Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

Bila waktu cuti bekerja, apa yang aku rajin buat ehh ? Hehehe !

Assalammualaikum !

Whoaahhh ! Lama gile rasanya aku tak update blog yang dah mula bersawang. Kalau lah blog aku ni ada pintu untuk anai-anai masuk, mesti dah habis ranap dah blog aku dimakan ehh ! Serius aku terlampau busy sampaikan aku tak ada mood nak menaip apa-apa. Kadang-kadang tuh laptop pun aku tak bukak. Better aku membuta lagi bagus. Huhuhu !

Tapi aku tak tahulah kenapa tau, bila waktu cuti je mesti semangat nak memasak macam-macam benda tuh membuak-buak. So bila siang tuh memang aku habis kan banyak masa dekat dapur je lah. Kadang-kadang tuh sampai malam aku dok melangok dekat dapur lagi. Bukan apa, rasa best je main masak-masak sebab apa yang kita masak tuh dimakan sampai habis oleh adik-adik.

Bila time nak tidur tuh baru rasa menyesal tiba-tiba. Yelah mana tak nya, sehari suntuk dok dekat dapur. Bila malam dah penat gile-gile then for sure esoknya nak pergi kerja macam malas nak mampus je rasanya. So sekarang ni memang dah jadi habit aku ok main masak-masak ni ! Kalau setiap kali cuti je, mesti macam-macam lah aku masak. Macam-macam resipi lah aku dok eksperimen dekat dapur tuh. Antaranya ialah:-

Dalindareen7223

Moist Strawberry Chocolate Cake

Masa ni rumah aku ada buat jamuan makan-makan sikit untuk kawan-kawan lama mak and ayah aku. So disebabkan aku dah tak ada benda lain nak buat, kek ni je lah yang aku buat untuk desert ehh ! Boleh dikatakan jamuan ni lebih kurang macam kenduri doa selamat lah tapi kenduri versi moden sebab makanan dia semua moden-moden. Yelah mana tak dengan spaghetti nya, mee bandung nya, puding roti ehh. Memang macam-macam lah sampaikan malam tuh aku dengan mak aku tidur tak ingat dunia sebab just aku dengan mak aku je yang buat kerja. Nak buat macam mana kan ! Dah nasib dekat rumah aku ni ada dua orang je perempuan. Tuh pun aku dengan mak aku je. Sob3

Dalindareen7238

Cupcakes Kanak-kanak Ribena

Serius aku memang fail bab deco-deco ni. Haiyoo ! Kau tengok lah dekat cupcake yang ada love tuh. Mula-mula aku fikir nak tabur lah serbuk oreo tau. Sekali bila dah tabur, tenggelam pulak love tuh. Menyampah betul aku. Tuh yang setengah je serbuk tuh aku letak sebab dah nampak buruk bebeno dah. Memang entah hape-hape lah rupanya. Nasib baik rasa dia ok ! Lepas ni aku nak masuk kelas deco cupcakes lah. Boleh? Motif tiba-tiba.

Dalindareen7240

Dalindareen7241

Spaghetti Carbonara

Benda alah ni aku buat time tengah buat cupcake. Sambil-sambil tunggu kek masak, aku dok siapkan lah kuah dia. Siap pun dah malam. So paham-paham kan je lah. Bila dok melantak malam-malam apa yang terkumpul dekat badan ni. Badan aku memang mencanak-canak naik dah ni. Menyampah dah aku. Nak naik senang je. Nak turun kemain lah susah bebeno. Haiyoo !

Dalindareen7200

So disebabkan pipi aku bagai dipam-pam sekarang ni, so aku malas lah nak letak gambar latest aku. Aku tempek gambar lama aku je lah. Gambar tak ada motif sebenarnya ! Hehehehe. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Dah ngantok !

Bebbboiii !

Sunday, June 26, 2011

Akhirnya perkahwinan di Negeri Sembilan yang complicated tuh dah selesai ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Lamanya tak menaip dekat blog yang semakin hari semakin bersawang ni. Semakin hri semakin malas nak menaip and online. And kadang-kadang tuh, aku rasa menyampah sangat tengok blog aku ni sebab bila bukak, entry yang sama je keluar. Wei ! Ada tak sesiapa nak kerja part time tolong update blog aku ni hah ? Huhuhu.

Sebelum ni aku ada  tulis pasal macam mana complicatednya orang Negeri Sembilan kalau nak kahwin kan. Kalau nak baca lagi sekali boleh tekan dekat SINI. So aku ingatkan bila dah buat majlis ni, still senang je nak kahwin. Tak jugak ! Pon mengada-ngada jugak. Yelah nak tepung tawar pun kena ada orang tertentu yang start dulu. Kejadahnya aku tak faham langsung.

