Wednesday, March 16, 2011

Akhirnya aku dah rasa ayam penyet yang paling marvelous dekat dunia ni. Tapi sorry ! Gambar hanya tinggal tulang. Hehehe.

Assalammualaikum !

Yess ! Aku memang busy gile sekarang. Semuanya pasal final projek. Tapi walau macam mana pun. Masa untuk berbelog masih lagi ada sebab aku ni hantu belog. Setiap minit, setiap saat aku akan bukak belog-belog korang yang aku follow then main komen-komen dekat entry korang tuh. Hari ni boleh dikatakan aku dari pagi aku tak duduk diam. Yelah mana tak nya, pagi-pagi dah pergi kelas Law, then dah habis kelas Law, siapkan pulak untuk presentation Human Resource yang kelasnya pukul tiga. Balik-balik, dalam pukul enam macam tuh, aku siap-siap pulak untuk pergi Tesco, Melaka untuk beli semua barang final projek. Aduh kopak duit aku. Tak apalah bukan selalu pun kan.

Yang paling tragis sekali, hari ni aku puasa ganti so memang satu hari perut aku berbunyi sampaikan semua orang dalam kelas tegur. So bila dah waktu nak berbuka, bff aku yang juga housemate aku ajak makan ayam penyet dekat Tesco,Melaka. Serius wei ! Memang sedap gile lah sampaikan aku tak sempat nak tangkap gambar sebelum makan. Sebabnya masing-masing tak sabar-sabar nak melahap and melantak. So aku hidangkan korang dengan gambar-gambar tulang-temulang je lah ehh.

Dalindareen6504

Semua ni bukannya aku yang makan ok ! Bff aku si Wani dengan Eida yang punya. Diorang makan nasi ayam penyet. Serius memang sedap wei ! Aku pun tak tahu apa yang bestnya ayam penyet ni. Maybe dekat sambal dia yang memang super pedas gile tuh. Tuh yang buat dia rasa best gile. Aku dengan bff aku yang lain makan sampai meleleh-leleh hingus, muka merah padam, and mata dah merah-merah sebab tahan pedas. Aku just menyibuk nak rasa semua makanan diorang ni. Makanan yang sebebnranya aku makan ialah :-

Dalindareen6507

Tadaaa ! Dah habis. Sorilah ehh. Tak dapat korang nak tengok apa yang aku makan tadikan. Aku sebenarnya makan Bakso kuah dengan bff aku si Sab. Selalunya kalau kita makan bakso. Kita akan makan mihun dengan meatball tuh kan. Tapi dekat kedai ayam penyet ni, dia just bagi so-on dengan meatball tuh je. Memang sedap gilelah. Dah lah meatball dia banyak nak mampus. Memang puas hati lah kalau makan dekat sini tau.

Dalindareen6506

Hahaha ! Dah tinggal tulang baru teringin nak makan. Baguskan aku ! Biasalah perut dah kenyang. Barulah time tuh ada masa nak berfikir. Cuba korang tengok ! Sambal dia tak habiskan. Sebabnya kitorang memang dah tak tahan nak habiskan. Pedas gile kot ! Tapi sedap wei. Siapa yang nak pergi lagi dekat tempat ni, janganlah lupa ajak aku and belanja aku sekali ok !

Dalindareen6509

So marilah kita bersama-sama membuat konvoi secara beramai-ramai untuk makan dekat sini ok. So tokey kedai, silalah bagi apa-apa elaun ke dekat aku. Aku dah tolong promosikan kedai kau ni. Motif ! Nampak sangat tak ikhlas kan.

Bebboii !

Tuesday, March 15, 2011

Siapa pernah makan mee siput. Bukan siput sedut or siput bab*. Sedapnya sampai menjilat jari kaki ok !

Assalammualaikum !

Adoi gile aku nak membetulkan report final projek aku ni. Sebabnya aku pakai Microsoft Word 2010 then bila transfer dekat laptop bff aku si Wani yang pakai Word 2003, semua benda beralih. Sekarang ni bila dia dah betulkan dekat lappy dia, then masa buka dekat lappy aku, semua jadi kelam kabut balik. Tak apalah kan. Semua ni dugaan kan. Nak buat macam mana. Mini pameran untuk final projek aku ni pun hari Khamis ni. So kawan-kawan sila lah doakan final projek aku dan kawan-kawan aku yang lain diterima ramai ok. Kau buat apa wei untuk final projek kau ? Buat apa ? Nanti lah lepas mini pameran and present final projek nanti, aku ceritakan lah ehh pasal apa yang kumpulan aku buat.

