyang. Barulah time tuh ada masa nak berfikir. Cuba korang tengok ! Sambal dia tak habiskan. Sebabnya kitorang memang dah tak tahan nak habiskan. Pedas gile kot ! Tapi sedap wei. Siapa yang nak pergi lagi dekat tempat ni, janganlah lupa ajak aku and belanja aku sekali ok !

Dalindareen6509

So marilah kita bersama-sama membuat konvoi secara beramai-ramai untuk makan dekat sini ok. So tokey kedai, silalah bagi apa-apa elaun ke dekat aku. Aku dah tolong promosikan kedai kau ni. Motif ! Nampak sangat tak ikhlas kan.

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...