Tapi nak buat macam mana. Semua ni dipanggil adat istiadat. So kita ikut kan je lah. Layankan je ! Even kadang-kadang tuh aku rasa macam annoying sikitlah sebab banyak sangat prosesnya. Hehehe. Dahlah ! Aku malas nak cerita pasal adat-adat lagi. Jom layan semua gambar dekat bawah.

IMG_0443

Best tau bila balik kampung and jumpa saudara mara ni. Rasa macam best je jumpa balik cousin yang dulu kita tidur sama-sama dah ada anak masing-masing. Yang mampu aku buat just pandang, cium, gigit anak-anak diorang. Huahua ! Nak ada anak sendiri tak layak lagi. Hehehe !

IMG_0444

Aku memang minat betul design pelamin ni. Sebabnya, ada kerusi yang besar tuh. Aku memang suka kerusi panjang-panjang ni. Nanti aku nak kahwin nanti aku nak design kerusi macam ni lah. Hahaha ! Boleh ?

IMG_0451

Temanya warna cokolat ye kawan-kawan ! Tapi abang pengapit tuh buat spoil lah sebab dia sorang je yang berwarna purple. Hehe !

IMG_0469

Seorang lagi mangsa gigitan di pipi dari aku ! Tuhlah siapa suruh comel sangat. Anak buah aku ni memang baik sangat-sangat. Tak takut orang langsung. Aku usung sana sini pun dia dok ikut je.

IMG_0490

My Kak Tam and abang apa entah nama dia. Aku pun lupa. Biasalah kan bila baru-baru kahwin ni, abang ipar mesti macam malu-malu sikit sampaikan aku nak tangkap gambar pun, dia dok pandang tempat lain. Huhu !

IMG_0495

Last but not least ! Gambar bilik pengantin yang serba purple. Dekat luar temanya warna cokolat. Dekat dalam warna purple pulak. Aku pun pelik kenapa lain-lain warna. Nasib baik cantik ! Hehehe. Decoration bilik dia simple je. Tapi tak apa lah. Simple but nice ! Hehehe.

Ok itu sahajalah gambar yang aku nak share. Memang banyak gambar tapi aku malas nak letak banyak-banyak. Lambat bebenor uploadnya. Apa-apa pun kenduri cousin aku ni boleh dikatakan memang serba mewah. Sebab door gift pun home made chocolate yang memang banyak nak mampos ! Satu bekas tau ! Siapa nak bagi. Aku banyak kali pergi songlap cokolat tuh. Sebab sedap gile oiit ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

 

Thursday, June 23, 2011

Serius tak boleh nak terima bila ada orang buat macam ni. Geram tau tak !

Assalammualaikum !

Actually benda ni dah lama sangat dah pun terjadi. Tapi disebabkan aku asyik teringat pasal benda alah ni. So aku jadikan lah sebagai idea untuk update blog yang semakin hari semakin berhabuk ni.

Sebenarnya benda yang aku geram ni pun tak adalah besar sangat pun isu dia. Tapi sebagai peminat tegar dengan kartun Angry Bird, sedikit sebanyak hati aku ni rasa geram jugaklah kan. Maybe kalau korang tak hairan pun kalau tengok benda alah ni. Tapi bagi aku, kalau benda tuh comel, so kena lah jaga elok-elok. Betul tak ? Mehh ler aku nak share apa yang buatkan aku teringat-ingat and rasa geram bila ingat balik benda ni.

Dalindareen7216

Sorry lah sebab kualiti handphone camera aku entah apa-apa rupanya. Huhuhu ! Aku suruh adik aku zoom dekat sikit, tapi kereta ni laju sangat pulak. Kejap je berdesssuupp hilang. Haiyoo !

So korang perasan tak apa yang aku nampak ? Kereta ni ada letak something dekat bawah tuh. Mula-mula aku macam pelik jugak, apa lah yang dok tergantung dekat bawah kereta tuh. Bila dah betul-betul ada dekat belakang kereta tuh barulah aku perasan ada anak patung comel digantung dengan sengaja oleh pemilik kereta tuh.

Yang paling sadis tuh, patung Angry Bird yang warna merah pulak tuh. Wei ! Comel kot patung tuh. Aku nak beli pun asyik tak lepas je sebab patung Angry Bird tuh boleh buatkan semua duit gaji korang yang tiap-tiap bulan tuh habis. Ingat comel lah kan letak patung bawah kereta. Kejadahnya comel ! Haiiishhh. Oklah aku malas nak melalut lagi. Karang banyak pulak aku dok ngumpat kat sini.

Bebboiii !

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday # 2- Tak boleh makan benda ni sebab tengah pantang. Hehehe !

Dalindareen3971

Kak Limah cakap:

Sedap Nyeeeew !

( Kak limah guna bahasa Rempit kejap )

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...