So sambil-sambil dok buat report and memekak ikut lagu dekat Fly Fm, mulut pun haruslah mengunyah kan. Tak sah kalau tak mengunyah sebab nanti rasa boring akan timbul bila tak ada apa-apa nak kunyah. So aku nak bagitahu lah apa yang aku dok kunyah-kunyah dari tadi ni. Makanan yang dok kunyah ni maybe dah familiar dekat kawasan Melaka and Johor. Tapi bagi orang-orang yang tak duduk dekat sini mungkin tak kenalkan. So mehh sini aku bagitahu aku tengah kunyah apa. Makanan yang aku tengah makan tuh ialah:-

Dalindareen6499

Yes ! Aku tengah makan mee siput. Apa kobondo ehh tuh ? Alah dia kiranya macam keropok jugak. Tapi kena makan dengan sambal khas yang dia dah bagi. Baru sedap tau. Aku kenal benda ni pun dari bff aku yang duduk dekat-dekat sini jugak. Mula-mula macam takut je nak makan. Lama-lama rasa sedap je and now aku betul-betul dah ketagih nak makan benda alah ni. So dah ada dua benda lah yang aku ketagih ni. Satu sardin and satu lagi mee siput. Hehehehe !

Dalindareen6502

Hah ! Terliur tak tengok mee siput ni ? Sedap tau benda alah ni. Cubalah kalau datang Melaka or Johor, cuba korang cari benda alah ni. Mesti kalau sekali dah makan, kau akan jadi ketagih macam aku. Ada orang tak suka benda alah ni sebab rasa dia macam tawar-tawar sikit. Tapi der ! kan dia dah bagi siap-siap sos sambal dia tuh. Kau tuangkan je lah dekat mee siput ni. Memang sodap lah raso ehh ! Last-last kau yang over dari aku tak nak berhenti makan benda alah ni kan.

Dalindareen6503

Aikk ! Bila masa pulak habis mee siput ni. Tuh lah jadinya kalau mengunyah sambil buat kerja. Makanan habis pun kau tak sedar. Esok aku nak beli lagilah. Alah baru lapanpuloh sen je. Tuh pun nak berkira. Dok melantak kek Secret Recipe yang satu potong enam hengget tuh boleh pulak kan. Oklah aku nak sambung buat kerja aku balik. Nanti kalau aku rajin, aku update lah entry yang terbaru lagi ehh.

Bebbooi !

Monday, March 14, 2011

Sengal Zone : Idola Blogger !

Assalammualaikum !

Tadi dok godek-godek semua belog yang ada dekat tepi sidebar aku ni. Sekali terbukak pulak belog Sengal Zone ! Aku memang suka baca belog mamat handsome ni sebab dia banyak anjurkan macam-macam segmen. Kira macam contest jugaklah. Tapi dia buat segmen tuh memang kreatif gile lah bagi aku. Sebenarnya aku tak pernah pun join semua segmen-segmen yang belog Sengal Zone ni anjurkan. So for the first time aku nak join lah. Mana lah tahu nasib menyebelahi aku. Aku join segmen Idola Blogger and nak tempek mamat handsome Sengal Zone punya logo. Kalau nak join boleh klik logo bawah ni ok.

Print

Bila dah join, kena jawab semua soalan yang belog Sengal Zone bagi ok. Antaranya ialah :-

Siapa Idola korang dalam blog ni ?

Idola aku semestinya seorang insan yang cantik, comel and gorgeous. Siapa lagi kalau bukan Fatin Liyana.

DSC03372

Alolo comelnya dia ! Ekk motif.

Kenapa diorang menjadi Idola korang?

Kenapa ehh aku jadikan Fatin Liyana ni sebagai idola dalam dunia blogging ni ehh ? Sebabnya, mula-mula aku nak buat belog yang tak semanggah ni. First person yang belog nya dibaca oleh aku ialah Fatin Liyana ni. Masa tuh aku ingat lagi, dia punya belog tak adalah banyak berpuluh-puluh ribu macam sekarang ni. Tapi dalam ribu-ribu jugaklah. Masa tuh jugak aku dah start suka tengok muka dia sebab muka dia comel and cantik sangat. Aku bukan lesbo ok ! So apa-apa aku akan rujuk dulu belog Fatin Liyana ni.

So aku jadikan dia idola aku sebabnya dengan entry dia yang bersahaja tuh. Dia dapat tarik ramai orang nak baca belog dia. Ditambah pula dengan pakej muka yang comel and cantik tuh, lagilah buatkan orang tertarik nak baca belog dia. Daripada situ aku dah dapat belajar, macam mana nak jadi seorang blogger yang baik, belajar cara-cara nak mekap dengan tutorial yang dia letak dekat belog dia, kenal setiap jenis nama shawl yang ada dekat pasaran and yang paling penting, aku tahu nak manage diet aku bila aku baca belog Fatin Liyana ni. Yelah dia kan bakal doktor yang hot !

Lagi satu kan, dia ni satu negeri dengan aku. Dekat mana lagi kalau bukan Negeri Sembilan. Rumah aku pun bolehlah jugak dekat dengan aku. Dia Dekat Sikamat, Seremban. Aku pulak dekat Paroi, Seremban. Dekatlah tuh kan ! Aku pun dah pernah tengok dia secara live even dapat tengok dari jauh je tapi dia memang betul-betul gorgeous bila dekat luar. So Fatin Liyana ni dah jadi macam inspirasi and idola aku untuk bergaya dengan fesyen-fesyen yang terbaru. So aku berharap aku akan jadi blogger yang berjaya macam dia jugak.

Link blog Idola korang !

Aku rasa kalau aku tak letak link belog dia pun,semua orang dah tahu kot. Tapi aku still nak tempek jugak link dia.

Tekan Sini – Pergi ke belog Fatin Liyana

Oklah selesai sudah. Bebboiii !

Kesian dengan Twitter aku. Sentiasa di anak tiri kan. Yelah dah aku asyik melayan Facebook je.

Assalammualaikum !

Buang tebiat ke apa update pagi-pagi buta sekarang ni kan. Semuanya kerana aku dah terlebih tidur siang tadi punya pasal. Nak buat macam mana kan. Perut yang penuh dengan mihun sup buatan sendiri buatkan mata aku stim-stim semacam. Macam mana lah kau nak kurus ni Areen oiit ! Orang nak kurus pergi bersenam. Kau pergi tidur pulak. Hei ! Aku bersenam apa. Lelapkan mata, menggeliat, menguap, berdengkur. Kira exercise lah jugak tuh kan. Ekk motif nak merepek !

Tadi aku pergilah bantai godek-godek semua website yang aku dah bookmark kan. Then termasuk lah dekat Twitter aku yang memang dah berabad aku tak update. Bukannya apa. Aku ni bukanlah kaki update status. Setiap masa setiap jam and setiap saat dok tweet or update status. Even dekat Facebook pun aku fikir banyak kali nak update status, takut tersalah cakap or whatsoever.

Sekali aku tengok follower aku dah bertambah-tambah. Aku pun tak tahulah dekat mana datangnya. Maybe hasil berblogging ni kot. Tapi aku tak pernah pulak nak mention Twitter aku dekat sini. Confuse betul lah ! Wei Areen, kira bersyukur lah ada orang nak follow kau tau. Dari tak ada orang nak follow kau. Tak ke rasa macam syok sendiri je bila tweet status baru ? Ok ok terima kasih lah kepada sesiapa yang follow aku dekat twitter tuh ehh. Memang aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat. So kepada sesiapa yang nak follow aku dekat Twitter. Mehh sini aku nak bagi link Twitter aku. Nanti boleh kita borak-borak kan. Motif nak paksa orang follow kan ! Tak wei, aku tak paksa pun. It’s up to you all lah nak follow ke tidak. Kalau nak follow, terima kasih banyak-banyak. Kalau tak nak follow, mak tak kisah nyah !

So klik dekat bawah ni kalau nak follow Twitter aku ok. Tuh sajalah entry untuk malam ni. Ye aku tahu entry ni tak ada motif pun sebenarnya. Entry ni just untuk mengisi masa lapang aku yang keboringan ni.

* Tekan Sini - Pergi ke Twitter Areen *

Dalindareen5541

Peace Not War !

Bebboiii !

Sunday, March 13, 2011

Cita-cita yang aku idamkan masa kecil dulu. Tapi sekarang just angan-angan je lah. Tak kesampaian pun !

Assalammualaikum !

Adoi ! Rasa bersalah gile sebab dah dua hari aku tak update belog kesayangan aku yang tak semenggah ni. Sebenarnya bukan rasa bersalah dekat belog pun tapi rasa bersalah dekat orang yang datang dekat belog aku ni, tengok entry yang sama je setiap kali bukak belog yang tak semenggah ni. Cehh ! Macam lah ada orang nak datang belog kau ni Areen. Cerita dekat setiap entry pun semua meraban and melalut. Ada hati nak cakap macam tuh. Ye aku tahu korang akan cakap macam tuh. Ye aku tahu ! Sob sob touching lah pulak kan. Alah kalau aku senang je. Kalau nak baca and follow, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kalau tak nak baca, aku tak kisah pun. Belog ni just salah satu medium untuk meluahkan perasaan aku. So terpulang lah kalau korang nak baca atau tidak. Siapa setuju dengan saya, angkat tangan sambil tangan di dada and mata ke atas.

Sebenarnya aku tak update belog pun, ada jugak sebabnya. Sebabnya aku frust ! Frust sebab course yang aku nak, tak ada dalam senarai. Yelah tak lama lagi aku dah nak habis diploma kan. So aku nak mohon lah course Teknologi Makanan dekat UPM untuk degree nanti. Sekali aku tengok tak ada pulak dalam senarai. Memang aku frust gile lah kan. Tapi nak buat macam mana kan. Tak semestinya apa yang kita nak, kita akan dapat. So mehh sini aku nak tunjukkan senarai course yang aku mohon untuk degree nanti. Doakan aku dapat ehh salah satu kos yang aku mohon ni. Aminn !

  • Pilihan pertama: Pendidikan Sains Rumahtangga (UPM)
  • Pilihan kedua: Pendidikan Sastera Bahasa Inggeris (UPM)
  • Pilihan ketiga: Sains Perkhidmatan Makanan (Uitm)
  • Pilihan keempat: Sains Kulinari (Uitm)

Kalau korang perasan pilihan pertama and kedua aku, dua-dua nak jadi cikgu. Aku dulu punyalah bantah habis-habisan bila mak aku suruh jadi cikgu. At last untuk degree ni, aku mohon kos jadi cikgu jugak. Bila bagi tahu mak aku, course apa yang aku mohon. Punyalah gembira mak aku, sebab aku akan jadi cikgu. Tuh pun kalau dapat mak oiit ! Kalau tak dapat, tak adalah along jadi cikgu.

Tuhlah masa kecil-kecil dulu, mak suruh baca buku, kau tak nak Areen. Kau dok bantai baca buku Sailormoon berulang-ulang kali sampai kau dah naik hafal semua dialog dalam tuh. Bila dapat result UPSR yang just cukup-cukup makan. Tahu pulak nak menangis-nangis, tak nak keluar bilik and makan, tak nak cakap dengan semua orang dalam rumah. Kalau boleh diputarkan masa ni untuk aku balik zaman UPSR aku dulu, mesti aku sendiri yang akan bakar semua komik Sailormoon aku tuh. Tak payah nak suruh mak aku yang bakar. Aku sendiri yang akan pergi study tanpa disuruh. Tapi tuhlah, semua itu kenangan kan.

Masa kecil-kecil dulu kalau cikgu tanya nak jadi apa. Mesti macam-macam jawapan yang keluar. Semuanya berkobar-kobar bagitahu cita-cita masing-masing. Aku dulu pun kalau cikgu suruh bagitahu dalam kelas or isi dalam buku oren atau report card. Memang cita-cita dekat bawah ni lah yang akan masuk dalam list. Antaranya ialah:

Doktor

doktor

Benda ni memang akan jadi list pertama dalam hidup aku masa cikgu tanya apa cita-cita aku. Dulu aku nak jadi doktor sebab aku suka nak rawat-rawat orang ni. Kiranya suka menolong orang lah katanya. Cehh ! Tak tahu sebenanrnya nak jadi doktor ni susah nak mampos. Kalau dah hari-hari baca komik Sailormoon. Result UPSR, PMR, SPM pun cukup-cukup makan. Tak payahlah nak berangan kan !

Lagi satu ni, aku akan jadi macam nak muntah and pening-pening bila tengok darah yang banyak tau. So macam mana nak jadi doktor kan kalau tengok darah pun nak pitam. Bila aku tengok kawan-kawan sekolah aku pergi India, Indonesia and New Zealand untuk sambung belajar pasal doktor ni. Dengan automatiknya aku akan jadi jealous gile sebab tuh semua impian aku dulu. Tapi nak buat macam mana kan. Diri sendiri dah pemalas. So diam-diam je lah bila tengok orang pergi belajar dekat oversea. Tak payah nak bising-bising.

Cikgu

images (14)Ni pulak cita-cita kedua yang aku memang minat gile gile time sekolah dulu. Mak aku punyalah suka, bila tanya aku nak jadi apa and jawapan aku pulak cikgu. Memang dia happy gile. Lepas tuh siap cakap yang mak akan doakan along untuk jadi cikgu. Aku pun tak tahu macam mana datangnya minat aku nak jadi cikgu. Tapi tuhlah, time kecil kan. Kita pun bukan dapat fikir betul-betul pun.

Bila dah besar ni, cikgu ni lah yang memang aku tak suka betul. Sebabnya nak pergi mengajar dekat budak-budak sekolah yang memang tak faham apa-apa. Kalau aku dapat anak murid yang baik, tak apa jugak. Ni dapat pulak anak murid, yang setiap masa setiap saat akan melawan cakap kita. Tak ke macam sakit hati kan ! And now, untuk sambung degree, aku terpaksa pulak apply untuk jadi cikgu. Nak buat macam mana kan. Maybe doa mak aku tuh akan termakbul kot. Kadang-kadang apa yang kita tak minat tuhlah yang akan kita dapat. Aku pun berdoa aku akan dapat course cikgu tuh. Even aku tak dapat nak happy kan hati aku ni, tapi sekurang-kurangnya aku akan dapat gembira kan hati mak and ayah aku. Huhuhu !

Arkitek !

Aku pun tak tahu mana datangnya minat aku nak jadi arkitek ni. Padahal lukis pun aku tak pandai, ada hati nak jadi arkitek kan. Aku ingat lagi masa time sekolah dulu, time belajar Kemahiran Hidup. Kan kita kena lukis pelan kan. Lepas tuh kena lukis pandangan atas, pandangan hadapan and pandangan tepi. Aku memang failed lah bab-bab tuh. Even lukisan tuh just pakai pensel and pembaris je. Tapi aku still tak pandai nak lukis sampaikan cikgu aku pun tak faham apa yang aku lukis sebenarnya.

wordpressfiles01

So cita-cita ni memang just untuk cukup syarat buku oren je lah. Kan dalam buku oren tuh kita kena isi tiga kotakkan. So ini memang cita-cita yang aku tak minat langsung.

Usagi Tsukino ( Sailormoon)

images (15)

Haha ! Yang ni memang out of the list lah. Mana ada orang cita-cita dia nak jadi Sailormoon kan. Gile ke hape ! Tapi serius aku memang ada cita-cita nak jadi macam Sailormoon ni. Sebabnya aku nak menyelamatkan dunia dari musuh. Tak payahlah guna polis or askar ke apa-apa. Boleh ?

Kadang-kadang tuh kan aku sampai termimpi-mimpi yang aku tengah jadi Sailormoon yang tengah lawan dengan musuh. See see punya lah kuat pengaruh cerita kartun dekat kanak-kanak macam aku ni. Ekk kanak-kanak ke ? Motif !

Tuh je lah yang aku nak share dengan korang hari ni. Kalau aku rajin, kejap lagi aku update lah satu lagi entry. Tuh pun kalau aku rajin. Aku harap korang doakan aku untuk dapat salah satu course yang aku minta untuk degree ni. Aminn !

Dalindareen2746

Peace Not War !

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...